Tuesday, February 26, 2013

KISAH BELI RUMAH 2ND HAND

tahun 2011 punya cerita. permulaan nak miliki rumah sendiri. Alhamdulillah , memandangkan masa tu ekonomi dikira dah stabil. nak dijadikan cerita, kami suami isteri nak beli rumah yang kalau boleh berdekatan dengan rumah mertua di Taman Sukma. Adalah dalam 4 buah kami dapat melalui pak mertua , kawan ,pak sedara dan jiran yang jual rumah. masa tu tak terpikir nak carik yang jauh. yang pertama tu ok lah. 2 tingkat. cantik dan luas. tapi tuan rumah jual di luar kemampuan kami. sebab rundingan harga tiada kata sepakat. ok lah. bagi kami memang bukan rezeki. rumah kedua pulak. pak sedara suami yang bagitau. ada jiran dia nak jual rumah. 2 tingkat jugak. luas. sama jugak halnya. tanya punya tanya. rupanya macam tak serius nak jual. so so je. hmmmmm.

rumah ketiga. rumah 1 tingkat teres. boleh tahan. masih ok. tapi rasanya dah lama ditinggal. banyak kena buat. so so jugak. rumah keempat adalah rumah terakhir dan banyak iktibar dan pengajaran buat kami dan kepada sesapa yang baca blog ini. sebab beli rumah 2nd hand banyak hal.

cerita bermula 2012. tuan rumah tu jual rumah. ok . setuju nak beli. tapi kami kena urus loan peribadi. kalau guna bank, pihak bank kena tengok rumah. dan dioarang akan menilai harga rumah. jadi tuan rumah tak nak. sebab dia nak jual dalam RM 150 k. pihak bank hanya dapat ambil dalam RM 50 k sahaja. so so. tuan rumah tanya lagi nak beli ke tak. kami suami isteri nak sangat beli. sebab dekat rumah mertua. jadi deal. bila loan personal approve. tuan rumah setuju untuk jual dalam jumlah loan yang kami loankan.

sebelum tu, kiranya sofea dah sediakan surat perjanjian. cuma salah besar sofea. tiada saksi seperti peguam atau ketua kampung .rasanya kalau surat tu jadi bahan bukti pun rasanya tak laku kot. jadi perjanjian termeterai. sebab kami dah beri RM 12,000.00 sebagai deposit. sebab rumah nya dah bertahun tertunggak. jadi tuan rumah kena bayar semua tunggakan. jadi, sofea tanya lagi. dah selesai ke. sebab kami dah dapat surat dari pihak berwajib. untuk dapatkan geran dan persetujuan jual-beli. nampaknya tuan rumah main tarik tali.

jadi pihak berwajib arahkan bayar duit di guaman. jadi duit akan dimasukkan dalam akaun pihak peguam.kami pun bank in . selepas perjanjian jual-beli rumah ditandatangani nanti, tuan rumah akan dapat lebih bayaran rumah. nasib baik duit tu dekat peguam. (kalau tak mati-mati kena tipu). peguam mahukan salinan ic tuan rumah dan geran rumah. jadi kami perlu minta. sebelum tu pun kami dah minta salinan. tapi banyak dalih. ALLAH MAHA BESAR ,kami terserempak tuan rumah di pejabat peguam. masa tu lah dia tak dapat lari.

terus kami minta salinan ic. tapi , apa tuan rumah siap tu cakap . jangan bising. macam dia sembunyikan sesuatu je. sebab masa tu dia dengan kawan sama kerja. tuan rumah cakap dengan suami. nanti bagi. pelikkkk. kalau betul dia nak jual. masa tu lah dia dapat bagi ic. dan terus sign. sebab surat perjanjian dari peguam dah siap. tunggu nak sign je. rupanya tak jadi jual. masa tu kami pergi rumah dia. siap dia bagitahu lagi. minta maaf tak jadi jual. macam-macam dalihnya. huhhhh. menangis dan geram sofea. nasib baik suami sabarkan. walaupun suami pun dah hilang sabar. yelah masa tu bulan puasa lagi....apa-apapun  kami kena bayar separuh-separuh kos peguam dan tukar surat kepada pembatalan jual beli. sedihhhh nooo..

pengajaran. sekiranya ada proses jual beli aset macam rumah. kena guna peguam. lagi elok. asal peguam bukan jenis yang propa. hehehhe. pesanan dari saya..so sofea....

ps: Ya Allah , moga-moga kami dalam keadaan bertaubat.

3 comments:

  1. Salam,

    saya Khairul, seorang ejen hartanah, izinkan saya menambah dan berkongsi sedikit..

    pertama sekali, jangan sekali-kali beli rumah dengan gunakan personal loan, kerana puan akan dapati bayaran yg puan buat sangat banyak, personal loan adalah fixed interest rate, interest tinggi dan rugi berbanding gunakan housing loan.

    kedua, owner kata kalau guna housing loan boleh dapat 50k sahaja dan beliau nak jual 150k,
    itu bermakna value rumah di situ sangat rendah, atau ada sesuatu yg tidak kena. Sebaiknya puan ke mana-mana cawangan bank yg berdekatan minta banker semak current value rumah di kawasan tersebut, atau lebih mudah call ejen hartanah/mortgage banker di kawasan tersebut. Saya percaya mereka pasti akan membantu kerana ia adalah satu prospek untuk mereka.

    ketiga, jika puan berurusan beli rumah dengan ejen hartanah, ejen akan uruskan bayaran booking 3% (booking) dan 7% (untuk S&P, dalam masa 14 hari selepas bayaran 3%). Jika pembeli dah bayar 3% dan selepas tuan rumah membatalkan urusan jual beli, 3% dipulang kepada pembeli tanpa sebarang caj.

    keempat, sepatutnya surat pembatalan jualan kosnya ditanggung 100% oleh penjual (pemilik rumah) kerana dia yang membuat keputusan untuk membatalkan. Tetapi ini bergantung kepada rundingan.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Good info, banyak membantu!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak beli..entah2 rumah xde cf atau benda2 lain.

    ReplyDelete

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...