mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, December 26, 2013
LAWATAN KE KLINIK
setiap temujanji ke klinik dari awal kehamilan hingga akhir kehamilan ada prosedur tersendiri. kena register kehamilan sebelum 3 bulan. misi akan minta butiran peribadi seperti kesihatan sendiri , sejarah perubatan diri dan keluarga , jenis pencegahan kehamilan yang diguna sebelumnya , kitaran haid dan lainnya.
sofea register di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Malaysia Jaya. tak jauh dari rumah keluarga. pertama kali yang perlu dibawa adalah sample urin. untuk pengesahan kehamilan , mengesan gula dan mengesan protein.
ketinggian diambil sekali sahaja. berat badan akan diambil bacaannya pada setiap lawatan.
ujian darah juga dilakukan untuk mengetahui kumpulan darah , HIV dan tahap hemoglobin. tekanan darah dimbil setaip lawatan juga. untuk mengetahui paras tekanan. pemeriksaan fizikal , dengar degup jantung dan paru-paru. payudara juga diperiksa. kesihatan gigi juga penting.
pemeriksaan bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidal terdapat bengkak atau edema. merasa abdomen akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim.
ujian tambahan scan ultrasound . mengikut keperluan. untuk memeriksa umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran , kedudukan bayi dan uri ( palsenta ) serta air mentuban. bayi membesar secara normal...
pertambahan berat badan 0.5 kg / sebulan bagi kandungan 5 bulan pertama. untuk kandungan seterusnya 0.5 kg / seminggu.
hubungan seks tiada halangan semasa hamil. kenalah berhati-hati.
pemeriksaan kehamilan dari bulan pertama hingga ke tujuh bulan sebulan sekali. 7 bulan ke 8 bulan 2 kali sebulan. kandungan sudah 9 bulan , pemeriksaan akan dibuat sekali seminggu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment