kek batik - sofizan.blogspot.com |
hari selasa malamnya, sofea teringin nak makan kek batik. jadi sofea beli roti marie je. sebab bahan-bahan lain masih ada dalam bekas kuih sofea.
jadi, sofea nak share lah kat korang ye. kalau sama dengan resepi orang lain . tak pe. saja je nak share. heheheh. sofea ada 2 cara / bahan utnuk buat Kek Batik ni. yang pastinya memang mudah.
Kek Batik SJ29 versi A
Bahan-bahan ;
roti marie 3 bungkus/ lebih pun tak apa
mentega 500 gm
susu 1 tin kecil
milo/vico 2 gelas
serbuk koko 1/2 gelas
air kosong 1/2 gelas ( tengok kelikatan dikehendaki )
Caranya ;
- sediakan kuali. letak atas dapur. kecilkan api. biarkan kuali kering.
- masukkan mentega. biarkan hingga cair. selalu kacau agar mempercepatkan proses pencairan.
- masukkan susu , vico dan serbuk koko. kacau rata. kalau likat sangat. beri sedikit-sedikit air kosong.
- bila adunan coklat mengikut kehendak anda.
- sediakan loyang. lapik dengan kertas. masukkan 2 senduk untuk lapisan pertama. lepas tu susun roti marie ikut citarasa. lepas tu letak lagi adunan coklat. dan ulang hingga habis.
- masukkan dalam peti ais. dalam 2 jam. boleh keluarkan untuk dihidang.
- selesai
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
kek batik - sofizan. blogspot |
kek batik - sofizan.blogspot |
resepi kedua akan dikongsi nanti.
No comments:
Post a Comment