Friday, October 11, 2013

ANNAH RAIS HOT SPRING versi 1


bertarikh 6.10.2013. hari ahad. sofea sefamili , jah sefamili serta adik-beradik suami pergi ke Annah Rais Hot Spring. perjalanan dari Taman Sukma ke Kota Padawan yang mengambil masa 1 jam. huhu. nak tahu?? kami pun masih tercari-cari arah nak ke sana. guna GPS,langsung tak update. nasub baik jumpa. kalau tak haru..sebab nya ini plan sofea pergi mandi -manda..hehehhe...


pintu gerbang

kalau nak tahu betul-betul dah sampai tempat yang dituju. ada satu pintu gerbang macam kat photo atas tu. macam sofea hari tu. baru lah lega. bila dah nampak pintu gerbang nya. sebab dalam perjalanan nak menuju ke annah rais. jauh lah jugak perjalanan. dari Taman sukma terus ke kota padawan. melewati Giants batu 10. terus menyusuri Puncak Borneo. selepas tu , nasib baik ada orang kampung tempat bertanya. sebab dah jauh sangat. kalau ikut GPS dah sampai. tapi , langsung tak update. PULAPOL di lewati...sampai satu resort pun lepas. jalan lagi. last-last jumpal signboard homestay annah rais. ok , ini bukan. ini homestay sahaja. kena jalan lagi. seberang jambatan kayu. jalan dalam 5 minit. jalan pulak berbatu. masih dalam proses buat jalan. dah jauh ke dalam. hati dah jadi bingung. sesat ke??? ye lah hutan kan. takpe redah je. sampai satu jambatan yang sedang dibina. suami pergi tanya seseorang yang melintas kenderaan kami.

kalau hot spring dah tak jauh. kalau kita tanya annah rais sahaja. mmg org tu cakap dah sampai. maybe merujuk kepada homestay. nasib baik tny lagi. hot springg??? terus orang tu jawab ..owhh jalan sikit lagi...kami ikut je. rupanya depan je..dan akan jumpa pintu gerbang ini.


bayaran masuk

tempat bayaran masuk dekat pondok berhampiran pintu gerbang.


jalan masuk

dari pintu gerbang. jalan terus je. ikut jalan macam kat atas tu...dalam 5 minit baru sampai. kalau macam mak buyong ni. lama sikit lah kot. hehehhe


salah satu kolam air panas

ada 2 kolam air panas. kolam berkembar kat atas ni. masih boleh direndam kaki dan badan sekali. tapi ada satu kolam kecil sebelah kanan dari kolam ni. tak ada dalam gambar. kena jalan jauh sikit. kolam tu memang panas. terlalu panas. boleh letak telur kat situ. kena hati-hati kalau nak merasa panasnya.


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...