Thursday, October 31, 2013

ORANG KUCHING NAK BELI SHAKLEE




Blogshop


Ready Stock




antara produk Shaklee



my ID

sesapa orang Sarawak..lebih-lebih lagi area kuching. berminat nak beli produk Shaklee. boleh hubungi sofea k.

Call / SMS ; 0138290985
Add FB saya : Sofea Jali untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik di FanPage saya : https://www.facebook.com/Ummisyaeid
                  http://ummisya-eid.blogspot.com/

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT DAN INFO PERCUMA
KONSULTASI PERCUMA UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA

SET KECANTIKAN
SET KESIHATAN
SET KEHAMILAN
SET BERSALIN
SET ANAK-ANAK
SET SUAMI ISTERI
  

Thursday, October 24, 2013

PIZZA HOMEMADE


masa sabtu lepas. 19.10.2013. kan ada match antara pahang dan sarawak. al-kisahnya. sofea ada order pizza homemade dari kawan. 1 yang berinti dan 5 base pizza sahaja.

pizza tebal. boleh tahan sedap. paling sofea suka intinya. sofea pun ada deco untuk yang base pizza tu. cuma sofea teringin nak buat pizza. kita tarik pizza, keju meleleh...huhuh ..macam pizza hut tu.

jomm jamu mata dengan pizza ni.

pizza crusted beef + chicken



base pizza - pizza kosong. boleh deco sendiri




deco 1 - inti sosej dan sos . keju . ni deco adik bongsu




deco 2 - pizza inti daging + sos + keju




maka semuanya dah selamat di makan.

boleh order dengan kawan lagi. sementara ni, tak mampu nak membaking....heheheh

JOMM..BER BISZ DENGAN SHAKLEE



kalian yang baca , singgah blog sofea ni. kalau berminat nak membeli atau nak jadi ahli terus. boleh call sofea di talian 0138290985. lebih info lagi pasal produk Shaklee ni. boleh terus kunjungi sofea punya blog satu lagi. banyak info menarik pasal Shaklee ni.

http://ummisya-eid.blogspot.com/

sofea boleh jumpa sesiapa yang berminat. nak beli sofea hantarkan. kira C.O.D lah. jomm lah kita mencuba Shaklee. untuk kesihatan semua...

SEKITAR HOT SPRING





dari atas hot spring. bersebelahan dengan pondok rehat dan bilik mandi.



tangga khas untuk turun ke bawah. hot spring serta sungai yang airnya sejuk. berendam sebentar di kolam air panas. lepas tu berendam di sungai.



bagi anak-anak rasa kolam air panas. kolam ni boleh buat rendam kaki dan badan. suam-suam. boleh tahan jugak. cuma ada satu kolam nya memang panas giler....boleh melecur ...



kolam air panas. cantik. rendam kaki rasa ada tarikan elektrik..sedap rasanya.



ni lah sungai. tak jauh pun. satu tempat je. sesapa nak pergi. pergi je. konfem jumpa tempat ni. nanti ada rezeki nak pergi lagi. nak bawa mak,bapak dan adik-adik...

sekian sahaja cerita hot spring. 

VITAMIN C KINI KEMBALI !!!!!!!!!!!!!!!!!!



kepada sesiapa nak beli vitamin C Shaklee ni. boleh dapatkan dari sofea. dan info lanjut dari my other bloghttp://ummisya-eid.blogspot.com/


kredit

boleh jugak kalau nak direct call. dan ada banyak lagi untuk Shaklee

Friday, October 11, 2013

ANNAH RAIS HOT SPRING versi 1


bertarikh 6.10.2013. hari ahad. sofea sefamili , jah sefamili serta adik-beradik suami pergi ke Annah Rais Hot Spring. perjalanan dari Taman Sukma ke Kota Padawan yang mengambil masa 1 jam. huhu. nak tahu?? kami pun masih tercari-cari arah nak ke sana. guna GPS,langsung tak update. nasub baik jumpa. kalau tak haru..sebab nya ini plan sofea pergi mandi -manda..hehehhe...


pintu gerbang

kalau nak tahu betul-betul dah sampai tempat yang dituju. ada satu pintu gerbang macam kat photo atas tu. macam sofea hari tu. baru lah lega. bila dah nampak pintu gerbang nya. sebab dalam perjalanan nak menuju ke annah rais. jauh lah jugak perjalanan. dari Taman sukma terus ke kota padawan. melewati Giants batu 10. terus menyusuri Puncak Borneo. selepas tu , nasib baik ada orang kampung tempat bertanya. sebab dah jauh sangat. kalau ikut GPS dah sampai. tapi , langsung tak update. PULAPOL di lewati...sampai satu resort pun lepas. jalan lagi. last-last jumpal signboard homestay annah rais. ok , ini bukan. ini homestay sahaja. kena jalan lagi. seberang jambatan kayu. jalan dalam 5 minit. jalan pulak berbatu. masih dalam proses buat jalan. dah jauh ke dalam. hati dah jadi bingung. sesat ke??? ye lah hutan kan. takpe redah je. sampai satu jambatan yang sedang dibina. suami pergi tanya seseorang yang melintas kenderaan kami.

kalau hot spring dah tak jauh. kalau kita tanya annah rais sahaja. mmg org tu cakap dah sampai. maybe merujuk kepada homestay. nasib baik tny lagi. hot springg??? terus orang tu jawab ..owhh jalan sikit lagi...kami ikut je. rupanya depan je..dan akan jumpa pintu gerbang ini.


bayaran masuk

tempat bayaran masuk dekat pondok berhampiran pintu gerbang.


jalan masuk

dari pintu gerbang. jalan terus je. ikut jalan macam kat atas tu...dalam 5 minit baru sampai. kalau macam mak buyong ni. lama sikit lah kot. hehehhe


salah satu kolam air panas

ada 2 kolam air panas. kolam berkembar kat atas ni. masih boleh direndam kaki dan badan sekali. tapi ada satu kolam kecil sebelah kanan dari kolam ni. tak ada dalam gambar. kena jalan jauh sikit. kolam tu memang panas. terlalu panas. boleh letak telur kat situ. kena hati-hati kalau nak merasa panasnya.


Thursday, October 10, 2013

READY STOCK - SHAKLEE

READY STOCK - SHAKLEE

READY STOCK

Salam semua..

sofea nak bagitau kat korang. sesapa nak try test produk SHAKLEE ni. sofea adalah di antar pengedar SHAKLEE ni. sekarang sofea dah ada sebahagian produk SHAKLEE yang ready stock.

gambar di atas tu. diantar produknya. kalau nak info lebih lanjut. boleh hubungi sofea di sini....

boleh cuba produk SHAKLEE ini. sebab merangkumi banyak set.

  • SET KESIHATAN
  • SET KELUARGA
  • SET SUAMI ISTERI / CINTA
  • SET KESUBURAN
  • SET BERSALIN
  • SET PENYUSUAN
  • SET KECANTIKAN
  • SET KANAK-KANAK

boleh sahaja hubungi ummisya-eid di......


Call / SMS ; 0138290985
Email : synursor@gmail.com
Add FB saya : Sofea Jali untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik LIKE di FanPage saya https://www.facebook.com/Ummisyaeid
KONSULTASI PERCUMA UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA

Tuesday, October 8, 2013

USIA KANDUNGAN 4 - 6 BULAN ( ANAK KETIGA )


kalau ikut kiraan. minggu depan kandungan sofea dah masuk 6 bulan ( 24 minggu ). Alhamdulillah. sejak 3 bulan yang lalu. keadaan sofea agak mengecewakan. pemalas , cerewet , pening kepala dan muntah-muntah. now, dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah. semuanya dapat diatasi sedikit demi sedikit.

cuma dulunya tak suka makan ayam. sekarang tak suka ikan pulak. harap-harap tak lama. tapi kalau ikan masin. nak pulak selera tekak ni. sayur kacang panjang paling feveret. tomyam pedas-pedas. nak jugak makan hirisan cili padi. sofea bukanlah jenis yang tahan pedas. tapi mengandungkan anak yang ketiga ni. semuanya terbalik. apa-apa pun semoga Allah lindungi kami. dari segi kesihatan. kalau lambat makan. kena gastrik. sofea dah siap buat bekalan ubat gastrik dan ubat angin.

selain tu. sofea sedaya upaya mengatasi kemalasan. cuba sedikit-dikit. kalau diturut. memang akan jadi tongkang pecahlah bilik tidur. heheheh...Alhamdulillah. doa itu senjata orang mukmin. selalulah berdoa. doa pulak kena detail. tak payah nak sangkut-sangkut. nak minta apa pun boleh. asal yakin dan jangan malas. perbaiki kelemahan diri. jagan cepat marah.

sofea bersedia nak harungi kandungan 6 bulan yang tak lama lagi. sebab apa sofea kata begitu. sebab sofea terkena pertama kali buyuh. hahaha...buyuh lain dari yang lain. ada orang buyuh - kaki kembang. buyuh - kegatalan . buyuh - macam-macam. tapi, sofea..buyuh - hehehe rahsia deeeee...

harapan agar semuanya akan pulih seperti biasa. semoga Allah melindungi diri, suami , anak-anak serta famili. harta benda tidak dilupa...insha Allah

USIA KANDUNGAN 1 BULAN - 3 BULAN ( ANAK KETIGA )


sofea nak ulang tayang balik kisah mengandungkan anak yang ketiga ini. maaflah ye. sebab sekarang tengah mood mengandung. sejak sofea usaha nak mengandung anak yang ketiga. amatlah payah. usaha dan doa yang tak putus-putus. permulaannya sofea berhenti ambil pil perancang keluarga. hehehe. sofea tak dapat guna cara lain. pernah dulu injection. effection banyak sangat. so, sofea skip. makan pil dari klinik kerajaan pulak. asyik pening kepala dan badan macam dipam-pam. lastly sofea guna pil YASMIN. nak guna cara kiraan atau semula jadi. hahaha..sofea tak konfiden.

bila dah berhenti makan pil. sofea usaha macam-macam. adalah dalam 3 bulan tak melekat. heheh. tambahan pun, masa makan pil. haid memang tak teratur. kekadang banyak. kekadang sedikit. bila dah berhenti. wahhh...haid melebat. mungkin kesan makan pil tersebut. lama jugak sofea merancang. kira-kira 2 tahun lebih jugak lah. lepas usaha dan keputusan tak pernah nak positif. sofea usaha pergi jumpa bidan. bidan ni memang bidan kampung. sekarang tinggal tak jauh dari rumah baru sofea. tu , dekat bandar baru samariang. sofea pergi berurut dan memulang. kirannya atur peranakan. lepas berurut. baru rasa sedap. peranakan rupanya dah jatuh sangat. patutlah kencing dan berak kurang lawas. sebabnya ada simpulan urat yang mengganggu. bahasa bidan.

setelah seminggu berurut. usaha lagi. dan pengakhirannya. Allah Maha Mendengar. sofea positif hamil anak ketiga. Alhamdulillah. permulaan mengandung anak ketiga, amatlah perit. tak pernah kena morning sickness. tak pernah rasa pening melampau. kurang selera makan. cerewet bagai. wahhh..dugaan yang hebat.

lama jugak sofea berkeadaan begitu. hampir nak menangis jugak. ditambah lagi dengan kemalasan melampau. mengemas, memasak, menyapu , melipat baju...semuanya sofea malas nak buat. dalam 3 bulan pertama sofea berkeadaan pemalas dan cerewet. selalu gak ambik sick leave. tapi..kalau selalu sangat ambil. habislah..

yang tak ada sepanjang 3 bulan pertama. tapi pengalaman sebegini betul-betul menginsafkan. heheh....untuk nama anak-anak sofea dah sedia pilih. tunggu dah lahir nanti dan confirm jantina. barulah kita namakan. semoga semuanya selamat dan Allah permudahkan.

TERINGIN NAK MAKAN PIZZA


semenjak 2 menjak ni. banyak betul fb friend postkan gambar makanan. lebih-lebih lagi pizza. ada seorang kawan tu. dia tengah cuba buat pizza homemade. mayb for business or suka-suka. tapi, sofea teringin nak membeli. ada jugak niat di hati nak membaking sendiri. namun , apalah daya beta...buat kerja semampu mungkin je.

jadi..sofea tunggu lah kawan tu updatekan bisnes dia. harap-harap dia sudi lah nak jual dengan sofea. heheh. mak buyong ni nak makan macam-macam. nak masak sendiri. ikut kemampuan le nampaknya.


pizza
gambar hasil dari search google......

UNTUNG SALAH TAK UNTUNG PUN SALAH


sukar nak faham orang ni. kalau kita bisnes kecik-kecik. mestilah untung kecik-kecik kan. takkan kita cakap untung sampai ribu riban. salah ke kalau orang tanya untung berapa. kita jawab adalah setakat 20 sen ke 30 sen. takkan nak cakap untuk 1 ke 2 ringgit. bukan kita bisnes samapi modal ratus-ratus. haihhhhh..manusia ni. kita bisnes air minum je pun.

tapi kalau nak ikut positif. boleh je sofea jawab untung juta-juta. tapi..tu lah. nanti orang pulak kata riak. ikut mana-manalah. yang bisnes nya kita. dari segi modal, urusan kerja , jual beli barang , upah , ambilan dan sebagainya. kita sendiri yang ambil kira. orang memang nampak kita senang. tapi , kita yang kena fikir dan buat kira-kira. untung or rugi.

itu laah...lain kali sofea cakap untung sampai juta-juta. manalah tahu. memang rezeki nanti..hahahha. ye lah tu..dapat gak sofea capai target 2014 nanti...insha Allah

DENGAR BOLEH..PERCAYA JANGAN


pening dengan ragam orang. kita susah memang akan meyusahkan. kita senang didengki pulak. sofea banyak dengar hal-hal sofea or famili sofea. dari orang perseorangan. ye lah. sofea ni tahunya buat hal sendiri. balik kerja pergi kerja. ada kenduri orang jemput sofea pergi. hahahah. tak pernah nak melepas rezeki. tak baikkkkk..

tapi itulah. apa yang kita rasa dah buat baik. tak semua orang anggap baik. ada-ada je yang mengata. mana-mana lah. yang penting sofea dan famili berusaha menuju kebaikan yang abadi. kalau hidup asyik nak menurut kehendak orang. mendengar kata orang. alamat boleh jadi huru-hara. sofea mendengar. tapi jangan cepat percaya. tengok dan selidik. kalau betul. diamkan sahaja. biar masa yang tentukan baik or buruk perbuatan kita. yang penting SABAR itu. serta doa. kerna doa adalah senjata orang mukmin.

sofea bersyukur ada teman yang menyampaikan. nak harap sofea mengorek or menilik. malaslahh. banyak kerja nak dibuat. baik sofea layan suami dan anak-anak. banyak nak kena fikir. hal duniawi dan akhirat. sekarang ni tengah fikir nak majukan bisnes SHAKLEE. hanya doa dan usaha sofea yang mampu sofea serahkan. semoga ada sinar baru nanti...tidak mengapa lambat. janji ada. tapi jangan pulak jadi kura-kura. kena laju sikit dari kura-kura...bukan apa..makin banyak anak. kenalah lebih usaha sikit untuk tambahkan pendapatan keluarga...

kalau sesiapa yang baca blog ni. berminat nak cuba SHAKLEE. boleh pergi follow sofea punya blog. ummisya-eid.blogspot.com.

sempat nak promo. hehehhe. ok lah...nanti meracau lebih pulak. next entry nanti. sofea akan cuba cerita pasal celebration my birthday...hehehhe....tunggguuuuuuuuuuu

RASA SAKIT YANG MELAMPAU


semenjak kandungan nak masuk 6 bulan. sakit punggung agak melampau. hehhh...jumpa doktor. doktor cuma mampu bagi panadol dan sick leave. banyakkan rehat katanya.

sofea bukan tak berehat langsung. kalau pergi kerja pun. memang kerja sofea duduk mengadap pc je. maybe akibat lama duduk tu kot. penyebab utama sakit punggung serta pinggang.sakit pinggang satu hal pulak. masa pergi appointment dengan doktor pakar hari tu. doktor masih suggest suruh buat operation. pasang disc baru. ye lah. pinggang sofea memang ada masalah. ada bahagian sendi yang tiada disc lagi. KOSONG...

kranya nak upload kat dalam blog ni. tapi asyik tak meneympat nak snap gambar. tambahan pun, result MRI dekat klinik pakar. kalau pergi kerja. duduk lebih 2 jam. naik kematu lah punggung. buat nye senaman sikit-sikit. bagi lega pinggang dan punggung. tak pun pergi toilet. kalau penat sangat. baby pun aktif. sofea baring kat lantai. beralaskan tikar dan berbantalkan bantal 2-3 bijik. huhu. ofis sofea ni sejukkkkk. tahap gaban. ye lah ofis simpan equipment segala bagai.

cerita kena pindah. rasanya dah full stop. mayb alang-alang tunggu cawangan ni tutup sepenuhnya. ye lah. sofea pun fikir macam tu. lebih baik macam tu. tak lah memeningkan kepala yang sedia ada dah berserabut. oklah .makin lama menaip ni. banyak pulak idea tercurah. tak pasal-pasal nanti mengarut yang tak tentu pasal...hehehhe...

Thursday, October 3, 2013

LEPAS TAYAR..EKZOS PULAK DAH


hari tu ada kan cakap trade-in tayar. sebab rasanya dah lama tak tukar. so tukar je lah. pejam mata . lepaas kes bateri kereta ong dan enjin kereta tak dapat di hidupkan.

2 or 3 hari lepas. ekzos pulak buat hal. kalau nak tahu. kami beli kereta ni. tahun 2008. sama birthday kami lulus ambil lesen kereta....sofea dan suami memang ambil lesen kereta sama-sama...hehehhe

setel bateri. setel tayar. ekzos pulak buat hal. al-kisahnya. masa ahad lepas...time tu birthday sofea. sofea balik dari tolong parents. bila dengar e-mart buat sale. sofea ajak suami pergi beli barang dapur, anak-anak.
bila selesai semuanya. kami balik. masa on teh way balik rumah. heran lah. ada bunyi ketangketung kat belakang. suami tanya bunyi apa? sofea cakap tak tahu. samapi rumah..terjawablah asbabnya....


ekzos kereta dah hampir nak putussssssss....haiiiii duit lagiiiii......esok harinya. kena bawak pergi bengkel. welding or tukar baru. bapak cakap pergi bengkel yang selalu dia pergi. kami follow him...nasib baik cepat. selesailah RM 70.00 ...untuk ekzos kereta....

harap-harap tak adalah lagi nanti...tak termampu eden....

SETIAP BULAN PUNYA CERITA


dari hujung bulan ogos. sofea membz. tolong parents. yelah. kan ke banyak event besar-besar kat Sarawak. dari mula cuti merdeka. sampai bulan oktober ni. belum lagi selesai. cuti merdeka. rasanya tak ke mana kot...lupa dah..

masuk bulan september. banyak nak kena setel. TYT Birthday dan Malaysia day. bz jenjalan. bawak anak p tengok perbarisan. lepas tu pergi muzium.

lepas Malaysia Day. ada pulak perahu berhias di Waterfront. lepas tu pulak...sambung sampai hujung bulan. Jomm Heboh 2013. nak dijadikan cerita. joom heboh kali ni. betul2 tak best. sebabnya. tempat penjual kecik-kecik macam kami..nun jauh dari tempat jomm heboh. pasal banyak jalan ditutup..hampehhhh. sudahnya pengunjung yang datang banyak yang parking jauh. ada yang sampai parking kat sekolah demak. bukan apa, kasihan lah makbapak yang bawak budak-budak kecik. orang tua. mayb banyak yang tak tahu. parking mana ada full. masih banyak space lagi.

sudahlah parking jauh. nak kena pergi tempat jom heboh jauh lagi. dengan cuaca yang sentiasa hujan. tahun lepas paling best. sama rata. penjual senang berniaga. pengunjung pun dekat je nak sampai.

booth dalam karnival pulak tak banyak. ada 3-4 booth makanan je. mana pergi booth yang lain ye???? harap-harap kalau ada lagi ..janganlah buat terlebih " pandai ". ada akal dan kuasa.seimbanglah sikit. pengunjung datang nak berseronok. penjual kecil nak tumpang carik rezeki. tepuk dada tanyalah selera......

BUYUH OOHH BUYUH AKA EDEMA



hari ni sofea nak cerita pasal pregnant . sofea sekarang dah masuk lebih 20 minggu. kira-kira 5 bulan. kalau masa pregnant yang pertama or kedua. sofea takdelah nak merasa sakit perit masa mengandung. makan pun tak cerewet bagai.

la ni...ngandung yang ketiga. sofea kena buyuh. lain orang lain buyuhnya. ada yang kaki kembang. badan kembang. gatal. tapi...bila sofea pulak. alahaiiii..susah nak percaya. tapi kena percaya jugak. dah mula terasa sakitnya. ingatkan sakit tu akan hilang. siap sofea tanya doktor lagi. biasalah..kalau doktor yang jawab. jawapan bernas dibagi. pembawaan budak.

bila sofea borak-borak dengan usu sofea hari tu. rupanya sofea dah kena buyuh. sebab usu dah ada 7 anak. pernah kena macam tu jugak. sebab tu yakin apa dia cakap. tambahan sama pulak rasa sakit dia dengan sofea. hmmm...usu cakap .lepas bersalin baru hilang sakitnya. hmmmm nak kena tunggu 20 minggu lagiii.

moga-moga Allah janjikan kemudahan selepas ini.

Tuesday, October 1, 2013

FOLLOW - http://ummisya-eid.blogspot.com



https://www.facebook.com/Ummisyaeid
assalamualaikum semua.

nak bagitahu. sofea ada blog untuk cerita khas pasal produk SHAKLEE ni.
bagi readers2 yang berminat, boleh beli terus dengan sofea. sebab sofea sekarang dah ada ready stock.

untuk yang nak update lanjut.

boleh LIKE Fb Page : Ummi Sya-eid
boleh FOLLOW website : http://ummisya-eid.blogspot.com/

semua detail pasal produk shaklee boleh dapat di blog baru sofea.




LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...