Monday, December 31, 2012

MASAM MANIS 2012M/1433H

Alhamdulillah. masih Allah panjangkan umur kita. masih Allah beri nikmat yang kita sentiasa perlukan. untuk penghujung tahunnya dalam kalendar masihi ini. banyak lah dugaan , halangan serta kenangan-kenangan yang  hanya akan dijadikan sandaran kemudian hari.

huhuhhu..esok dah masuk tahun baru 2013 M. selamat bersua kembali pada tahun depan iaitu esok lah mulanya. banyak perkara yang perlu dibaiki , perlu dihalusi dalam kehidupan ini. kalian mesti sama kan. ada azam serta niat perlu dilunaskan.

oklah bercerita corat coret kisah hidup disekeliling sofea sepanjang 2012 ;


  • urusan belian rumah banyak pancarobanya. Alhamdulillah Allah berikan jalan untuk kami. Akhirnya kami bakal memilikinya. Rumah masih dalam proses pembinaan. walaupun agak jauh dari famili. tapi sekurang-kurangnya dapat lah rumah sendiri. inshaa Allah semuanya akan Allah permudahkan.
  • kerja-kerja seperti biasa di ofis aka guabatukapur...hehehehhe
  • anak-anak. Alhamdulillah sihat hendaknya. walaupun kekadang batuk,flu serta demam. Anak sulung tahun 2012 tahun pertama persekolahan pada usia 4 tahun. semoga anak-anak ummi menjadi anak yang mendengar kata, lembut hatinya, mengerjakan suruhanNya,meninggalkan laranganNya. dan menjadi anak yang soleh solehah.
  • suami. Alhamdulillah . sihat. dan dah berhenti rokok asap. sekarang hanya guna vapor je..harap semuanya baik-baik belaka. (nanti cerita pasal vapor k ). doa sofea agar beliau sentiasa mencari keredhaanNya , berusaha perbaiki diri , menambah amal ibadah, dan menjadi suami serta abah yang soleh mithali.
  • famili sendiri : bapak mak sihat hendaknya. adik-beradik harap semuanya sentiasa dalam lindungan Allah. adik Norainie dah selamat dinikahkan pada 28.09.2012. alhamdulillah. abang Abdullah selamat dah dapat anak pertama pada 21.01.2012 . anak perempuan. adik abdul mutalib, dah kerja di sibu. adik abdul rani dah bekerja. adik Noratikah ditahun baru ini akan menduduki SPM ..semoga semuanya dalam keredhaanNYA. semoga kalian sentiasa dalam doaku.
  • famili mertua : abah dan emak. kesihatan baik belaka, cuma emak ada sakit sedikit. berdoa agar kalian sentiasa Allah panjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik,..adik ipar Hafizah selamat melahirkan anak pertama pada 02092012 . anak perempuan. adik ipar Nadiah selamat bernikah pada 10.03.2012 dan selamat melahirkan anak pada 10.11.2012. anak lelaki. bertambah ahli keluarga kami. duai ku wati juga selamat melahirkan anak keempat pada 23092012 . anak perempuan.adik ain,adik diana,adik khirunnisa dan adik izuwan. semoga kalian Allah lindungi. dan semoga kita sentiasa dalam pencarian hidayah dan mampu menerima hidayahNYA..
  • jadi members Shaklee. 
  • sahabat..Dayang Norliza. semoga dalam kerdhaanNya.

ada sedih , duka , nestapa, geram , kecil hati ,suka , gembira, ketawa girang, senyap , semuanya ada dalam tahun 2012. semoga 2013 menjanjikan perjalanan yang indah dan semestinya dalam keredhaan Allah..

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...