mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Wednesday, December 31, 2014
SUKA DUKA KEHIDUPAN SOFEA 2014
2014 berakhir hari ini. 2015 pula menjelma. hari ini hari terakhir catatan sofea di tahun 2014. pasti ada pelbagai ragam perjalanan. ada pasang surutnya arus kehidupan. onak dan duri diharungi dengan rasa keimanan dan ketakwaan.
untuk yang leka teruslah berbahagia
untuk yang sedar bangkitlah
kerna kita adalah khalifah
di bumi Allah yang tua ini
rata-rata kehidupan yang sepanjang tahun ini. memberi banyak pengajaran,pengertian dan pelajaran. yang mana buruk itu datang dari diri Sofea sendiri. yang mana baik itu pastinya datang dari Allah Taa'la.
Januari - Jun 2014 pembuka bicara
------------------------------------------
pertama kali cuti pertama di awal tahun. dengan urusan anak-anak ke sekolah. sorfina masuk tadika. thaqif masuk tadika kemas di usia 4 tahun. permulaan yang baik. kandungan sofea juga hampir masuk 36 minggu. kandungan sihat dan cergas.
pengambilan set kehamilan Shaklee, amat membantu sofea. agar ada rasa cergas , tidak stress , tiada kekejangan dan tiada sembelit. malah kulit pun makin halus dan bersih. pengambilan ESP shaklee pulak membantu untuk cepat kenyang.
Februari 2014, bulan kelahiran suamiku. dan anugerah terindah. lahirnya zuriat ke-3 kami. bayi perempuan. Syarifah malaiqa jannah 10.2.2014. jam 0130 pagi. sesungguhnya mengandung , melahir dan berpantang. terlalu berbeza pengalamannya. namun ianya adalah kifarah buat diriku. yang pasti moga-moga setiap rasa sakitku itu mampu mengurangi setiap dosa-dosaku.
cuti bersalin selama 3 bulan. Alhamdulillah. 10.2.2014 - 10.5.2014. merasa bercuti panjang. alkisahnya sofea kalau berpantang. memang kena ada orang jaga. jaga dari atas hingga bawah. sebabnya sofea ni ada masalah bila berpantang. heheh. bukanya nak ambik senang , tapi sofea memang bermasalah sikit. tapi, Alhamdulillah, Allah kurniakan orang di sekeliling sofea yang terbaik dari yang terbaik. terima kasih semuaaa...
pantang 45 hari. anak kena kuning. seminggu lamanya. yang bagusnya sofea masih boleh makan Set Bersalin Shaklee ni. walaupun anak kena kuning/jaundice. kali ni anak cepat turun bacaan kuningnya. mandi air rebusan daun belimbing. mandi air rebusan teh. titis air anggur hijau. banyak kekdah dan petua yang diguna.
selain ambil supplemen ni. sofea juga amalkan bengkung/tapal perut. pilis. air cucian. skrap mandi / lulur mandi. minum air herba. kalau sesiap berminat sofea boleh sediakan dan cadangkan. ada bidan mengurut. 7 hari pertama. adik ipar yang tolong tapalkan. tolong urutkan. memang terbaik!!!
3 bulan kisahnya bercuti , berpantang. dan paling memberi pengalaman indah. sofea mampu menyusukan anak. Alhamdulillah. semuanya dari Allah. bila difikir kembali. ada simpati pada anak-anak yang lain. merasa tidak banyak. ye lah. ilmu penyusuan boleh kita pelajari. tapi praktikallah yang paling penting. stress kalau boleh kena elakkan. ambil b-complex shaklee boleh mengurangkan stress. serta kena usaha lebih sedikit. ambil supllment untuk melebatkan air susu. sofea ambil set penyusuan Shaklee. malah pernah urut breast agar perjalanan darah dan air susu lancar. Alhamdulillah. terima kasih mak bu dari Miri tu.
dalam berpantang. banyak benda sofea belajar. belajar buat cencaluk. belajar buat lobak jeruk. belajar buat ikan masin kering. Alhamdulillah. Allah bantu kita dalam sekecil-kecil hal. selesai 45 hari berpantang. sofea urut berpulang hari. dan sofea ajak suami bertandang ke rumah emak dan bapak. ambil seminggu dua. ye lah cuti masih panjang. belum pun masuk minggu kedua. kena panggil masuk ofis. kawan sekerja nak bercuti seminggu. fikir punya fikir. kenalah balik ofis. semuanya ok. jadi kerja lah sofea. cuti bersalin tu ditukar balik kepada cuti. atas budi bicara boss. terima kasih.
jannah membesar dengan jayanya. menyusu kuat. dan kena ajar susu botol dan beli susu formula. ye lah. sekadar standby. kalau susu badan yang di pam tidak mencukupi.
21.5.2014 kembali bekerja dan menjalani rutin harian. turun pagi pulang petang. belum campur kerja lebih masa. travelling lagi. pertukaran pengurusan lagi. banyak perkara kena ambil perhatian selepas bercuti lama. sistem update. password expired. waaaaahhhh.
masuk bulan jun 2014. cuti awal bulan. biasa cuti gawai. hehehe. sofea dah mula ambil pil perancang. tapi macam tak sesuai. jadi , sofea ambil maajun balik. kiraan ikut doktor. 8.6.14 birthday anak sulung. belikan kek dan masak-masak sikit. buat majlis sederhana.
dihujung bulan jun 2014. 29.6.2014 hari pertama ramadhan. dan seterusnya....
#bersambungggg...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment