Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin
yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti
biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly)
- resepi asal 600g. Ku guna 230g, just
nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below
Cara:
1. Pukul
sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih
gebu (ku guna whisk telur je).
2. Tip:
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia
dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis
dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila
adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan
biskut turut mengembang.
3. Masukkan
tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g
just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya
terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti
tambah tepung.
4. Picitkan
atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di
atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
5. Bakar
dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga
bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
NOTE:
1. Ku
guna susu pekat manis F and N. Boleh
guna susu pekat manis jenama lain.
2. Ku
guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap
dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab
takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter
kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
3. Ku
guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna
tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a
wise decision, takut rasanya efek nanti.
4. Ku
guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila
picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..
No comments:
Post a Comment