PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA
mengandung anak kedua.lebih kurang lah dengan yang pertama. cuma ada kisah misteri sebelum diri disahkan mengandung. kira-kira dalam seminggu sebelum tahu diri sofea mengandung. sofea terhidu bau kambing panggang yang teramat harum dan dekat baunya. yang peliknya sofea ni bukan reti pun nak makan daging kambing. pe pulak tak reti kan. masuk dalam mulut terus kunyah. heheheh itu orang kate. bukan tak reti macam tu yang sofea maksudkan. sofea punya anak tekak tak lalu nak makan daging kambing.
Al-kisahnya. sepanjang seminggu lah bau kambing panggang menghantui diri sofea. sofea diam-diamkan sahaja. sampai sofea tak tahan bau nya. sofea tanya suami. dia ada tak terhidu bau kambing panggang. suami cakap tak ada. tanya orang rumah. pun cakap tak ada. ya Allah. sofea riso jugak. aleh-aleh. hari isnin kalau tak silap. sofea nak turun kerja paginya. tapi kena pulak kencing tak lawas. rasa berat nak kencing, tapi air kencing tak banyak mana pun. mesti ada sesuatu ni. sofea ajak suami pergi klinik. sofea check air kencing dan pregnant test sekali. jawapannya +ve. Alhamdulillah ujian air kencing pulak kena jangkitan kuman.. 1 day sick leave.
kali ni pregnant ada masalah pendarahan. tak banyak. doktor cakap baby belum kuat. so kena banyak rehat. jangan buat kerja banyak sangat. so bermalas-malasan lah sofea. setelah reda. sofea kembali kerja seperti biasa. dan tak lupa jugak, sofea tunaikan impian makan daging kambing panggang. mintak tolong adik ipar. Ain. jadi dia tolong perapkan dan panggang. erkkk..sedap...
itulah sebab sampai sekarang tekak yang dulunya tak dapat terima daging kambing. sekarang dah jadi penggemar daging kambing. salah satu makanan kesukaan Rasulullah.
yang lain. tak ada. sofea 2 kali pregnant , kuat makan. berat badan naik mencanak . cakap banyak pun tak guna. makan tak kira masa. asal ada duit ke makanan lah jawabnya. heheh.
lagi-lagi. asal nak turun kerja. kena singgah bombay cafe . pekena teh tarik dan roti cheese. tetiap hari. terlepas pun bila budet tak cukup.
sampai lah sofea dah nak bersalin. makan dulu. banyak. nasi sampai 3 pinggan. makan time lunch . tambah-tambah waktu kursus. huhuhuhu....
amalan-amalan ketika mengandung dan hingga bersalin. minum air zam-zam. rajin baca surah-surah untuk ibu mengandung. kalau boleh tafsir sekali. Alhamdulillah. selesai
amalan-amalan ketika mengandung dan hingga bersalin. minum air zam-zam. rajin baca surah-surah untuk ibu mengandung. kalau boleh tafsir sekali. Alhamdulillah. selesai
selamatlah bersalin.
p/s : Syed Thaqif Hashim my son....terima kasih sayang
No comments:
Post a Comment