Showing posts with label 30 DAYS BLOGS CHALLENGE. Show all posts
Showing posts with label 30 DAYS BLOGS CHALLENGE. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - APA YANG ANDA DAPAT DENGAN BER "BLOG "



cabaran terakhir. cabaran blog hari terakhir.

apa yang saya dapat dengan ber " blog "

flashhback. punca dan kenapa sofea nak berblog.

sebab sofea suka baca blog orang lain. banyak info yang sofea dapat. dari ilmu dunia mahupun akhirat. ikut blog yang kita suka baca.

sofea bermula dengan mencari cerita apa yang boleh disampaikan. kekadang tak tahu apa nak dicelotehkan. bahasa bagaimana nak digunakan. formal atau un-formal.

bila baca blog ornag lain. memang info itu penting. tapi yang paling best. boleh kembangkan bisnes. sebab. ada orang kat luar sana suka baca blog. yang infonya kemas dan padat.

sofea dapat info.
sofea dapat kawan online.
sofea nak kembangkan idea penulisan.
sofea nak tingkatkan jualan bisnes SHAKLEE sofea.
sofea nak kongsikan apa yang sofea tahu.
sofea suka menulis.
sofea nak blog ini dapat dibaca oleh anak-anak kelak.
sofea suka blog.
sofea nak inside income.

ok lah . sofea suka blog. akhir nya cabaran 30 hari blog ni pun selesai. sekarang. back to normal.
sofea kena rajin update blog. agar rating blog mencanak naik.
dan insha Allah. Allah permudahkan usaha sofea untuk bisnes sofea ni.
jom SHAKLEE dengan sofea.

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - PERKARA MENARIK YANG ANDA BERBANGGA TAHUN INI




cabaran hari terakhir. perkara menarik yang saya bangga tahun ini.

januari..

naik gaji tahunan.

februari..

kelahiran bayi. anak ke-3 sofea dan suami. dan ianya perempuan. lahir dibulan yang sama dengan suami. 10.2.2014. Syarifah Malaiqa jannah nam diberi.

mac...

kelahiran Al-jannah memberi pengalaman bermakna. niat untuk susukan anak. Allah permudahkan. serta penggunaan SET KEHAMILAN SHAKLEE , SET PENYUSUAN SHAKLEE.
amat berkesan. amat selamat.

april..

masih mood cuti bersalin 3 bulan.

may..

kerja balik. rutin harian

june..

puasa ganti

july

puasa ramadhan. raya .dapat pampasan rumah

august

anak membesar.

september

bulan kelahiran ku. sofea dah 31 tahun. beli hanfone baru. kali ke2 tukar hanpon.

oktober

dapat kunci rumah. urus hal-ehwal rumah. pergi jkr. pasang air. tempoh sebulan.

november

baru selesai naikkan api. urusan dengan sesco.

december

semoga bisnes Shaklee terus maju. dan rumah ku bakal didiami. counting dayss




Saturday, November 29, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA UNTUK ANDA



cabaran blog seterusnya. 3 hari terakhir.

cerita pasal bunga kegemaran.

sofea tak berapa minta bunga. so sofea pilih bunga ros.

ros tu cantik. wangi. tapi...ada sesuatu yang ada pada diri ros itu.

bunga ros. warna merah. melambangkan kekuatan dan keberanian. kesungguhan mencapai cita-cita. bairpun agak payah. agak slow. agak mendatar. namun akan diatasi tanpa putus asa.

wanginya bunga ros. membangkitkan keharmonian.

tapi awas..ros berduri. cantik dilihat. tapi berjaga-jaga bila didekati.



Friday, November 28, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 PERKARA BERMULA DENGAN " ANDAINYA "




cabaran yang masuk hari ke 28. " andainya "


5 perkara bermula dengan " andainya "


Andainya sofea dimurahkan rezeki harta . insha Allah akan dimulakan dengan menghantar kedua orang tua. mengerjakan umrah dan haji.


Andainya sofea dipermudahkan urusan bisnes SHAKLEE. insha Allah akan diinfakkan dengan jalan yang diredhai.

Andainya sofea diberikan peluang untuk belajar . insha Allah akan dibuat sehabis baik.

Andainya sofea adalah surirumahtangga. sofea akan berusaha meningkatkan ekonomi rumahtangga.

Andainya sofea sakit. sofea berdoa agar Allah sembuhkan sakit itu.

Thursday, November 27, 2014

30 DAYS BLOG CHALLENGE - MOOD ANDA HARI INI



masuk hari ke 27 cabaran blog ini.

27.11.2014 hari khamis. mood swing swing sahaja.

sebab hari ni hari ke-2 cuti. misi menghabiskan cuti yang ada. sebab cuti tahunan yang boleh di carie forwardkan sebanyak 2 hari sahaja.

cuti hari ini. Al-jannah demam. muntah. bial diselidiki. rupanya salah beli susu. susu dulac sepatutnya. tapi terambil susu dugro. alahai ... kesian tengok baby jannah.

lepas tu anak sulung ada Kursus Anak Soleh. anjuran HIKMAH Kuching. hari ke-2. hantar sorfina awal pagi. thaqif dibawa sama. ambil suami. lepas tu gerak. pg breakfast dulu.

plan nak buat apa. nak setel kerja. semua sudah di listkan.

tapi apa pun perancangan. semuanya Allah yang tentukan. agak kelam kabut jugak.

yang pasti mood hari ni. suka duka.

Wednesday, November 26, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - GAJET KEPUNYAAN ANDA



hari ke 26 cabaran 30 hari blog anda.

gajet kepunyaan saya. hanya lah sebuah telefon. tiada yang lain. hanya telefon bimbit. yang baru sahaja dibeli bulan september yang lepas.


Tuesday, November 25, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA




berita terkini yang sofea baca hari ini.

kisah bayi dibuang. awal pagi dah baca berita yang menyedihkan. ya Allah. dimana sifat keperimanusiaan kita sebagai manusia. sampai nya hatimu . ohhh ibu ohh ayah.

kesifatbinatangan kalian terlalu jelas nampak. kenapa dibuang rezeki dari Allah itu. anak-anak itu Amanah dari NYA. tidak dibaca. kena ambil info jugak. dah dibaca. meleleh air mata. pilu hati. tergamak wahai ibu dan ayah bayi ini. anakmu itu putih bersih. tidak berdosa. diperlakukan sebegitu rupa. kenapa dibuang . kalau tidak mahu. letak sahaja di surau-surau. atau tempat yang selamat.

malu kamu pada manusia sahaja. tapi kenapa tidak pada ALLAH. ALLAH YANG MAHA MELIHAT. MAHA MENGETAHUI. bagi saja pada sesiapa yang berkenaan. kasihan bayi itu.

semoga ALLAH pelihara kita

Monday, November 24, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - RUMAH IMPIAN ANDA




kali ini nak cerita pasal rumah impian. rumah impian sofea. mestilah atas tanah sendiri.
tak perlu macam banglo. tak perlu macam apartment. cukup luas mata memandang dan tenang jiwa. damai perasaan.

rumah yang ada serambi. bilik tidur sendiri. bilik anak-anak sorang satu. bilik tetamu. bilik solat.
dapur yang kemas. bilik mandi . tandas berasingan.

ada padang untuk anak-anak bermain. tempat bilik khas bisnes Shaklee sofea. dan bilk jahitan.
wah mesti bestkan.

tapi rumah impian tu hampir tercapai. sebab rumah sofea sekarang. dah cukup besar. cuma kalau tambah lagi . renovate cantik-cantik. pasti kebaboom jugak rumah sofea sekarang. sebab tanahnya luas.








insha Allah. ada rezeki lebih. pasti jadi...

Sunday, November 23, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG



hari ke-23. cabaran terus melangkah ke garisan penamat.

pekerja sekarang adalah pembantu pegawai teknik.
selain kerja sekarang. sofea dari kecik lagi minat nak jadi CIKGU. takpun pengajar.

tapi bila difikir-fikir balik. macam tak sesuey lah pulok. heee. sebabnya jadi tenaga pengajar ni. nak kena sabar. nak kena tekun. lebih-lebih lagi zaman budak-budak sekarang . lain dah.

sofea berminat nak jadi cikgu or pensyarah. sebab sentiasa belajar dan mengajar. nampak macam senang. tapi,sebenarnya susah. heee.

Saturday, November 22, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN



masuk hari ke-22 cabaran blog. hehehe. suka-suka saja nak join ni. ada jugak benda nak buat cerita. kan. ok. destinasi percutian impian. kalau nak listkan satu-satu memang banyak. ok lah. sofea listkan tempat yang nak sangat sofea pergi bercuti bersama famili. semestinya.


LANGKAWI....pastinya. sebab nak sangat tengok langkawi. baca blog orang semua bagi riview best-best. paling best. ada coklat dan murah. tempat pun macam best je. alangkah bestnya percutian ni. sofea dapat sponsor. heheheh. boleh kot. asalkan kena usaha lagi. bangkitkan bisnes Shaklee sofea tu.





lepat tu. pulau LABUAN. dalam sabah. teringin nak pergi. ada famili bapak kat sana. boleh pergi melawat. insha Allah. kawan pun ada tinggal sana.





semoga ONE DAY itu ada. lambat atau cepat. kena usaha. kena doa. insha ALLAH

Friday, November 21, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - TEMPAT YANG ANDA INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI



hari ke-21 cabaran blog kali ini. cerita tentang ;

tempat yang saya ingin pergi
tempat yang tak pernah pergi


firstly , sofea teringin nak pergi MEKAH dan belum pun punya rezeki nak pergi. insha Allah ONE DAY. mana tahu kan. tokey tokey balak ke. tokey tokey kat luar sana bagi tawaran kat sofea dan famili buat umrah or haji ke. heeee..angan-angan je. tak pun tokey tokey ni beli SHAKLEE dari sofea. jaga kesihatan. heee. usaha tu. berniaga.






secondly. nak pergi Sabah nun.
mana-mana tempatlah di sabah. labuan pun ok. famili mertua adik pun ada di sabah. heee. pergi pulau-pulau di sabah. impian sofea satu hari nanti. pernah pergi. tapi sekejap je.






thirdly. nak pergi pusing semenanjung Malaysia. yang penting KL. hahahah. belum puas pusing. KLCC dan lain-lain  belum sempat nak pergi. sebab asal kursus di KL. sedihnya . sofea tak ada teman nak pg jenjalan. nak jalan sensorang. mmg takkan lah. sebab sofea takut..heeee


ok lah harap semuanya dalam izin ALLAH. bawak famili. pergi pulau-pulau yang ada dalam Malaysia ni. anak-anak pasti suka. apatah lagi ibu bapa.

Thursday, November 20, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - QUOTE KEGEMARAN



hari ke-20. cabaran 30 hari blog. apa quote kegemaran sofea. hmm kalau nak diikutkan banyak. tapi sofea listkan satu dua sahaja ya.




yaaa....sikit-sikit lama-lama jadi bukit. apa-apa yang sofea cuba fokuskan . atau cuba usahakan. biarlah sikit-sikit dahulu. semua orang nak cepat. cepat kaya. cepat cantik. cepat slim. tapi kalau tak konsisten pasti hasilnya tidak membanggakan. apatah lagi pasti mengecewakan.

begitu juga kesihatan ini. sofea dulu dari segi kecantikan. memang nak cepat cantik. kulit gebu gebas. tapi hasilnya mengecewakan. atas alasan apa. tidak ikut arahan dan tidak konsisten. jadi bukan masalah produk. tapi masalah diri.

begitu juga sistem kewangan. kena bersimpan waima 10 sen sehari. pasti akan ada hasilnya. cuma kena konsisten. fokus 100%.

ada lagi satu quote untuk perjalanan hidup ini.





rezeki , ajal dan maut rahsia ALLAH. milik ALLAH. biarlah sofea kayuh dulu. carik sikit-sikit dulu. timba ilmu dan pengalaman. belajar sediikit-sedikit. yang penting usaha itu ada. rezeki dari ALLAH bagi yang berusaha.

rezeki kesihatan. rezeki kekayaan. rezeki anak-anak. rezeki famili. insha Allah

Wednesday, November 19, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 1 RESEPI KEGEMARAN SAYA




masuk hari ke-19. cabaran blog. heee....asal ada idea nak menulis jadilah.

1 resepi kegemaran saya.

banyak sangat kegemaran. jadi sofea listkan satu sahaja. ok sofea nak share resepi biskut makmur.
sekali adunan boleh dapat 200 biji biskut makmur. bergantung saiz kita buat.





ini lah biskut makmur yang sofea buat. heeee sedap..

biskut makmur susu. kalau nak cheese pun sedap.

bahan-bahan ;

500 gm minyak sapi
1 kg tepung gandum
gula halus
susu tepung
kacang tanah

**tepung gandum perlu digoreng tanpa minyak.dalam 30 minit. jangan sampai hangus.
**gula halus untuk luaran. optoinal kalau nak campur dalam adunan.
**susu tepung sama macam gula halus
**kacang tanah digoreng tanpa minyak. blender halus.


cara membuat ;


  1. tepung gandum yang digoreng tadi. diayak dulu agar tidak berketul. selepas diayak. masukkan minyak sapi. gaul rata. samapi adunan tidak melekat di tangan.
  2. sekiranya mahu tambah susu tepung ,gula dan kacang. boleh dicampur ikut kehendak masing-masing. yang ini sofea letak. sedikit sahaja. gula halus 1/2 gelas. susu tepung 1/2 gelas dan kacang 2 senduk.
  3. selepas adunan tidak melekat. bulat-bulatkan.
  4. bakar di dalam oven. panaskan oven dahulu.
  5. pastikan jangan sampai hangus. 
  6. sejukkan. selepas biskut sejuk. golekkan ke dalam campuran susu dan gula.
  7. masukkan dlm paper cup satu persatu.
  8. siap. 

selamat mecuba

Tuesday, November 18, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SIRI TV KEGEMARAN



cabaran hari ke -18. siri tv kegemaran

siri tv kegemaran sofea. kalau masa kecik-kecik dulu suka tengok cerita kartun. sailormoon. dragon ball. cerita jepun. banyak lah.

lepas tu suka tengok drama cina. cerita maharaja. gundik-gundik istana.

dah besar ni. suka tengok rancangan jalan-jalan cari makan. rancangan masak-memasak.

itu je kot yang dapat dilistkan

Monday, November 17, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 PERKARA YANG ANDA RINDUKAN




masuk hari ke -17....

5 perkara yang anda rindukan

apa yang saya rindukan adalah. zaman kanak-kanak. pastinya. riang ria. gaduh manja. merajuk bagai. macam-macam perkara . lucu ,sedih , gembira , duka , lara.

selain itu. zaman sekolah. sekolah rendah dan menengah. samapi la masuk politeknik. rindu bersukan. rindu berkawan. rindu berjaga malam. rindu final exam.

rindu zaman baru naik remaja. semua benda nak ambik tahu.

rindu dengan rumah lama

rindu nak berjualan . berniaga.

Sunday, November 16, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SIAPA BAGAIMANA ANDA 10 TAHUN LAGI



siapa saya dalam 10 tahun lagi
bagaimana saya dalam 10 tahun lagi

persoalan ini lah yang pernah sofea ajukan untuk diri sendiri 10 tahun yang lepas. di saat usia sofea menginjak ke angka 20. ya..di usia 20 tahun. kehidupan masa itu. betul-betul menguji dimana didada. kalau kalah. pasti teruk hasilnya.


tahun 2003. tahun inilah sofea benar-benar diuji. ujian yang amat hebat. gagal dalam pelajaran. menghampakan harapan kedua orang tua. yang sanggup berkorban apa sahaja. ketika itu.

namun hasilnya. tiada siapa yang jangka. bukan tidak mampu berubah. namun memang payah untuk diselesaikan. selepas SPM. result keluar. walaupun tak gempak. cukuplah untuk kemasukan politeknik peringkat diploma. ketika ini. tidak tahu apa yang diminati. ambil sahaja jurusan mengikut orang yang bijak pandai. selesai kemasukan. bermulalah diri sebagai siswi. semester pertama hazab nya tak terperi. pelajaran yang diambil. tak termampu nak dipelajari. belajar belajar. usaha usaha untuk memahami. namun gagal jua yang akhirnya. hanya sehingga semester 3.

redha atas ujian. sofea kerja mencari rezeki. di dalam masa yang sama , hati ini masih ingin belajar lagi. mengisi sebanyak 2 kali. kemasukan baru ke politeknik. genap setahun mencari rezeki. 2004 penentu segala cerita. belajar balik. sehingga graduate.

ya itulah 10 tahun yang lalu. sofea berdoa. agar mampu membina kehidupan diri. berjaya dalam pelajaran. biarpun tak lah sampai anugerah dekan. bercinta sehingga kecundang. tidak mengapa

jatuh terduduk
jatuh terlungkup
malu
terasa benar diri ini kerdil
aku gagahi untuk sebuah kehidupan
ada emak dan bapa perlu aku utamakan
dan kekasih yang setia menanti

Alhamdulillah. hasil doa yang lalu. 10 tahun . akhirnya kehidupan sofea begini. doa kepada Allah hendaklah selalu. jangan diabaikan amalan berdoa. ketika senang. ketika susah. ada kerjaya. ada keluarga. ada anak-anak rezeki dari Allah.

10 tahun akan datang sudah bermula. sofea sekarang 31 tahun. ada 9 tahun lagi. moga berjaya sebagai blogger. paling tidak pun. macam redmummy. moonmunirah. kakpilla. blogger-blogger yang hebat. dan pastinya berjaya. mereka sumber inspirasiku.

insha Allah permulaan dah nampak jelas. agar teruskan kayuhan kejayaan yang pasti sofea temui. semoga bidang yang sofea ceburi kali ini. sofea berjaya. sekali dulu. sudah jatuh. kali ini sofea bangkit. biarlah perih. biarlah jerih. namun visi , misi dan impian perlu di capai. semoga doa-doa mereka mengiringi diri sofea.

sofea nak berjaya dalam perniagaan Shaklee. vitamin kesihatan yang memnag kukuh dari dulu lagi. sofea sudah bersedia menyahut cabaran. untuk menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya. bukan untuk siapa-siapa. untuk ekonomi keluarga jua. untuk kesihatan diri dan semua.

dan pastinya sofea nak 10 tahun akan datang sofea sudah melepasi halanga-halangan yang mendatang.kuatkan semangat. keluar dari zon selesa. berfikir kedepan dari kotak dalaman. moga ada hidayah buatku kelak.

sesapa yang nak try vitamin Shaklee. boleh sahaja call sofea . 0138290985. dan boleh terus daftar ahli.





Saturday, November 15, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SURAT KEPADA SESEORANG SIAPA SAJA



surat kepada seseorang yang sofea sayang , cinta dan rindui. masuk hari ke 15

Assalamualaikum suamiku,kekasihku,teman hidupku , sahabatku

sebelum sofea memulakan bicara. mohon maaf dari diri sofea. atas kesalahan atau kesilapan sepanjang kehidupan kita berumahtangga. dari kita mengenali sebagai kawan , kekasih hinggalah kita sah diijabkabulkan.

Maha suci ALLAH. perancangannya yang rapi.teratur. tanpa kita sedar. ada jodoh yang menanti. di saat sofea keliru. sedih. kecewa. jatuh terduduk. kemurungan. hampa. menguasai sekitar kehidupan. dirimu hadir tanpa disangka. walaupun hanya sekejap cuma. namun, sudah Allah tetapkan jodoh kita. kita bertemu semula. diuji dengan pelbagai cara. dari sikap diri mahupun sekeleliling.kita tempuhi bersama.

dirimu mengenali diri ini dari zaman kejatuhan . sanggup dirimu menghulurkan tangan sebagai sebuah pertolongan. terima kasih. kita akhirnya bersatu. semoga masjid yang kita bina. terus kukuh. walaupun ada jua ranjau dan duri. terima kasih kerna jadi abah kepada anak-anak kita. peliharalah mereka andai ajal menjemputku dulu.

buat anakanda-anakanda

jaga diri. jaga solat. jaga akhlak. jaga akidah.
jadikan Al-quran sebagai rujukan. kerna ianya tak luput dek zaman.
ummi sayang kalian. ummi rindu kalian.
belajar rajin-rajin. jadi anak yang berguna . soleh dan solehah.
belajar sayang menyayanagi. tolong-menolong. bantu-membantu.
dunia ini sudah tua anak-anak ummi.
sedarilah ia.

buat diriku

berusahalah dalam apa jua yang cuba kau ceburi. konsisten. yakin pada diri. walaupun jatuh terduduk. jatuh terlungkup. bangkit. pastinya ada manis yang menunggumu disana. dalam usaha ada doa. dalam doa ada tawakal. dan berdoalah dan terus berdoa. jangan putus asa. kerna rezeki itu rahsia Allah. milik Allah.

tinggikan momentum untuk berjaya. berdaya saing. ranjau dan duri. atasinya dengan tabah. kerna mungkin itulah penentu kejayaan. selaklah ranjau. baunglah duri. pasti ada jalan lurus di hadapan sana. mungkin hari bukan hari mu. mana tahu. sedikit hari lagi adalah harimu.

berusaha untuk perbaiki diri. ekonomi keluarga. agar dapat berbakti kepada kedua orang tua. bahagiakan mereka selagi daya. Allahhuakbar.

passion !!!
shaklee !!!

Friday, November 14, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - CERITA KASUT SAYA



cerita kasut saya hari ke 14.

kasut. sofea ada kasut dari kecik lagi kot. naik sekolah. ada kasut sekolah. samapi habis sekolah menengah. masuk poli. keluar poli. kasut sukan 1 je ada. selain kasut. sofea pakai sandal dan selipar jepun.

nak tau tak? sofea dah kurang selesa nak pakai kasut. sebabnya. mesti rasa bergolong je kaki kat dalam kasut. apa-apa kasut lah. kasut sukan. kasut boot. kasut kerja. hahaha. mesti lawak kan. tak lawak pun. tapi pelik.

dalam setahun adalah kasut. tahun 2014 ni sofea beli kasut dekat pasar satok di kubah ria. harga rm 22.00. cantikalh. paling tahan. sebab pernah beli kasut harga RM 50.00 macam tu. tahun lepas. sekejap je pakai. untuk sukan futsal. lepas 2 kali pakai. tapak kasut tertanggal. haihhh. sedih.

now, tinggal lah kasut purple yang tahun ni punya. kasut tinggi tak ada lah. sebab tak brp nak pakai.
itula sahaja cerita pasal kasut sofea.

byeee

Thursday, November 13, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 BLOG KEGEMARAN



5 blog kegemaran sofea


1.  pastinya blog jutawan ini. hehehheh
     klik sini >>>>>>   http://redmummy.com/
     blog ni boleh jadi rujukan dari segi barang-barang branded , percutian , program korban dan macam-macam lah.





2. blog ni tokey langsir. heheh. duta je lah. gurau ye munirah.
jom klik sini >>>>> http://miera301.blogspot.com/

beliau byk job jugak. fotographer , jual ephyra , dan paling best. duta langsir. pernah sofea try pergi. mmg dpt harga langsir kebaboom tau. langsir pulak yang jenis mahal-mahal dan berkualiti . dapat harga murah kalau follower blog beliau.





3.  blog kak pila. syiok jugak.

jemputlah pergi blog beliau >>>>>  http://kasihaleeya.blogspot.com/

beliau jual shawl sekarang. suka cerita pasal anak-anak. the kasih tu. kisah famili lah. dan kenal jugak dengan moon.




4. blog masakan . semestinya mamasya.

http://dapur-mamasya.blogspot.com/

resepi , perjalanan hidup merantau. banyak lah. silalah baca




5. blog hiburan. beautifulnara

http://beautifulnara.com/


banyak info. banyak gosip. banyak iklan.




sekian sahaja. blog kegemaran sofea. sebenarnya banyak lagi. tapi yang ni lah yang sofea selalu skodeng. hehehe

Wednesday, November 12, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - 5 WISHLIST ANDA



5 wishlist anda 


apa ya wishlist sofea. heee. mestilah ada kan. yang dah tercapai pun ada. jomm tengok wishlist sofea


1.  insha Allah. niat di hati. kalau ada rezeki tu. nak sangat hantar emak dan bapak pergi ke Mekah. paling tidak pun. beliau dapat buat umrah . dan paling terbaik dapat buat haji.


2.  dulu masa belajar pernah gagal dan kena tendang dek politeknik. lepas tu apply balik. ambil kursus lain pulak. Alhamdulillah. dapat lah segulung diploma. lepas dah grade. doa agar dapat kerja tetap. Alhamdulillah. dpt lah kerja tetap selepas seminggu kawen. lepas kawen pulak. doa agar dikurniakan zuriat. Alhamdulillah. sekarang dah 3 orang anak. lepas tu doa lagi. agar dapat beli kereta. sbb rumah ke tempat kerja makan sejam. jauh. hujan lagi. suami pun kerja jauh. Alhamdulillah. ambik lesen keta masa pregnantkan Sorfina 6 bulan. lulus ujian jpj. tapi berani bawak keta masa pregnant anak no 2. doa nak beranikan diri . drive sendiri. dapat kereta sama tarikh lulus ujian jpj. 14.02.2008. lepas 2012 , doa lagi agar dapat rumah sendiri. Alhadmulillah. masa ni tunggu masa nak duduk rumah sendiri. tggu grill siap. air dan api dah siap pasang.

Alhamdulillah. tercapai.


3. teringin nak bawak famili pergi Langkawi. kalau lah ada duit lebih kan. moga impian menjadi nyata. tak pun pergi cuti-cuti malaysia. dengan anak-anak. mesti best. dalam malaysia pun ok.

4. teringin benar nak ambik kelas bahasa inggeris. sofea teringin nak cakap in english very well. sofea agak kurang mahir berbahasa inggeris. so, masih tengah mencari kelas-kelas bahasa sekitar kuching. insha Allah.

5.  impian yang pastinya dalam usaha. sofea dah mula mengorak langkah ke depan. dan insha Allah tak akan berdundur lagi. ya. sofea nak serius dalam memajukan diri , keluarga dan ekonomi keluarga. gaji bulanan sofea dalam zon selesa. jadi. sofea nak lagi selamat dari selesa.

ya Sofea sekarang usaha gigih nak majukan bisnes SHAKLEE. produk shaklee sofea dah guna hampir 2 tahun. tempoh yang panjang. dan amat berkesan. paling penting selmat diambil kerana proses semulajadi.

sofea ada target. kalau dapat capai target RM 2,000.00 per bulan. Alhamdulillah. boleh diupgrade ke seterusnya. insha Allah. kena usaha lah. kalau tak mana lah ada hasilnya.

jom anda yang nak join shaklee. call me ya . SID 908472. 0138290985



inilah wishlist sofea. agar menjadi pembakar semangat untuk berjaya. sekali kaki ini melangkah di awal muharram 1436 H yang lalu. moga-moga istilah untuk berundur jangan ada. tapi untuk throwback boleh. sbb pengalaman mendewasakan.

kalau ada tokey tokey kat luar sana nak try. boleh try

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...