mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, January 13, 2015
TERATAK SOFIZAN-MINI OFIS SHAKLEE-HARI KEDUA SEKOLAH
teratak sofizan-mini ofis shaklee kuching
hari kedua sekolah
sofea masih cuti lagi.hari ini kakak ok. urusan sekolah setel. semangat nak ke sekolah. cuma itulah. pergerakan kakak ni dengan kerja kemas diri. amat perlahan. kena awal bangun. kemas awal siap-siap. hmmm. antonnnnnn. buat bekal siap-siap. kena latih lagi. sediakan baju. semua berkaitan dengan sekolah.
dan alkisahnya pulak si abang. mandi sudah. tapi, tidak mahu turun ke sekolah. Allahhuakbar. dugaan ni. yuran dah bayar. tak kan tak nak sekolah. mengamuk si abang sepanjang pagi. ya Allah dalam hati berdoa. hanya kekuasaanMu yang mampu lembutkan hatinya dan memudahkan urusan ku. doa dalam hati memang tak lepas. so, biarkan je. sebab still mengamuk dan menangis. siap sofea digigitnya. sebab paksa mandi.
lepas sesi memujuk tak jalan. sofea hantar dulu si kakak. dalam hati berdoa. ya Allah kalau ada sesuatu kebajikan dan kebaikan yang boleh diganti dan mampu dilakukan oleh aku. aku akan lakukan. asal yang baik sahaja. untuk Engkau makbulkan doaku. maha suci Allah. Allah uji sofea tengahhari itu. ada ibu ni bawak baby jalan kaki dengan nak hantar anak ke sekolah yang sama dengan si kakak. memula tu sofea tak berenti. main lalu je. tapi terdetik di hati. tadi kan sebelum keluar rumah. dah doa. jadi sofea berhenti tepi jalan. nak reverse. ada kereta lalu. jadi berhenti dan menunggu. bila ibu itu samapi dekat dengan kereta. terus ajak tumpang. tapi dia cakap nak beli mknn anak. so, sofea tunggu. selesai urusan si ibu. sofea tumpangkan sampai ke sekolah.
kesian lah. bawak baby tima cuaca panas macam tu. dengan nak pimpin tangan anak yang sorang lagi. suami dia tak dapat balik. kerja kan. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
selesai urusan hantar si kakak. sofea terus balik ke rumah. malas dah nak pujuk si abang. biarkan sahaja. tapi doa tu still berjalan. selesai azan zohor. sofea solat. dan selsai solat sofea doa lagi. masa tu si abang nak salam. sofea suruh duduk hadap sofea. sofea minta si abang tengok mata sofea. tanya dengan si abang. kenapa tak nak sekolah. tak kesian ke dengan ummi. dah bayar yuran. tapi abang tak sekolah. selepas dari bualan tu. terus si abang segera tukar baju. nak pergi sekolah katanya. Alhamdulillah. dekat sekolah. sofea tak ambil masa yang lama. terus keluar dan selesaikan urusan.
pergi jemput suami di bengkel motosikal. suami nak upgrade sedikit motosikal. biasalah motosikal tu pakai pulak hari-hari. jadi kenalah selalu servis. selagi ada lebih duit ni. baik servis motosikal dulu. kalau rosak ,teruk lah nanti. selesai di bengkel. singgah beli minyak kereta. urusan ke EPF. kena urus balik surat dengan pihak bank. sebab tempoh surat dah expired. b4 pg alliance makan dulu di ceria cafe depan EPF building. setel mkn terus ke alliance. setel alliance. 2 weeks dia orang bagi masa surat siap. minum kat city inn. ingatkan nak mkn bakso. tapi dah tak jual. setel minum. pergi UTC kuching. setel Tabung haji. cuma nak buat lesen niaga. salah tempat dituju. bukan ofis kpdnkk. tapi kena pergi lhdn atau ssm. lepas tu singgah maybank.cash deposit terus duit byaran alfalfa dan mealshakes. dan try nak reg akaun TH untuk kad atm maybank. tapi fail.
tak balik lagi ni. singgah pulak ke BBS. hantar duit dinner dengan kawan rm 40.00. singgah rumah usu hantar alfalfa. byrn pun dapat. singgah rumah udah. hantar ostematrix.
sampai rumah. asar. maghrib. ke tupong kita...dan balik sukma. tdo. rondeng dengan bapak pasang lampu ini minggu. mau pindah.
ya Allah doa ku untuk anak-anak dan suami serta famili. sentiasa aku panjatkan. hanya Engkau yang berkuasa untuk makbulkan segala doaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment