Thursday, February 7, 2013

FEBRUAURI - 2 - DOA BUAT SUAMI

02.02.2013 Sabtu

selamat hari lahir buat suami tersayang,
tiada yang terindah selain kehadiranmu disisiku,
menerimaku seadanya,

terima kasih Allah kerana menghadiahkan dia sebagai teman hidupku,
baik buruk setiap hubungan kami akan tempuhi dengan bijaksana,

hadirmu di kala ku memerlukan seorang kekasih yang memahami ku
walaupun kita pernah bermasam muka, bergaduh canda,
namun semua itu,
asam garam kehidupan.

dan bersyukur kepada Allah,
tanpa ibumu tiadalah lahirnya kamu,
terima kasih buat Bonda mertua kerana melahirkan teman ku ini

Tiada hadiah yang mahal-mahal ,
yang mampu kuhadiahkan untukmu sayang,
hanya doa saja yang mampu kupohon.



Doaku untuk Suami Tercinta

Ya Allah…
Sekiranya Suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berilah Aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya Suamiku ini adalah Suami yang akan membimbing
Tanganku di Titian-Mu.

Kurniakanlah Aku sifat Kasih dan Redha atas segala Perbuatannya
Sekiranya Suamiku ini adalah Bidadara untukku di Jannah-Mu,
Limpahkanlah Aku dengan sifat Tunduk dan Tawadhu akan segala Perintahnya.
Sekiranya Suamiku ini adalah yang Terbaik untukku di Dunia-Mu.
Peliharalah tingkah laku serta Kata-Kataku dari menyakiti Perasaannya.
Sekiranya suamiku ini Jodoh yang di Rahmati oleh-Mu.
Berilah Aku Kesabaran untuk menghadapi segala Kelemahannya.

Ya Allah…. Ya Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi Isteri yang di Rahmati…
Isteri yang di Kasihi….
Isteri yang Shalehah…
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku…
Aamiin, Yaa Rabba ‘Aalamiin…!

sumber :  www.kasihsalina.com


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...