sofea share kan apa yang sofea dok google kan tadi..hari ni sofea cuba berpuasa sunat sempena Arafah..kalau ada salah silap harap maaf
Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nisa berkenaan puasa sunat Arafah :
“Saya nak puasa Sunat Arafah..ustaz bgtau niat nya boleh? tq“
Walaupun pertanyaannya cuma nak tahu niat je, tapi Ustaz Love nak panjangkan sket entry ni supaya dapat cerita sket kelebihan puasa sunat Arafah ni.. juga Ustaz Love skip dulu entry2 bagi soalan yg lain.. memandangkan esok dah waktunya puasa sunat Arafah.. Kalau Ustaz Love buat entry ni lusa, dah tak menepati peristiwa plak.. sbb lusa dah raya haji.. InsyaAllah, esok Ustaz Love sambung rally entry pasal soal jawab..
Berkenaan niat puasa hari Arafah ini, cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat Arafah).. tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).
Jadi, takde masalah nak niat “puasa sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”.. nak lafaz niat pun takpe, tak nak lafaz niat pun takde masalah.. yg penting, ada lintasan niat di hati (nak puasa sunat) sbb niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati (kira mcm niat solat jugak la.. sebut usolli2 tu belum kira niat lagi.. bila dah angkat takbir dan ada lintasan hati nak solat fardhu sekian2, maka itu baru dikatakan niat)
Waktu berniat adalah sebelum Subuh sehingga sebelum Zohor hari ke 9 Zulhijjah.. kiranya, kalau dah bangun solat Subuh, lepak2 tengok TV, tiba2 teringat nak puasa.. maka boleh berniat puasa. Dengan syarat, selepas Subuh tu, tak melakukan sebarang perkara yg membatalkan puasa (spt jimak ke, onani ke, makan sarapan ke dsb).
Dan tahanlah diri daripada makan dan minum dan perkara2 yg membatalkan puasa sampai la masuk Maghrib.. begitulah kira2nya kaedah nak puasa sunat Arafah.
Puasa sunat Arafah ini adalah bersempena dengan Hari Wuquf di Arafah (berkumpul di Arafah yg merupakan rukun haji).. tapi cuma disunatkan berpuasa bagi mereka2 yg tak melakukan Haji. Bagi mereka2 yg melakukan Haji, maka tak disunatkan untuk berpuasa pada hari itu.. Malah ada dinyatakan dalam hadis yg Nabi s.a.w. menegah jemaah haji ini melakukan puasa sunat pada hari itu.
Jadi, sama2 la kita berpuasa esok ye.. Ganjarannya sangat hebat.. puasa sehari, diampunkan dosa 2 tahun.. mana nak dapat? Tapi dosa2 kecil je la.. dosa2 besar takkan terampun kecuali melalui taubat.
Tak lama mana pun.. lepak2 dengan facebook, tau2 dah azan Maghrib (itu kalau gaya orang tak solat la).. maksudnya, nak dibandingkan ganjaran yg besar itu, apa la sangat puasa nan sehari.. lusanya kita dah bleh makan2 sampai kembung (sbb dah raya Haji). Jadi, jangan lepaskan peluang sehari dalam setahun ni.