Friday, December 28, 2012

TOILET DAN AIR

sekarang dah masuk 2 minggu toilet kat ofis sofea mengalami masalah air. mula2 tu ok lah air masih keluar walaupun sedikit. cukup untuk mencuci. tapi masuk minggu ni. air dah makin sedikit dan ada toilet langsung tiada air. kat bilik air ni. ada 3 toilet. 2 cangkung 1 duduk. yang duduk ok cikit ada air itu pun sedikittttttttt sesangat. yang 2 toilet selebihnya tu.. langsung tarak...bahagian flush pun kosong..

masalah air ni hanya dalam bilik air dan toilet sahaja. kat paip luar ada. air banyak dan kuat. tapi air tak sesuai untuk dimasak. warna agak kotor. untuk mencuci boleh lah dari tidak ada. cuma payah lah nak angkut mengangkut bila nak mengguna. bukan sofea nak membebel. sofea ni sudahlah sakit belakang. nak mengangkut air dah jadi satu hal..dah sofea bawa baldi dan gayung khas dari rumah..sabar je lah.

sofea dah buat aduan. kena buat projek besar katanye... sebabnya saluran paip dah lama . jadi kena tukar semua. nak kena tunggu projek tu dijalankan. baru dapat menarik nafas lega.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...