semalam kan pergi klinik. sofea sempat tanya lah dengan doktor. doktor Dayang namanya. friendly doktor ni. bagi sofea lah. tak tahulah patient lain.
sebabnya sofea dah ubah plan. sofea plan nak ngandung lagi. tapi sofea kena cari ubat / pil / vitamin / supplement yang sesuai untuk menguatkan tisu-tisu kulit sofea. sofea ni ada masalah kulit bila masa nak bersalin. sebab sejarah sebelum ni. 2 kali bersalin sofea mesti teruk kena jahit kat 'tu'. hmm tensi mak tau. dan di kedua-dua sejarah itu. doktor dan misi yang berbeza memberi pandangan atau percakapan yang sama. iaitu kulit awak ni ' very fragile '. kami tak leh bagi dos lagi untuk tahan sakit. jadi al-kisahnya kenalah jahit hiduphidup tanpa ubat tahan sakit. sebab kalau bagi lagi. kulit akan terus menipis. so, tawakal lah. jadi seperti disarankan oleh mereka. sofea dah makan vitamin C untuk kulit. tapi tak pastilah berkesan ke tidak. jadi, semalam sofea mohon nasihat doktor.
sebelum tu sofea ada tanya doktor masih breastfeed baby ke? beliau cakap masih. ( doktor baru bersalin bulan 9 tahun lepas ).nak exclusive menyusu. beliau pun ada makan supplement untuk meriahkan susu. atau milk booster. macam tu ke eja nye. so, sofea tanya brand ape. beliau cakap SHAKLEE.
sofea terdiam bentar. laaa..samalah. sofea ada niat dihati nak guna set ibu mengandung ni nanti untuk persediaan awal. untuk kulit dan penyusuan. bila dah doktor jugak cakap bagus. apatah lagi sofea ni pesakit. jadi, inshaa Allah kalau ada rezeki mengandung nanti. sofea usaha untuk guna set J itu. beliau juga guna set penyusuan untuk meriahkan susu. beliau cakap lebih segar dan cergas selepas guna set Shaklee. dan kembali slim. tu yang paling best.
p/s: terima kasih doktor.
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Friday, February 15, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment