28 september 2012 yang lalu..selesai untuk upacara majlis akad nikah adikku ...namun hatiku sedih sebab di hari yang sama aku kena penuhi temujanji di Hospital Umum Sarawak. temujanji MRI jam 1000 pagi. cerita MRI sofea cerita kemudian k.
Majlis akad nikah di buat dekat Majlis Islam Sarawak..masa pergi hantar pengantin tu, sofea ingatkan dekat bangunan yang sama masa sofea akad nikah dulu. rupanya dah tukar tempat. kalau tak silap bangunan lama mahkamah syariah tempat bersebelahan bank negara..
semasa majlis tu berlangsung sofea dah di hospital. jadi tidak berkesempatan nak tengok majlis nya..Alhamdulillah dari apa yang adik bagitau..sekali je akad nikah di buat. Tahniah dik..sekarang status dah bertukar. semoga selamat semuanya..selepas majlis tu , pergi makan-makan kat Buhari Cafe di Satok. dah 3 anak bapak kawen..mesti makan kat Buhari selepas majlis akad nikah...nasib baik lah ..sofea sempat join. sebab MRI tu sejam je.
lepas tu balik ke rumah..bertungkus lumus untuk sediakan makanan untuk tetamu yang datang membantu bagi majlis seterusnya.
hari jumaat majlis akad nikah - selesai
sabtu - majlis belulut di buat pada malam hari..selesai solat isyak..pengantin peraga 2 baju..aka feseyen showlah.. fotographer yang ambik gambar ..heheheh. ada 2 jenis pakaian je..pakaian jepun dan jawa..ok semuanya selamat.
ahad - majlis bersanding ..pepagi lagi BF sofea ,Liza datang..yelah dia temankan sofea dan adik..dan ada lagi seorang kawannya Alin. kami gerak ke rumah mak andam dalam jam 0630 pagi. sebelum tu singgah sarapan dulu..pengantin lelaki gerak kemudian.
rumah mak andam dekat demak..nanti sofea cerita pasal mak andam k. sofea ambil kesempatan nak berhias jugak..sebab sofea ni tak reti nak make-up2 ni..caj nanti sofea cerita entry lain..
lepas semua selesai..kami gerak ke rumah pengantin dalam jam 1015 pagi. pengantin lelaki dan pengantin perempuan satu kereta..suami sofea yang jadi pengapit dan driver ..
bersanding dengan 2 pakaian..majlis makan nasi temuan. dan out door di Bukit Siol ....ok selesai....
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment