mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Sunday, May 31, 2015
Saturday, May 30, 2015
RESEPI : MEE UDANG
MEE
UDANG...
Bahan-Bahan:
1
kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus
udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil
kepala udang dan kisar.
Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah
selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu
goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Segala
bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah ye...
Selamat
Mencuba...
Friday, May 29, 2015
RESEPI : PANDAN SLICE CHEESE CAKE
PANDAN SLICE CHEESE CAKE
Jom share resepi
Jom share resepi
Bahan-bahan ( kek saiz
20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
-potong atau siat slice
cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
-kemudian masukkan dlm
periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau
sentiasa.
-masukkan butter dan
kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
-asingkan putih telur
dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
-didalam bekas lain
pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi,
masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak
berketul
-akhir sekali campurkan
merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup
balik supaya adunan rata.
-glis acuan kek dengan
marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
-bakar pada suhu 170
darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan
acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar,
cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
-hias ikut kreativiti
sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi
mencubanya.
Thursday, May 28, 2015
SAKIT KEPALA / MIGRAIN : AMALAKAN DOA INI
Petua Rawatan
Islam Untuk Sakit Kepala
1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi
(3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin
ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
NOTA: Sepanjang
membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian
yang sakit.
Wednesday, May 27, 2015
RESEPI : POPIA KENTANG
Popia Kentang
Resipi : Che CT
Bahan inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk - dibuang kulit dan dilecek halus
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
3 keping daging ayam burger - suhu bilik dan cincang kasar
3 tangkai daun sup - dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak
dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih
dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging
buger yang dicincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan
sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api dan gaul
rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika.
4. Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit
popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. Goreng dengan api sederhana
panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
6. Hidangkan dan
boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.
Sos Popia :
5 biji cili merah - belah dua buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
gula secukupnya
sedikit air masak - untuk blend
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender dan kisar halus
2. Boleh juga jika ingin dimasak atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
5 biji cili merah - belah dua buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
gula secukupnya
sedikit air masak - untuk blend
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender dan kisar halus
2. Boleh juga jika ingin dimasak atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
3. Letak sedikit
garam dan gula sesedap rasa, kacau sebentar dan angkat.
4. Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.
4. Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.
kredit : to owner. by search google
Tuesday, May 26, 2015
RAWATAN SLIP DISC : AMALKAN DOA
Rawatan penyakit slipped disc dengan
menggunakan ayat-ayat al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah,
pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan
seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat
tersebut adalah:
1. Surah Qaff ayat 16 hingga 45.
2. Surah Mukminun ayat 60 hingga 80.
3. Surah Shod ayat 34 hingga 61.
4. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28.
5. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga
60.
Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut
ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada
waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk
penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah
mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Selain dari amalan ayat-ayat al-Quran,
kami juga menggunakan teknik menekan di tempat-tempat tulang belakang yang
bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang
bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan
keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih
dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus
dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat al-Quran yang lain yang boleh merawat
gangguan tersebut.
Dalam sebuah hadis sahih daripada
Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu
berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)."
Penutup
Dalam pengalaman kami merawat pesakit
slipped disc, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang
positif dari fizikal dan spiritual. Dari segi fizikal ramai yang memakai
tongkat atau dengan berkerusi roda bila kali pertama datang berubat dan dengan
kuasa dan izinNya ramai yang boleh berjalan tanpa memakai tongkat atau
berkerusi roda setelah beberapa kali mendapat rawatan. Ada yang cepat sembuh
dan ada yang lambat. Terpulang kepada yang Maha Esa untuk menyembuhkanNya
kerana sebagai manusia kita perlu berikhtiar. Walaupun ada yang masih rasa
sakit, tapi jiwa lebih tenang dan redho.
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu anhu, bahawa, Setiap penyakit pasti memiliki ubat.
Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan
seizin Allah azza wa jalla." (HR. Muslim) InsyaAllah,
dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam
Al-Hidayah boleh membantu anda yang mempunyai masalah cakera slipped disc ini.
Monday, May 25, 2015
RESEPI : AISKRIM MEAL SHAKE & VANILA
RESEPI AISKRIM
MEAL SHAKE & VANILA
Bahan-bahan :
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat (jika tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :
1 sudu esp
1 sudu mealshake
8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)
Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.
Dah siap, dan boleh dikeraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 dan seisi keluarga..
*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo
selamat mencuba!!!
Bahan-bahan :
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat (jika tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :
1 sudu esp
1 sudu mealshake
8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)
Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.
Dah siap, dan boleh dikeraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 dan seisi keluarga..
*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo
selamat mencuba!!!
Sunday, May 24, 2015
RESEPI : AYAM GORENG SHEILA RUSLY
Hari ni nak kongsi
resepi ayam kfc home made yang sangat mudah.
Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut
:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya!
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya!
Saturday, May 23, 2015
RESEPI : BAKSO
Resepi Bakso
• Mee
Hoon 1 bungkus (400 gm)(Aku guna mee kuning)
• Taugeh
• Kobis
dihiris halus
• *UTK
BEBOLA
• 400 gm
daging cincang
• 2 biji
bawang merah diracik halus
• 2 biji
bawang putih diracik halus
• 2 sb
telur (1/2 biji)
• 1 sk
tepung ubi / tepung jagung
• sedikit
serbuk lada sulah n garam
• *UTK
KUAH
• 3 biji
bawang merah dihiris
• * 3
ulas bawang putih
• *1/2
inci halia
• *1sk
lada sulah biji
• 1
batang serai diketuk
• 1 sb
pati daging / pati ayam
• sedikit
serbuk lada sulah
• garam
n perasa
• Aku
add juga rmpah 4sekawan,hihi..
*Utk sambal kicap:aku blend cili padi +kicap ABC+Sos
Pedas BERkicap Agromas..
Cara-cara
1. UTK
KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga
kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik
bau. Masukkan sekali serai.
2. Masukkan
air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
3. UTK
BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola
daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan
kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah
n bebola
4. Rendam
bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang
kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
5. Biasanya
di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap...
Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak...
Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....
Friday, May 22, 2015
RESEPI : BEBOLA BAKSO
resepi bebola bakso
400gm daging-dicincang atau dijadikan paste
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecik lada sulah
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung gandum
1 biji putih telur
garam secukup rasa
cara menyediakannya
1.campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati
2.dalam periuk pula..rebus air bila air dah mendidih
bulat2kan doh tadi dan masuk kat dalam air menddih..rebus sehingga timbul dan
boleh di angkat..
resepi sup bakso
1 biji biji buah pala}diblender
1 inci lengkuas}diblender
1 inci halia}diblender
1 biji bawang besar}diblender
3 ulas bawang putih}diblender
11/2 sudu lada putih-ditumbuk halus}diblender
1 tangkai kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
2 bji buah pelaga
2 paket perencah atau ciub pati lembu
1 kepal lemak daging
daun sup dan daun bawang
1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
1 sudu makan meegi secukup rasa
minyak untuk menumis
cara menyediakannya
1.panaskan minyak dan tums bahan blender dan kulit kayu
mans,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga dan tumis sehingga naik bau dan
pecah minyak
2.kemudian masukkan lemak daging dan biar sehingga
masak..
3.tuangkan air dan biar mendidih selama 5 minit
4.masukkan daun sup dan daun bawang,gula,garam dan meggi
secukup rasa dan biar mendidih selama 2 minit..ampa rasa dulu taw..bg secukup
rasa..kalu kurang boleh tambah garam atau meegi cukup rasa okey
5.masukkan bebola bakso tadi dan biar mendidih selama 2-3
minit dan boleh tutup api...
bahan-bahan sampingan..
1 paket bihun-dicelur
1 paket mee kuning dicelur
1 batang karrot-di hiris halus
kubis-dihiris halus
bawang goreng
dan daun sup dan daun bawang
resepi sambal bakso
3-4 tangkai cili merah
4-5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sos cili
dan kicap hans ABC
cara menyediakannya
1,semua bahan direbus(cili merah,cili padi,bawnag
besar,bawang putih) dan ditoskan..
2.blander bahan rebus tadi sehingga lumat dan letak dalam
1 bekas
3, bila nak makan baru campur dengan sos cili dan kicap
manis
Thursday, May 21, 2015
RESEPI : SEMPERIT SUSU MANIS
Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin
yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti
biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly)
- resepi asal 600g. Ku guna 230g, just
nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below
Cara:
1. Pukul
sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih
gebu (ku guna whisk telur je).
2. Tip:
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia
dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis
dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila
adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan
biskut turut mengembang.
3. Masukkan
tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g
just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya
terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti
tambah tepung.
4. Picitkan
atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di
atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
5. Bakar
dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga
bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
NOTE:
1. Ku
guna susu pekat manis F and N. Boleh
guna susu pekat manis jenama lain.
2. Ku
guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap
dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab
takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter
kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
3. Ku
guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna
tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a
wise decision, takut rasanya efek nanti.
4. Ku
guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila
picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..
Wednesday, May 20, 2015
RESEPI : BUTTER TELOR MASIN
Resepi
Buttered Telor Masin.
Boleh guna
utk ketam, udang, sotong dan mcm2 binatang gik. Asal xda pantang jak.
1 tangkai daun kari
1 btg cili cincang
3 garlic cincang
2 biji telo masin rabus, ambik kuning ajak
2 sudu butter
2 sudu gula
Sedikit garam
Sedikit susu sejat/full cream
Goreng kan udang/ketam/sotong etc. Tabur sikit tepung b4 grg, supaya rangup. Set aside.
Cairkan butter (dlm kuali lain). Tumis daun kari, garlic n cili hingga wangi. Masukkan telo masin, gula, garam. Tuang susu sedikit, terpulang. Then gaulkan dgn udang/ketam/sotong td. Voila!
1 tangkai daun kari
1 btg cili cincang
3 garlic cincang
2 biji telo masin rabus, ambik kuning ajak
2 sudu butter
2 sudu gula
Sedikit garam
Sedikit susu sejat/full cream
Goreng kan udang/ketam/sotong etc. Tabur sikit tepung b4 grg, supaya rangup. Set aside.
Cairkan butter (dlm kuali lain). Tumis daun kari, garlic n cili hingga wangi. Masukkan telo masin, gula, garam. Tuang susu sedikit, terpulang. Then gaulkan dgn udang/ketam/sotong td. Voila!
Tuesday, May 19, 2015
RESEPI : MEE BANDUNG
Resepi Mee Bandung
bahan-bahan : (untuk 1-2 orang makan)
bahan-bahan : (untuk 1-2 orang makan)
- 1 pinggan penuh mi kuning
- 100 gm keledek merah (direbus dan dikisar
bersama 1/2 cawan air)
- 1/2 labu bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 sudu makan udang kering*
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sdt jus limau kasturi - (kalau xda, boleh
gantikan dgn 1 sudu makan sos tomato)
- 2 sudu makan sos cili
- 1-2 sudu makan kacang tanah kisar
- 2 biji cili padi (dihiris)
- sedikit udang basah(dicelur/direbus)
- sedikit fishcake (dicelur/direbus)
- sedikit sawi/taugeh(dicelur)
- garam dan sedikit gula
- 1 biji telur
- bahan-bahan lain : bawang goreng dan daun
bawang/daun sup
Cara-cara :
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Didihkan air secukupnya di dlm periuk/kuali.
Masukkan cili kering dan bahan2 kisar. Biarkan ia mendidih. Masukkan pula
kacang tanah dan keledek yg telah dikisar tadi. Kacau sebati.
- Masukkan kicap cair, diikuti sos cili, sos
tiram dan jus limau. Perasakan dgn garam dan gula. Pecahkan telur dan
biarkan ia masak sebentar.
- Tuangkan kuah ke dlm mangkuk yang berisi mi
kuning serta bahan2 hiasannya.
kredit : to owner. search by google
Monday, May 18, 2015
RESEPI : SAMBAL KERING IKAN BILIS TEMPE
RESEPI SAMBAL KERING
IKAN BILIS TEMPE
Hambek kau.. ada
orang buat sambal ni macam basah-basah pastu tempe tu gemok-gemok lembab gitu
kan? pastu manissss semacam... oh tekak aku takleh... aku kureng sikit yang
macam tu... aku suka nipis-nipis garing.. bila kunyah, krup krap krup krap..
rangup gitew.. ikan bilis pon kena beli yang kualiti sikit.. walaupon ko dah
sambalkan tetap krup krap.. haaaa mcm tu aku suka ;)
So kalau kita
mempunyai citarasa yang sama boleh ahkak ajarkan..
Bahan Goreng
1 paket tempe (pak
mat tempe)
1 mangkuk ikan bilis
Bahan Tumbuk
3-4 biji bawang merah
(nak pakai bawang besar pon boleh.. tapi pakai suku je)
3 biji bawang putih
1 senduk besar cili
kering blend
1 keping asam keping
garam dan gula
1 senduk minyak masak
Cara-Cara
Potong tempe tu
nipis-nipis.. janganlah nipis sampai pecah berderai.. agak-agak lah ye.. gaul
ngan garam n kunyit sikit..pastu goreng tempe.. sampai garing.. then ikan bilis
pulak... dah siap, letak tepi.
Panaskan minyak..
tumis bahan tumbuk dan masukkan cili kering blend.. masak hingga sebati.. api
kecik je ok.. pastu masa tumis boleh letak garam dan gula.. garam tak perlu
banyak sebab ikan bilis tu dah masin.. gula pon agak-agak.. siapa suka manis
boleh letak gula banyak-banyak... aku letak gula just nak stabilkan rasa pedas
tu je... gaul hingga cili betul-betul masak.. campak asam keping.. dah tu
masukkan tempe dan bilis tadi.. gaul rata-rata... kalau agak-agak terlalu
berminyak.. ko angkat letak kat tapis.. biar minyak tu tos..
Sunday, May 17, 2015
RESEPI : SNOW CHEESE CAKE
by google search. kredit to owner
RESEPI SNOW CHEESE CAKE
Bahan-bahan
Untuk Kek
·
4 keping slice cheese - 6 keping
·
170ml susu segar - 250ml
·
70g butter - 100g
·
80g gula halus -100g
·
80g tepung gandum ayak (hana buat 10g
tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
·
4 biji telur - 6 biji
·
1sk esen vanila
Untuk Topping
·
250g cream cheese philadelphia (satu
ketul)
·
1/2 tin susu pekat
·
1/2 ketul keju cheddar kraf - parut
Cara-cara
·
Untuk Kek - Siat2kan
slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau
hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga
mendidih). Sejukkan.
·
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
·
Kemudian pukul kuning telur dan esen
vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana.
·
Masukkan campuran susu segar, butter
dan slice cheese tadi. Kacau menggunakan whisk.
·
Kemudian masukkan tepung sedikit demi
sedikit sehingga sebati.
·
Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup
balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih
telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan
dan pekat)
·
Griss loyang dengan butter dan
ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
·
Tuang adunan ke dalam loyang dan
bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat
dibawah)
·
Bakar suhu 160 api atas bawah selama
50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr
oven.
·
Sejukkan dahulu kek kemudian potong
tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
·
Untuk Topping - Pukul cream
cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan
parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.
bakar cara
waterbath@steambath
kek yang sangat
lembut dan sedap!
Saturday, May 16, 2015
RESEPI : SAMPRIT DAHLIA
SAMPRIT DAHLIA*°•○
250g
buttercup
50g gula castor
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
50g gula castor
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Cara2
1. Masukkn butter dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni sgt lembut ye...
4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.
5. Blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris.
6. Bakar suhu 160°c selama 15-20 mnt ikut kesesuaian oven masing2.
1. Masukkn butter dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni sgt lembut ye...
4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.
5. Blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris.
6. Bakar suhu 160°c selama 15-20 mnt ikut kesesuaian oven masing2.
TIPS:
1. Blh pakai ANCHOR utk rasa yg lbh sedap. Kalau utk jual biasanya pkai buttercup sbb lbh murah dn rasanya masih sedap...
1. Blh pakai ANCHOR utk rasa yg lbh sedap. Kalau utk jual biasanya pkai buttercup sbb lbh murah dn rasanya masih sedap...
2.
Dlm resepi ni x pakai TELUR... sbb telur akn menyebabkn kuih samprit jd sgt
gebu, kuih samprit kita akn mengembang bila dibakar dn hilanglah kelopak
bunganya...
3.
Sebaik sj doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Sentiasa ttup doh supaya x keras. Klau nk samprit kita cantik, kena la maintain
saiz dn bentuknya ye...
4.
REHATkn seketika samprit yg dh ditekan. Admin akan biarkn bwh kipas utk 1/2 jam
hingga 1 jam sblm dibakar.... biar dia rehat lama2 pon xpe... lg lama samprit
kita trdedah pd angin, ia akn jd lbh keras dn kelopak bunga samprit kita nnti
akn lbh 'teguh'... xde la kelopaknya terpenyek bila dibakar.
5.
Cuba fahami karenah OVEN masing2... klau sblm ni sis pkai suhu 160 tp samprit
masih kembang, cuba kurangkn ke 150 dn tambah masa mmbakar lg 5 mnt...
Klau sblm ni sis menggunakan rak yg bwh, kali ni cuba gunakan rak tgh oven tu...
Klau sblm ni sis menggunakan rak yg bwh, kali ni cuba gunakan rak tgh oven tu...
Fuhh...
ok.. itu smua tips dn rahsia2 admin menyamprit... dn admin dh turunkn smuanya
buat sis2 trsayang... Yg penting nk buat apa pon kena ikhlas dn penuh kasih
sayang... hehee...
Admin halalkn pd yg sudi nk share resepi ni... jom share rmai2...
Admin halalkn pd yg sudi nk share resepi ni... jom share rmai2...
Selamat
mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...