Monday, March 11, 2013

NOVEL -SETIA HUJUNG NYAWA






Akhirnya tercapai hasrat nak memiliki novel baru. sepanjang tahun lepas, hanya 3 buah novel sahaja yang mampu sofea belikan. kali ini di tahun 2013, SHN mendahului carta novel sofea. hehehheh

baru nak mulakan pembacaan. walaupun drama adaptasi dari novel ni dah tamat siarannya. namun bahang kebestan jalan ceritanya masih ada. di sini sofea titipkan sedikit sinopsis berkenaan novel ni. ok ....ni buat yang membaca blog sofea ni. sudi2 lah baca ekkk..


" Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kal terpandang Ersalin Imani , hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalin terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun,status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zian cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ' menyentuh ' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. "


sofea terpaksa booking buku ni. bila stock habis. sejak jadi drama. novel ni susah nak dapat di bookstore kawasan kuching. sofea call pihak Popular Boluevard. dan mereka sudi ambik booking sofea. dan hari jumaat lepas diaorang call. sofea ambik hari sabtu.

jalan cerita yang best..meyeronokkan.


drama rantaian

hero heroin

hero heroin

heroin ( Ersalina Inami Badri )

hero  ( Zain Hakimi Hafsham )

tengah membaca

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...