Friday, December 20, 2013

PERANCANGAN 2014 ....



anak-anak sofea bakal bersekolah. yang sulung sorfina , harapnya dapat sekolah di Pra Sekolah. dah masuk 6 tahun .tengah tunggu surat. tapi, masa isi borang permohonan hari tu. sofea ada salah isi alamat.

yang kedua masuk 4 tahun. thaqif hashim .sofea hantar ke tadika kemas je. tujuan hantar awal. agar mudah untuknya bergaul dengan rakan sebaya. belajar sesuatu di sekolah. harap semuanya dalam terkawal.

minggu depan akan mula daftar sekolah untuk musim persekolahan 2014. tak sabar rasanya. harap-harap thaqif mahu sekolah nanti. taklah rugi bayar yuran nanti.

cuma menjadi kebimbangan sekarang. surat dari sekolah sorfina. dapat ke tidak...susah hati lah.


cuti 3 bulan nanti , moga-moga dapatlah dimanfaatkan dengan baiknya. penyusuan bayi. dan jaga baby. hehehe...

rumah baru pulak. harap indah khabar nanti. dapat kunci tahun depan. bolehlah sofea prepare apa yang patut. dari naik api dan air. pasang tinted dan grill. pasang lampu , kipas angin. macam-macam kena buat.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...