Tuesday, April 16, 2013

YANG LEPAS DAH BERLALU..TERUSKAN YANG SEKARANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

malam tadi susah benar melelapkan mata. biasanya sofea tidaklah sukar untuk tidur. tapi berbeza malam tadi. jam 1100 malam, dah masuk bilik. untuk tidur atenyeeee. tapi bila dah baring-baring. mata pulak tak mahu lelap. feel nak tidur macam tiada. sorfina pun sama. thaqif apatah lagi. masih jadi komandor. abahnya yang jaga.

selang 1/2 jam , sofea keluar bilik. ditambah lagi. perut pulak memulas. sakit bukan rasa nak membuang. tapi sebu je rase..minum air kosong barang segelas. masuk bilik balik. 15 minit kemudian. keluar lagi. kerongkong rasa gatal sesangat.batuk kering. makanya minum ubat batuk. lega rasanya.

dalam tidak dapat tidur. inilah tabiat yang tak dapat sofea buang. suka kenang mengenang kisah nan lalu. dari mula persekolahan. zaman riang-ria kanak-kanak. zaman sekolah menengah. zaman selepas SPM. macam-macam dalam ingatan keluar.

ALLAH MAHA BESAR DAN KUASA...setiap perjalanan hidup setiap hambaNYA ada caturan yang tersendiri. bangun dah jatuh dalam mengharungi hidup. tangan kitalah yang mencoraknya serta dengan izin Allah jualah ianya berlaku. pasti ada asbab dan musabab.begitu juga sofea.ada asam garam. manis pahit setiap perjalanan hidup perlu ditelan.

paling sadis. perkenalan pertama mengenai CINTA HATI. yang pertama. dan yang pastinya bukan yang terakhir. setiap kali kenangan diimbau. pasti ada rasa RINDU itu. namun cepat2 segera dilupakan. sebabnya agar tidak hanyut dalam arus kenangan silam.

ya....ya..yaaa...yang lepas dah berlalu. sekarang dan akan datang hidup mesti diteruskan. suka atau tidak Allah dah tentukan. tapi sifat sofea beginilah. dah kenal pasti kita menegur kan. tapi bagaimana orang yang kita kenal. buat derkkkkk..huhuhu..tidak apa-apa kot. mungkin segan atau me-nyam-pah. hanya tuan empunya badan sahaja yang tahu.

ps- rindu benar dengan mak angkat sofea...teringin nak menziarahinya. insya Allah

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...