Monday, December 10, 2012

MERANCANG KELUARGA


Assalamualaikum kepada  pembaca serta pengunjung blog sofea ini.

hari ni nak cerita pasal perancangan keluarga. yelah kan, sesapa yang dah ada famili ni. perlunya perancangan keluarga. Lagi-lagi bila kita yang bekerja . macam sofea,keadaan kesihatan sofea adalah faktor utama. selain dari faktor kesihatan, sofea juga titikberatkan ekonomi keluarga , tumpuan sofea kepada anak-anak dan ilmu keibubapaan serta ilmu kekeluargaan perlu sofea timba dan perbaiki.

Melalui pembacaan sofea, ada banyak cara untuk kita merancang keluarga. Jadi...sebagai seorang ibu memang laa kita kadang-kadang mengunakan satu-satu medium untuk menjarakkan kehamilan ada yang bersetuju secara anzal, telan pil, cucuk atau pasang IUD.

Bagi pengalaman sofea, sofea pernah guna pil Noriday , pil Marvelon serta suntikan 3 bulan sekali. Namun penggunaannya amat tidak memuaskan hati sofea. Kerana melalui kedua-dua pil sofea mengalami sakit kepala yang teruk , serta kulit berjerawat dan berat badan bertambah akibat selera makan yang tidak dapat dikawal. manakala pengambilan suntikan pula. hanya selera makan sahaja yang memberi permasalahan. jadi gumukkkk lah sofea..huhu

Selepas sofea melahirkan anak kedua Thaqif, sofea telah disarankan menggunakan pil Yasmin. untuk masalah penyusuan pula, sofea dari anak pertama lagi memang ada masalah penyusuan bayi. ( yang ini kita cerita kemudian )

Sofea ambil pil perancang aka contraceptive pills iaitu Yasmin selama setahun setengah. Tetapi sofea selangselikan bersama Maajun Warisan Keluarga ( yang ini kita cerita kemudian ).

kebaikannya;


* blh mencantikkan kulit dan berat pun tak naik bagai di pam-pam.
boleh menggebukan kulit (patutlah nyah ramai makan ni hehehehe), mencantikkan kulit, mengawal hormon


Keburukannya ;

 Yasmin ni  mendatangkan risiko pasal penghasilan susu ibu, mungkin akan berkurangan, 
*  dan akan ada sikit hormon akan terlarut bersama susu ibu tu...


Apa sekalipun cara kita nak merancang keluarga yang pastinya kena refer dengan doktor . Dan sekiranya kita mengandung semasa merancang , maka itulah rezeki kita. 


Wallhua'lam.







 

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...