Wednesday, April 24, 2013

DOA BUAT IBU BAPA KAMI




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

sofea masih punya ke dua orang tua. bapa dan emak mertua pun ada. bersyukur sangat. kerana selagi kedua orang tua kita ada. doa mereka yang kita perlukan sesangat.

sofea sentiasa doakan agar mereka Allah panjangkan usia , disihatkan tubuh badan , dipermudahkan urusan serta di hari tua mereka. bertambah amal ibadah mereka. semoga jua Allah sentiasa memberikan hidayah, taufik serta petunjuk untuk mereka.

kita sebagai anak yang perlu mendoakan mereka. agar mereka sentiasa dalam redha Ilahi. sofea memang tidak seberapa rapat dengan ibu bapa. di mana silapnya , sofea pun kurang pasti. tapi sedaya upaya sofea perbaiki diri. sofea memang kurang komunikasi dengan orang tua sendiri mahupun mertua sekarang. semoga Allah membantu sofea. untuk mak bapak kandung. sofea dah bolehlah cakap-cakap, borak-borak dan tegur  yang bersesuaian. cuma beza kepada mertua. masih ada 'gap'. sebab sofea tahu tahap sofea. ya Allah ampunkan aku. aku tidak berdaya.

sofea sayang mereka ya Allah. walaupun sofea tidak pandai nak bermesra. sekurang-kurangnya. doa sofea buat mereka tak akan putus melainkan ajal menjemput sofea.

Bapak, emak , abah dan mak. Ampunkan segala kesalahan dan kesilapan sofea. secara terang atau senyap. secara sedar atau tidak. serta halalkan makan minumku.

psst ---- setiap ibu bapa mengharapkan anak yang soleh dan solehah, hafiz dan hafizah..begitu juga doa anak. mengharapkan ibu bapanya antara mereka yang menurut perintah NYA dan meninggalkan laranganNYA...

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...