Tuesday, April 30, 2013

ADAB KETIKA " BERSAMA " YANG DITUNTUT



google pic

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sofea sekadar nak berkongsi ilmu kepada semua. dan sebagai peringatan kepada diri sendiri. malah dalam usaha sofea mencari keredhaan Allah serta ingin memperolehi zuriat yang soleh dan solehah dan sentiasa dalam perlindungan Allah dari syaitan dan iblis yang laknatullah. 

maka banyak perkara yang perlu disentuh dalam hal memulakan sebuah keluarga yang Allah redhai. malam setiap permulaan hubungan perlu ada adabnya seperti yang dituntut. Insha Allah.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.

Semuga beroleh zuriat yang baik dan soleh yang akan membahagiakan pasangan suami isteri dan dirahmati Allah SWT.

kepada pasangan yang sedang berusaha, untuk mendapatkan zuriat bersama-samalah kita mengamalkan doa tersebut setiap kali selepas solat. insyaallah mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan zuriat buat saya dan juga anda .

sekian.


“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)

"orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...