mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, December 3, 2013
MINUM GULA PUNYA CERITA
first time kena minum air gula. sebab temujanji 2 minggu lepas. berat naik lagi. dah cuba kawal makan. tapi berat badan tetap jugak naik. hmmm
di akhir-akhir minggu mengandung ni. makan je lah apa yang nak dimakan. al-kisah cerita minum air gula. temujanji pada 28.11.2013 khamis sebelum jam 0800 pagi. sampai klinik dalam jam 0745 pagi. dah ramai orang rupanya. terus beri buku temujanji. lepas tu diorang suruh pergi tingkat atas sekali.
wah..semput rasanya. naik tangga..hikhik. badan dah berat. kaki pun masih sakit. tawakal je. sampai je kat tingkat atas. dah ramai ibu-ibu menunggu giliran. ada dalam 12 orang. terus bagi buku. sampai turn kena panggil. nurse ambik darah. tangan sebelah kanan. lepas tu kena minum air gula segelas besar dik oiiii...sedih nya. sofea teguk sampai habis. memang manis gilerrrrrrrrr....
kena tunggu 2 jam lagi. maksudnya kena sambung puasa lagi. sofea mula puasa malam sebelumnya. bermula jam 1000 malam lagi...sampai ke pagi belum makan. minum air kosong je boleh. tapi lepas di suruh minum air gula. dah tak boleh minum or makan. waima minum segelas air kosong. so tawakal.
sofea pergi selesai urusan dulu. sebab kena tunggu 2 jam kan. tak sampai setengah jam. urusan selesai. masih ada 1 jam lebih nak ke klinik. makanya, sofea balik rumah famili. ingatkan nak tidur. tapi tak dapat. sebab perut lapar dan kosong. mungkin ini sebabnya ada yang muntah...sambil tunggu masa nak ke klinik. borak-borak kejap dengan mak. tepat jam 1000 pagi. sofea gerak ke klinik. terus ke tingkat atas. kena ambik darah selepas minum air gula. tangan sebelah kiri. 2 kali cucuk baru darah keluar. baru perasan, kawasan yang gagal dicucuk ada lebam...hukhuk...lepas ambik darah. boleh buka puasa dan balik. so, badan dah letih. lapar. makan dulu dan ambik sick leave...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment