Thursday, October 18, 2012

MRI Dan Keputusannya



Segala Puji-pujian bagi Allah. Maha Suci Allah.

hari tu sofea ada cerita kan yang mana sofea kena jalani pemeriksaan melalui MRI. di mana temujanjinya bersamaan hari akad nikah adik sofea. iaitu 28.09.2012 hari jumaat. lebih-lebih lagi. tarikh tersebut sehari lagi untuk sofea sambut ulangtahun kelahiran sofea yang ke - 29 tahun. semoga ada keberkatan pada hari tersebut dan hari-hari yang lain.

nak cerita kat sini. esok 19.10.2012 sofea akan dapat keputusan hasil dari MRI tu. jadi sofea kena pergi ke Klinik Pakar ( Ortho Clinic ) , Hospital Umum Sarawak . dalam jam 1000 pagi macam tu. jadi kena awal. takut nanti tak ada tempat nak parking kereta. sofea drive sendiri.

kena register dulu dekat kaunter. dan baru dapat ke Ortho Clinic. di situlah nanti kena tunggu giliran untuk dipanggil. harap-harap adalah jawapan yang sesuai bagi sakit belakang yang sofea hidapi ini.

diharap yang sudi baca blog ini mendoakan kesejahteraan sofea. terima kasih

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...