Wednesday, February 27, 2013

PENGALAMAN MENGANDUNG VERS.1

petang-petang begini, ditambah dengan hujan lebat. mengingatkan sofea masa mula-mula disahkan mengandung anak pertama. dan pengalaman bersalin dan berpantang buat kali pertama. selepas diakadnikahkan pada 25.05.2007 hari jumaat di Majlis Islam Sarawak. akhirnya sofea sah bergelar isteri buat sang suami.


PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK PERTAMA

sofea nak cerita pengalaman di mana sofea mengalami tempoh mengandung. perasaan memula disahkan mengandung. rasanya 4 bulan selepas berkahwin. sofea disahkan mengandung dalam bulan 9 / 2007. masa tu sofea sakit nak kencing. kiranya kencing tak lawas leee. akibat tak tahan sakit. pergi klinik. doktor check ada jangkitan kuman. bagi antibiotik dan dinasihatkan minum banyak air kosong. sekurang-kurangnya 3 liter sehari.sofea minum dan makan ubat. berehat. selepas seminggu. sofea buat ujian mengandung. sebab sofea pun dah lambat. Alhamdulillah, sofea sah mengandung. nak confirm lagi. sofea pergi klinik lagi. sah jugak. jadi kena register dekat klinik ibu dan anak-anak di RPR baru.

pemeriksaan biasa dari minggu ke-4 hingga minggu ke-28. kedatangan dalam sekali sebulan. ubat seperti asid folic , vitamin dan macam-macam lah. pemeriksaan bayi. keadaan susu kita. bengkak ke tidak. berlaku pengeluaran air susu ke tidak? ada alahan tak.macam-macam akan misi tanya. minggu ke-29 hingga minggu ke-32 , kedatangan 2 kali seminggu. dan minggu ke-33 hingga ke-40. kedatangan sekali seminggu hingga kita dah bersalin. kalau EDD belum beranak lagi, terus ke hospital.

sofea dari mula mengandung hingga nak bersalin memang kuat makan. masa belum kahwin. berat sofea dalam 50 kg - 52 kg. mengandung 9 bulan 10 hari. berat naik oiiii. dalam 80 kg +++...mak aiii..naik mendadak. dah lah susah nak turunkan. macam pe - mau je...jalan macam gergasi. hikhikhik

makan kuat. kaki jalan. kalau dok rumah. macam-macam. sakitlah ..peninglah. kalau suami ajak keluar cepat pulak sihat. dah lah tu , kalau suami tak nak keluar jalan-jalan sedih lahhh. proses mengandung bagi sofea amat seronok. yelah makan je apa yang nak dimakan. sebab sofea tak ada alahan apa-apa. morning sickness pun tidak. bantai je makanan. masa ngandung anak pertama ni. tak ada yang special makanan.selain itu, banyak amal ibadah dapat dibuat. Alhamdulillah. sofea dapat khatam Al-Quran 30 juzuk. tafsir je. tak khatam-khatam lagi. insha Allah kalau ngandung kali ketiga nanti.


Ps: kelahiran puteri pertama ummi Syarifah Nurul Sorfina. terima kasih sayang

2 comments:

  1. untung xde alahan...nice sharing
    http://vitaminpilhansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Norehan,
    itulah. ngandung yang sulung dan no 2 je tak ada alahan. tapi sekarang yang ke-3. teruk sesangat. selera makan hancur.

    ReplyDelete

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...