setelah kejadian di tipu dalam proses jual beli. kami dah rasa putus asa. tapi dalam masa yang sama sofea merasakan pasti ada hikmah di sebalik kejadian. walaupun ditipu pasal penjualan. wang deposit kami sebelum ini. telah dikembalikan. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya hati kami tidaklah sedih sangat. cuma akibat kejadian seperti ini. hati ini jadi tawar.
selepas difikir-fikir bagaimana nak pergunakan wang loan tersebut. kami suami isteri duduk berbincang. niat asal beli rumah perlu di teruskan. sebab duit loan boleh dijadikan bayaran pendahuluan rumah serta kos-kos yang berbangkit. tapi dengan syarat kena beli rumah yang dah siap atau dalam pembinaan. dan yang penting harga rumah di bawah kemampuan ekonomi kami.
mula-mula kami ke CMS ofis di Bandar Baru Samariang. kami bertanyakan kelayakan membeli dengan rumah teres satu tingkat. yang ada pada masa tersebut adalah Taman One Puteri. kami bertanya ada lagi ke tak rumah. officer cakap ada. kami pun tanya harga, kelayakan dan lain-lain. selepas berbincang, dia minta salinan ic , slip gaji dan loan apa yang kami buat. setelah detail kami diberi. mereka bagi masa 2 minggu untuk mereka urus pasal loan kami. free. no charges.
setelah kira-kira lebih 2 minggu. kami dapat rumah tersebut. tapi yang sedihnya perlu bayar 25 % kalau tak silap lah. kami cancel. nasib baik dapat cancel. jadi , suami tanya. sebab sebelum ni suami ada survey kawasan Bandar Baru atau suami research dalam internet. suami ada tengok projek baru. officer tu cakap memang ada. projek rumah teres 1 tingkat..harga pun dalam budget kami. kami cuba ambik corner lot. sama jugak hanya dapat 75%. jadi kami tanya kenapa tak dapat 90% or full loan. sebabnya ada 2 kereta atas nama sofea dan suami. namun kereta atas suami , kami dah bagi orang lain tolong sambungkan loan. officer bank tak dapat buat apa-apa. so , sofea bagitau lagi, memandangkan dah bayar habis kereta yang atas nama sofea. jadi dia minta salinan resit. akhirnya kami dapat 90 % loan. maksudnya kami kena bayar RM 18,100.00 untuk 10%. so so so.....
Selesai bayar booking fee RM 500.00. kami kena tunggu loan approve. selepas loan approve. kena tunggu S&P lagi.dan sebagainya.banyak masa kena ambil untuk urus belian aset seperti rumah. kena betul-betul faham. dan kena banyak tanya. huhuhhuhu
selepas semuanya selesai. dari bayar 10% harga rumah, bayar kos guaman untuk S&P. sekarang tunggu rumah siap. dan banyak lagi akan guna duit.
P/s: semoga Allah permudahkan nanti
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment