Tuesday, June 30, 2015

INGATAN BUAT SAYA : JANGAN TERKALAU-KALAU




Teringat tahun lepas, ada seorang customer memberitahu saya. Saya dah lama nak join Shaklee sejak Farah mula bisnes lagi. Tapi asyik bertangguh je. Kalaulah saya join awal, mesti dah jadi master macam Farah kan?
Hakikatnya, itu nature manusia. Mahu dan tahu, tetapi suka menunggu.
Dan sangat suka perkataan KALAU.
Sampai terciptalah lirik lagu "Kalau aku kaya, hari-hari hari raya.."
Hakikanya kalau aku kaya tu hanya tinggal angan-angan, jika TIADA TINDAKKAN, TIADA KEINGINAN DAN TIADA MATLAMAT.
JIKA ANDA TAK MULAKAN SEKARANG, TAK BEKERJA KERAS DARI SEKARANG, SETAHUN AKAN DATANG ANDA AKAN MENYESALI, KENAPALAH AKU TAK MENGAMBIL PELUANG YANG DATANG.
Fikirkan wajah-wajah yang anda sayang.. cukupkah apa yang anda beri sekarang untuk mereka? Jika anda "pergi dulu" adakah anda meninggalkan hutang atau harta?
Sampai bila nak jadi orang biasa-biasa?
Berubahlah.. anda layak menikmati hidup yang lebih baik dan sempurna.

Salam sayang, 
Master Farah

Monday, June 22, 2015

ALLAH SURUH USAHA








Allah suruh kita usaha. hasilnya semuanya atas ketentuan Allah. banyak mana usaha kita. pasti akan Allah makbulkan. yang penting USAHA.


Sunday, June 21, 2015

KUNCI KEJAYAAN ADALAH USAHA. KUNCI KEGAGALAN ???







malas malas malas...semua benda nak malas. macam mana nak berjaya. kalau malas.

nak bisnes kena rajin usaha. rajin cari customer. rajin promosi barang. semua kena tiptop rajin.

jom usaha. jangan malas.

Saturday, June 20, 2015

USAHA USAHA USAHA







usaha usaha usaha

yang pastinya usaha. tanpa usaha mana akan ada hasilnya.

Friday, June 19, 2015

KALAU DAH ITU BUKAN REZEKI. PASTI ADA REZEKI YANG LEBIH BAIK







gagal matapelajaran. bukan bermakna anda gagal kehidupan.

lihat..dia jadi owner untuk perniagaan tersebut. jangan mengalah.

Thursday, June 18, 2015

TERUSKAN MELANGKAH UNTUK SHAKLEE KU






memandangkan langkah itu canggung. itu tidak mengapa. teruskan usaha. teruskan langkah. tidak semua kita bernasib baik. Allah menguji setiap hambanya. usaha kena di tingkatkan. zikrullah , amalan perlu didekatkan.

ayuhlah ...melangkah jangan menoleh lagi

Wednesday, June 17, 2015

Tuesday, June 16, 2015

SUSAHNYA NAK KURUS - KALAU ANDA MACAM INI






nak kurus? tapi , makannya banyak. tiada kawalan kalori. tiada senaman.

macam pic atas tu lah. semuanya tidak terkawal. banyak mana pun produk kesihatan , produk slimming dicuba. pasti jawapannya. tak akan KURUS punya. lawatlah mana-mana slimming centre. nasihat yang sama jugak akan anda perolehi. JAGA PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN KALORI ANDA !!!


jom cuba SET SLIMMING SHAKLEE. anda nak slim dan sihat . boleh sahaja.

Monday, June 15, 2015

ABCDEF - ITU CARANYA NAK BISNES







nak bisnes ? tapi , kena tahu apa yang perlu di bisnes.

jom buat bisnes guna cara ini  ;

A -  Aim high
B -  Brave ( jangan malu-malu )
C -  Commitment dan Consistant
D -  Duplicate ICU
E -  Enjoy
F -  Fasilitate - service downline & customer

# ICU -  Ikut Cakap Upline


Sunday, June 14, 2015

SHAKLEE : KULIT CANTIK SUAMI PUN MAKIN INTIM




Kadang-kadang orang suka pening kepala fikir macam mana lah nak kulit cantik.. Pakai kosmetik, bukan makin baik, makin teruk ada.. Jeles tengok orang lain kulit licin dan gebu..
Tak susah pun sebenarnya, perlu telan sebiji Vitamin E setiap malam..
Vitamin E Shaklee sebotol tahan 4 bulan.. Jimat dan bertindak sebagai "vitamin CINTA" juga tau..

Bukan sahaja kulit berseri, parut-parut di kulit akan mula pudar, jerawat pun makin menghilang.. hubungan suami isteri pun bertambah intim giteww..





Saturday, June 13, 2015

RESEPI : KEK COKLAT KEJU KUKUS




Kek Coklat Keju Kukus
bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :
1. 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
2. 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - menggunakan mentega jenama Farmcows.
4. 3 biji telur gred B
5. 220g gula kastor
6. 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
7. 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
1. 600g krim keju (pada suhu bilik)
2. 1 biji telur gred B
3. 120g gula kastor
4. 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
5. 4 sudu makan tepung gandum
Cara membuat :
A). Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
B). Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
C). Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang...
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.
 Selamat mencuba..& Sila share 
resepi : dayangjack

 kredit to owner

Friday, June 12, 2015

RESEPI : KEK COKLAT LAPIS CHEESE 1




KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE...MUDAH DAN SEDAP!..
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE 
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA 
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana.
Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

kredit to owner

Thursday, June 11, 2015

RESEPI : KEK JANTUNG PISANG




KEK JANTUNG PISANG (kek goreng)
1 mangkuk tepung gandum * jika guna tepung kek x perlu letak B.powder
1 sudu baking powder
8 biji telur ayam
1 ketul buttercup
1 sudu kecil vanilla
1 cawan gula
pukul buttercup bersama 1 cawan gula hingga kembang
ayak tepung gandum bersama baking powder.
masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati
panaskan kuali bersaiz paling kecil kemudian masukkan adunan 1 sudu ditengah kuali masaklah sehingga kekuningan.
angkat keluar adunan yang telah masak kemudian masukkan 1 sudu lagi adunan dan letakkan ditengah kuali. bila nampak yang adunan kedua tapi hampir masak, kemudian masukkan semula adunan pertama(yang dikeluarkan tadi) letakkan di atas adunan
** buatlah adunan ini sehingga habis dengan cara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua tadi.(ANGKAT DAN LAPISKAN SEMULA)
(jika ada adunan yang x rata di sekeliling tepinya.. jangan susah hati.. setiap kali letak adunan tolakkan adunan ke dalam dengan sudip agar ia nampak bulat ** perhatian: x perlu di terbalikkan adunan kek hanya teruskan melapis hingga habis dan kek akan menjadi besar dan tebal)



KREDIT OT OWNER 

Wednesday, June 10, 2015

RESEPI : KEK KEJU JEPUN




Kek Keju Jepun
Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing


Tuesday, June 9, 2015

RESEPI : KEK LAPIS CHEESE SEDAP




KEK LAPIS CHEESE SEDAP 

Bahan-bahannya:

20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:

1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.

2) Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

3) Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

4) Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.

5) Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.

6) Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong

Monday, June 8, 2015

RESEPI : KEK LAPIS EVERGREEN



Kek Lapis Evergreen Kukus
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)
Lapisan Hijau
10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi 
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)
Lapisan Putih :
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi 
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
Cara-cara
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. 
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"
Selamat Mencuba!



KREDIT : OWNER

Sunday, June 7, 2015

RESEPI : KEK SPAN KEJU



Kek Span Keju

160 gm krim keju
25 gm mentega
120 gm susu segar
40 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
¼ sudu teh garam
100 gm gula kaster

Lenser dan alas tin empatsegi berukuran 23 cm. Bungkus bahagian luarnya dengan foil
Satukan 3 bahan pertama dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan. Pukul hingga pekat. Angkat.
Masukkan 2 bahan seterusnya, kacau rata. Campurkan kuning telur dan pukul sebati.
Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur dan garam hingga kembang.
Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul hingga separuh kental (soft peak).
Tuangkan adunan ke dalam tin. Letak tin dalam bekas besar berisi air mendidih.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 C selama 50 minit. Keluarkan kek daripada tin, biar sejuk atas redai.


Untuk mendapatkan putih telur yg sempurna :

1. Bilas mangkuk & pemutar elektrik dgn air panas (utk hilangkn kesan mentega / minyak).

2. Lap kering & biar sejuk seketika.

3. Keluarkan telur dari peti sejuk (supaya mudah diasingkan) TETAPI perlu biarkan seketika selepas diasingkan untuk suhu telur kembali ke suhu bilik.

4. Pukul perlahan supaya putih telur dan garam berbuih halus.

5. Pukul sederhana semasa memasukkan gula. Pastikan gula sebati sebelum masukkan baki gula.

6. SOFT PEAK (separuh kental) adalah tahap bilamana kita angkat pemutar elektrik, puncak putih telur berbentuk melengkung.

7. STIFF PEAK (kental) adalah bila kita angkat pemutar elektrik, puncak putih telur berbentuk lurus ke atas.


8. Kaupbalik putih telur ke dalam adunan dgn spatula plastik secara perlahan-lahan, supaya udara kekal untuk menggebukan kek.

Saturday, June 6, 2015

RESEPI : KERABU IKAN BILIS




KERABU IKAN BILIS
Bahan
Ikan bilis - digoreng
1 biji lemon atau 6 biji limau kasturi - ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya
Bahan hiris:
1 biji bawang kuning
5 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
1 batang bunga kantan
6 biji cili padi
3 batang serai
Cara membuatnya:
1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan2 yang dihiris. Kacau rata. Siappppppp...


Friday, June 5, 2015

LARIIIIIIIIIIII




Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya
adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya
aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka
kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua
kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?
pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah…


Thursday, June 4, 2015

RESEPI : KUIH MAKMUR




Kuih makmur

Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi
B
500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar
200g gula kaster
C
200g susu tepung
250g gula aising

Cara2:
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.

2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.

4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.


Wednesday, June 3, 2015

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
Jangan lupa tekan Share !!


Tuesday, June 2, 2015

RESEPI : MEE BANDUNG



Mee Bandung

Bahan-Bahan: 
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara: 
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan.
Anda mungkin juga meminati:


Monday, June 1, 2015

RESEPI : Mee Bandung Bujang



Mee Bandung Bujang
Resepi: Che CT

Bahan-bahannya:
2 peket perencah Mee Bandung Adabi
600 ml air (3 cawan)
300 gm daging lembut - direbus empuk 
300 gm dada ayam - potong kiub dan cuci bersih toskan
200 ml air rebusan daging (1 cawan)
10 ekor udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekor sahaja
2 keping tauhu - di goreng, kemudian di hiris 
2 biji telur
300 gm mee kuning (atau 1 peket) - cuci dan toskan
Sedikit garam dan gula.
Hirisan lada hijau - hiasan
Belahan limau kasturi - hiasan
Hirisan daun sup/bawang - hiasan

Cara-cara :
1. Masukkan air dan air rebusan daging serta rempah Mee Bandung Adabi kedalam periuk. Kacau sebentar.
2. Masukkan ayam yang dipotong kiub tadi. Tunggu hingga mendidih dan ayam empuk.
3. Apa bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur kedalam periuk. Masukkan sekali daging yang dihiris dan juga udang.
4. Bila telur dan udang telah masak, tambahkan sedikit garam dan gula. Perasakan.
5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebentar selama 1-2 minit. Matikan api.
6. Hidangkan dan taburkan daun sup/ bawang, tauhu goreng, lada hijau dan limau kasturi. 

7. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba..


kredit : owner

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...