mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, October 8, 2013
USIA KANDUNGAN 1 BULAN - 3 BULAN ( ANAK KETIGA )
sofea nak ulang tayang balik kisah mengandungkan anak yang ketiga ini. maaflah ye. sebab sekarang tengah mood mengandung. sejak sofea usaha nak mengandung anak yang ketiga. amatlah payah. usaha dan doa yang tak putus-putus. permulaannya sofea berhenti ambil pil perancang keluarga. hehehe. sofea tak dapat guna cara lain. pernah dulu injection. effection banyak sangat. so, sofea skip. makan pil dari klinik kerajaan pulak. asyik pening kepala dan badan macam dipam-pam. lastly sofea guna pil YASMIN. nak guna cara kiraan atau semula jadi. hahaha..sofea tak konfiden.
bila dah berhenti makan pil. sofea usaha macam-macam. adalah dalam 3 bulan tak melekat. heheh. tambahan pun, masa makan pil. haid memang tak teratur. kekadang banyak. kekadang sedikit. bila dah berhenti. wahhh...haid melebat. mungkin kesan makan pil tersebut. lama jugak sofea merancang. kira-kira 2 tahun lebih jugak lah. lepas usaha dan keputusan tak pernah nak positif. sofea usaha pergi jumpa bidan. bidan ni memang bidan kampung. sekarang tinggal tak jauh dari rumah baru sofea. tu , dekat bandar baru samariang. sofea pergi berurut dan memulang. kirannya atur peranakan. lepas berurut. baru rasa sedap. peranakan rupanya dah jatuh sangat. patutlah kencing dan berak kurang lawas. sebabnya ada simpulan urat yang mengganggu. bahasa bidan.
setelah seminggu berurut. usaha lagi. dan pengakhirannya. Allah Maha Mendengar. sofea positif hamil anak ketiga. Alhamdulillah. permulaan mengandung anak ketiga, amatlah perit. tak pernah kena morning sickness. tak pernah rasa pening melampau. kurang selera makan. cerewet bagai. wahhh..dugaan yang hebat.
lama jugak sofea berkeadaan begitu. hampir nak menangis jugak. ditambah lagi dengan kemalasan melampau. mengemas, memasak, menyapu , melipat baju...semuanya sofea malas nak buat. dalam 3 bulan pertama sofea berkeadaan pemalas dan cerewet. selalu gak ambik sick leave. tapi..kalau selalu sangat ambil. habislah..
yang tak ada sepanjang 3 bulan pertama. tapi pengalaman sebegini betul-betul menginsafkan. heheh....untuk nama anak-anak sofea dah sedia pilih. tunggu dah lahir nanti dan confirm jantina. barulah kita namakan. semoga semuanya selamat dan Allah permudahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
say nak juga urut boleh miss tujuk tempat kat mana atau sms 0198364103 whatapp
ReplyDelete