Wednesday, December 31, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - LAST



21 .12.2014 - 31.12.2014
-------------------------------

11 hari terakhir cabaran. so fa so good. walaupun berat tak tahu. tapi , baju dan seluar lama dah boleh dipakai balik. jadi , kena usaha lagi untuk bulan seterusnya. sebab muka ni masih nampak besar. kena bakar betul-betul lemak dalam badan.

pengambilan makanan
senaman
air kosong
makanan manis
makanan berlemak

semuanya kena ambil kira. sofea juga ambil Alfalfa Shaklee , Omega Guard Shaklee dan ESP Shaklee untuk diet sihat. kalau diet semborono. nanti kulit kering tak bermaya. ambil supplement untuk bagi diri sihat luar dan dalam.

ok lah pengakhiran 2014 banyak pahit manisnya. begitu juga diet sihat ini.

shaklee sekurang-kurangnya membantu. tak lah gastrik. kulit tak kering.

PENGAKHIRAN 2014



#disambung

JULAI - DISEMBER 2014
---------------------------------


ramadhan di hari pertama. Allah uji dengan demam. samapi menggigil kesejukan. hari kedua ada bintik-bintik dibadan dan dimuka. rupanya ianya demam campak. Allah. besar sungguh dugaan kali ini. sofea baru nak menyusu anak. Engkau uji aku dengan sakit ini. baby tak boleh kena campak. BAHAYA. jadi, penyusuan Jannah terhenti sementara. kasihan anak ummi. dalam hati ini sedih , pilu dan menangis. Ya Allah. Engkau uji hambaMu yang terpilih. sungguh besar dugaan ini. kerna aku hambaMu benar-benar menanti peluang ini ( menyusu anak ).

samapi seminggu mengambil cuti sakit. sampailah kesan campak kering dan hilang nanahnya. betullah demam campak menyakitkan. lebih-lebih lagi penyakit ini mudah berjangkit. sofea makan ubat dari doktor. dan still ambil Vitamin C Shaklee untuk rawat kesan campak pada wajah dan badan. nak cepat ambil 2 biji sehari.

Julai 2014. 29.7.2014 thaqif 4 tahun. Syawal pertama buat jannah. tema biru laut dan purple che ta. nampaknya kena pandai pilih kain. jangan sampai salah pilih. kain purple ok dah. cuma kain biru laut agak keras. tapi tak apalah. dah dibeli dan dibuat baju.
jubah dan baju kurung.semestinya. suami dan thaqif baju melayu.

beraya sederhana. tiada bajet nak buat kuih raya. buat biskut pun kurang.selesai cuti raya. kembali kerja macam biasa. 6 bulan sudah Jannah. cepatkan masa berlalu. ogos 2014 berlalu sahaja. september 2014 menjelma. bulan kelahiranku. dan juga sahabatku. tiada yang istimewa. sekadar berdoa agar ada yang berubah. hanya berdoa.

oktober 2014. 5.10.2014 raya haji. sederhana. cuti dan kerja. stress dan gembira. serahan kunci rumah baru pada 17.9.2014. gembira nya hati. urusan rumah lagi. menjadi tulisan di sini. kembali pada september. pampasan diterima dari jan 2014 hingga jun/july 2014. Alhamdulillah.

dalam untung ada jugak ruginya. tahun ni catat sejarah. tukar handpon 2 kali dalam tempoh 2 bulan. haishhh. pengajaran buat ku. urusan rumah , dimulai dengan pasang air dengan pihak JKR. ada lah dalam masa 2 minggu. lepas tu pasang api dengan SESCO. dalam sehari je. dan pasang grill. teringat pesan bapak. kalau awal buat. kan dah pasang. hmmm..langsung tak terfikir kan. so, terimalah akibatnya. kena tunggu bapak beli besi, potong besi , ukur besi dan welding. cat besi. barulah dapat pasang.


20.12.2014 baru pasang. kasihan jugak dengan bapak. tapi , bapak nak jugak buat. so, tggu je lah. oktober 22 2014 , 1 Muharam 1436H. azam ada yang dapat dikecapi. ada jugak yang baru dibangkitkan. semoga azam 1436 H , Allah permudahkan. november berlalu. dan kini, disember. 31.12.2014 coretan terakhir. semalam buat cermin mata baru. RM 530.00. ambil lens yang nipis no 2. asalnya 350 . bila tambah lens nipis 180. jadilah RM 530.00. dulu buat satu cermin mata. tapi langsung xdpt pakai. sebab degree tinggi sangat. melayang RM 450.00. haduiii. kemain mahal nya cermin nata. alangkah indahnya mata asli itu. tapi, dah rabun. apa boleh buat. ini azam tahun 2015. sofea nak try Carotomax Shaklee yang untuk kesihatan mata. banyak testimoni cakap. boleh rawat kerabunan. insha Allah nak carik budget. dalam bulan ni jugak. sofea cabut gigi lagi. 22.12.2014. malamnya sakit gigi dah menyerang. kena cabut. sebab gigi tu memang dah rosak. dan akhirnya tercabut lah jua.

pelbagai kenangan di tahun 2014. pahit , manis , masam , pedas , panas , sejuk dan macam-macam lagi perasanya.

emak bapak
adik beradik
suami
anak-anak
kerja dan bisnes
semoga dalam peliharaan Allah

selamat tinggal 2014. selamat menjalani 2015

SUKA DUKA KEHIDUPAN SOFEA 2014



2014 berakhir hari ini. 2015 pula menjelma. hari ini hari terakhir catatan sofea di tahun 2014. pasti ada pelbagai ragam perjalanan. ada pasang surutnya arus kehidupan. onak dan duri diharungi dengan rasa keimanan dan ketakwaan.

untuk yang leka teruslah berbahagia
untuk yang sedar bangkitlah
kerna kita adalah khalifah
di bumi Allah yang tua ini

rata-rata kehidupan yang sepanjang tahun ini. memberi banyak pengajaran,pengertian dan pelajaran. yang mana buruk itu datang dari diri Sofea sendiri. yang mana baik itu pastinya datang dari Allah Taa'la.

Januari - Jun 2014 pembuka bicara
------------------------------------------

pertama kali cuti pertama di awal tahun. dengan urusan anak-anak ke sekolah. sorfina masuk tadika. thaqif masuk tadika kemas di usia 4 tahun. permulaan yang baik. kandungan sofea juga hampir masuk 36 minggu. kandungan sihat dan cergas.

pengambilan set kehamilan Shaklee, amat membantu sofea. agar ada rasa cergas , tidak stress , tiada kekejangan dan tiada sembelit. malah kulit pun makin halus dan bersih. pengambilan ESP shaklee pulak membantu untuk cepat kenyang.

Februari 2014, bulan kelahiran suamiku. dan anugerah terindah. lahirnya zuriat ke-3 kami. bayi perempuan. Syarifah malaiqa jannah 10.2.2014. jam 0130 pagi. sesungguhnya mengandung , melahir dan berpantang. terlalu berbeza pengalamannya. namun ianya adalah kifarah buat diriku. yang pasti moga-moga setiap rasa sakitku itu mampu mengurangi setiap dosa-dosaku.

cuti bersalin selama 3 bulan. Alhamdulillah. 10.2.2014 - 10.5.2014. merasa bercuti panjang. alkisahnya sofea kalau berpantang. memang kena ada orang jaga. jaga dari atas hingga bawah. sebabnya sofea ni ada masalah bila berpantang. heheh. bukanya nak ambik senang , tapi sofea memang bermasalah sikit. tapi, Alhamdulillah, Allah kurniakan orang  di sekeliling sofea yang terbaik dari yang terbaik. terima kasih semuaaa...

pantang 45 hari. anak kena kuning. seminggu lamanya. yang bagusnya sofea masih boleh makan Set Bersalin Shaklee ni. walaupun anak kena kuning/jaundice. kali ni anak cepat turun bacaan kuningnya. mandi air rebusan daun belimbing. mandi air rebusan teh. titis air anggur hijau. banyak kekdah dan petua yang diguna.

selain ambil supplemen ni. sofea juga amalkan bengkung/tapal perut. pilis. air cucian. skrap mandi / lulur mandi. minum air herba. kalau sesiap berminat sofea boleh sediakan dan cadangkan. ada bidan mengurut. 7 hari pertama. adik ipar yang tolong tapalkan. tolong urutkan. memang terbaik!!!


3 bulan kisahnya bercuti , berpantang. dan paling memberi pengalaman indah. sofea mampu menyusukan anak. Alhamdulillah. semuanya dari Allah. bila difikir kembali. ada simpati pada anak-anak yang lain. merasa tidak banyak. ye lah. ilmu penyusuan boleh kita pelajari. tapi praktikallah yang paling penting. stress kalau boleh kena elakkan. ambil b-complex shaklee boleh mengurangkan stress. serta kena usaha lebih sedikit. ambil supllment untuk melebatkan air susu. sofea ambil set penyusuan Shaklee. malah pernah urut breast agar perjalanan darah dan air susu lancar. Alhamdulillah. terima kasih mak bu dari Miri tu.

dalam berpantang. banyak benda sofea belajar. belajar buat cencaluk. belajar buat lobak jeruk. belajar buat ikan masin kering. Alhamdulillah. Allah bantu kita dalam sekecil-kecil hal. selesai 45 hari berpantang. sofea urut berpulang hari. dan sofea ajak suami bertandang ke rumah emak dan bapak. ambil seminggu dua. ye lah cuti masih panjang. belum pun masuk minggu kedua. kena panggil masuk ofis. kawan sekerja nak bercuti seminggu. fikir punya fikir. kenalah balik ofis. semuanya ok. jadi kerja lah sofea. cuti bersalin tu ditukar balik kepada cuti. atas budi bicara boss. terima kasih.

jannah membesar dengan jayanya. menyusu kuat. dan kena ajar susu botol dan beli susu formula. ye lah. sekadar standby. kalau susu badan yang di pam tidak mencukupi.

21.5.2014  kembali bekerja dan menjalani rutin harian. turun pagi pulang petang. belum campur kerja lebih masa. travelling lagi. pertukaran pengurusan lagi. banyak perkara kena ambil perhatian selepas bercuti lama. sistem update. password expired. waaaaahhhh.

masuk bulan jun 2014. cuti awal bulan. biasa cuti gawai. hehehe. sofea dah mula ambil pil perancang. tapi macam tak sesuai. jadi , sofea ambil maajun balik. kiraan ikut doktor.  8.6.14 birthday anak sulung. belikan kek dan masak-masak sikit. buat majlis sederhana.

dihujung bulan jun 2014. 29.6.2014 hari pertama ramadhan. dan seterusnya....

#bersambungggg...............




Tuesday, December 30, 2014

MINGGU TERAKHIR 2014



1 hari terakhir di tahun masihi 2014. minggu terakhir. isnin hingga rabu. halahaiiii..kemalasan melanda. tuntutan kerja. mencari rezeki untuk anak-anak dan famili. perlu diatasi kemalasan ini. tetap teguh nak turun kerja. sebab ofis memang xda orang pun.

so, marilah kito bekejo sekueknyo. heheheh. sempena penutupan tahun 2014. malam tadi ada majlis makan-makan di rumah emak n bapak. kakak ipar masak. sofea cuma beli roti dan sediakan barang-barang lain.

ada satay. ada manok masak kari. bubur durian. air teh. hujannn lebat. sejukkk. jadi no air sejuk. hehehe. sofea beli roti dekat TAKA. sekali beli untuk nenek man.

hari ni jugak last order Shaklee produk. kali ni beli Vivix untuk bapak , mak dan nenek guna. harapan agar nenek kembali sihat. insha Allah. usaha dan doa saja mampu sofea lakukan.

semoga bisnes Shaklee sofea dan yang lain Allah limpahkan rezeki. cuti 1 januari 2015. sofea nak kemas rumah baru. semoga cepat siap. dan dapat pindah. sik sabar rasanya. sebab sofea tahun depan. bakal bzzzz....

ok lah kelak sambung lagik...

Sunday, December 28, 2014

KURSUS JAHITAN DI KUCHING


kursus jahitan di kuching.

untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni.
berhubung dengan beliau secara terus. beliau akan terangkan ;

bayaran yuran permulaan
bayaran yuran bulanan
tempoh belajar
dan lain-lain lagi.

untuk entry sebelum ini. sofea tak ubah. jadi di sini sofea nak kongsi maklumat tersebut. ada perubahan masa , bayaran dan lain-lain.

harap maklum.
terima kasih


ROSNI TAILOR No 420 
Kampung Bintawa Tengah 
Petra Jaya 
93050 

Kuching 

013-8474446

Saturday, December 27, 2014

WAJAH-WAJAH 2014.....




3 hari lagi...tahun masihi bertukar nombor. 2015 bakal menjelma. kalau tahun hijrah. kita dah masuk rabiulawal. cepat kan masa berlalu.

begitu juga kehidupan ini. nampak macam payah dan sukar. tetapi kena juga tempuhi. ranjau dan duri.

sofea kini berdikari untuk cantikkan diri. dari luar dan dalam. agar sentiasa dalam keadaan sihat.
bila sihat..famili bahagia.
now #tikambelakang. 2014 banyak benda yang dah dicapai. dan banyak benda yang perlu digapai.
ujian , dugaan , cabaran dan harapn seiring .

bisnes yang diceburi. ada kala pasang surutnya. insha Allah . pasti akan ditingkatkan lagi usaha dan amalan. doa pastinya setiap masa. moga Allah murahkan rezeki kami sefamili






yang baiknya pasti dari ALLAH
yang buruknya pasti dari kekurangan DIRI

Friday, December 26, 2014

RABIULAWAL 1436H





masuknya bulan ke-3 dalam kalendar hijrah. Rabiulawal. bulan kelahiran Rasulullah.

Bulan Rabiul Awal merupakan bulan ketiga dalam Takwim Hijrah.
Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Pelbagai acara sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.







Thursday, December 25, 2014

SESI MASAK MEMASAK YANG .....




lama betul tak memasak. asyikkkkk makan masakan famili. hikhik. adalh jugak memasak . itu pun yang simple dimple je. masak mee maggi. telur goreng. bubur nasi.

teringin nak masak lauk pauk. biarlah tidak sesedap chef hotel masak. asalkan dapat asah bakat memasak.

baking kek lapis , kek kukus , kek sedia beku. pun lama dah tak buat. kemalasan? tidak lah. cuma kekadang bahan-bahan je tak ada. atau masa tu terlalu pendek. dengan anak lagi. hadoiii

insha Allah ada rezeki dan masa akan buat jugak nanti.



Wednesday, December 24, 2014

LAMANYA TAK MENJAHIT BAJU


dah hampir setahun lebih tak pergi kelas menjahit. sejak mengandung 2013 sampai anak dah masuk 10 bulan. kelas menjahit tak lagi di hadiri. bukan malas bukan culas. tetapi , memandangkan masa terlalu penuh dan anak masih kecil untuk ditinggalkan.

isnin dan jumaat pastinya sibuk dengan kerja. sabtu dan ahad adalah hari untuk famili. melainkan ada panggilan kerja. ye lah kerja sofea dalam mode standby. lagi-lagi bz memuncak dengan rumah kami sudah siap untuk dihuni.

perlu kemas apa yang patut. perlu cari income lebih untuk tampung belanja. pindah rumah baru perlukan wang ringgit. nasib ada jugak simpanan yang boleh menampung serba sedikit.

kalau sesapa nak belajar menjahit. boleh sahaj hubungi Cikgu Rosni. boleh wasap sofea ya.



Tuesday, December 23, 2014

JIMAT DAN MURAH - DAFTAR SHAKLEE SEKARANG






anda belum daftar ahli shaklee??

berminat nak mencuba pelbagai produk dari Shaklee??

belum mengetahui sebahagian produk Shaklee ?

pernah guna tapi belum daftar ?

kelebihan dari Shaklee?

jana pendapatan dengan Shaklee ?

jom daftar sebagai ahli Shaklee bersama Sofea. pasti servis terbaik. anda pasti puas hati.


Monday, December 22, 2014

WHASAPP MEMANG BEST




terjebak dengan wasap sekarang. ada wasap grup famili. ada wasap grup ex-school. ada wasap grup kosmetik. ada wasap grup Shaklee. ada wasap grup jual-beli barangan.

banyak benda yang boleh diupdate dengan cepat dan mudah. nak lebarkan sayap perniagaan pun boleh. asal jujur dalam berniaga sahaja.

sofea nak kata aktif tidak lah. cukup untuk baca dan komen yang tertentu. dan yang pastinya nak promote bisnes Shaklee dan sambal goreng.


jom join Wasap grup untuk SK Tupong 1990

jom join grup Shaklee with me Sofea Jali

jom join grup Kosmetik

my wasap no 0138290985

Sunday, December 21, 2014

JOM JOIN SHAKLEE DENGAN SOFEA






berminat ??
tawaran dibuka.
join SHAKLEE bersama sofea.

yuran ?
produk ?
kelebihan??
keistimewaan??
harga produk ?
target ?

yuran yang mampu bayar. RM 75.00 untuk seumur hidup
produk yang selamat , berkesan dan semulajadi
kelebihan adalah dapat harga AHLI
keistimewaan DAPAT JANA PEnDAPATAN
harga produk BERPATUTAN
target . SEMUA


banyak yang terbaik dari SHAKLEE ni

Saturday, December 20, 2014

30 HARI CABARAN DIET SIHAT - HARI KE 11 HINGGA HARI KE 20



cabaran diet sihat
akhirnya hari ini hari yang ke 20. di mana cabaran diet sihat masih diteruskan. semangat yang hampir luntur telah dibangkitkan semula. agar harapan dan impian untuk cabaran diet sihat mencapai matlamat.

kawalan pemakanan itu perlu. kandungan kalori makanan perlu dititikberatkan. agar diet secara sihat tidak mengakibatkan masalah baru. sofea kurangkan pengambilan makanan manis-manis. cuma terkadang masih makan makanan yang bergoreng.

pengambilan air kosong 3 liter sehari amatlah disarankan.
semoga hari ke 21 hingga ke 30 akan ada sinarnya.

yukkk....set slimming Shaklee tatap jugak diambil ya.


Friday, December 19, 2014

SAMBAL GORENGG OOO SAMBAL GORENG







sambal goreng buatan adik ipar.
sambal nasi lemak.
boleh jadikan pes masakan.
untuk ulam-ulaman pun boleh.

apa sahaja boleh dari sambal goreng.
ikan bersambal
telur masak sambal
ayam sambal

sedap nya kan.
kalau nak call dan wasap k

Thursday, December 18, 2014

MEE LA BRUNEI @ SARAWAK






mee la brunei ada kat kuching. pelik-pelik kan nama makanan diberi. apa yang penting adalah rasanya. biarlah nak letak nama apa untuk hidangan. biarlah HALAL dan sedap. secukup rasa. jangan cincai cincai sudah.

perkhidmatan makanan tu penitng. ye lah. customer kan perlu makanan yang sedap rasa. kualiti. dan harga berpatutan. makanan yang sedap pasti menarik hati pelanggan. pelanggan percaya, akan memberi peluang rezeki yang besar kepada penjual. ye lah. kalau berita or cerita mulut ke mulut pasti meningkatkan jualan. lagi-lagi zaman teknologi sekarang. medium sosial seperti FB Wasap , Wechat , Instagram. semuanya membantu dalam proses jualan.

jom makan mee ala brunei ni. kazen sofea jugak yang jual. dekat dengan homestay kampung tupong batu.  see u there...

Wednesday, December 17, 2014

MEE BELACAN YANG PALING BESTTTT






inilah mee belacan idaman qalbu. tapi, telur je tak ada. as my request. sebab not my tekak punya selera. suka makan mee belcan. sebab nyaman.

kalau pedas ambal nya. lagi kaw kaw rasanya kan.

mee belacan ni, kazen yang jual. sendiri bikin ma...

ok lah jemput jemput lah ye...nak cari. bersebelahan dekat HOMESTAY kampung tupong batu...sarawak , kuching

Tuesday, December 16, 2014

SHAKLEE ITU APA YE ?




shaklee itu apa ye?? begitulah permulaan kisah. di mana sofea kenal SHAKLEE. sofea dapat tahu produk shaklee atas sebab nak carik set bersalin yang mudah sembuhkan LUKA , SELAMAT , BERKESAN , beri tenaga dan paling sofea ingin kan mampu memberi peluang untuk sofea jalankan misi  PENYUSUAN.

selepas sofea google , sofea jumpa website pengedar Shaklee yang bernama Farah Alias. di situlah sofea cuba cari gali apa itu produk Shaklee. permulaannya sofea cuba beli vitamin C untuk kecantikan. tujuannya untuk nak sahkan membeli dengan orang yang boleh dipercayai. barulah langkah seterusnya dibuat. ye lah, sekarang ni macam-macam bentuk penipuan.


selepas membeli banyak kali. sofea tergerak hati nak jadi ahli. dengan yuran RM 85.00 untuk seumur hidup. yuran yang ditawarkan mampu dibayar. tujuan jadi ahli. agar dapat beli dengan harga Ahli. bukan niat nak jana pendapatan.

lepas tu, bila rajin baca blog farah. sofea teringin nak bergiat aktif jadi pengedar. memula memang agak down. sebab tidak ada pengetahuan. bagaimana nak mula? siapa pelanggan ? produk mana satu nak kena jual ?


jadinya, sofea balik jadi pengguna sahaj. kini, sofea kena sahut cabaran diri. apa pun yang terjadi. kena rajin usaha. apa-apa jua bentuk perniagaan yang kita ceburi. kena kental. dan yang pasti JUJUR dengan pelanggan.

nanti sofea sambung cerita lagi k...nak sambung buat kerja lain pulak...

Monday, December 15, 2014

BILA AKU KESEORANGAN




keseorangan lagi di penghujung tahun 2014. biasalah kan. kawan kawan banyak yang bercuti panjang. sunyilah daku. buat kerja ofis . layan lagu sendu, rock hingga dangdut. lepas tu mendengar qari mengaji , berselawat dan nasyid.

setiap kali hujung tahun. beginilah nasib diri. cuti pun dah habis. jadi kena jaga ofis dan buat kerja seperti biasa. makan pun buat bekal dari rumah. air kosong 2 liter setiap hari akan dibawa.

ada kala dalam keseorangan pasti banyak memori mengambit kenanagan. lucu , sedih , kecewa. bercampur baur rasanya.

rutin kerja - keluar rumah pukul 0700 pagi. baliknya pukul 1730 petang. samapi rumah, hari dah senja. cuti sekolah anak-anak ada di rumah sahaja. hujung minggu akan digunakan untuk bersama-sama anak.


Sunday, December 14, 2014

2015 BAKAL TIBA




perjalanan bulan disember 2014 terasa cepat. hari ini hari minggu. minggu ke-2 bulan dec. tiada apa yang nak dikejar. cuma yang ada aktiviti harian sahaja yang berjalan seperti biasa.

yang pastinya. semangat untuk mencari pelanggan baru mahupun ahli baru SHAKLEE masih di dalam usaha diri ini. usaha usaha usaha dan pastinya doa dan amalan sebagai harapan untuk terus memajukan diri dalam bisnes ini.

SHAKLEE produk yang memperkenalkan vitamin-vitamin kesihatan. untuk yang tua,muda,kanak-kanak,sihat,sakit biasa hinggalah sakit yang teruk.penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

2015 bakal tiba. perjalanan kehidupan tetap perlu diteruskan. kerana cabaran 2015 tidak kita ketahui besar mana cabarannya. yang pasti kita kena mengorak langkah untuk jana pendapatan sampingan untuk kebhagiaan , kesejahteraan famili kita.

untuk keluar dari zon selesa ke zon selamat. bukan bererti kita tidak bersyukur apa yang kita ada. tetapi, alangkah baiknya kalau kita ada LEBIHAN rezeki yang pastinya dapat dimanfaatkan untuk ahli keluarga mahupun kepada pihak yang memerlukan.


Saturday, December 13, 2014

CEPAT !!! SIGN-UP SHAKLEE MEMBERS






Kenapa mesti jadi member SHAKLEE ?

Macam mana nak jadi member SHAKLEE ?

Mahal tak yuran keahlian SHAKLEE ?

Apa keistimewaan kalau jadi ahli SHAKLEE ?

Produk SHAKLEE berkualiti ke ?

Di mana nak beli ?


beginilah persoalan-persoalan yang akan ditanya oleh setiap dari kita.

ber SHAKLEE ni sama lah jugak seperti kita membeli di supermarket-supermarket.

mesti setiap dari kita akan tanya dulu. ada membership tak? kalau ada membership boleh lah kita register dan bayar yuran. sebab apa kita nak jadi member. mestilah nak dapatkan harga member. yang paling best dapat lah kumpul point dan redeem apa yg kita nak.

begitulah SHAKLEE. jadi member. beli dengan harga ahli. kalau ada offer lebih hebat lagi. cuma tak adalah redeem point. cuma kalau point dalam 150 uv setiap bulan pasti ada BONUS. Bonus untuk diri sendiri tau.

jom lah . apa lagi setiap kita nak kan yang terbaik. sebab produk SHAKLEE memang TERBAIK..

kalau nak register boleh terus call saya






Thursday, December 11, 2014

ULSER - VITAMIN C + B COMPLEX SESUAI SANGAT




Apa itu ulser mulut ?

pengalaman kena ulser ni memang selalu. kalau kena ulser memang pedih tak hengat. nak makan pun tak lalu rasanya.


kredit dari google


ulser mulut ;


  • ulser yang terjadi dalam rongga mulut
  • ulser afta - luka yang berbentuk tompokan putih , kemerah-merahan

punca kena ulser ;
  • sebab kekurangan zat besi , asid folik dan vitamin B12
  • alahan
  • jangkitan kulat

makanya, supplement yang sesuai untuk kita elakkan dijangkiti ulser ini. adalah ;

Vitamin C - untuk menyembuhkan ulser - tingkatkan imun tubuh

B-Complex - mengandungi vit B12 yang boleh surutkan ulser


boleh diamalkan supplement ini untuk kesihatan menyeluruh.




Wednesday, December 10, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - SENAMAN BERMULA



peringkat pertama. ambil bacaan berat dan ketinggian sebelum permulaan cabaran diri ini.

selepas itu pengiraan BMI. dan cara pembakaran kalori setiap hari.

kiraan kalori makanan juga penting. agar target dapat dicapai.

sekarang , sofea dah bermula dengan senaman ringan-ringan dulu. berlari atau berjoging . kalau dah selesa akan cuba praktikkan senaman dari KEvin Zahri. semoga berhasil. yeayyyyy


Tuesday, December 9, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - MAKAN SEGENGGAM NASI



Masuk hari ke-9. cabaran diet sihat sofea. makan ikut selera. tapi masih dalam terkawal.

nasi segenggam dalam setiap sesi. lunch n dinner.

sayur lebih. protein lebih.

cuma senaman masih perlukan disiplin kuat.

harap capai target. kalau tak sambung lagi next year 2015.

yang pasti Omega Guard Shaklee , Alfalfa dan Lecithin kena ambil.

NAK KURUS CUBA OMEGA GUARD SHAKLEE






nak turunkan berat badan tanpa rasa lapar.
nak turunkan berta badan tanpa keluarkan kos yang banyak.
di sini saya nak kongsikan dengan anda.
satu produk daripada Shaklee yang boleh membantu anda.
Iaitu OMEGA GUARD SHAKLEE 

makan omega guard Shaklee memang cepat turunkan berat badan.
malah mampu menurunkan kadar kolestrol yang tinggi dalam badan.

Omega Guard ini mampu menurunkan berat bedan kerana mempunyai ;


  • minyak ikan
  • minyak ikan mampu turunkan berat badan
  • kandungan asid lemak omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam.
  • ia turut membantu meransang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.
  • supplemen minyak ikan omega 3 menjadi supplemen semulajadi yang efektif untuk membantu penurunan berat badan jika digabungkan dengan senaman.   

  •  

omega guard shaklee mampu milik. lebih banyak khasiat yang anda dapat dalam sebotol Omega Guard Shaklee ini. boleh hubungi saya ;




Sunday, December 7, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - HARI KE-7




cabaran diet sihat SJ29 ni masih berjalan dengan lancar.
walaupun ada yang ter"miss" makan tanpa kira kalori.
tapi masih dalam kawalan.
sebab 3 liter air kosong masih diambil.

hari ni masak - memasak
kemas-mengemas.
sofea masak Kijang bakar untuk lunch.
sofea makan. mak n bapak tak makan. adik makan.





lepas tu masak rendang. rusa lagi...


Saturday, December 6, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - HARI KE-6




Makan perlu. amal air kosong 3 liter.
ambil perhatian dengan kalori makanan.
senaman kalau boleh kena mulakan.

Friday, December 5, 2014

PROMOSI DECEMBER 2014 - VITAMIN C DAN VITAMIN E SHAKLEE



berita baik untuk semua.

Shaklee menawarkan promosi berganda. antaranya beli 6 percuma satu. atau beli 2 dapat 5% offer.

Vitamin C shaklee beli 6 percuma 1
Vitamin C Shaklee Twin Pack 5% offer
RM 92.50

Vitamin E Shaklee beli 6 percuma 1
Vitamin E Shaklee Twin Pack 5% offer
RM 149.00







nak order. boleh terus bank in. jangan lupa bagi butir diri

nama
no telefon
alamat
no reference

ok. selamat membeli


Thursday, December 4, 2014

JOM MAKAN - CAHYA DAMAI HOMEMADE GRILLED BURGER HOUSE



semalam selepas jenguk rumah baru kami. singgah makan di Cahya Damai Homemade Grilled Burger House.

menu banyak pilihan. tidak hanya burger sahaja . ada nasi.

harga berpatutan. suasana pun nyaman. boleh cuba singgah di bandar Baru samariang.



makanan sedap sangat.

sesuai nak bawak anak-anak sofea ni. sbb ada pilihan makanan untuk mereka.

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - 3 LITER AIR KOSONG




4.12.2014 khamis cabaran masih diteruskan

makanan pagi hingga ke malam perlu dikawal kandungan kalorinya.

hari ni sarapn , minum pagi dan lunch. air susu + ESP tanpa gula. kuih bingka 2 biji dan kuih donut 1 biji.

air kosong 3 liter sepanjang hari.

hari duduk ofis. setel kerja hujung tahun. next week colic cuti sampai next year..

Wednesday, December 3, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - NO SUGAR NO OIL



Rabu 03122014 - hari ke-3 SJDS29

hari ini sarapan pagi ---- teh tarik kurang manis + mee kolok sup

minum pagi ---- air susu + ESP Shaklee

lunch ---- Skip + air kosong

makan petang ----  ABC Float + beef burger + fries

dinner ----  air teh hijau 0


# Lecithin Shaklee ambil
# Alfalfa Shaklee ambil
jangan lupa minum air kosong 3 liter sehari

hari ni kerja half day. turun sama dengan suami. ada urusan untuk ambil tong sampah untuk rumah sendiri. sesat dalam perjalan mencari Trienekens. rupanya bukan area Hospital Sentosa. tempat yang betul dekat dengan TLDM sana.

yang lain semua dah setel.

Tuesday, December 2, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - HARI KE 2



SELASA. 02122014. CABARAN SJDS29

hari kedua diet sihat.

sarapan paginya + minum paginya ---- air susu + ESP Shaklee NO SUGAR

lunch ---- skip

minum petang ---- teh tarik kurang manis + pisang goreng + bubur kacang hijau

dinner ---- air susu + ESP SHaklee  No SUGAR


**** ambil Lecithin Shaklee dan ALfalfa Shaklee

## 28 hari lagi

Monday, December 1, 2014

CABARAN 30 HARI DIET SIHAT - HARI INI BERMULA



semangat membara. di hari pertama. nak diet secara sihat.

30 hari cabaran sesi pertama.

berat : 60 kg
ketinggian : 160 cm

tujuan nak turunkan berat badan. sebab nak dapatkan berat badan ideal. mencapai target BMI sihat.

plan makanan untuk hari ini ;

sarapan - 0700 pagi

makanan : oat
minuman : susu rendah lemak

minum pagi - 1000 pagi

makanan : roti 2 keping
minuman : susu rendah lemak

makan tengah hari - 1200 pm

makanan : bee hoon sup seafood
minuman : air kosong

dan seterusnya

namun yang berlaku

sarapan dan minum pagi disekalikan dengan menunya bee hoon sup dan teh o kosong.

lunch tidak . minum petang. hanya minum air kosong sahaja.

****cabaran mesti diteruskan !!!!!!!!!!!!!!

SHAKLEE DEC 2014 PROMOSI - VITAMIN C BELI 6 FREE 1






Shaklee menawarkan pembelian sebanyak 6 botol vitamin c akan mendapat 1 botol vitamin c.

tawaran ini hanya pada bulan dec 2014 ini sahaja.

bagi yang nak kulit cantik boleh cuba.

bagi yang nak mengurangkan nafas berbau.

bagi yang selalu selesema atau allergic.

boleh cuba ambil vitamin C shaklee.

ianya selamat diambil. dan amat berkesan malah jimat.

boleh hubungi sofea

Sunday, November 30, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - APA YANG ANDA DAPAT DENGAN BER "BLOG "



cabaran terakhir. cabaran blog hari terakhir.

apa yang saya dapat dengan ber " blog "

flashhback. punca dan kenapa sofea nak berblog.

sebab sofea suka baca blog orang lain. banyak info yang sofea dapat. dari ilmu dunia mahupun akhirat. ikut blog yang kita suka baca.

sofea bermula dengan mencari cerita apa yang boleh disampaikan. kekadang tak tahu apa nak dicelotehkan. bahasa bagaimana nak digunakan. formal atau un-formal.

bila baca blog ornag lain. memang info itu penting. tapi yang paling best. boleh kembangkan bisnes. sebab. ada orang kat luar sana suka baca blog. yang infonya kemas dan padat.

sofea dapat info.
sofea dapat kawan online.
sofea nak kembangkan idea penulisan.
sofea nak tingkatkan jualan bisnes SHAKLEE sofea.
sofea nak kongsikan apa yang sofea tahu.
sofea suka menulis.
sofea nak blog ini dapat dibaca oleh anak-anak kelak.
sofea suka blog.
sofea nak inside income.

ok lah . sofea suka blog. akhir nya cabaran 30 hari blog ni pun selesai. sekarang. back to normal.
sofea kena rajin update blog. agar rating blog mencanak naik.
dan insha Allah. Allah permudahkan usaha sofea untuk bisnes sofea ni.
jom SHAKLEE dengan sofea.

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - PERKARA MENARIK YANG ANDA BERBANGGA TAHUN INI




cabaran hari terakhir. perkara menarik yang saya bangga tahun ini.

januari..

naik gaji tahunan.

februari..

kelahiran bayi. anak ke-3 sofea dan suami. dan ianya perempuan. lahir dibulan yang sama dengan suami. 10.2.2014. Syarifah Malaiqa jannah nam diberi.

mac...

kelahiran Al-jannah memberi pengalaman bermakna. niat untuk susukan anak. Allah permudahkan. serta penggunaan SET KEHAMILAN SHAKLEE , SET PENYUSUAN SHAKLEE.
amat berkesan. amat selamat.

april..

masih mood cuti bersalin 3 bulan.

may..

kerja balik. rutin harian

june..

puasa ganti

july

puasa ramadhan. raya .dapat pampasan rumah

august

anak membesar.

september

bulan kelahiran ku. sofea dah 31 tahun. beli hanfone baru. kali ke2 tukar hanpon.

oktober

dapat kunci rumah. urus hal-ehwal rumah. pergi jkr. pasang air. tempoh sebulan.

november

baru selesai naikkan api. urusan dengan sesco.

december

semoga bisnes Shaklee terus maju. dan rumah ku bakal didiami. counting dayss




Saturday, November 29, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA UNTUK ANDA



cabaran blog seterusnya. 3 hari terakhir.

cerita pasal bunga kegemaran.

sofea tak berapa minta bunga. so sofea pilih bunga ros.

ros tu cantik. wangi. tapi...ada sesuatu yang ada pada diri ros itu.

bunga ros. warna merah. melambangkan kekuatan dan keberanian. kesungguhan mencapai cita-cita. bairpun agak payah. agak slow. agak mendatar. namun akan diatasi tanpa putus asa.

wanginya bunga ros. membangkitkan keharmonian.

tapi awas..ros berduri. cantik dilihat. tapi berjaga-jaga bila didekati.



Friday, November 28, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 PERKARA BERMULA DENGAN " ANDAINYA "




cabaran yang masuk hari ke 28. " andainya "


5 perkara bermula dengan " andainya "


Andainya sofea dimurahkan rezeki harta . insha Allah akan dimulakan dengan menghantar kedua orang tua. mengerjakan umrah dan haji.


Andainya sofea dipermudahkan urusan bisnes SHAKLEE. insha Allah akan diinfakkan dengan jalan yang diredhai.

Andainya sofea diberikan peluang untuk belajar . insha Allah akan dibuat sehabis baik.

Andainya sofea adalah surirumahtangga. sofea akan berusaha meningkatkan ekonomi rumahtangga.

Andainya sofea sakit. sofea berdoa agar Allah sembuhkan sakit itu.

ALAHAIIII BISKUT SEMPERIT





hari tu sofea adalah buat sikit biskut semperti ni. buat adik sofea yang nak balik sabah. untuk bercuti.
ikut suami. cuti sekolah.

biskut semperit ni kena buat lurus je. sebab acuannya sofa lupak nak ambik dari rumah my parents.
jadilah begini biskut nya.

bahan-bahannya ;

mentega 500 gm
gula halus 100 gm
telur 1 biji

tepung gandum   500 gm
tepung jagung    100 gm

cara buat ;

mentega dan gula dipukul hingga kembang. lepas tu masukkan telur. dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. pastikan jadikan doh. jangan dos tu keras sangat.

lepas tu bentukkan ikut acuan anda. dan bakar. hias dengan choc rice. siappp

Thursday, November 27, 2014

30 DAYS BLOG CHALLENGE - MOOD ANDA HARI INI



masuk hari ke 27 cabaran blog ini.

27.11.2014 hari khamis. mood swing swing sahaja.

sebab hari ni hari ke-2 cuti. misi menghabiskan cuti yang ada. sebab cuti tahunan yang boleh di carie forwardkan sebanyak 2 hari sahaja.

cuti hari ini. Al-jannah demam. muntah. bial diselidiki. rupanya salah beli susu. susu dulac sepatutnya. tapi terambil susu dugro. alahai ... kesian tengok baby jannah.

lepas tu anak sulung ada Kursus Anak Soleh. anjuran HIKMAH Kuching. hari ke-2. hantar sorfina awal pagi. thaqif dibawa sama. ambil suami. lepas tu gerak. pg breakfast dulu.

plan nak buat apa. nak setel kerja. semua sudah di listkan.

tapi apa pun perancangan. semuanya Allah yang tentukan. agak kelam kabut jugak.

yang pasti mood hari ni. suka duka.

PENATNYA !!! SEHARI 25 JAM TAK CUKUP NI






seharian bekerja. bangun seawal 4 pagi. kalau terlajak tidur. bangun-bangun dah masuk 0630 pagi. penatnya badan. lenguh segala sendi bendi tulang. semangat nak turun kerja kekadang merudum jatuh. bangun pagi. mandi. kemas-kemas. sediakan sarapan. kalau yang ada anak. terkejar-kejar nak kemaskan anak-anak.

belum lagi nak sediakan sarapan sendiri mahupun suami. sampai terlupa nak minum. itulah asam garam wanita yang bekerjaya. awal pagi bangun untuk tugasan rumah. pergi kerja buat tugasan ofis. balik lagi. ambil anak dari tempat asuhan. kemas. memasak.

memang memenatkan. letih lesu. nak berurut badan pun sampai tak ada masa. ini pulak nak berias cantik bak model. heheheh


sekarang nak kongsi satu supllement yang boleh segarkan rasa badan setiap kali bangun pagi. tidur pun lena. sesuai untuk semua.

supplement ni untuk sakit badan. lenguh-lenguh sendi. namanya OStematrix Shaklee. atau kalsium. sesuai untuk tulang.






ambil 4 biji sebelum tidur. ianya selamat dan berkesan. ada banyak kelebihannya.

boleh hubungi saya ;





Wednesday, November 26, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - GAJET KEPUNYAAN ANDA



hari ke 26 cabaran 30 hari blog anda.

gajet kepunyaan saya. hanya lah sebuah telefon. tiada yang lain. hanya telefon bimbit. yang baru sahaja dibeli bulan september yang lepas.


KULIT KUSAM . WARNA TAK SEKATA. KESAN JERAWAT






bagaimana nak mengatasi masalah jerawat yang tumbuh tanpa diundang. lepas tu pulak ada bekas jerawat yang sukar nak dihilangkan. pelbagai produk sudah dicuba. dari pencuci muka. supplement yang berbeza.

akhirnya yang ini saya cukup serasi. dan yang pastinya ia selamat dan berkesan. Vitamin E shaklee sesuai yang mengalami masalah kulit wajah. yang berjerawat. bekas jerawat. kulit kusam.

vitamin E Shaklee untuk masalah kulit wajah. boleh dijadikan masker.



selain vitamin E shaklee. ada lagi supplement yang sesuai untuk kulit.
boleh hubungi saya ;



Tuesday, November 25, 2014

YA ALLAH. MIGRAIN DATANG LAGI







migrain datang lagi. apa punca nya? tahap kepeningan yang menyakitkan. kebiasaan ia melanda bahagian belakang kepala. kanan atau kiri kepala. sakit kepala yang terlalu bisa. sukar untuk diungkapkan.

migrain datang tanpa diundang. penyelesaiannya adalah makan ubat tahan sakit , painkiller atau panadol. tapi sampai bila bergantung harap dengan pil-pil tersebut. pil-pil begini kadang-kadang bukan penyelesaian terbaik untuk atasi masalah migrain ini.

pernah dulu. sewaktu masih studi. kawan saya kuat sakit kepala. asal sakit kepala , beliau akan ambil pil tahan sakit. kekadang samapi overdose. sebab kesakitan yang dirasainya. tidak mampu ditanggung.

di sini saya ingin kongsikan ada Supplement yang selamat untuk penghidap sakit kepala sebegini. atau migrain kuat ini. sekurang-kurangnya ianya selamat dimakan. tidak memudaratkan kemudian hari.


set migrain Shaklee sesuai untuk diambil. selamat, berkesan dan tiada sampingan.

boleh hubungi saya ;



30 DAYS BLOGS CHALLENGE - BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA




berita terkini yang sofea baca hari ini.

kisah bayi dibuang. awal pagi dah baca berita yang menyedihkan. ya Allah. dimana sifat keperimanusiaan kita sebagai manusia. sampai nya hatimu . ohhh ibu ohh ayah.

kesifatbinatangan kalian terlalu jelas nampak. kenapa dibuang rezeki dari Allah itu. anak-anak itu Amanah dari NYA. tidak dibaca. kena ambil info jugak. dah dibaca. meleleh air mata. pilu hati. tergamak wahai ibu dan ayah bayi ini. anakmu itu putih bersih. tidak berdosa. diperlakukan sebegitu rupa. kenapa dibuang . kalau tidak mahu. letak sahaja di surau-surau. atau tempat yang selamat.

malu kamu pada manusia sahaja. tapi kenapa tidak pada ALLAH. ALLAH YANG MAHA MELIHAT. MAHA MENGETAHUI. bagi saja pada sesiapa yang berkenaan. kasihan bayi itu.

semoga ALLAH pelihara kita

Monday, November 24, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - RUMAH IMPIAN ANDA




kali ini nak cerita pasal rumah impian. rumah impian sofea. mestilah atas tanah sendiri.
tak perlu macam banglo. tak perlu macam apartment. cukup luas mata memandang dan tenang jiwa. damai perasaan.

rumah yang ada serambi. bilik tidur sendiri. bilik anak-anak sorang satu. bilik tetamu. bilik solat.
dapur yang kemas. bilik mandi . tandas berasingan.

ada padang untuk anak-anak bermain. tempat bilik khas bisnes Shaklee sofea. dan bilk jahitan.
wah mesti bestkan.

tapi rumah impian tu hampir tercapai. sebab rumah sofea sekarang. dah cukup besar. cuma kalau tambah lagi . renovate cantik-cantik. pasti kebaboom jugak rumah sofea sekarang. sebab tanahnya luas.








insha Allah. ada rezeki lebih. pasti jadi...

Sunday, November 23, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG



hari ke-23. cabaran terus melangkah ke garisan penamat.

pekerja sekarang adalah pembantu pegawai teknik.
selain kerja sekarang. sofea dari kecik lagi minat nak jadi CIKGU. takpun pengajar.

tapi bila difikir-fikir balik. macam tak sesuey lah pulok. heee. sebabnya jadi tenaga pengajar ni. nak kena sabar. nak kena tekun. lebih-lebih lagi zaman budak-budak sekarang . lain dah.

sofea berminat nak jadi cikgu or pensyarah. sebab sentiasa belajar dan mengajar. nampak macam senang. tapi,sebenarnya susah. heee.

Saturday, November 22, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN



masuk hari ke-22 cabaran blog. hehehe. suka-suka saja nak join ni. ada jugak benda nak buat cerita. kan. ok. destinasi percutian impian. kalau nak listkan satu-satu memang banyak. ok lah. sofea listkan tempat yang nak sangat sofea pergi bercuti bersama famili. semestinya.


LANGKAWI....pastinya. sebab nak sangat tengok langkawi. baca blog orang semua bagi riview best-best. paling best. ada coklat dan murah. tempat pun macam best je. alangkah bestnya percutian ni. sofea dapat sponsor. heheheh. boleh kot. asalkan kena usaha lagi. bangkitkan bisnes Shaklee sofea tu.





lepat tu. pulau LABUAN. dalam sabah. teringin nak pergi. ada famili bapak kat sana. boleh pergi melawat. insha Allah. kawan pun ada tinggal sana.





semoga ONE DAY itu ada. lambat atau cepat. kena usaha. kena doa. insha ALLAH

Friday, November 21, 2014

MASALAH KEGUGURAN RAMBUT - PUNCA-PUNCA NYA




seringkali masalah keguguran rambut dialami oleh wanita mahupun lelaki. baik yang muda mahupun yang tua. masalah keguguran rambut perlu di ketahui di mana puncanya.





punca berlakunya keguguran rambut.


  1. penggunaan bahan kimia berlebihan.
  2. perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak ( bagi wanita )
  3. genetik
  4. masalah aliran darah tidak lancar
  5. masalah angin badan yang serius
  6. tabiat menarik rambut dengan kasar
  7. gaya pemakanan yang tidak terkawal
  8. kulit kepala

ini adalah sebahagian punca berlakunya keguguran rambut di kalangan wanita mahupun lelaki. bila diketahui puncanya. barulah kita mencari cara untuk merawatnya.

akan ummisyaeid kongsikan nanti cara merawat masalah keguguran rambut.

Shaklee juga ada menawarkan Set Penjagaan Rambut. set budget dan set penuh. 
ada supplement. ada syampoo. boleh hubungi saya ;




30 DAYS BLOGS CHALLENGE - TEMPAT YANG ANDA INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI



hari ke-21 cabaran blog kali ini. cerita tentang ;

tempat yang saya ingin pergi
tempat yang tak pernah pergi


firstly , sofea teringin nak pergi MEKAH dan belum pun punya rezeki nak pergi. insha Allah ONE DAY. mana tahu kan. tokey tokey balak ke. tokey tokey kat luar sana bagi tawaran kat sofea dan famili buat umrah or haji ke. heeee..angan-angan je. tak pun tokey tokey ni beli SHAKLEE dari sofea. jaga kesihatan. heee. usaha tu. berniaga.






secondly. nak pergi Sabah nun.
mana-mana tempatlah di sabah. labuan pun ok. famili mertua adik pun ada di sabah. heee. pergi pulau-pulau di sabah. impian sofea satu hari nanti. pernah pergi. tapi sekejap je.






thirdly. nak pergi pusing semenanjung Malaysia. yang penting KL. hahahah. belum puas pusing. KLCC dan lain-lain  belum sempat nak pergi. sebab asal kursus di KL. sedihnya . sofea tak ada teman nak pg jenjalan. nak jalan sensorang. mmg takkan lah. sebab sofea takut..heeee


ok lah harap semuanya dalam izin ALLAH. bawak famili. pergi pulau-pulau yang ada dalam Malaysia ni. anak-anak pasti suka. apatah lagi ibu bapa.

Thursday, November 20, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - QUOTE KEGEMARAN



hari ke-20. cabaran 30 hari blog. apa quote kegemaran sofea. hmm kalau nak diikutkan banyak. tapi sofea listkan satu dua sahaja ya.




yaaa....sikit-sikit lama-lama jadi bukit. apa-apa yang sofea cuba fokuskan . atau cuba usahakan. biarlah sikit-sikit dahulu. semua orang nak cepat. cepat kaya. cepat cantik. cepat slim. tapi kalau tak konsisten pasti hasilnya tidak membanggakan. apatah lagi pasti mengecewakan.

begitu juga kesihatan ini. sofea dulu dari segi kecantikan. memang nak cepat cantik. kulit gebu gebas. tapi hasilnya mengecewakan. atas alasan apa. tidak ikut arahan dan tidak konsisten. jadi bukan masalah produk. tapi masalah diri.

begitu juga sistem kewangan. kena bersimpan waima 10 sen sehari. pasti akan ada hasilnya. cuma kena konsisten. fokus 100%.

ada lagi satu quote untuk perjalanan hidup ini.





rezeki , ajal dan maut rahsia ALLAH. milik ALLAH. biarlah sofea kayuh dulu. carik sikit-sikit dulu. timba ilmu dan pengalaman. belajar sediikit-sedikit. yang penting usaha itu ada. rezeki dari ALLAH bagi yang berusaha.

rezeki kesihatan. rezeki kekayaan. rezeki anak-anak. rezeki famili. insha Allah

Wednesday, November 19, 2014

MASALAH PENYUSUAN - SUSU MERUDUM



setiap ibu pasti nakkan yang terbaik buat anak-anak. seperti sofea jugak. di sini sofea nak share kan. bagaimana seorang teman sofea menghadapi masalah penyusuan. beliau teringin hendak menyusu setiap anak-anak nya secara eksklusif selama 2 tahun. tanpa dibantu dengan susu formula.

ada ibu-ibu yang memang Allah rezekikan dengan air susu yang banyak. sehingga ada yang tidak mampu untuk mengepam lagi. itulah sahabat saya yang seorang ini. nama beliau aishah. beliau setiap kali pregnant dan lahirkan anak. betul-betul tiada masalah penyusuan. susu beliau meriah sangat. samapi tatk termampu untuk dipam. sehingga beliau digelar " lembu ". lembu kan banyak air susu. macam tu lah keadaanya .

ok. berbalik kepada teman sofea tadi. beliau memang ada masalah dengan penghasilan air susu. pelbagai petua beliau dah cuba. namun agak memenatkan dan mengecewakan. jadi, sofea syorkan set penyusuan shaklee ini. dari set budget hingga set penuh.





set penyusuan ini ada 3 item. ada ESP , Omega dan Lecithin.

Set ini amat sesuai bagi ibu-ibu yang hendak menyusukan bayi sambil boleh turunkan berat badan. sapa tak nak kan . badan maintain walau beranak 5. boleh di cuba bagi yang berminat.

selamat mencuba.

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 1 RESEPI KEGEMARAN SAYA




masuk hari ke-19. cabaran blog. heee....asal ada idea nak menulis jadilah.

1 resepi kegemaran saya.

banyak sangat kegemaran. jadi sofea listkan satu sahaja. ok sofea nak share resepi biskut makmur.
sekali adunan boleh dapat 200 biji biskut makmur. bergantung saiz kita buat.





ini lah biskut makmur yang sofea buat. heeee sedap..

biskut makmur susu. kalau nak cheese pun sedap.

bahan-bahan ;

500 gm minyak sapi
1 kg tepung gandum
gula halus
susu tepung
kacang tanah

**tepung gandum perlu digoreng tanpa minyak.dalam 30 minit. jangan sampai hangus.
**gula halus untuk luaran. optoinal kalau nak campur dalam adunan.
**susu tepung sama macam gula halus
**kacang tanah digoreng tanpa minyak. blender halus.


cara membuat ;


  1. tepung gandum yang digoreng tadi. diayak dulu agar tidak berketul. selepas diayak. masukkan minyak sapi. gaul rata. samapi adunan tidak melekat di tangan.
  2. sekiranya mahu tambah susu tepung ,gula dan kacang. boleh dicampur ikut kehendak masing-masing. yang ini sofea letak. sedikit sahaja. gula halus 1/2 gelas. susu tepung 1/2 gelas dan kacang 2 senduk.
  3. selepas adunan tidak melekat. bulat-bulatkan.
  4. bakar di dalam oven. panaskan oven dahulu.
  5. pastikan jangan sampai hangus. 
  6. sejukkan. selepas biskut sejuk. golekkan ke dalam campuran susu dan gula.
  7. masukkan dlm paper cup satu persatu.
  8. siap. 

selamat mecuba

Tuesday, November 18, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SIRI TV KEGEMARAN



cabaran hari ke -18. siri tv kegemaran

siri tv kegemaran sofea. kalau masa kecik-kecik dulu suka tengok cerita kartun. sailormoon. dragon ball. cerita jepun. banyak lah.

lepas tu suka tengok drama cina. cerita maharaja. gundik-gundik istana.

dah besar ni. suka tengok rancangan jalan-jalan cari makan. rancangan masak-memasak.

itu je kot yang dapat dilistkan

Monday, November 17, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 PERKARA YANG ANDA RINDUKAN




masuk hari ke -17....

5 perkara yang anda rindukan

apa yang saya rindukan adalah. zaman kanak-kanak. pastinya. riang ria. gaduh manja. merajuk bagai. macam-macam perkara . lucu ,sedih , gembira , duka , lara.

selain itu. zaman sekolah. sekolah rendah dan menengah. samapi la masuk politeknik. rindu bersukan. rindu berkawan. rindu berjaga malam. rindu final exam.

rindu zaman baru naik remaja. semua benda nak ambik tahu.

rindu dengan rumah lama

rindu nak berjualan . berniaga.

Sunday, November 16, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SIAPA BAGAIMANA ANDA 10 TAHUN LAGI



siapa saya dalam 10 tahun lagi
bagaimana saya dalam 10 tahun lagi

persoalan ini lah yang pernah sofea ajukan untuk diri sendiri 10 tahun yang lepas. di saat usia sofea menginjak ke angka 20. ya..di usia 20 tahun. kehidupan masa itu. betul-betul menguji dimana didada. kalau kalah. pasti teruk hasilnya.


tahun 2003. tahun inilah sofea benar-benar diuji. ujian yang amat hebat. gagal dalam pelajaran. menghampakan harapan kedua orang tua. yang sanggup berkorban apa sahaja. ketika itu.

namun hasilnya. tiada siapa yang jangka. bukan tidak mampu berubah. namun memang payah untuk diselesaikan. selepas SPM. result keluar. walaupun tak gempak. cukuplah untuk kemasukan politeknik peringkat diploma. ketika ini. tidak tahu apa yang diminati. ambil sahaja jurusan mengikut orang yang bijak pandai. selesai kemasukan. bermulalah diri sebagai siswi. semester pertama hazab nya tak terperi. pelajaran yang diambil. tak termampu nak dipelajari. belajar belajar. usaha usaha untuk memahami. namun gagal jua yang akhirnya. hanya sehingga semester 3.

redha atas ujian. sofea kerja mencari rezeki. di dalam masa yang sama , hati ini masih ingin belajar lagi. mengisi sebanyak 2 kali. kemasukan baru ke politeknik. genap setahun mencari rezeki. 2004 penentu segala cerita. belajar balik. sehingga graduate.

ya itulah 10 tahun yang lalu. sofea berdoa. agar mampu membina kehidupan diri. berjaya dalam pelajaran. biarpun tak lah sampai anugerah dekan. bercinta sehingga kecundang. tidak mengapa

jatuh terduduk
jatuh terlungkup
malu
terasa benar diri ini kerdil
aku gagahi untuk sebuah kehidupan
ada emak dan bapa perlu aku utamakan
dan kekasih yang setia menanti

Alhamdulillah. hasil doa yang lalu. 10 tahun . akhirnya kehidupan sofea begini. doa kepada Allah hendaklah selalu. jangan diabaikan amalan berdoa. ketika senang. ketika susah. ada kerjaya. ada keluarga. ada anak-anak rezeki dari Allah.

10 tahun akan datang sudah bermula. sofea sekarang 31 tahun. ada 9 tahun lagi. moga berjaya sebagai blogger. paling tidak pun. macam redmummy. moonmunirah. kakpilla. blogger-blogger yang hebat. dan pastinya berjaya. mereka sumber inspirasiku.

insha Allah permulaan dah nampak jelas. agar teruskan kayuhan kejayaan yang pasti sofea temui. semoga bidang yang sofea ceburi kali ini. sofea berjaya. sekali dulu. sudah jatuh. kali ini sofea bangkit. biarlah perih. biarlah jerih. namun visi , misi dan impian perlu di capai. semoga doa-doa mereka mengiringi diri sofea.

sofea nak berjaya dalam perniagaan Shaklee. vitamin kesihatan yang memnag kukuh dari dulu lagi. sofea sudah bersedia menyahut cabaran. untuk menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya. bukan untuk siapa-siapa. untuk ekonomi keluarga jua. untuk kesihatan diri dan semua.

dan pastinya sofea nak 10 tahun akan datang sofea sudah melepasi halanga-halangan yang mendatang.kuatkan semangat. keluar dari zon selesa. berfikir kedepan dari kotak dalaman. moga ada hidayah buatku kelak.

sesapa yang nak try vitamin Shaklee. boleh sahaja call sofea . 0138290985. dan boleh terus daftar ahli.





Saturday, November 15, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SURAT KEPADA SESEORANG SIAPA SAJA



surat kepada seseorang yang sofea sayang , cinta dan rindui. masuk hari ke 15

Assalamualaikum suamiku,kekasihku,teman hidupku , sahabatku

sebelum sofea memulakan bicara. mohon maaf dari diri sofea. atas kesalahan atau kesilapan sepanjang kehidupan kita berumahtangga. dari kita mengenali sebagai kawan , kekasih hinggalah kita sah diijabkabulkan.

Maha suci ALLAH. perancangannya yang rapi.teratur. tanpa kita sedar. ada jodoh yang menanti. di saat sofea keliru. sedih. kecewa. jatuh terduduk. kemurungan. hampa. menguasai sekitar kehidupan. dirimu hadir tanpa disangka. walaupun hanya sekejap cuma. namun, sudah Allah tetapkan jodoh kita. kita bertemu semula. diuji dengan pelbagai cara. dari sikap diri mahupun sekeleliling.kita tempuhi bersama.

dirimu mengenali diri ini dari zaman kejatuhan . sanggup dirimu menghulurkan tangan sebagai sebuah pertolongan. terima kasih. kita akhirnya bersatu. semoga masjid yang kita bina. terus kukuh. walaupun ada jua ranjau dan duri. terima kasih kerna jadi abah kepada anak-anak kita. peliharalah mereka andai ajal menjemputku dulu.

buat anakanda-anakanda

jaga diri. jaga solat. jaga akhlak. jaga akidah.
jadikan Al-quran sebagai rujukan. kerna ianya tak luput dek zaman.
ummi sayang kalian. ummi rindu kalian.
belajar rajin-rajin. jadi anak yang berguna . soleh dan solehah.
belajar sayang menyayanagi. tolong-menolong. bantu-membantu.
dunia ini sudah tua anak-anak ummi.
sedarilah ia.

buat diriku

berusahalah dalam apa jua yang cuba kau ceburi. konsisten. yakin pada diri. walaupun jatuh terduduk. jatuh terlungkup. bangkit. pastinya ada manis yang menunggumu disana. dalam usaha ada doa. dalam doa ada tawakal. dan berdoalah dan terus berdoa. jangan putus asa. kerna rezeki itu rahsia Allah. milik Allah.

tinggikan momentum untuk berjaya. berdaya saing. ranjau dan duri. atasinya dengan tabah. kerna mungkin itulah penentu kejayaan. selaklah ranjau. baunglah duri. pasti ada jalan lurus di hadapan sana. mungkin hari bukan hari mu. mana tahu. sedikit hari lagi adalah harimu.

berusaha untuk perbaiki diri. ekonomi keluarga. agar dapat berbakti kepada kedua orang tua. bahagiakan mereka selagi daya. Allahhuakbar.

passion !!!
shaklee !!!

SIGN-UP WITH SHAKLEE - SID908472




pendaftaran Shaklee sentiasa dibuka
buat anda yang berminat nak cuba
boleh saja bersua muka
di taman sukma kita berjumpa
jom lah teman
jom lah saudara
nak sihat nak ceria nak cantik
kena usaha



Friday, November 14, 2014

NAK ESP? CUBALAH. KESIHATAN MENYELURUH




ESP
Soy Protein Isolate powder
*asas kacang soya
*sesuai penjagaan kesihatan yang UNGGUL
*kualiti protin yang tinggi
*mengandungi "non-GMO"
*sumber tenaga
_______________________________________________
sekiranya berminat nak mencuba ESP ini. boleh terus hubungi Sofea Jali0138290985. info lanjut >> http://ummisya-eid.blogspot.com/
******************************************************************
konsultansi PERCUMA untuk pelanggan. Daftar AHLI disediakan. harga TERBAIK sedia diberikan.
LikeLike ·  · 

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - CERITA KASUT SAYA



cerita kasut saya hari ke 14.

kasut. sofea ada kasut dari kecik lagi kot. naik sekolah. ada kasut sekolah. samapi habis sekolah menengah. masuk poli. keluar poli. kasut sukan 1 je ada. selain kasut. sofea pakai sandal dan selipar jepun.

nak tau tak? sofea dah kurang selesa nak pakai kasut. sebabnya. mesti rasa bergolong je kaki kat dalam kasut. apa-apa kasut lah. kasut sukan. kasut boot. kasut kerja. hahaha. mesti lawak kan. tak lawak pun. tapi pelik.

dalam setahun adalah kasut. tahun 2014 ni sofea beli kasut dekat pasar satok di kubah ria. harga rm 22.00. cantikalh. paling tahan. sebab pernah beli kasut harga RM 50.00 macam tu. tahun lepas. sekejap je pakai. untuk sukan futsal. lepas 2 kali pakai. tapak kasut tertanggal. haihhh. sedih.

now, tinggal lah kasut purple yang tahun ni punya. kasut tinggi tak ada lah. sebab tak brp nak pakai.
itula sahaja cerita pasal kasut sofea.

byeee

Thursday, November 13, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 BLOG KEGEMARAN



5 blog kegemaran sofea


1.  pastinya blog jutawan ini. hehehheh
     klik sini >>>>>>   http://redmummy.com/
     blog ni boleh jadi rujukan dari segi barang-barang branded , percutian , program korban dan macam-macam lah.





2. blog ni tokey langsir. heheh. duta je lah. gurau ye munirah.
jom klik sini >>>>> http://miera301.blogspot.com/

beliau byk job jugak. fotographer , jual ephyra , dan paling best. duta langsir. pernah sofea try pergi. mmg dpt harga langsir kebaboom tau. langsir pulak yang jenis mahal-mahal dan berkualiti . dapat harga murah kalau follower blog beliau.





3.  blog kak pila. syiok jugak.

jemputlah pergi blog beliau >>>>>  http://kasihaleeya.blogspot.com/

beliau jual shawl sekarang. suka cerita pasal anak-anak. the kasih tu. kisah famili lah. dan kenal jugak dengan moon.




4. blog masakan . semestinya mamasya.

http://dapur-mamasya.blogspot.com/

resepi , perjalanan hidup merantau. banyak lah. silalah baca




5. blog hiburan. beautifulnara

http://beautifulnara.com/


banyak info. banyak gosip. banyak iklan.




sekian sahaja. blog kegemaran sofea. sebenarnya banyak lagi. tapi yang ni lah yang sofea selalu skodeng. hehehe

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...