Thursday, March 28, 2013

D'Benteng , Kubah Ria


Semalam ajak anak-anak makan D'Benteng. sofea cuma order air bandung , sorfina milo peng , suami ribena sprite. ( lupa ambik gambar ) .

Masa lepas shopping kat KK Store di matang. beli baju anak-anak. kami terus pergi sini. anak kata lapar dan haus. jadi order nasi ayam je. 1 je. sebab anak makan tak habis. malah sofea masih kenyang lepas makan nasi. nak tahu sebab apa sofea tak ambik gambar. Thaqif tengah tidur. ngantuk sesangat. mula-mula tu suami yang bawa. lepas tu sofea ambil giliran.

masa tengah tggu order. sofea nak tulis belanjawan. ye lah takut lupa. sofea ni jenis nak tahu aliran duit. apa yang dibeli. ikut budget ke tidak. macam-macam jugak lah. jadi masa nilah sorfina nak jugak menulis ABC...hmmm ikutkan je lah.

D'Benteng ni , kami suka pilih kedai yang paling hujung. terlupa pulak nama nya. tapi no kedai 01- jual nasi ayam.02- jual air minuman .03- jual makanan jugak .04 - shake satay...suka pergi sini. sebab servis cepat. harga berpatutan. makanan sedap. ikut selera sendiri lah.

jommm...

nanti ada masa sofea kongsi gambar tau...


HASIL TANGAN SORFINA


semalam sofea dan famili. pergi jenjalan kat Emart di matang. lepas solat maghrib. kami gerak ke sana. dalam 10 minit sampai. kami pergi Century untuk cari beg sekolah sorfina. sebab beg yang lama dah rosak zip. kat Century tak ada beg. stok habis. jadi belikan dia rumah barbie.

lepas tu kena cari kat KK Store. tak ada jugak. yang banyak beg sekolah budak sekolah rendah dan menengah. kami jalan-jalan p emart. jalan terus ke Super Save. tak ada jugak beg. belikan pulak mainan untuk Thaqif. lori je. sofea beli beg kecil untuk alat make-up. yang simpel dimple je. ( bila dah sampai rumah..alamak besar lah beg tu ) tak sesuey lah. kena beli beg make-up lagi sesuai kot.

lepas bayar. keluar dari super save. jenjalan dalam emart. cari punya cari. jumpa lah beg sekolah princess. 1/2 prise. dapat rm 14.95 sahaja. ok lah tu . jadi sorfina dah puas hati. tahqif dah buat hal. kena gerak pergi kedai makan. kami decide pergi kubah je. D,Benteng...

di sini lah sorfina tulis A dan tulis nama sendiri. dan yang lucunya dia lukis kartun dia dan abahnya.

jommm...inilah hasil nya


sendiri tulis sendiri tanda betul..


menceritakan sorfina kena marah


lukisan yang sama

** kekadang seronok sangat bila kita boleh rapat dan selami jiwa anak-anak ni.
** semoga Allah sentiasa memimpin hati-hati kami...

nanti cerita kisah d'Benteng

Tuesday, March 26, 2013

CERMIN MATA OHH CERMIN MATA


lepas kerja  hari ini. nak kena singgah Optical Centre. kedai cermin mata yang jual cermin mata dan ada perkhidmatan check mata. sebab nya cermin mata sekarang dah rosak. rosak kantanya. rosak frem nya..macam-macam lah. bengkok ...hmmm jangan cakaplah...sakit lagi bila cermin mata bila dipakai sengetttt.

haduhhhhh...pening den punya kepala dehh. nak tak nak kena beli yang baru. ni lah penyajit bila dah bercermin mata. sofea mula rabun. masa darjah enam lagi. masa tu selalu pening kepala. sekarang azab nya. bila cermin mata asal rosak kena beli baru. macam2 koleksi dah.

nanti sofea dah confirm beli. sofea share kedai mana yang sofea feveret pergi dan cermin mata dalam pilihan. ( pilihan budget )



cermin mata sekarang


dah retak sedikit di hujung


** cermin mata lagiiiiiiiiiiiiiiii

SEMANGAT YANG HILANG



XPDC

Semangat Yang Hilang

( 1 )
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

( 2 )
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

( 3 )
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

( korus )
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

( ulang korus )

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

( solo )

( ulang 2, 3 dan korus )


*** lagu kenangan oiiiiii....

TEMAN BARU


sofea kenal seseorang dari blog jugak. namanya ahlia Marina. semoga perkenalan ini. membuahkan sedikit usaha sofea dalam mencari ilmu akhirat. kerna, ahlia Marina ni selalu mengikuti ceramah serta menyertai bayan sesama muslimah.

sofea belum berkesempatan lagi. namun sofea ada niat di hati ingin menyertainya kelak. beliau bagitahu ada kelas pada hari ahad di rumah ahlia saadiah.semoga Allah tempatkan sofea pada majlis2 ilmu ini nanti.



SARAWAK RIVER CRUISE



google pic

ahad lepas ( 24.3.2013) sofea satu famili, mak . bapak , ani dan tikah. berkesempatan naik sarawak river cruise. walaupun pernah guna bot melayari sungai. tapi pengalaman naik cruise ni. ada bezanya. heheh. kira macam pelancong je. pelancong negeri sendiri. hehehh


nak tahu harga tiket? dewasa RM 60.00 manakala kanak-kanak RM 20.00. musim cuti sekolah ni ada diskaun.jommmm. operasi dari jam 0530 petang hingga 0700 malam.

lagi gambar2 untuk tatapan. gambar ambik sendiri ni


dari hujung cruise


cruise dah mula bergerak 


pemandangan jambatan baru


pemandangan sungai


dewan undangan 


sorfina leka makan kek lapis


refreshment - kek lapis


refreshment - air orange

dalam 1 jam setengah kami belayar. boleh tengok sepanjang sungai. macam-macam. sesapa berminat. boleh pergi ke waterfront.

**indahnya kenangan...

Friday, March 22, 2013

APA YA?


hari jumaat. oo jumaat..hehehhe...sekejap lagi dah nak balik. huhahuahuahua..hari ni buat kerja macam hari2 biasa jugak. check order, jawab call. buat pandai. makan minum.

esok weekend.

kelas jahitan masih tertangguh. cikgu masih ada masalah yang tidak dapat dielakkan.semoga Allah permudahkan mu.

feninggggg..

k lah sofea saja je


eh lupa pulak. sofea dah ada kawan baru .IL.....

nanti jumpa lagi

Thursday, March 21, 2013

SRB RAKYAT TUPONG - 1990-1995



Kelas 1 Kuning

katanye tak ade ide. tup2 sofea tengok gerobok gambar. terjumpalah gambar lama ni. gambar ni ada di upload dalam FB kawan.

sofea masih simpan. tapi dah blur rupanya.

sedaya upaya nak ingat nama diaorang. maaf ya kenkawan kalau sofea lupa.

jomm usha nama diaorang

berdiri ( lelaki) dari kiri ke kanan ;

Amzari , Azmi , Shaherulnizam , Kahirul Amir , Ismail Hussein , Danny Astika , Helmiza , Azmat , Hishamuddin , Azhar , mahdi , maulana , Awang Abdul Razak , Muha Metasyim , Ismail haris , XXX , Mohd faisal , Ismail Bujang , Didi dan Wahyu.

berdiri ( perempuan ) dari kiri ke kanan ;

mahyon , fauziah , halimah , lydiana , azizah , iza nurizah , noreen , dian diana , noorlizawati , kartina , sofhia , mona , aima normila , siti norazah

Cikgu Saniah

kalau salah eja harap maaf ya kawan2. ada sorang lupa plak nama dia. kalau reader2 yang ada dalam gambar tu. semoga sihat2 ya.


kenangan lagiiiiiiiiiiii



KENANGAN - F.A.R


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat reader2 blog sofea di luar sana,

hari ni tak ade idea sebenarnya. tapi sunyi pulak kat ofis ni. ( bukan ke tetiap hari sunyi..hehehhe ) .jadi masa nak terimbau kenangan tu. baaaaanyaaakkkkkk masa. sambil buat kerja yang tak pernah habis. layan memori daun pisang dulu.

kekadang dalam mengenang ni. terkejut jugak kalau tetiba somebody masuk ofis. hahaha..terbatuk-batuk dibueknye...tersedak angin sofea.

F.A.R maksudnya biar sofea saja yang tahu.ok u allzzzz...saje je kan kasi paanehhh sikit blog ni ( perasan je lebih ). hahahaha. ade ke yang datang p blog sofea ni. ade tu. jommm lah datang jenguk blog sofea. kalau ada teguran leh jugak sofea ubah sikit2. sebab kannn..sofea kan baru lagi...

F.A.R huhuhu...bertahun berlalu tanpa pamitan. ingatan masih segar weyyy...berusaha nak di 'delete' dari kotak memori. namun kuasa Allah. dijadikan INGATAN buat diri dan sesiapa sahaja. kekadang sebagai pengajaran buat diri...

Sebabnya semua laluan kehidupan setiap hari adalah kenangan..tetttttttttt. ( harap2 dia tak baca) harap je lah...

k lah sambung buat kerja.

lepas ni nak g site visit...kita jenjalan lenggang kangkung mak jemahhhhh..hahahhaha

sofea suka hujung bulan


Tuesday, March 19, 2013

EJANORIN CORNER


balik dari kerja Khamis lepas. sofea ajak suami pergi makan kat Ejanorin Coner. sebab masa waktu kerja. Norin banyak poskan gambar makanan dan minuman dalam FB dia. ditambah lagi sofea berpuasa qada masa tu. lagilah terliur tengok makanan. pergi selepas solat maghrib.

Norin bukak stall mee kolok. sedap mee kolok nya. depan rumah Norin je. stall biasa-biasa je. yang sempat sofea snap malam tu . minuman je. sejibik macam norin poskan. hehhe..jommm..pakat ramai-ramai pergi Ejanorin Corner. Kat bandar baru samaring. lorong cahaya 11.

nanti sapa2 nak melepak leh g sama2. k

enjoyzzzzzz



milo tabur Eja C


Eja C


Eja C

mee kolok Eja C


sapa-sapa nak pekena mee kolok EjaC..jommmmmm

KEK LAPIS UNTUK TEMAN

selepas sofea kirim kek lapis sarawak untuk Kak Deena (http://luvdeena.blogspot.com/) hari tu. ada readers dah order dengan sofea. tapi dia jauh nunnn di Germany. wah jauhnya. tapi, nasib baik kena pos kat semenanjung je. sebab ada ahli keluarganya akan ke Germany hujung bulan ini.

Semalam , awal pagi lagi sofea dah terpacak di depan pintu pejabat pos ( propa je ) untuk mengepos bungkusan kek lapis tersebut. doa dari sofea agar selamat sampai dan bakal diterima si penerima.



sofizan.blogspot

bakal dipos. 3.04 kg

sapa lagi nak order? hehehhe

KEK BATIK SJ29 Ver B




Kek Batik SJ29 

Di atas permintaan ramai...wacehhh..ado kah? man ado...hehhehe..sofea persembahkan kek batik versi kedua. lebih kurang sama. cuma ni ada telur.

Bahan-bahan

500 gm mentega
1 gelas gula
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu manis/ pekat
2 gelas milo atau vico
1/2 gelas serbuk koko
5 bungkus roti marie



Cara buatnya ;

mixer kan mentega dan gula. lepas tu masuk telur. susu , milo dan koko. kacau rata.
sediakan kuali. api perlahan. masukkan adunan dalam kuali. kacau samapi menggelegak.
kemudian masukkan roti marie. patah 2 roti marie. jgn letak semua. kena pastikan kesesuaian adunan.
masukkan dalam loyang. siap. letak dalam peti ais.


kek batik SJ29

Kek Batik SJ29


Kek Batik SJ29


kek Batik SJ29

ok sekian sahaja kita bersiaran untuk menu sedap dan mudah ini..heheh..nanti share2 lagi

Thursday, March 14, 2013

KEK BATIK SJ29



kek batik - sofizan.blogspot.com

hari selasa malamnya, sofea teringin nak makan kek batik. jadi sofea beli roti marie je. sebab bahan-bahan lain masih ada dalam bekas kuih sofea.

jadi, sofea nak share lah kat korang ye. kalau sama dengan resepi orang lain . tak pe. saja je nak share. heheheh. sofea ada 2 cara / bahan utnuk buat Kek Batik ni. yang pastinya memang mudah.


Kek Batik SJ29 versi A

Bahan-bahan ;

roti marie                 3 bungkus/ lebih pun tak apa

mentega                  500 gm
susu                        1 tin kecil
milo/vico                 2 gelas
serbuk koko        1/2 gelas
air kosong            1/2 gelas ( tengok kelikatan dikehendaki )

Caranya ;


  1. sediakan kuali. letak atas dapur. kecilkan api. biarkan kuali kering.
  2. masukkan mentega. biarkan hingga cair. selalu kacau agar mempercepatkan proses pencairan.
  3. masukkan susu , vico dan serbuk koko. kacau rata. kalau likat sangat. beri sedikit-sedikit air kosong.
  4. bila adunan coklat mengikut kehendak anda.
  5. sediakan loyang. lapik dengan kertas. masukkan 2 senduk untuk lapisan pertama. lepas tu susun roti marie ikut citarasa. lepas tu letak lagi adunan coklat. dan ulang hingga habis.
  6. masukkan dalam peti ais. dalam 2 jam. boleh keluarkan untuk dihidang. 
  7. selesai



kek batik - sofizan.blogspot



kek batik - sofizan.blogspot



kek batik - sofizan.blogspot



kek batik - sofizan.blogspot



kek batik - sofizan.blogspot



kek batik - sofizan.blogspot


kek batik - sofizan.blogspot


kek batik - sofizan. blogspot


kek batik - sofizan.blogspot


resepi kedua akan dikongsi nanti.

BUAT AMALAN SUAMI ISTERI





petang-petang macam ni, sofea nak share lah sikit . iaitu doa kita suami isteri. insha Allah boleh dijadikan amalan buat kita semua.


MEAL SHAKES - SUPPLEMENT UNTUK KANAK-KANAK



Meal Shakes Shaklee

Di sini sofea ingin kongsikan pada semua, semestinya kita mempunyai anak-anak yang mengalami ;

* kurang selera makan
* kurang tumpuan
* imun tumbuh yang rendah
* sembelit

macam anak-anak sofea. kurang sangat makan nasi. kalau junk food memang feveret. jadi masalah lah dari segi perkembangan minda dan tubuhnya. bila kurang makan sayur dan air kosong serta makanan berzat, anak-anak juga mengalami sembelit. bertambahlah masalah itu. jadi sofea usahakan untuk mengembalikan selera makan mereka. dengan mencuba untuk memberi supplement atau makanan tambahan melalui Meal Shakes ini.

untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, sofea dah mencuba supplement ini dalam masa 2 bulan. Alhamdulillah berkesan. rasanya nanti nak order lagi, sebab kena jadi makanan tambahan lah. anak-anak sofea ni sukar ditafsir kehendak makanan mereka. harapan sofea agar mereka sihat dan rajin makan nasi dan makanan berzat.

sesiapa berminat nak beli MEAL SHAKES ni. boleh order dengan sofea. harga RM 121.25 sahaja. apa2 pun boleh call/sms sofea utk keterangan lanjut.

selamat mencuba.

Monday, March 11, 2013

NOVEL -SETIA HUJUNG NYAWA






Akhirnya tercapai hasrat nak memiliki novel baru. sepanjang tahun lepas, hanya 3 buah novel sahaja yang mampu sofea belikan. kali ini di tahun 2013, SHN mendahului carta novel sofea. hehehheh

baru nak mulakan pembacaan. walaupun drama adaptasi dari novel ni dah tamat siarannya. namun bahang kebestan jalan ceritanya masih ada. di sini sofea titipkan sedikit sinopsis berkenaan novel ni. ok ....ni buat yang membaca blog sofea ni. sudi2 lah baca ekkk..


" Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kal terpandang Ersalin Imani , hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalin terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun,status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zian cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ' menyentuh ' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. "


sofea terpaksa booking buku ni. bila stock habis. sejak jadi drama. novel ni susah nak dapat di bookstore kawasan kuching. sofea call pihak Popular Boluevard. dan mereka sudi ambik booking sofea. dan hari jumaat lepas diaorang call. sofea ambik hari sabtu.

jalan cerita yang best..meyeronokkan.


drama rantaian

hero heroin

hero heroin

heroin ( Ersalina Inami Badri )

hero  ( Zain Hakimi Hafsham )

tengah membaca

Friday, March 8, 2013

WANG TUNAI RM5000.00 UNTUK BLOGGER

sofea baru je terbaca dlam blog moon..miera301.blogspot berkenaan beliau dapat top 10 blog referer. maksud sofea ganjaran ni di buat oleh blogger iaitu http://www.bloggerwanita.com. berbaloi2 kan.

sofea ni saja-saja nak cuba. mana tahu rezeki kan. tak banyak pun tak apa. yang penting nak cari pengalaman dan share kan blog ni. sofea ni masih baru jugak dalam dunia blog ni. banyak lagi nak kena belajar. kalau sesapa nak tahu lebih lanjut. leh le klik bloggerwanita ni. dah ada kat sidebar blog sofea. jommm le. pembaca-pembaca blog sofea. g lah usha apa yang menarik tu....



**manalah tahu...heheheh..angan2 ni...
http://www.bloggerwanita.com...jom click

Thursday, March 7, 2013

KLINIK OH KLINIK

pagi-pagi dah pergi bawak anak ke klinik. anak sofea yang sulung. kena batuk dan selesema. jadi bila dah kena batuk. melarat lah ke lelah or asma. memula pergi klinik area taman sukma je, klinik bustari. tapi doktor pulak tak ada. jadi sesi napping tak boleh dibuat tanpa doktor.

sebelum tu bawa anak-anak pergi sarapan dulu. sebenarnya tak nak bawak si abang thaqif. tapi dia dah siap-siap bangun. jadi kenalah kemas dia jugekkk. bawa pergi sarapan dekat jugak. tempat feveret. bombay cafe. tak pernah kan sofea letak gambar kan. nanti lah sofea sharekan. lupa jugak nak tangkap gambar.

sarapan pagi dengan nescafe tarik , nescafe O dan milo suam. roti kosong. makan , minum dan bayar. selesai. lepas tu suami tanya, nape tak check kat klinik bustari. sofea cakap biasa notis bagitau doktor memang pagi2 tak ada. so, sofea cakap. kita cuba tanya untuk napping je. sampai kat klinik. tanya kat misi di kaunter. tak leh nak napping tanpa doktor. ok. so so so je...

terus pergi klinik yang biasa sofea bawak anak-anak. doktor tu pun dah biasa dengan kami. senang dirujuk. pergi klinik ibukota petra jaya. register. kali ni doktor dayang tak ada. bapa doktor je yang ada. so , tunggu giliran. selang 10 minit, ada sorang misi tanya. anak lelah ke. aa a a  ...lelah. kalau macam tu. pergi lah napping dulu. terus napping.

masa menunggu turn tu, alkisahnya si abang thaqif cedera di kaki. sebab ada somebody masuk klinik. tak hati2 bukak pintu. biasa kalau sesapa lah buka pintu klinik. berjaga-jagalah. budak-budak ni suka main balik pintu. masa org tu bukak pintu. mainterjah je. bukak pintu. anak sofea masih kat belakang. tak menyempat nak ambik. dia nangis. tengok hujung ibu jari berdarah. nangis jap. berhenti. sofea lap dengan kain. masa si kakak dalam bilik rawatan. nurse sapu dengan ubat. dan balut.

somebody tu, rupanya sofea ingat-ingat lupa. rupanya orangnya setengah alam. huhuhu. tak betul. patutlah cakap pun macam orang tak betul. rupa-rupanya masa borak dengan suami. dia main bedal je cakap. minta maaf pun tidak. hmmmm...naaaaaaasib badannnnnn...



masa napping - sofizan.bgs



kaki Thaqif aka Torres 9 selesai dibalut - sofizan.bgs



Thaqif aka Torres - sofizan.bgs
...bila anak batuk. kena bagi ubat.
...hati-hati dengan keadaan dan orang sekeliling

pesanan masyarakat dari sofea..kehekehekeheh

Wednesday, March 6, 2013

KELAS JAHITAN DITANGGUH

dah lama tak turus kelas jahitan. sebab nya cikgu ada masalah . anak-anak cikgu tak berapa sihat. lepas tu pulak cikgu penat dan jatuh sakit jugak.

buat readers2 blog sofea ni. tolong doakan famili cikgu Rosni sihat hendaknya. semoga Allah merhamati mereka.

bila dah turun kelas menjahit ni. bimbang jugak hati ni. yelah dah lama tak mengaji/ menjahit ni. takut lupa. sebab sofea kat rumah tak menyempat nak test menjahit. bukan tak ada masa. anak-anak kacau. beter jangan. hehehhe. harap nanti ada kesempatan nak cuba sendiri potong kain dan jahit sendiri.

Ya Allah sembuhakan mereka. dan rahmatilah mereka

TUDUNG BARU DAH SAMPAI

Alhamdulillah. sofea dah ada koleksi tudung baru tahun 2013. sofea pesan dengan bff belikan. dia pergi KL selama seminggu. cuti-cuti. sofea pesan beli tudung sekodi = 10 helai. dekat Jalan TAR. kedai borong tudung. betul-betul berdepan kedai Mydin. kedai borong tudung yang bersebelahan dengan kedai jual mainan. sofea biasa pergi kedai tu. sebab leh rondeng harga dan kuantiti. biasa sekodi diorang jual 20 helai. kat kedai tu. dia leh kasi 10 helai. so dapat lah budget. dan dapat pilih lain fesyen. sofea beli yang saiz XL punya. nanti nak cari bawal halfmoon yang saiz besar. kalau ade lah kesempatan nak g sana.hukhuk

nilah rupa tudung yang kawan sofea beli. kali ni kain dia tebal sikit. so far tak lah plain sangat. ada jugak corak nya. boleh lah sofea padankan dengan kain yang bakal dibeli nanti.



tudung labuh XL - sofizan.bgs



tudung labuh XL - sofizan.bgs

diharap ada kesempatan nak g sana nanti. harap-harap ada budget kelak. nak beli kain dan tudung....

dalam list ;
 kain emak , emak mertua , mak sedara.
kami adik beradik dan ipar...

BEDAK ARAB - KOKURYU SUPER SUMMER CAKE

sofea nak share sesuatu lah. sofea ada beli bedak arab ni. dah hampir seminggu sofea dah guna bedak arab. sofea guna Russet. kalau ikutkan russet sesuai untuk kulit yang cerah. tapi sofea salah dapat info. yang info sebelum ni bagitau. russet sesuai kulit orang melayu. jenis yang tak cerah tak juga gelap.

info sebenar ;

asal bedak arab ini sebenarnya bukan dari Arab, tapi sebenarnya dari Cherry Laboratary,Philipines.


Kami telah pergi ke sana utk mengambil stok, dan dari situ kami belajar mengenai WARNA yg sesuai utk kulit anda.

Selama ini kita byk terikut2 dalam internet ni tentang RUSSET itu sesuai dgn semua kulit muka, ternyata salah. Dari apa yg kami belajar dari Manila, boleh gunakan garis panduan ini utk memilih warna yg paling sesuai dgn kulit anda


1. JADE - warna hijau ; bertindak sebagai concealer untuk cover redness/blemishes.

2. ORANGE BLUSH - utk kulit YELLOW SKIN tone / mahukan NATURAL coverage 

3. RUSSET/ SUNSET TAN - utk yg berkulit cerah, mahukan PINKISH Glow (sbb 2 color ni pink base shade) - 

4. PUGGY PINK : sesuai untuk kulit cerah dan sederhana cerah. Org yg kulitnya pucat(yellow tone) nak bagi pinkish. Kulit akan kelihatan sedikit merah jambu.

5. OLIVE ROSE : Utk light to medium skin tone / amat sesuai untuk kulit sawo matang. 
**Olive Rose sesuai utk Kulit Melayu yg light (tak gelap tak cerah) *

5. AMBER ROSE - for medium skintone, kulit melayu. Bila dipakai oleh orang yang berkulit sederhana gelap, muka akan kelihatan natural sedikit kemerahan.

6. SUMMER TAN - for yg gelap sikit cth macam Nurul 


sumber dari cantik.beautifulnara.com


sofea dah try. bagi sofea. sesuai sangat dengan kulit. kemasan dalam berbedak ketara. kalau macam kes sofea yang tak pandai bermake-up ni. berbaloi lah nak guna bedak arab ni. ye lah. bila sofea guna. dia menyerap seluruh muka kita.selepas kita sapu bedak arab ni. tak berminyak itu yang semestinya. dah bertahan lama.

nanti sofea kongsikan cara-cara nak guna ya. saja sofea nak share-share dengan korang kat luar sana.kat bawah ni rupa bedak arab tu. disekalikan dengan sponge dia.



bedak arab - sofizan.bgs

bedak arab - sofizan.bgs

sponge - sofizan.bgs

senang , mudah , sekata , menyerlah .

satu bedak arab boleh bertahan dalam 3 bulan atau ikut cara penggunaan masaing-masing.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...