Ya Allah. beginilah rasanya menjadi ibubapa. lagi-lagi bila anak kita masih kanak-kanak. belum lagi yang nak masuk sekolah , yang dah capai akhil baligh. macam-macam kerenah adoo...
sofea kekadang ada masa jugak kehilangan sabar dengan kerenah anak-anak ni. sofea ni kuat leter. kalau tak berleter , susah sangat. sebab sofea garang.
Sekarang sofea amalkan surah Yusof. surah yusof ni banyak pengajarannya. 2 minggu lepas sofea dengar kupasan berkenaan surah Yusof di radio IKIM. jam 1730 ptg setaip isnin. betapa banyaknya iktibar dalam surah ini. yang paling penting ilmu kekeluargaan banyak diceritakan dalam surah Yusof. sofea dah baca surahnya serta tafsir sekali. memang benar banyak yang perlu kita pelajari sebagai parents dalam bersabar. perkataan ' SABAR ' amat mudah disebut setiap orang. tapi untuk lakukannya amat payah nak capai 100% sabar. paling tidak 75% sahaja. itupun kalau. sofea kena kurangkan sikit amarah. kena beri layanan serta perhatian buat anak-anak.
kita kena soal balik pada diri sendiri. kenapa anak-anak jadi macam tu. apa yang sofea dapati , mereka perlukan perhatian sofea dan suami . melayani mereka. Ya Allah , sungguh aku ingin perbaiki diri as Ummi to them.sayang sorfina. sayang thaqif. maafkan ummi.
ummi selalu cakap....sabarrrrr lah..sedangkan dalam diri ummi sendiri tiada pun sifat sabar melayani kerenah kalian. betapa ummi salah.
sabar sabar sabar sabar....ya Allah peliharalah hati ini....
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment