Tuesday, March 6, 2012

KEK CHEESE MUDAH

Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakcik google kita tolong carikan untuk sofea. tapi sofea cuba resepi dari kawan sofea ni. sebab dia bagi tunjuk ajar sekali dalam nak buat kek cheese ni. mudah sesangat. kek cheese ini tak perlu masak kat atas dapur ( kukus ) atau bakar dalam oven. cuma perlu letak dalam peti sejuk je.



mentega ( 125 g ) yang dicairkan





roti oreo yang dihancurkan - ikut kepekatan mentega





campuran roti oreo dan mentega cair. di masukkan dalam bekas plastik atau acuam. acuan perlu dilapik dengan aluminium. terus masukkan dalam petisejuk sementara nak buat adunan ke 2.



Adunan ke 2 ;


cream cheese ( 500 g )





gula halus ( 125 g )





cream cheese dan gula yang telah dipukul. pukul hingga kembang





campuran gelatin ( 10 g ) dengan air panas ( 50 g ). terus masukkan ke dalam campuran cream cheese tadi.





masukkan whipping cream ( 100 ml )


selepas adunan sudah sebati. tuangkan ke atas adunan tadi. oreo dan mentega.seperti ini ;

kemaskan permukaan kek cheese





kemasan terakhir untuk kek cheese. lepas tu masukkan dalam peti ais. selama 2 jam.





kek cheese dah siap





siap untuk di santap


p/s: sekadar berkongsi resepi dan cara.





12 comments:

  1. dap nye chess cake..
    terliur da nie..

    ReplyDelete
  2. emma.silalah mencuba.sedap tau kalau buat sendiri. sekejap je buat.

    ReplyDelete
  3. Err... Nak tanya, galetin tu mcm mn bentuk dia ? Tak jumpalah dkt market :'(

    ReplyDelete
  4. Nor Anytaa..gelatin tu macam serbuk yis bentuknye. cuma bentuk gelatin lurus memanjang. nanti sofea updatekan kalau ada kesempatan. ;-)

    ReplyDelete
  5. kacang tersepit..

    silalah mencuba. senang,mudah,cepat, dan sedap.
    insha Allah

    ReplyDelete
  6. salam sofea..:)
    nak tanya kalau xde gelatin tu jadi x?

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam gie,

    di sini sofea sharekan ;

    1. Gelatin adalah sejenis agar-agar yang asalnya daripada organ dalaman binatang seperti lembu. Kegunaannya di dalam kek atau masakan adalah untuk untuk memberi stabiliti dan anjalan. Di dalam pembuatan kek keju tanpa dibakar di dalam ketuhar, gelatin memainkan peranan untuk menjadikan kek keju keras tanpa suhu panas, kek hanya perlu didinginkan sahaja.

    2. Gelatin boleh digantikan dengan bahan lain seperti serbuk agar-agar yang mudah didapati di pasaraya.

    3. Memang sudah ada gelatin halal di Malaysia. Maklumat mengenai gelatin halal banyak terdapat di akhbar dan radio-radio Islamik di Malaysia.

    kredit info : http://rasa.karangkraf.com/s-j-chef/soal-jawab-dari-chef/gelatin-halal-1.99504

    ReplyDelete
  8. napa sy buat jadi lembaik je yg putih.apa yg x kena,dh seharian simpan dlm peti sejuk :(

    ReplyDelete
  9. Anonymous: yang putih. apa tu? kalau gelatin nak kena kacau sampai sebati.masuk dalam peti sejuk bahagian atas. selamat mencuba.

    ReplyDelete
  10. Sofea. .add i punye facebook. .kalau ade resepi g. .. Kongsi2 lah .....best resepi kak sofia nie. (linda_190292@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haslinda..terima kasih. sofea dpt dari kawan.macam mana? senang tak? selamat mencuba

      Delete