Sunday, January 18, 2015

TERATAK SOFIZAN - RESEPI AYAM SERAI KASTURI




teratak sofizan - resepi ayam serai kasturi


sehari semalam hujan lebat melanda. beberapa tempat di kuching ada yang sudah dilanda banjir. semua kenderaan banyak dah ditepi jalan. demi mengelak kerosakan yang teruk. ada yang paras lulut. paras pinggang. lain-lain daerah atau kawasan dah inggal bumbung.

ya Allah banyak lah kerosakan dan kerugian kelak. namun semuanya atas kekuasaan Allah. kita sebagai hamba, berdoa sahaja.

hari ini, sofea nak kongsi sedikit menu masakan. ayam serai kasturi. mana tau untuk dijadikan juadah sempena hujan lebat ni. time sejuk,perut mudah sangat lapar.


Ayam Serai Kasturi

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :

1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
4. Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...






resepi dari chef google. kredit to owner. 

2 comments:

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...