Showing posts with label PUBLIC GOLD. Show all posts
Showing posts with label PUBLIC GOLD. Show all posts

Wednesday, February 24, 2021

JOM SIMPAN 100 GRAM UNTUK ANAK-ANAK

 


*CARA SIMPAN 100 GRAM – UNTUK SEORANG ANAK*

Saya cadangkan, anda boleh kumpul emas serendah 1 gram setiap bulan bermula dari bulan kelahiran anak anda sehingga umurnya masuk 18 tahun. 

Kiraannya sangat mudah :

- 1 gram X 12 bulan = 12 GRAM SETAHUN
- Hari jadi hadiahkan 1 Dinar Emas: 4.25 gram
- Duit Raya/Angpow: 3 ke 4 gram

Anggaran kasar dalam setahun dapat simpan 20 gram. *Jika konsisten buat benda sama selama 5 tahun, maka sasaran simpan 100 gram tercapai.*

Dan saya tetap percaya, 100 gram pada 17 tahun akan datang tetap akan mewakili nilai kos pendidikan tinggi pada masa itu secara anggaran purata. 

InysAllah ia cukup.

#SofhiaJali



Tuesday, March 10, 2020

8 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas




8 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.

Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?

Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 2 tahun saya dalam bidang emas:

8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)

Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada GST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?

Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!

viii) Sistem Database Oracle bertaraf world-class

Public Gold menggunakan database Oracle bertaraf dunia. Setiap rekod transaksi, security akaun GAP anda pada tahap tertinggi dan selamat.

Dengan Public Gold, anda disediakan akaun GAP yang beroperasi 24 jam, sama ada mahu jual atau beli.

www.publicgold.com.my (https://www.publicgold.com.my/)
Public Gold Malaysia - Home

Sunday, March 8, 2020

Kelebihan sebagai pengedar rasmi Public Gold




*Kelebihan sebagai pengedar rasmi Public Gold*

Syarat untuk jadi Dealer Public Gold sangat mudah. Dengan pembelian emas berjumlah 200 gram (normal qualification), *secara automatik* anda adalah berstatus Pengedar Rasmi Public Gold.

*Paling penting, tiada yuran hangus.*Jumlah kelayakan anda adalah berdasarkan jumlah emas yang anda beli.

(Q2)  Andai kata saya menjual semua emas yang telah dibeli, adakah saya masih bergelar Dealer Public Gold?

Ya! Sudah tentu, walaupun anda sudah tiada emas di tangan. Anda masih seorang Dealer Public Gold. Customer-customer anda boleh membeli emas dari branch Public Gold dan jika anda adalah introducer mereka, anda dapat komisyen.

(Q3) Adakah sebarang program keusahawanan dan latihan tentang emas untuk Dealer Public Gold?

Ya! Kini kami memiliki program mingguan PG 1 System, Monthly Seminar di setiap branch, Jutawanemas Leadership Training (JLT) untuk memastikan anda memiliki skill serta kemahiran sebagai seorang peniaga emas yang hebat!

Aspek paling penting untuk menjadi Dealer Public Gold adalah kemahiran pengetahuan tentang emas, tahu kelebihan Public Gold serta ilmu sampingan untuk memudahkan orang ramai faham tentang kepentingan menyimpan emas.

Public Gold turut memiliki program Golden Trip Penang di mana semua Dealer Public Gold dikumpulkan di Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam untuk melihat sendiri Public Gold HQ (bagaimana operasi finance PG, system database Oracle Public Gold, menaiki Rolls Royce dan Sport Car bernilai jutaan ringgit, melawat PG Museum dan juga berpeluang untuk meluangkan masa dengan founder Public Gold iaitu Dato’ Wira Louis Ng.

(Q4) Komisyen saya dibayar bagaimana? Berapa peratus (%) saya dapat?

Public Gold akan membayar komisyen pada setiap 20hb (jika ada sales) dan akan dibank in ke akaun anda.

Jumlah komisyen bergantung dengan status dealership anda.

Normal Dealer 1% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM1,000.

Priority Dealer 1.5% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM1,500.

Master Dealer 2% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM2,000.

Lebih ramai customer, komisyen anda semestinya lebih besar. Best pasif income macam ini.

(Q5) Adakah menjadi Dealer Public Gold ada minimum sales target bulanan?

Tiada! Tapi jika anda mencapai jualan tahunan RM600,000 anda akan dapat percutian di Asia Tenggara untuk tahun 2018/2019.

Bagi mereka yang mencapai personal sales RM1 juta dan group sales RM3 juta pula akan beroleh trip ke Balkan untuk tahun 2018/2019.


(Q6) Saya nak jadi Dealer Public Gold. Bagaimana caranya?

Beli emas 200 gram dalam satu resit dengan meletakkan nama Sofhia Binti Jali sebagai introducer.
Saya akan bimbing anda.

(Q7) Saya nak jadi Dealer Public Gold tapi tak aktif, nak beli untuk diri sendiri sahaja. Boleh tak?

Boleh! Menjadi status Dealer untuk diri sendiri sudah memiliki kelebihan dari customer biasa. Anda dapat penjimatan 1.3% dari harga semasa Public Gold.

1% untuk komisyen pembelian dan 0.3% lagi untuk komisyen semasa penjualan semula emas anda dengan Public gold! Anda sendiri decide nak jadi Dealer yang aktif atau beli untuk diri sendiri sahaja.

#SofhiaJali
#PublicGold

Friday, March 6, 2020

Tujuan Sofhia Jali simpan emas



Tujuan Sofhia Jali simpan emas:

1. Elak simpanan bocor
======
Pada permulaan saya mula simpan emas pada tahun 2009, tujuannya nak elak simpanan saya bocor. Bocor ni maksudnya konon simpan 10% setiap bulan, tapi tak pandai kawal nafsu belanja last-last “terguna”..

Selepas simpan emas, dah tak bocor lagi dah. Malahan jadi sangat berdisplin, dapat gaji je terus alih ketepi bajet simpan emas.

Dulu saya pun fikir macam anda,

“Harga rendah aku beli. Harga emas naik, aku jual.”

Tapi hingga ke hari ini emas saya tak terjual. Sebab kalau perlu tunai, saya cuma emas ke arrahnu untuk selesaikan keperluan. On the spot dapat tunai.

Nanti dah dapat gaji, tebus semula emas dalam tempoh 12 bulan.

2. Simpan untuk beli aset hartanah
=======
Kalau dah pandai menyimpan, nak beli hartanah ni mudah. Sebab ada simpanan untuk dijadikan sebagai deposit.

Standby at least 15% dari value semasa hartanah. Misalnya harga hartanah RM300,000 maka perlu sediakan minima RM30,000. Kalau convert dalam emas lebih kurang *170 gram*!

Beli apartment untuk sewaan, lebihan dari bayar loan bank boleh buat beli emas lagi.

3. Simpan untuk dana pendidikan anak-anak
========
Semua kita tahu dan sedar, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan semakin meningkat tinggi.

Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%!

Contohnya, hari ini kos pengajian engineering RM40,000, pada 15 tahun akan datang kos akan jadi double sehingga RM80,000.

Saya tak nak anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka saya sedaya upaya simpan dan alih dlm bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dlm 15 tahun kelak tak di mamah inflasi.

Nasi lemak 10 tahun akan datang pun kita tau akan jadi semakin mahal kan?

Sasarkan simpan 100 gram emas seorang.

4. Simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji
=====
Sekarang zaman yang tak dijangka prestasi eknomi. Dulu siapa sangka kerja sektor Oil and Gas tiba-tiba mengalami kemelesetan dan ramai terpaksa diberhentikan.

Jika ada tabung kecemasan ni, at least kita ada 3 ke 6 bulan tempoh untuk cari kerja baru dan maintain apa-apa ansuran bulanan yang perlu dibayar eg kereta, rumah dan nafkah isteri anak.

Jadi sebagai persediaan, saya alih tabung kecemasan 3-6 bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Kalau gaji anda RM3,000/bulan. Maka perlu ada RM9,000!

Kalau convert dalam emas lebih kurang 50 gram emas!

5. Income tambahan
====
Walaupun kerja saya sebagai penolong pegawai teknik orang anggap sudah mencukupi, saya perlu ingat bahawa langit tak semestinya cerah. Dengan anak 4 orang, kalau harapkan gaji semata memang tak cukup.

Niat saya untuk settlekan hutang sedia ada secepat mungkin supaya maximize lebihan gaji sebagai simpanan.

Selagi kudrat masih ada, saya gunakan segala kepakaran yg saya ada untuk kembangkan bisnes Public Gold.

Tanggungjawab sebagai dealer, saya nak orang faham apa konsep sebenar simpan emas. Apa yang terbaik dengan keadaan semasa kewangan serta bantu dealer-dealer saya mengembangkan empayar emas mereka sendiri.

Anda nak mula simpan emas, boleh je tanya saya direct. Tak perlu segan, saya jugak orang makan gaji seperti anda.

Saya tahu ramai rakan FB mempunyai masalah dan impian yang sama. Yang paling penting, anda perlu tahu kalau nk mula simpan emas adalah:

“Mengapa awak nak simpan emas?”

Sofhia Binti Jali
PG00111214
#Sofhiajali #PublicGold

Wednesday, March 4, 2020

NAK BELI EMAS?


Nak beli emas sebagai tabung kecemasan 3 bulan gaji atau dana pendidikan anak, klik:

Wasap.my/60138290985
Wasap.my/60138290985
Wasap.my/60138290985

Sofhia Jali
Semoga bermanfaat kepada semua.

#SofhiaJali

Monday, March 2, 2020

Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?

Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?

Kali ini saya nak terangkan beza antara Public Gold dengan kedai emas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa-apa kemuyskilan, sila tinggalkan komen di bawah.

Pertama sekali anda mesti faham ada DUA tujuan beli emas iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan.

a. Emas perhiasan: gelang, cincin, rantai.
b. Pelaburan/Simpanan: jongkong emas dan dinar emas.

====

1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.

Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kuong, Wah Chaen dan Habibi Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang.

Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah (workmanship cost) ke atas semua barangnya. Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal.

Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah. Katanya bagi discount.

Kedai emas yang untung bukan pembeli. Boleh faham setakat ni kan?

Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).

Harga Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST.

Public Gold pula menjual jongkong emas dan dinar dengan tiada kos upah dan tidak dikenakan GST.

Bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).

Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang kemas melalui Aurora Italia. Emas 18 karat dan mempunyai 3 jenis gelang AURORA ITALIA (emas kuning), Aurora Blanc (emas putih) dan Gelang Leather.

2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM (Persatuan emas Malaysia).

Untuk pengetahuan anda, kedai emas guna harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).

Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold.

Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook.

Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.

Nota: Harga per gram di kedai emas RM200/gram manakala Public Gold kini RM178/gram.

3. Jual semula emas di Kedai Emas Merugikan Orang Ramai

Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas.

Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, boleh rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold.

Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.

Di Kedai emas, kalau nak juak balik emas biasanya dikenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas.

Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa.

Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.

4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam .

Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.

Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.

Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold.

Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual.

Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan.

Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.

=====

Friday, February 28, 2020

BEZA PUBLIC GOLD DENGAN SYARIKAT ABC ?



Beza Public Gold dengan syarikat ABC?


Mengapa saya mesti pilih Public Gold dan bukan ABC?

Pertama sekali saya mohon maaf, saya tak tahu tentang company ABC sebab saya adalah pengedar rasmi Public Gold. Kurang elok saya memberikan komen tentang ABC sebab saya bukan pengedar rasmi syarikat berkenaan.

Tapi saya boleh berikan anda BANYAK Sebab mengapa saya, Mahaguru Emas Syukor Hashim, Azizi Ali, Tn Shamsudin Kadir, Jabatan Perdana Menteri dan Pos Malaysia pilih Public Gold.

Public Gold merupakan satu-satunya syarikat jual beli emas di Malaysia yang di iktiraf patuh syariah (Syariah Compliance) oleh panel syariah Amanie Advisors. Panel Syariah yang sama telah dilantik oleh World Gold Council (WGC).

Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang tidak dikenakan GST oleh Kastam Diraja Malaysia disebabkan memiliki emas fizikal diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).

Satu-satunya syarikat emas di Malaysia menerima pengiktirafan Malaysian Book of Record, satu-satunya syarikat yang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, juga dijual di lebih 100 cawangan Ar Rahnu POS – unlimited purchase & unlimited buy back.

Public Gold juga merupakan satu-satunya syarikat emas di Asia Tenggara memiliki Muzium Emas di Pulau Pinang yang bernilai jutaan ringgit.

Public Gold mengutamakan aspek pendidikan kesedaran pentingnya menyimpan emas, komited mengadakan seminar emas percuma hampir setiap minggu tanpa henti sejak tahun 2010.

Emas Public Gold diterima meluas di institusi kewangan menawarkan cagaran emas Ar-Rahnu, Public Gold juga sering dirujuk oleh media massa berkenaan dengan perkembangan simpanan emas melalui media massa di TV1, TV3, Astro Awani malah Azizi Ali, pakar kewangan Malaysia turut mencadangkan kepada semua orang agar memilih jenama Public Gold.

Sekarang mungkin anda boleh tanya kepada agent ABC kelebihan syarikat mereka dan awak compare dengan statement saya.

Oh ya, emas Public Gold dikeluarkan oleh syarikat terbesar emas Turki iaitu Nadir Metal refinery (Turki pengeluar emas ke-4 terbesar di dunia) milik seorang Billionaire Muslim bernama Nadir Tutuncu.

Boleh saya tahu siapa pengilang emas syarikat ABC?

#SofhiaJali

Thursday, February 27, 2020

3 CARA BELI EMAS JENAMA PUBLIC GOLD




*3 Cara Beli Emas jenama Public Gold*.

Kalau nak mula simpan dengan akaun emas, rujuk harga paling atas ada tertera *GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)*.

Nak mula *RM100* dapat 0.5682 gram, seeloknya mulakan dengan genap 1 gram. (*Rujuk harga terkini di www.publicgold.com.my*).

Terpulang dengan diri nak simpan berapa kerap, ada orang 1 gram sebulan, setiap minggu. Setiap hari pun ada!

*Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.*

Kita boleh *redeem dalam bentuk emas fizikal* pada bila-bila kita kehendaki, asalkan tinggal baki minima 1 gram dalam akaun untuk kekal status aktif.

*Contoh*, Abu bercadang nak kumpul 5 gram setiap bulan. Selepas 10 bulan, ada 51 gram dalam akaun emas dan dia nak redeem emas seketul.

50g keluar bentuk fizikal, 1 gram ditinggal sebagai baki.

Abu hanya perlu bayar premium caj semasa pengeluaran emas fizikal di kaunter Cawangan Public Gold.

*Beli jongkong emas*

*Rujuk harga LBMA GOLD BAR*

Kalau nak beli, rujuk harga PG SELL ditambah dengan premium caj.

Nanti satu hari nak jual semula, rujuk harga PG BUY. Jangan la pagi ni beli, esok jual. Confirm la rugi! Haha.

Boleh beli dengan tunai atau ansuran tempoh 4 bulan. Untuk emas seberat 250 gram dan 1 kilogram, boleh bayar ansuran selama 10 bulan.

Harga emas ini berubah setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia.

*Beli Dinar emas*

*Rujuk harga LBMA GOLD - DINAR*

Kalau nak beli, rujuk harga PG SELL ditambah dengan premium caj.

Nanti satu hari nak jual semula, rujuk harga PG BUY. Jangan la pagi ni beli, esok jual. Confirm la rugi! Haha.

Boleh beli dengan tunai atau ansuran tempoh 4 bulan.

Harga dinar emas ini juga berubah setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia.

1 Dinar - 4.25 gram
5 Dinar - 21.25 gram
10 Dinar - 42.50 gram

*Mana yang lebih baik?*

Berbeza dengan kemampuan individu. Kalau ada tunai lebih dalam tangan, sebaiknya terus beli yang lebih besar gram nya.

Makin berat, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator harga PG SELL bahagi dengan berat.

Kalau baru nak mula displinkan diri simpan, lebih baik mulakan dengan akaun GAP.

Ada soalan, whatsapp saya di wasap.my/60138290985. Saya bantu anda faham.

#SofhiaJali



Tuesday, February 25, 2020

BIAR BETUL DENGAN RM 100 DAH BOLEH MULA SIMPAN EMAS !!



“Biar betul dengan RM100 dah boleh mula simpan emas!”

Saya selalu rekomen kepada mereka yang berminat nak simpan emas, tapi bajet terhad melalui akaun emas Public Gold dipanggil Gold Accumulation Plan (GAP).

Jumlah kecil saya maksudkan antara RM100 ke RM200 setiap bulan. Ini antara kelebihan-kelebihan beli emas melalui akaun emas GAP:

1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa (Hari ini 28/9/2018: RM171/gram).

2. Boleh simpan emas di cawangan Public Gold secara percuma. Boleh top-up bila-bila masa sahaja melalui online dan tiada had jumlah emas yang dibeli.

3. Yuran simpanan adalah PERCUMA dan tiada tarikh luput.

4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.

5. Boleh redeem emas dalam bentuk fizikal seringan 1 gram sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.

6. Boleh redeem semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.

7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan status akaun aktif cuma 1 gram.

8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual semula pun secara online. Kini ada option Ar-Rahnu untuk akaun GAP.

9. Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga ada.

10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura


Penerangan lanjut, join Telegram rasmi saya di

https://t.me/SofhiaJali29


Monday, February 24, 2020

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD



*Kelebihan emas Public Gold*:

1. Reputasi yang tinggi.
---------------------------
Diterima gadaian di semua Arrahnu termasuk Arrahnu Terbesar di Malaysia iaitu Arrahnu Pos Malaysia, Bank Co-op, Agrobank dan Bank Rakyat.

2. *Banyak Pilihan ikut kesesuaian bajet*
------------------------------------
Bermula emas fizikal serendah 0.5 gram sehingga 1 kg (1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 1 Dinar, 5 dinar, 10 Dinar, 50 gram, 100 gram).

Boleh beli emas secara ansuran selama 4 bulan (empat kali bayar).

Penggumpulan emas melalui Akaun amat memudahkan pembelian. Boleh mula dengan serendah RM100 dan redeem dalam bentuk emas fizikal.

3. Tiada SST ke atas emas Public Gold
--------------------------------
Sebab itu emas Public Gold antara emas termurah di Malaysia. Sebagai contoh harga emas Public Gold hari ini 182/gram.

Berbeza dengan beberapa syarikat emas yang lain. Ada yang berharga Rm202 ditambah 6% GST, kos pengurusan dan sebagainya.

4. Susut nilai kecil
————————-
Kebiasaannya jika kita jual semula barang kemas di kedai, harga yang diambil begitu rendah. Susut nilai di kedai biasanya dari 20% hingga 40% dari harga semasa.

Bagi emas Public Gold pula dari 6% hingga 9% bergantung kepada berat emas. Makin berat emas maka semakin kecil susut nilai.

5. Boleh beli / jual 24 jam
--------------------------
Pembelian boleh dibuat bila-bila masa 24 jam sehari. Place order secara online dan buat pembayaran, esok harinya anda terus collect emas fizikal di cawangan Public Gold yang terdekat.

6. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
---------------------------------------
Saya kira hampir semua negeri ada cawangan Public Gold termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini memudahkan proses pengambilan emas serta mendapatkan maklumat terkini mengenai emas Public Gold ini.

Ini antara kelebihan menyimpan emas Public Gold. Ada banyak lagi sebenarnya yang saya tidak nyatakan di sini.

Walaubagaimanapun, jika mahu mendapatkan info lebih mengenai Simpanan emas Public Gold ini, dan bagaimana caranya untuk tuan-tuan membelinya, tuan-tuan boleh terus tanya saya di talian :

Sofhia Binti Jali
Dealer Public Gold
Hp: 013-8290985

Semoga ianya bermanfaat!

Sunday, February 23, 2020

UNTUK SEORANG ANAK - SIMPAN 100 GRAM




*CARA SIMPAN 100 GRAM – UNTUK SEORANG ANAK*

Saya cadangkan, anda boleh kumpul emas serendah 1 gram setiap bulan bermula dari bulan kelahiran anak anda sehingga umurnya masuk 18 tahun.

Kiraannya sangat mudah :

- 1 gram X 12 bulan = 12 GRAM SETAHUN
- Hari jadi hadiahkan 1 Dinar Emas: 4.25 gram
- Duit Raya/Angpow: 3 ke 4 gram

Anggaran kasar dalam setahun dapat simpan 20 gram. *Jika konsisten buat benda sama selama 5 tahun, maka sasaran simpan 100 gram tercapai.*

Dan saya tetap percaya, 100 gram pada 17 tahun akan datang tetap akan mewakili nilai kos pendidikan tinggi pada masa itu secara anggaran purata.

InysAllah ia cukup.

#SofhiaJali

Thursday, January 10, 2019

KITA SEMUA BOLEH SIMPAN EMAS







"Semua orang boleh simpan Emas"
Antara salah faham terbesar orang ramai terhadap emas ialah; hanya orang kaya yang boleh beli emas.
Sebenarnya harta dan aset yang paling mudah, paling murah dan mampu milik untuk orang kebanyakan adalah EMAS!
Percaya tak?
Boleh fikir sendiri. Berapa RM yang perlu kita keluarkan untuk beli rumah atau tanah?
Walaupun harga tanah misalnya dijual harga per kaki, tapi belum ada lagi saya jumpa orang nak jual tanah dengan sekaki saja ðŸ™‚
Jika boleh dibuat pembiayaan bank pun, berapa banyak pula duit deposit yang perlu disediakan? Belum kira duit yuran guaman, cukai dan lain-lain.
EMAS?
Orang tak kaya pun boleh beli. Serendah segram hari ini hanya berharga RM183. Sebab emas dijual harga pergram dan ya kita juga boleh beli serendah 1 gram bahkan serendah RM100. Sebab itu para pelajar pun sudah boleh beli emas.
Jadi, emas itu mahal ke murah? Tak mampu ke atau mampu milik?
Ha, sekarang ni dah tahu kan simpanan emas boleh mula dengan 1 gram? Tak kan nak dapat ilmu saja, amalkan lah ilmu tu.

Klik link wassap ni untuk mula :
»» www.wassap.my/60138290985/MULA_RM100

Public Gold Authorized Dealer PG000111214

*kredit :Posting ini ditulis oleh En. Abdur Rahman Ismail

Wednesday, January 9, 2019

MODAL SERENDAH RM 100.00







SERENDAH RM 100.00 !!!!
cuma perlukan RM 100.00 sahaja !!!
mampu milik ,bukan?
daftar segera AKAUN GAP untuk diri atau orang dewasa. mudah sahaja. saya akan bantu anda.

Tuesday, January 8, 2019

SERENDAH RM 100.00








cuma perlukan RM 100.00 sahaja !!!
mampu milik ,bukan?
daftar segera AKAUN GAP untuk anak anda. mudah sahaja. saya akan bantu anda.

Thursday, January 3, 2019

KOLEKSI KOLEKSI GOLD-BAR








KOLEKSI KOLEKSI GOLD-BAR


koleksi gold-bar di petak pameran. dari size 0.5 gm hingga ada yang mencecah 1000 gm.

koleksi gold-bar juga terhad untuk setiap pengeluarannya. teringin nak buat untuk syarikat ,personal juga boleh.

ada syarat tertentu pada setiap design gold-bar.

DEALER PUBLIC GOLD - SOFHIA JALI






DEALER PUBLIC GOLD - SOFHIA JALI

Assalamualaikum semua ,


Saya Sofhia Jali. delaer public gold. masih belajar dan belajar. tentang ilmu emas dan seterusnya.

sekiranya ada yang berminat nak register diri-sendiri dan anak-anak untuk akaun GAP. boleh hubungi saya 013-8290985

Friday, September 14, 2018

HARI PERTAMA DI PENANG-PUBLIC GOLD HQ





 Ruang legar di dalam HQ Public Gold di penang.




kaunter pejabat Public Gold HQ




sebahagian gold bar yang di pamerkan.


saya antara dealer public gold. yang pastinya newbie.

SAYA DI PUBLIC GOLD HQ,PENANG





LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...