Friday, December 27, 2013

SLIP DISC



semakin kandungan sofea mencapai ke 36 minggu. sakit slip disc bertambah. sofea dapat rasakan perbezaannya. sofea mengalami slip disc sebelah kiri badan. dibahagian pinggang. jadi sekarang. bahagian kiri memang sakit. nak angkat kaki kiri amat payah. duduk terlalu lama di ofis memang cepat terasa kesakitannya.

doa sofea semoga Allah permudahkan proses bersalin sofea nanti. dan sofea berdoa agar tiada pembedahan kelak. sofea selalu sapu minyak dibahagian kiri dari pinggang ke bawah. tidur mengiring ke kiri memberi impak besar. sakit nak angkat bila dah baring. bila baring  telentang. keadaan tidak mengizinkan.

Ya Allah sembuhkanlah sakitku. permudahkan proses bersalin ku nanti.

SET BERSALIN TANAMERA



berdebar-debar rasanya nak tunggu masa bersalin anak yang ke-3 ni. sofea ada cerita kan yang sofea ada Set Bersalin Shaklee. selain yang moden. sofea juga masih amalkan yang kampung tapi versi moden. sofea dah beli dari bulan ogos lagi. Set Bersalin Tanamera. sofea beli melalui online.

sofea beli dari kawan kepada blogger ni. http://miera301.blogspot.com/...sofea selalu baca blog beliau. dan ada add fb beliau. so rasa percaya tu ada. ye lah kan. nak beli on9 dengan harga beratus ringgit. kena betul-betul cari yang sah jual-beli nya.

boleh baca kat sini kalau sesapa berminat nak beli. http://miera301.blogspot.com/search?q=tanamera&x=16&y=8 ...

tak pun boleh je call penjualnya ( kredit dari blog moon )

email: singgahselalu_azie@yahoo.com
cara pembelian: boleh ke https://www.facebook.com/pages/Set-berpantang/249720121740555 dan tinggalkan mesej or leh pm kat wall dan leh add YAYA

 telefon: 0197683958 (rozita) 

sofea beli 2 set bersalin. Set Bersalin Shaklee dan Set Bersalin Tanamera .sekarang dah mula guna VCO tu. sedap rasanya. tak berbau. putih bersih. insha Allah ada rezeki nak beli lagi nanti.



selamat sampai 



set tanamera



di dalam kotak. ada 11 item


nanti sofea bagi review untuk 11 item tersebut. sekarang nak masuk 36 minggu. ikut kiraan doktor tarikh bersalin pada 08022014....semoga semuanya dipermudahkan.

Thursday, December 26, 2013

SET KEHAMILAN SHAKLEE - SID 908472





sofea dah amalkan.
cuma nasihat sofea kena konsisten.
kena ikut cara pemakanan yang betul.
peringatan untuk diri-sendiri dan yang baru nak mencuba.

berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee ni. hubungi Sofea di talian 0138290985.

selamat mencuba. semoga Allah permudahkan.

SET KEHAMILAN SHAKLEE



Dalam usaha untuk yang terbaik bagi bayi dan diri. sofea juga amalkan set kehamilan shaklee. yang terdiri daripada ;

1 ) Ostematrik
- merupakan kalsium
- membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
- mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya dialamai oleh ibu mengandung.
- jangan dimakan bersama vita-lea , b-kompleks dan vitamin C.
- dimakan sebelum tidur malam.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat.
                     

2 ) Vitamin C
- membentu meningkatkan sistem pertahanan badan.
- berperanan dalam menyokong tulang , gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
- makan selepas lunch. 
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat.


3 ) Vita-Lea
- iaitu zat besi.
- multivitamin terbaik.
- membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
- mengatasi masalah Hb rendah / anaemia.
- makan ketika perut kosong untuk penyerapan zat besi yang optimum.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat. 
                      

4 ) B - Complex
- seperti pil vitamin B kompleks.
- pil asid folik
- jumlah asid folik yang mencukupi membantu mencegah kecacatan dalam tiub neural bayi.
- asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
- makan ketika perut kosong untuk penyerapan zat besi yang optimum.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat. 


kalau mengambil set kehamilan Shaklee. dinasihatkan tidak mengambil pil hematinik dari klinik atau hospital.

MAKANAN KAYA ZAT BESI



Untuk tambah darah , kena makan makanan kaya zat besi.

dari sumber haiwan seperti daging , hati , ayam , limpa , kerang , ikan , sotong dan ikan bilis.

dari sumber sayuran hijau seperti pegaga , pucuk paku , sawi , pucuk ubi , kangkung , bayam dan kalian yang mengandungi zat besi.

juga jenis kekacang sepeti kacang hijau , kacang soya dan kacang dhal.

buah seperti jambu batu , limau , betik dan mangga.

ANAEMIA



Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin ( Hb ) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu , apabila mengalami anaemia , tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga.

Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11 gm/dl.

Untuk mengatasi masalah anaemia semasa hamil adalah tambah darah dengan Pil Hematinik. Hematinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu :

- pil xat besi ( ferrous fumarate )
- pil asid folik
- pil vitamic C
- pil vitamin B komleks ( B Co )

Pil hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi , B kompleks , dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. pil vitamin C membantu penyerapan zat besi.

Peringatan !!!!!!!!!!!

1 ) Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
2 ) Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi , teh , minuman berkarbonat , minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
3 ) Tetapi , jika ingin pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.


KESAN ANAEMIA KETIKA HAMIL


Anaemia akan menyebabkan ;

Ibu -
keguguran
tumpah darah semasa dan selepas bersalin
kematian

Bayi -
tumbesaran dan perkembanganbayi terbantut
kelahiran bayi kurang berta badan
kelahiran tidak cukup bulan
bayi meninggal dalam kandungan

LAWATAN KE KLINIK



setiap temujanji ke klinik dari awal kehamilan hingga akhir kehamilan ada prosedur tersendiri. kena register kehamilan sebelum 3 bulan. misi akan minta butiran peribadi seperti kesihatan sendiri , sejarah perubatan diri dan keluarga , jenis pencegahan kehamilan yang diguna sebelumnya , kitaran haid dan lainnya.

sofea register di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Malaysia Jaya. tak jauh dari rumah keluarga. pertama kali yang perlu dibawa adalah sample urin. untuk pengesahan kehamilan , mengesan gula dan mengesan protein.
ketinggian diambil sekali sahaja. berat badan akan diambil bacaannya pada setiap lawatan.

ujian darah juga dilakukan untuk mengetahui kumpulan darah , HIV dan tahap hemoglobin. tekanan darah dimbil setaip lawatan juga. untuk mengetahui paras tekanan. pemeriksaan fizikal , dengar degup jantung dan paru-paru. payudara juga diperiksa. kesihatan gigi juga penting.

pemeriksaan bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidal terdapat bengkak atau edema. merasa abdomen akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim.

ujian tambahan scan ultrasound . mengikut keperluan. untuk memeriksa umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran , kedudukan bayi dan uri ( palsenta ) serta air mentuban. bayi membesar secara normal...

pertambahan berat badan 0.5 kg / sebulan bagi kandungan 5 bulan pertama. untuk kandungan seterusnya 0.5 kg / seminggu.

hubungan seks tiada halangan semasa hamil. kenalah berhati-hati.

pemeriksaan kehamilan dari bulan pertama hingga ke tujuh bulan sebulan sekali. 7 bulan ke 8 bulan 2 kali sebulan. kandungan sudah 9 bulan , pemeriksaan akan dibuat sekali seminggu...

JANGAN CAMPUR



hari tu ada temujanji klinik. misi dah ulang kali pesan jangan makan pil folic asid , iron tablet dan b-complex dengan minuman berkafein seperti kopi , nescafe , teh. minuman coklat dan susu juga tidak boleh.

sebabnya tiada penyerapan zat besi nanti. maka sia-sialah makan ketiga-tiga pil tersebut. juga tidak boleh disekalikan dengan pil kalsium.

Friday, December 20, 2013

ADA REZEKI ..INSHA ALLAH MENIKMATINYA LAGI



anak ketiga . insha Allah di tahun 2014. pengalaman yang benar-benar berbeza. tapi indahnya. hanya Allah saja yang tahu. sofea tak tahu lagi. kalau ada rezeki. adalah yang keempat. sebab lepas yang ketiga ni. sofea kena koncen dengan rumah baru. alam baru. yelah dah tinggal rumah sendiri. banyak benda nak kena ambil perhatian.

semuanya bergantung dengan skop kerja baru sofea kelak. lepas cuti 3 bulan mungkin ada perubahan skop kerja. jadi, kena bersedia lah. bila dah konfem pasal kerja. barulah ada perubahan dibuat. sebab sekarang ni sofea on call. ada masalah kena turun tak kira jam berapa.

jadi, bila dah duduk rumah sendiri nanti. kena on standby jugak. kalau ikut plannya. rumah siap hujung tahun ni 2013. tapi tunggu lah penyerahan kunci nanti. semuanya bergantung dengan pihak developer.

tu sebab belum tahu lagi. ada ke tidak yang keempat. masalah kesihatan jugak. kena operation or tidak..kos operation dalam 30K. kira kasar.

PERANCANGAN 2014 ....



anak-anak sofea bakal bersekolah. yang sulung sorfina , harapnya dapat sekolah di Pra Sekolah. dah masuk 6 tahun .tengah tunggu surat. tapi, masa isi borang permohonan hari tu. sofea ada salah isi alamat.

yang kedua masuk 4 tahun. thaqif hashim .sofea hantar ke tadika kemas je. tujuan hantar awal. agar mudah untuknya bergaul dengan rakan sebaya. belajar sesuatu di sekolah. harap semuanya dalam terkawal.

minggu depan akan mula daftar sekolah untuk musim persekolahan 2014. tak sabar rasanya. harap-harap thaqif mahu sekolah nanti. taklah rugi bayar yuran nanti.

cuma menjadi kebimbangan sekarang. surat dari sekolah sorfina. dapat ke tidak...susah hati lah.


cuti 3 bulan nanti , moga-moga dapatlah dimanfaatkan dengan baiknya. penyusuan bayi. dan jaga baby. hehehe...

rumah baru pulak. harap indah khabar nanti. dapat kunci tahun depan. bolehlah sofea prepare apa yang patut. dari naik api dan air. pasang tinted dan grill. pasang lampu , kipas angin. macam-macam kena buat.

PERANCANGAN 2014...baby , rumah , anak sekolah


ada 11 hari lagi..bakal menjelang tahun 2014 masihi...permulaan tahun baru ni. banyak perancangan kena atur. dari siri sendiri , kewangan , anak-anak dan rumah baru.

dari diri sofea. sofea bakal bersalin bulan februari 2014. kali ni , sofea kena minta bantuan adik ipar untuk jaga dalam tempoh berpantang. cuti bersalin 3 bulan sudah diluluskan. Alhamdulillah. persiapan untuk barang baby masih diteruskan. barang lama dan baru. persiapan untuk diri sendiri. kena bersedia untuk bersalin anak yang ketiga. semoga semuanya dalam REDHANYA. dan sofea akan usaha untuk menyusu anak. insha Allah. barang baby dan sofea untuk di bawa ke hospital sudah dalam beg.

barang baby ;

topi
baju
sarung tangan/kaki
pampers
kain bedung
tuala kecil
minyak bayi
set mandian

barang sofea ;

tudung / skaf
baju
kain batik
baju/seluar dalam
minyak herba
stokin
pad
tuala

sofea dah sediakan. tunggu masa je lagi......

BSP DAN HB


dah masuk 32 minggu ++ kandungan sofea. dan pertama kalinya. sofea kena suspected kencing manis dan bacaan hb darah tidak memuaskan. misi nasihatkan makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap. kena makan zat besi lebih.

masalah sofea sekarang , makan apa sahaja. tak dapat nak kawal selera makan. air kosong memang minum utama sofea. tapi , sofea kuat makan nasi....

semoga semuanya dalam keadaan terkawal. sekarang sofea kena setelkan hal slip disc yang dihidapi. kena jumpa doktor pakar. mohon surat dari pihak pakar. berkenaan tahap sakit slip disc sofea. in case, sofea tak dapat bersalin normal. bius mana yang boleh sofea guna nanti untuk bersalin secara c-zer.

harap dapatlah kerjasama dari pihak pakar nanti. vitamin dari klinik masih terus diambil.

Saturday, December 7, 2013

KERJA PUN KERJA LAH



Alhamdulillah...pagi dah.

masa ni masih di ofis. kerja lebih masa. dari semalam lagi..khamis. sambung ke jumaat . now dah sabtu. kerja kerja. boleh lah claim OT. dapatlah buat belanja sambut baby kelak.

ada 2 jam lagi nak tunggu kerja siap. itupun kalau group lain dah setel semua kerja.

dan bernasib baik. suami sudi temankan. sebab sensorang kat ofis. kesian lah jugak kat anak-anak. tapi , apa boleh buat. ok lah...penat menggodek tadi. cuba template baru. baby pun tak tdo lagi. dok kicking je kerjanya...aktif...Alhamdulillah

Tuesday, December 3, 2013

BABY MELINTANG



selepas berbuka puasa. selepas urusan ambik darah sebelum minum air gula. lepas tu minum air gula. tunggu 2 jam. lepas 2 jam kena mabik darah lagi. barulah sofea makan dan minum. sebu rasanya. nasib tak kena gastrik. kalau tak nangis..

pergi jumpa doktor panel. nak mintak scan. sebab baby aktif bergerak. boleh tahan aktif. cuma sofea tak tahan badan selalu sakit sekarang. bahagian pinggang ke bawah.

pergi jumpa doktor. sampai turn . scan baby. baby kedudukannya melintang. ikut kata doktor. kepala baby mesti dibawah. untuk minggu 31. tapi my baby melintang. yang lain semuanya Alhamdulillah. dijangka perempuan. selamat semuanya. harap-harap keduduknannya normal sampai akhir kehamilan.

selesai di klinik. sofea balik. dan bagitau dengan MIL. MIL offer cek perut. dan kalau boleh atur sedikit. Alhamdulillah. ada juugak geraknya. cuma baby ni melawan. MIL cakap kena selalu cek. insha Allah. sofea pun ada cakap kat suami jugak..hehehhe

aktifnya ya si baby ni...

MINUM GULA PUNYA CERITA


first time kena minum air gula. sebab temujanji 2 minggu lepas. berat naik lagi. dah cuba kawal makan. tapi berat badan tetap jugak naik. hmmm

di akhir-akhir minggu mengandung ni. makan je lah apa yang nak dimakan. al-kisah cerita minum air gula. temujanji pada 28.11.2013 khamis sebelum jam 0800 pagi. sampai klinik dalam jam 0745 pagi. dah ramai orang rupanya. terus beri buku temujanji. lepas tu diorang suruh pergi tingkat atas sekali.

wah..semput rasanya. naik tangga..hikhik. badan dah berat. kaki pun masih sakit. tawakal je. sampai je kat tingkat atas. dah ramai ibu-ibu menunggu giliran. ada dalam 12 orang. terus bagi buku. sampai turn kena panggil. nurse ambik darah. tangan sebelah kanan. lepas tu kena minum air gula segelas besar dik oiiii...sedih nya. sofea teguk sampai habis. memang manis gilerrrrrrrrr....

kena tunggu 2 jam lagi. maksudnya kena sambung puasa lagi. sofea mula puasa malam sebelumnya. bermula jam 1000 malam lagi...sampai ke pagi belum makan. minum air kosong je boleh. tapi lepas di suruh minum air gula. dah tak boleh minum or makan. waima minum segelas air kosong. so tawakal.

sofea pergi selesai urusan dulu. sebab kena tunggu 2 jam kan. tak sampai setengah jam. urusan selesai. masih ada 1 jam lebih nak ke klinik. makanya, sofea balik rumah famili. ingatkan nak tidur. tapi tak dapat. sebab perut lapar dan kosong. mungkin ini sebabnya ada yang muntah...sambil tunggu masa nak ke klinik. borak-borak kejap dengan mak. tepat jam 1000 pagi. sofea gerak ke klinik. terus ke tingkat atas. kena ambik darah selepas minum air gula. tangan sebelah kiri. 2 kali cucuk baru darah keluar. baru perasan, kawasan yang gagal dicucuk ada lebam...hukhuk...lepas ambik darah. boleh buka puasa dan balik. so, badan dah letih. lapar. makan dulu dan ambik sick leave...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...