Thursday, October 18, 2012

Rumah Baru Kami

kredit dari google

Alhamdulillah. tak lama lagi rumah baru kami bakal siap. insya Allah dalam beberapa bulan lagi. buat masa ini gambar kat atas tu cuma gambar hiasan sahaja. Rumah kami tu cuma rumah teres je atau dalam bahasa omputihnye single terrace cost upgrading..gitu le bunyi nye..halahai kalau bab bahasa ni. ado payah sikitlah sofea.

ok nak cerita pasal rumah baru kami ni. dah selamat di sign bersama develepor dan bank. dalam erti kata lainnya..S&P dah selamat ditandatangani kami suami isteri. dan semua urusan pinjaman perumahan sudah dibuat. cuma bank mampu bagi 90 % sahaja. mula-mula cakap tu dapat full loan. hmm nama dah bank kan. rumah baru ni kami beli di kawasan bandar baru semariang. banyak projek perumahan kat kawasan ni. dalam banyak-banyak projek perumahan yang ada. projek perumahan ini sahaja yang mampu untuk kami miliki. syukur alhamdulillah.

rumah ni ada 3 bilik dan 2 bilik mandi. keluasan rumah tak berapa ingat. kami beli yang korner. ambik besar sikit. manalah tahu kalau ada rezki nanti dapat tambah sikit rumah.

sekarang ni dah hampir siap dalam 75 %. harap-harap tahun hadapan dapatlah beraya di rumah baru..insya Allah

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...