Friday, September 20, 2013

SABTU 14.09.2013 HARI TYT SARAWAK

kakak sorfina 


Hari sabtu 14.09.2013 - public holiday untuk negeri Sarawak. sempena sambutan kelahiran TYT. ada perbarisan di Stadium Negeri Sarawak. sofea tak dapat nak tengok. nak join pun tak. sebab ada seminar di hotel harbour view. dari pagi sampai petang .

jadi lepas seminar baru free. suami datang ambik sofea. bawak anak-anak sekali. tak terus balik rumah. singgah makan abc dekat atas sukmaria. selesai makan. baru balik.

lepas isyak. cadangnya nak ajak famili makan kat luar. tapi abang sefamili tak berapa sihat. demam. ani sefamili baru je balik rumah lepas keluar. bapak tak dapat. sebab nak tengok perlawanan bola antara malaysia lawan myanmar. perlawanan akhir piala pesta bola merdeka. kalau tak silap sofea lah ye.

jadi, semua tak jadi. plan makan dekat jubah ria. tapi last minit,kami tukar ke d' benteng. tak jauh pun. sebelah je. masa ni si thaqif dah buat hal . dia nak main motor yang dekat kubah tu. haihhh..

selesai makan. mak pesan beli satay dan mee goreng. beli dan bawak pergi rumah. sempat lah tengok bola. riuhhhh..hahah. kesian sik kecik farhana.



moto fev thaqif

gambar gegar


lepas habis masa. balik. nasib baik tak mengamuk

Tuesday, September 17, 2013

PERAHU BERHIAS DI WATERFRONT


satu-satunya gambar perhu yang sempat disnap


selesai urusan pagi. selepas zohor,minta tolong suami hantarkan ke rumah parents di kampung tupong. tapi , tukar plan. adik di 3H's. kedai makan di heritage jalan merdeka. kami pergi sana. singgah minum .suami pergi kerja. sofea dan anak-anak tumpang adik ke waterfront.

sofea pergi waterfront sebab ada perarakan perahu berhias dan sambil tolong parents berjual burger, keropok lekor, minuman dan lain-lain. seronok serta penat. heheheheh


sekitar jam 0600 ptg

keadaan berangin dan nak hujan


hujan lebat


perarakan perhu berhias dah bermula


dah jam 1200 tgh malam...

 penat serta seronok. next trip..21st Sept 2013. Piala Malaysia . Sarawak lawan Perak..jangan lupak agak kamek k. beli beli beli...heheheh

TRADE-IN TAYAR DAN RIM



pagi ahad. pergi kedai rim dan tayar. sofea dan hubby dah decide nak trade-in tayar dan rim sekali. sebab rasanya. dah lebih 3 tahun belum ditukar ganti. faktor keselamatan juga dalam keutamaan. sofea kan kaki jalan dan tempat kerja juga jauh.

sofea dan suami pergi dalam jam 0800 pagi. tak sempat nak breakfast.

SEBELUM



SELEPAS

Alhamdulillah. dah selesai. dalam 3 tahun atau 4 tahun lagi, kenalah tukar lagi. insha Allah kalau tiada aral yang melintang. tahun depan boleh lah fokus dengan rumah baru dan orang baru.

tak lupa juga. terus cuci kereta yang lama dah tak bercuci.


akhirnya mandi bersabun

Friday, September 13, 2013

ESOK , LUSA DAN LUPIT



hari ni kerja. walaupun company dah tetapkan replacement day untuk TYT Birthhday. sofea kena tukar ke 27 September ni. bcoz ada appointment dengan doctor di klinik pakar HUS. sofea kan ada masalah sakit belakang.

masa nak turun kerja pagi tadi. ada dugaan mendatang lagi. lepas kemas. tunggu suami. sebab minggu ni. turun kerja sama suami. motosikal problem,selepas beliau minor accident selasa lepas. hari ni ada urusan dekat bank , jadi lambat la nak sampai ofis. hujan lagi. suami pergi start enjin kereta. sekali 2, cuba start enjin. alamakkk!!!!..rasanya ni mesti masalah bateri lagi. sebab , minggu lepas suami dah isi air bateri. itupun bila bateri kereta kekeringan air. so, hari ni langsung dah tak boleh start. jadi, nak setel macam mana??? fikir punya fikir. sofea sarankan mintak tolong adik ipar suami. tapi, beliau mengajar. jadi , hantar kereta FIL je lah. tambahan pun motosikal dia ada kat rumah my in law. kami pun gerak pergi urusan bank. dan terus beli bateri. samapi rumah suami tukar bateri baru kereta. selesai.

turun kerja. huhhhhhhhh...nasib baik tak buat hal tengah jalan. Alhamdulillah. Allah uji ikut kemampuan hambaNYA.

esok...ada seminar. harap semuanya dalam seperti yang dirancang. tambahan pula, kuching esok bz. ada sambutan hari jadi TYT Sarawak. di padang merdeka. ada perbarisan.

lusa. survey kedai tayar. nak tukar tayar kereta. kalau dapat di trade-in. ok lagi. ptgnya suami ada kerja. sedihhh...sebab malamnya ada perarakan perahu berhias di waterfront. kalau ada kesempatan sofea nak pergi nanti.

lupit. isnin. hari malaysia. plan nak ajak anak jenjalan. pergi tengok dinasour, tengok petunjukan di padang merdeka dan lain-lain.

diharap boleh lah sofea ambik gambar setiap evnet nanti ya

Wednesday, September 11, 2013

PERLUKAN KHIDMAT JURUKAMERA DI KUCHING



sofea kenal seorang jurukamera di kawasan kuching. nak kata pro or tidak. semuanya subjektif. kalau sofea, sofea suka kalau jurukamera yang boleh di bawa berbincang. apa yang kita hendak dan dia boleh buat kerja.

ok lah . buat warga kuching yang berminat nak dapatkan khidmat jurukamera untuk apa-apa majlis. boleh hubungi beliau ;




Senyum Photography

Cikgu Joe
tel no : 0128818109
email : senyumphotography@gmail.com
fecebook : Senyumphotography
Alamat : no 752 , lot 7474
             lorong cahaya damai 7b3c1
             Taman One Puteri
             Bandar Baru Samariang 93050
             Petra Jaya kuching Sarawak


Specialised in :

wedding photo
familiy photo
birthday events photo
corporate events
private functions



Quotation untuk pakej-pakej menarik boleh hubungi beliau. Dijamin memuaskan hati pelanggan.


jangan malu-malu ya...

CAMERAMAN/ FOTOGRAHER/JURUKAMERA PRO VS NON-PRO



hari ni nak cerita atau boleh kata nak luah isi hati . pasal apa? pasal cameraman. untuk majlis kawen misalnya.mahupun apa-apa majlis.

mula-mula nak cerita pengalaman sendiri dulu. sofea dapat cameraman yang pro dan kerja pun tip top. kira berbaloi lah. cameraman sofea ni satu pakej dengan mak andam. jadi senang nak berurusan. sebab sofea ni pentingkan situasi majils besar. yelah majlis nikah kahwen sendiri. bukan selalu kita dirias cantik , lagi-lagi jadi raja sehari. mestilah nak yang terbaik kan? jadi , amat penting kita dapat cameraman yang boleh kamceng dengan kita. tak kira mana pun keadaan majlis. tugas beliau sebagai cameraman kena pro.ok setel pengalaman sofea. album pun cantik walaupun yang biasa sahaja. yang pentingnya. ada cerita disetiap helaian album.

al-kisahnya, macam mana kalau dapat cameraman yang pro. siap ada sijil bagai. tapi kerja hancur. rasanya lebih hancur dari kerja cameraman yang non-pro.  yelah, buat kerja pun cincai. tak ambik gambar seperti yang dinginkan.

sofea dah alaminya. kerna sofea yang berurusan untuk majlis seseorang. sedih bila album kawen dah siap. tiada penceritaan pun. masa majlis pun, cameraman macam ni kedekut nak ambik gambar. sesnap 2..simpan..lepas tu snap lagi...macamlah guna filem or kodak. setahu sofea , semua dah guna memori card untuk simpan gambar. memanglah kalau ikut pakej 120 keping je. tapi kan boleh pilih dan delete kalau lebih.

dahlah ambil gambar ikut selera mata dia. bukan ikut kehendak pengantin. pengantin berhak nak simpan kenangan majlis dalam setiap gambar kan. tapi, kalau jumpa cameraman yang kedekut macam ni. langsung tak berbaloi. cantik mana pun si pengantin. mesti pengantin nak yang terbaik bagi setiap gambar yang diambil dan kenangan. lagi-lagi pengantin yang memang budget nak terbaik. bukannya selalu , sekali seumur hidup.

sofea suka kalau cameraman ambil gambar dari mula cerita hingga ending cerita. contoh lah.


Majlis akad nikah ;

  1. acara sebelum , semasa dan selepas majlis. 
  2. ambik gambar sepersalinan baju pengantin. ambik wajah pengantin tengah sebelum ,semasa dan selepas di makeup.
  3.  ketika pengantin nak ke majlis akad nikah. suasana majlis. gambar famili sebelum dan selepas.
  4. gambar saat akad nikah.
  5. selagi ada penceritaan. 

Majlis berinai / belulut ;
  1. setiap baju yang diguna.
  2. gambar pengantin seorang , famili.
  3. gambar bilik pengantin. cantik atau tak di mata cameraman. tetap ambil. kata pro. mesti pro jugak nak shoot  angel mana yang cantik kan. yelah setiap pengantin nak sangat setiap yang di aturnya ada dalam kenangan. ini tidak. cakap terus tak sesuai. terus tak ambik gambar. sedihlah kalau macam tu.
  4. gambar sekitar majlis.

Majlis bersanding ;
  1. dari rumah mak andam. menuju rumah pengantin. ketika di atas pelamin.
  2. gambar pelamin
  3. bersama famili. bermula pihak perempuan dan disusuli pihak lelaki. beramai-ramai.
  4. gambar makanan. khemah . orang kerja. al-wakil. jemputan. macam-macam. selagi dapat. suka lah. 
  5. gambar outdoor. pengantin pilih tempat. haiii..seronoknya.

tapi itulah. sofea tahu bukan senang. tapi , akan senang cameraman tu tahu kerja mereka. pro or non-pro. rasanya sama je. kualiti gambar memang ada bezanya. tapi, bila dapat cameraman pro tapi hasil gambar hancur. tiada cerita . sedih. tapi , kalau jumpa cameraman non-pro tapi setiap gambar ada penyampaian cerita. tu yang boleh terus jadi kenangan.

Ps ; sampai sekarang. kalau rindu tengok album kawen..hehehe..

SEMINAR SHAKLEE DI KUCHING SARAWAK


Alhamdulillah. di sini, sofea nak kongsikan sedikit info pasal seminar Shaklee bagi warga kuching. bagi warga kuching yang berminat nak join Shaklee untuk jana pendapatan. boleh lah daftar nanti. ada 2 sesi.


sesi 1- SEMINAR TERTUTUP ENERMAX

* hanya untuk yang mendaftar di bawah group ini.

14 September 2013 ( Sabtu )
Tajuk : How To Build Network Marketing Money Machine
Harbour View Hotel , Kuching
9 am to 5 pm
bayaran = RM 50.00 per person


sesi 2 - SHARING 

* terbuka kepada semua yang berminat join Shaklee

15 September 2013 ( Ahad )
Tajuk : Kenali Peluang Bisnes Bersama Shaklee
Harbour View Hotel , Kuching
2 pm to 5 pm


nak menjana pendapatan dari rumah secara online melalui Shaklee. boleh daftar sebagai ahli. bayaran sebanyak RM 85.00 seorang bagi warga Sarawak.

bagi yang berminat boleh daftar dengan saya ;



jomlah kita mencuba untuk jana pendapatan. secara full time mahupun part time.



Monday, September 9, 2013

REGATA 2013 - 6 SPETEMBER HINGGA 8 SEPTEMBER



Regata!!!!!!!!!!lombak perauk. hahahah
semalam dah pun selesai. yang sedihnya hujan lebat sesangat masa last compt. kesian pengayuh-pengayuh. sejuk dan berhujan.

yang pastinya sofea tidak menyempat nak ambik gambar. sibuk tolong parents berjual. hehehe
jual ayam goreng , air , burger , keropok lekor dan lain-lain. sampai sakit rasanya pinggang.

seronok...tapi kesian lah dengan anak-anak. kena tinggal dengan abah..

next week ada hari malaysia dan hari jadi TYT. sibuk lagi warga kuching. jomm rami-rami kita menuh pasar. hahah. dan sofea ada seminar dari pagi hingga petang.


NAK KASI NAIK RATING BLOG - KEYWORDS KENA ADA



nampak gayanya, dalam dunia penulisan maya ni. sofea perlukan ilmu untuk mantapkan lagi cara penulisan. jangan terlalu skema dan jangan terlalu rojak. kekadang perlu campur sikit humor dan gaya bahasa santai. tapi , nak mengolah bahasa tu memang payah. sofea , kalau tengah drive pergi dan balik kerja. idea mencurah-curah. tapi bila nak mula menaip. idea terus menghilang pergi. aduhssssssss

nak carik sponsor or adv ke. dapat jugak income lebih. tapi, semuanya kena study lebih lagiiiii. sofea suka baca jugak blog yang femesemes. nampak macam masyukkk je diorang kan. tambahan pun mereka banyak jobs. so senanglah dapat kantau. best nye. sofea teringin sesangat.

semuanya kena study. mana tahu ada rezeki lebih. insha Allah. nanti ada seminar. boleh lah study mudy....

CELEBRITY CAFE



sofizan.blogspot

nak cerita sikit pasal tempat makan. sofea suka makan di Celebrity Cafe. lebih-lebih lagi ada tomyam sedap kat sini. semalam sofea dan suami, lepas balik dari Regata singgah makan sekali lagi. sebab malam yang lepas tu,sofea tak dapat nak menikmati sup tomyam nya.

heheh. biasalah ,masa tu bawa anak-anak. ada saja dramanya. jadi sofea tak sempatlah nak merasa semuanya. sofea bawak anak no. 2 masuk kereta. nak pujuk. tapi, rupanya dia nak tidur. ngantuk rupanya. kasihan.

kedai makan ni, tak jauh dari hq Celcom satok. kiranya sebelah kedai makan Lock Ann. ok lah. 2 kali makan kat sini. menu tomyam. lupa nak snap. dah setengah makan , baru ingat. hehehe


tomyam campur


rasanya cukup


ikut tekak masing-masing


makan dengan nasi putih

 insha Allah kalau ada kesempatan nak makan lagi. selera sekarang ikut mood. kalau tak ada selera. sofea makan ikan bilis goreng je.

Friday, September 6, 2013

ANNAH RAIS HOT SPRING



insha Allah. ada kesempatan nanti. sofea dah plan nak pergi tempat ni. beriadah bersama famili. rindu nak berenang dan bersuka ria. sempena ulangtahun kelahiran sofea. sofea nak hadiah ni je dari suami. hehehheh.
tempat ni dalam kawasan padawan. kalau dari kuching , mungkin 2 jam kot nak sampai. sofea belum sampai lagi. nanti sofea update ye.



pintu gerbang



antara kolam air panas


kredit

gambar-gambar kat atas tu , sofea google search. kena plan awal-awal. sebelum nak pergi. mayb bulan depan. sebab bulan ni, sofea bz tolong my parents berjual. 
banyak event kat kuching sekarang ni ;

  1. Regatta ( 6 - 9 September 2013 )
  2. Sambutan harilahir TYT dan Sarawak dalam Malaysia.
  3. Piala Malaysia. Sarawak vs Perak
  4. Jom Heboh
banyak kan. huhuhu. penat nanti. harap semuanya dalam kawalan. dan Allah murahkan rezeki my parents .
ok lah itu . esok tak kerja. jumpa di Regatta...

SHAKLEE - ANTARA PRODUK YANG DIGUNA



SET HAMIL/SET PANTANG/SET PENYUSUAN



3 dalam 1

memandangkan sofea hamil. sofea dah amalkan supplement ni dari kandungan berusia 2 bulan. Alhamdulillah. semuanya dalam keadaan terkawal. cuma ada lah jugak sofea termuntah balik. sebab loya ditekak.

set hamil ada 4 item.

  1. Vita-lea / Multivitamin

RM 93.75
  • kebaikkannya. mengandungi zat besi yang amat penting.
  • zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
  • sesuai untuk yang mengalami Hemoglobin yang rendah.
  • diamalkan seharian, boleh membantu ibu bertenaga dan cergas sepanjang hari.
  • RM 93.75

2.  B-Complex


RM 56.25

  • mengandungi asid folic.
  • untuk mengelakkan kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.
  • juga untuk pembentukkan sel darah merah.
  • mampu mengurangkan rasa loya dan mual ibu.
  • RM 56.25

3.   Vitamin C


RM 97.50


  • membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • peranan dalam menyokong tulang,gigi,gusi yang sihat serta keseluruhan tubuh badan.
  • RM 97.50

4.   Ostematrix / Kalsium

RM 65.00
  • penting bagi pembentukan tulang dan gigi.
  • wanita hamil perlukan 100mg kalsium setiap hari.
  • kekurangan kalsium menyebabkan sakit belakang , lutut dan kejang.
  • RM 65.00


untuk sesiapa yang berminat. harga set ada ditawarkan. boleh hubungi sofea ;



SHAKLEE - NAK JUMPA MASTER



insha Allah. kalau tiada aral melintang. sofea akan jumpa master sofea pada hujung minggu depan. nak jumpa dan bolehlah tuntut ilmu niaga dengan beliau. kalau ada reader-readers yang nak join dan mahu jadi downline sofea. boleh lah call sofea. kita jumpa. mana tahu,akan ada rezeki kita nanti.

KISAH CINTA DAN POLI





masuk Poli lepas berhenti dari form 6. ambik jurusan akaun. kalau tak silap dalam jun 2001. macam biasa. kena register dulu. beli keperluan asrama. dan ada minggu suaikenal. mak bapak pergi hantar. poliku terletak di jalan matang. tak jauh dari gunung serapi. boleh tahan kalau jalan kaki. masa minggu suai kenal. macam biasalah. aktiviti untuk siswasiswi. lepas tu ada jugak minggu suai kenal asrama. asrama lelaki perempuan. tak campur. asing-asing.

huhhh..masa ni glemer lagu SO7 tu. "sephia". memandangkan pulak ada 2 org sofea, sofea dan akak senior. jadi payah lah. sebab terpersan lebih...sofea paling suka tinggal di hostel. sebab, sifat sofea tak reti nak belajar dirumah dan di library. confirm tidor. tapi seronok tinggal di hostel kalau roommate satu kepala. sofea ok2 je. masa tu. sebilik dengan geng satu sekolah menengah dulu.

di poli sofea suka ikut kelab kembara. jelajah gunung dan aktiviti luar. seronok. sekurang-kurangnya ada jugaklah pengalaman. sofea tak habis diploma akauntansi ni. sebab kantoi paper akaun. hancurrrr. fail kali ketiga. dan terus sofea berhenti study. dalam setahun tu ,sofea kerja dan ada lah jugak isi borang masuk poli,uitm. lepas setahun tu. sofea dah give-up. masa kerja kat sanmina. dapat panggilan masuk poli. last minutes. jadi kena buat surat 24 jam berhenti kerja. huh naasib. tak berbayar. masuk kali kedua poli. ambik pulak jurusan mekanikal. Alhamdulillah. grade dan konvo akhirnya. bercinta??? pasti ada. suka dengan si anu tu sianu ni..hahaha...tapi hati tetap setia pada si dia. chehhhh..

bercinta kali pertama. selepas SPM. tu pun tak disengajakan. bertemu di masjid. berpisah tanpa kata. kekekkek. tapi semuanya suratan. lepas putus. ada jugak lah cuba ushausha mamat2 lain. namun semuanya bukan jodoh.

yang pastinya jodoh memang dengan suami. kami kenal pun selepas tragedi. hehe.kenal,cinta akhirnya kawen. pasang surut, gaduh manja, panas hujan pasti ada setiap perhubungan.  semuanya dilalui.




mungkin yang lepas bukan jodoh sofea. yang pastinya, memang ada hikmah nya.

SIK JAHAT...BEROLAH JAK


ok. sofea nak sambung pasal kenakalan sofea. huhuh. bukan jahat tau.

zaman sekolah menengah aka remaja

dari form 1 hingga form 5. kalau bab sekolah. kekadang rajin kekadang malas nak pegi sekolah. alasan tak nak pergi sekolah. Demam. tapi, kalau tak pergi sekolah,alamatnya tiadalah duit belanja. hmmm. masa sekolah menengah. sofea tak lah berapa pandai. bolehlah. sekolah pun tak lah jauh dari rumah. kira-kira 6 km lah. pagi bapak hantar. pulang sekolah. jalan kaki. dari smkpj, jalan kaki. guna jejantas. dari taman sejoli balik rumah. boleh lah tahan penat. mungkin sebab itulah badan tak jadi gemuk. selalu jalan kaki. kalau sekarang,memang tak larat lah.

zaman sekolah. sofea bukan jenis pandai berkawan. memang tak reti. sebab tu kot. kurang kawan. kalau tegur sapa tu. bolehlah. dulu, sofea suka jual keropok dalam kelas. hehehhe. itupun masa form 1. lepas tu, tak jual lagi. ambik upah beli mknn kawan kelas je. kalau di rumah, sofea duduk rumah je. nak jenjalan. kawan tak ada. masa tu tak reti lagi nak tunggang motosikal.

selain tu. selalu tolong emak berjual dekat stadium.seronok. mula-mula tu malu lah jugak. tapi , bila dah lama-lama. seronok pulak jadinya. samapi form 5. dah jadi hantu. sebab ada geng. hehhe. selepas SPM. sofea terus kerja. dah booking awal dengan makcik. mahu kerja. tapi tak lama. selepas result spm keluar. terus berhenti.( kat sini betul2 silap)

sebulan tak kerja. lepas tu masuk form 6. tak lama. dapat pulak masuk poli. bercinta???? sofea pernah bercinta. tapi tak lama. nanti lah sofea cerita. ada yang patut dicerita. dan ada jugak masih rahsia..heheh

kisah sofea tak berapa nak seronok. sebab sofea tak tahu minat sofea masa tu. yang pastinya. titik permulaan kehidupan. adalah di Poli...banyakkkkkkkkkkkkk kisah...

Thursday, September 5, 2013

TAK JAHAT , NAKAL JE JE



nak cerita sikit lah pasal kenakalan dari kanak-kanak hingga dah nak kawen. sofea mulai sekolah umur 6 tahun. masa tu bapak hantar belajar sekolah Tadika Bina. sekarang dah tukar nama. kalau tak silap. Tadika Hikmah. tahun 1989. masa sekolah tadika. jalan kaki je ke sekolah. tak jauh. tambah pun ada kazen mazen satu sekolah. cuma memula turun sekolah mak yang hantar. lepas tu pergi dan balik sendiri. kalau balik dari sekolah. suka benar panjat pokok ceri dan makan buah yang warna ungu tu(selalu sebut buah engkodok)


pokok ceri

buah ceri
pokok senduduk

pokok senduduk,buahnya kami makan. terus lidah dapat kaler ungu. pernah ke makan?
selain tu. rumah bapak sofea kan tinggi. bawah rumah ada tanah. bila hujan lebat or air pasang. bawah rumah penuh lah air. sebab sungai kecil. jadi air melimpah. bila air dah pasang. apa lagi. berenang le. seronok berenang. siap buat terjun gaya bebas lagi. tak pun pergi rumah nenek. belakang rumah nenek ada sungai besar. tapi ada buaya. heheh. kalau sekarang disuruh dah tak berani dah. tapi kan lama dah tak berenang. nasib baik ada swimming pool free. kalau tak memang tak pandai le berenang. biasa berenang dengan kazen. tak pun sensorang. adik sofea tak nak join.

selain tu. sofea suka main dari pagi sampailah senja baru balik. asal balik lewat. kenalah rasa cubitan manja bapak dan pukulan sayang emak. biasanya dalam adik-beradik. sofea paling nakal. tapi tak jahat le.main masak-masak. guna tin kosong. pasang unggu api. masak beras jadi nasi. macam-macam. lepas tu main kejar-kejar. bila dah terlebih seronok. akan adegan kelahi anje-anje.

sofea dah masuk sekolah rendah. belajar sampai darjah 6. kat sekolah memang rajin. pandai. bijak. tapi paling sofea tak bijak. Bahasa Inggeris. hancussssssss. tak pernah nak pass. sampai laaa ni. aduiii..biasa dapat no 1 hingga 3. selalu celen dengan kawan sekelas. siti namanya. budaknya pandai. sekarang pun dah jadi cikgu. ada sorang budak kelas merah. pun pandai. kalau speaking. kalah sofea. sedihhhhh...hafal sifir pulak dajah 4. tu pun cikgu tu bagi motivasi dan baikkk sangat. tak ingat namanya. cuma tetap akan dikenang sampai bila-bila.

masa sukan sekolah sofea suka ikut olah raga. lompat galah. lompat pagar. memacam. pengakap. suka sesangat aktiviti luar. tak pernah tuisyen. kalau KAFA. sofea pernah hafal juz 30. 1 juz tu je. ngaji pulak bapak yang ajar. banyak jugak yang belajar mengaji dengan dia. bapak kalau orang degil, dia rotan. tak pun dia bagi jadam.


jadam

dia tak bagi banyak. sikit je. tapi pahit ya amat. pernah sorang budak diberinya jadam. terus muntah. dan tak pernah datang lagi belajar mengaji. tapi, jadam ni banyak khasiatnya.

apa lagi ekkk...sofea pun dah banyak lupa. mandi sungai, main kejar-kejar, gembira,gaduh,ngaji, sekolah,sukan,cikgu-cikgi. kawan-kawan.

my fav teacher ;
cikgu siti aminah
cikgu rozana - ajak muzik
cikgu salina
ustaz annuar
banyak lagi..lupa dah.

inilah alkisahnya sekolah rendah. jomm sambung kenakalan disekolah menengah dan seterusnya.

SINI SANA SITU


isni lepas. tak kerja. sebelum pergi klinik. sofea singgah sekejap pejabat Baitulmal cawangan petra jaya. yang dekat samariang. atas kedai makan jula juli. urusan pertama. selepas syawal. nak naikkan kadar zakat pendapatan. serta bayar fidyah sebab tak puasa ramadhan lalu. tak larat. Alhamdulillah. selesai sudah urusan zakat. cuma nak kena key-in dalam sistem di ofis nanti.

lepas selesai urusan di Baitulmal. sofea kena isi perut lagi. lapar pepagi macam ni. pekena teh tarik dan 1 set roti kawen. makan. sambil tu cuba call bff. tak dijawab. jadi sarap sensorang le nampaknya. selesai makan dan bayar. terus masuk kereta. drive pulak ke klinik. pemeriksaan bulanan ibu mengandung. kandungan sofea dah 16 minggu. semuanya ok. cuma kena pastikan berat tak naik banyak.

selepas pergi klinik ibu anak. pergi klinik panel. jumpa my fav doc. doktor dayang. sofea teringin nak scan. dotor pun scan. semua ok. baby aktif. cuma tak dapat tengok jantinanya. sebab tengah meniarap. tak apalah. yang penting semuanya dalam lindungan Ilahi. masa tunggu turn di klinik panel. byk jugak orang. rutin biasa. kena tunggu turn lah.

selesai di klinik panel. sofea gerak pulak ke wisma satok. urusan bank lagi. ( huhuhu.banyak nau urusan) pergi tabung haji. buat tambahan untuk adik. dan update akaun kami 4 beranak. sebab sofea ada buat potongan gaji setiap seorang. ambil nombor giliran. tunggu giliran. akaun dah update. potongan dah success untuk 4 akaun. oklah selesai. cuma rugilah 4 bulan yang lalu. potongan semua masuk my akaun. heheheh.

setel kat tabung haji. ambil kereta. park dekat depan taka. sebab sofea kena pergi pejabat PTPTN lagi. nak buka akaun SSPN anak-anak. adalah rezeki anak-anak masa raya lalu. Alhamdulillah. sofea memang macam ni. ada lebihan , insha Allah akan disimpan. buka akaun baru. kena isi borang. salinan mykad dan mykid anak-anak. setel isi borang. ambil nombor giliran. tunggu giliran. masa tu pun banyak orang. banyak yang nak bayar balik pinjaman serta buka akaun. selesai di kaunter 2. kena ambil nombor lagi. untuk pembayaran di kaunter 3. yang sofea terima. resit pembayaran serta kad SSPN .


kad SSPN 2 beradik

selesai urusan sesi pertama. sesi ke dua. kena ambik mak dan adik.

DAH MASUK 16 MINGGU


hari isnin 2.9.2013. sofea ada temujanji di klinik kesihatan ibu dan anak Malaysia Jaya. tak jauh lah dari tempat tinggal.temujanji bulanan yang ke-3 rasanya. sofea sampai dalam jam 9 pagi macam tu. dalam klinik dah ramai orang. macam biasa. sofea letak buku kesihatan dalam bakul di kaunter. so, kena tunggu giliran.

dapat duduk dan masa ni lah mata sofea dah mula mengantuk. rasa macam nak tidur je. tapi tak boleh nak lelap . nanti tak sedar nama dipanggil. di kerusi tempat sofea duduk. ada seorang mommie. sofea tegurlah. kiranya berbasa basi lah. ye lah . kalau menunggu di klinik. kena ada teman buat ajak berbual. rupanya mommie tu datang awal pagi. sebelum klinik tu buka lagi.

tapi jam sudah 0930 pagi. kira dalam 2 jam lebihlah dia tunggu turn. masa tengah borak-borak tu. nama sofea dipanggil. (hmmm. pelikkan. mommie ni belum lagi) . sofea pergi tingkat 1. untuk pemeriksaan.
biasanya akan check air kencing kita. then berat serta tekanan darah. hari tu kena injection. sakit tau. nasib sebelah kiri. kekebasan terasa hingga keesokkan harinya. masa check saiz perut dan degupan jantung bayi. semuanya ok. Alhamdulillah. masa keluar dari bilik pemeriksaan tu. sofea nampak yang mommie tadi tu baru naik. kesian. lama dia menunggu.

nak tahu? berat badan naik mendadak sebanyak 4 kg!!!. huhuhu. bulan lepas turun 1 kg. kalau berlarutan sampai temujanji bulan oktober. nurse cakap kena check gula. harap-harap sofea tak kena.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...