Thursday, October 3, 2013

BUYUH OOHH BUYUH AKA EDEMA



hari ni sofea nak cerita pasal pregnant . sofea sekarang dah masuk lebih 20 minggu. kira-kira 5 bulan. kalau masa pregnant yang pertama or kedua. sofea takdelah nak merasa sakit perit masa mengandung. makan pun tak cerewet bagai.

la ni...ngandung yang ketiga. sofea kena buyuh. lain orang lain buyuhnya. ada yang kaki kembang. badan kembang. gatal. tapi...bila sofea pulak. alahaiiii..susah nak percaya. tapi kena percaya jugak. dah mula terasa sakitnya. ingatkan sakit tu akan hilang. siap sofea tanya doktor lagi. biasalah..kalau doktor yang jawab. jawapan bernas dibagi. pembawaan budak.

bila sofea borak-borak dengan usu sofea hari tu. rupanya sofea dah kena buyuh. sebab usu dah ada 7 anak. pernah kena macam tu jugak. sebab tu yakin apa dia cakap. tambahan sama pulak rasa sakit dia dengan sofea. hmmm...usu cakap .lepas bersalin baru hilang sakitnya. hmmmm nak kena tunggu 20 minggu lagiii.

moga-moga Allah janjikan kemudahan selepas ini.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...