Thursday, February 21, 2013

MENGIMBAU KENANGAN LALU

duduk menghadap pc tetiap hari bekerja. membuatkan diri sofea jelak. namun apa boleh buat , ini lah tuntutan kerja. masa kerja perlukan sofea duduk menghadap pc , sesekali kena tulis dalam buku setiap kerja yang memerlukan rekod. kekadang sofea pulak terlebih mak jin nya menulis . sebab bila tulis di recycle paper. sofea akan kehilangannya untuk dijadikan rujukan nanti.

itulan 8 jam kerja. selain filing , laporan dan system. bila ada masa terluang akan ditinta di atas keyboard apa yang bakal di buat entry baru dalam blog ini. nahhhh...inlah hasilnya. kenangan yang terindah dan mengajar diri menjadi manusia yang bersyukur. asam garam pahit manis. semuanya dalam aturan Allah. Alhamdulillah walaupun ada celanya. Allah masih sayang Sofea.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hampir 12 tahun dah berlalu. banyak kenangan , ingatan dan pengajaran di setiap jalur kehidupanku. bergelar pekerja sementara selepas habis SPM di Choice Super Mall , kerja ambik upah cuci baju , pelajar di St John untuk form 6L , pelajar di Politeknik Kuching Sarawak ambilan Jun 2001 , mengenali banyak orang. jadi kenalan mahupun jadi teman. kisah yang banyak menguji keimanan dan kehidupan seseorang bernama Sofea.

pernah kerja di Choice Super Mall pada hujung tahun 2000. masa tu sofea baru selesai SPM. sofea terus kerja, memandangkan banyak staff mereka perlu bercuti hujung tahun. sofea ambil kesempatan bekerja. masa mula-mula dapat gaji. sofea memang betul-betul zero. pengurusan wang hasil kerja agak menyedihkan. bayangkan. belumpun tengah bulan. duit belanja sudah habis. sedih. namun ianya memang ingatan sofea yang baru pertama kali kerja. lagipun turn kerja jalan kaki je. dari rumah ke CSM. jauh lah jugak. sampai basah ketiak baju. hehehheh..kenangan tu. kalau sekarang bagi jalan kaki. rasanya dah hampussahum lah sofea. kenangankenangan. kerja tak lama. rasanya dalam end of nov 2000 until mac 2001.lepas tu kerja lain pulak.

kerja cuci baju. tapi guna mesin lah. cuci , sidai dan lipat. tak lama. sebulan je. lepas tu sambung belajar di St  John Kuching di were road. masuk tingkatan 6 rendah. masuk kelas sastera, matematik,perdagangan dan pengajian am. lupa sudehhh bila masuk daftar dan daftar keluar. pun tak lama. banyak kenangan berlaku di sini. emmmmm....

dapat tawaran masuk Politeknik Kuching. Ambilan Jun 2001. kursus Diploma Akauntansi. hukhukhuk..part sedih ni. masa masuk PoliKu, lagu SO7 Sephia, betul-betul popular. sehinggakan masa majlis suai kenal. glemer i ....kahkah..adaada jak.

abaikan. masa study kat PoliKu, sofea tak habis belajar. sebab terlebih pandai pilih kursus. heheh..tak mampu den nak belajar akaun. lembab dan tumpul sesangat bab terima akaun. langsung tak faham debit kredit. last-last sofea bawa diri..cari kerja lagi. sedih memang sedih. sapa tak sedih. bapak dan emak banyak berkorban wang, masa dan tenaga. kesian bapak. keluarkan duit untuk beli pc. masa tu kan masih mahal.

lepas berhenti dari Poliku. setahun jugaklah apply balik masuk poli. ambik course lain plak. dalam setahun kerja kerja kerja.


to be continue....( bagi yang sudi membaca lah ) hukhukhukhuk






No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...