Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts

Friday, July 3, 2015

JERAWAT TUMBUH - MENGAPA TUMBUH TAK SEKATA ?






kredit : pic owner


jerawat tumbuh ikut masa. ada masa awal bulan , tengah bulan dan hujung bulan. kekadang ikut keadaan kulit muka. seriau kita rasa kan. kat pic ni , kita ketahui sebab mengikut kawasan jerawat tumbuh.

nak elak jerawat tumbuh dan memastikan kulit wajah sentiasa bebas dari jerawat. anda boleh cuba Vitamin C Shaklee. untuk kesihatan kulit anda. Vitamin C Shaklee untuk sebotol dengan harga RM 98.00. dengan kandungan 180 biji tablets untuk 6 bulan penggunaan.




anda mahu mencuba produk ini dan produk Shaklee yang lainnya.
Daftar ahli Shaklee , sila hubungi saya ;

call / whatsapp :  013-8290985

email  :  synursor@gmail.com

add FB saya : Sofea Jali ( untuk inbox terus dengan saya )

klik LIKE di Fanpage saya  :  Shaklee Kuching-Sofea Jali
 ( untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA )





*** konsultansi dan tips PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya.....



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Thursday, July 2, 2015

OMEGA SHAKLEE : UNTUK ANDA DAN ANAK ANDA




Anak cerdik Dengan Omega. Ibu slim dengan OMEGA.


Omega mengandungi DHA dan EPA . Bagus untuk perkembangan otak.

Ibu mengandung dan menyusu digalakkan mengambil omega supaya anak dapat khasiat minyak ikan ini. Siapalah yang tak nak anak yang cerdik pandai kan? malah ibu menyusu dan mengandung boleh mengawal pemakanan .

Omega boleh diambil oleh ibu hamil seawal trisemester kedua kandungan. selain bagus untuk perkembangan IQ bayi anda. Ia juga dapat membantu ibu supaya berat badan tak naik mendadak.


Omega Guard

RP : RM  145.00

harga TERBAIK dari saya untuk anda. KONSULTANSI percuma untuk CUSTOMER saya sahaja.

Whatsapp sofea @ 013.829.0985
Whatsapp sofea @ 013.829.0985
Whatsapp sofea @ 013.829.0985

Friday, May 15, 2015

SENGGUGUT JANGAN DIBIARKAN : GANGGU KESUBURAN




Saya mengalami masalah senggugut yang teruk. Saya ada terdengar mereka yang mengalami masalah ini akan sukar hamil kelak. Saya rungsing jika perkara ini benar. Mohon doktor perjelaskan? - Ramlah, Kuala Lumpur.

Kesakitan semasa haid atau senggugut ialah satu gejala biasa dialami seseorang wanita. Kesakitan ini disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium (dinding rahim).

Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim (serviks). Kebiasaannya, pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Masalah akibat senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan masalah endometriosis.

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan penguncupan dinding rahim yang kuat. Manakala senggugut sekunder pula mungkin disebabkan oleh masalah endometriosis. Endometriosis pula merujuk kepada keadaan lapisan tisu yang melitupi bahagian di dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.

Walaupun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, ada teori yang mengatakan disebabkan pendarahan haid yang berundur atau menyongsang (retrograde menstruation) ke dalam pelvis, aras hormon estrogen yang berlebihan, tisu endometriosis juga boleh merebak melalui salur darah dan tumbuh di tempat-tempat yang jauh dari rahim seperti di dalam paru-paru atau otak dan juga teori metaplasia.
Bagi mengetahui punca sebenar, sebaik-baiknya anda perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan. Selain daripada ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat jika ada sista (pembengkakan ovari), ujian laparoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan sama ada disebabkan endometriosis dan untuk melihat jika terdapat pelekatan dan penyumbatan pada salur fallopio. Jika diagnosis yang dibuat doktor ialah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan cara terbaik ialah jika wanita tersebut cepat hamil.

Sebab-sebab lain senggugut ialah jangkitan pada bahagian pelvik (pelvic inflammatory disease) dan juga boleh disebabkan masalah fibroid. Anda perlu menjalani pemeriksaan yang teliti supaya penyakit ini tidak melarat.

Namun, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah mengalami keguguran sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini berkemungkinan besar menghidap penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Monday, May 11, 2015

LUKA BERSALIN : TIPS UNTUK SAYA DAN ANDA






Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh
---------------------------------------

+ Pastikan bahagian luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.

+ Elakkan menyapu sebarang ubat traditional di bahagian luka pada 10 hari pertama. Penggunaan ubat traditional ini dikhuatiri mengganggu proses percantuman kulit.

+ Tukar tuala wanita dengan kerap

+ Ambil serat dan air secukupnya bagi mengelakkan sembelit

+ Ambil vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Multivitamin juga sangat membantu.



anda mahu mencuba produk ini dan produk Shaklee yang lainnya.
Daftar ahli Shaklee , sila hubungi saya ;

call / whatsapp :  013-8290985

email  :  synursor@gmail.com

add FB saya : Sofea Jali ( untuk inbox terus dengan saya )

klik LIKE di Fanpage saya  :  Shaklee Kuching-Sofea Jali
 ( untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA )


*** konsultansi dan tips PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya.....



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Tuesday, April 28, 2015

MENGAPA MENGAPA ? CIK JERAWAT TU







sofea nak kongsikan mengapa jerawat tumbuh merata. pasti ada sebabnya kan. anda boleh rujuk gambar atas ya.

tak nak jerawat tumbuh, kena pastikan jaga kesihatan , jaga pemakanan dan jaga emosi. rajin bersihkan muka dan pakailah skincare yang sesuai untuk kulit kita.

kalau nak supplement. SHAKLEE SET KULIT pun ada. kalau nak whatsapp sahaja sofea.

Sunday, September 14, 2014

BAWANG PUTIH UNTUK ANAK ANDA




sebagai parents, mesti kita bimbang dan risau. bila anak-anak kena selesema , demam dan batuk. lagi-lagi yang demam tu. anak kecil kita. yang umurnya di bawah 1 tahun.

ok . kat sini sofea nak kongsi satu petua. untuk diamalkan. semoga berjaya.

Khasiat bawang putih ;


  • anak - anak batuk dan selesema ? jom cuba petua ini.
  • minyak bawang putih  ;

  1. ambil seulas bawang putih.
  2. jangan dikupas kulitnya
  3. panggang atas dapur hingga masak dan hitam kulitnya. ( cucuk dengan garpu )
  4. lenyekkan.
  5. campur dengan minyak zaitun atau minyak kelapa.
  6. sapu di dada , tengah belakang dan tapak kaki.

insha Allah anak akan kembali sembuh. semoga mencuba....




#sayajualSHAKLEE
#SID908472
#call/WA0138290985

Wednesday, September 3, 2014

TIPS PENYUSUAN - PERSEDIAAN AWAL




~ Tips Penyusuan 

Menyusukan anak bagi ibu yang bekerja tidak semudah yang disangka.
Namun, tiada yang mustahil, kerana ramai ibu yang dah berjaya melakukannya.
Jika anda ibu bekerjaya, beberapa kelengkapan untuk memerah susu perlu disediakan semasa mengandung lagi.

Antaranya:
❥ Breastpump
❥ Bottle
❥ Milk Storage Bag
❥ Cooler Bag
❥ Tote Bag
❥ Nursing Bra
❥ Washable Nursing Pad

Persediaan awal sangat perlu supaya dalam pantang nanti anda boleh terus mengepam dan menyimpan stok susu sebanyak mungkin. Tak ada lah kelam kabut minta suami carikan.
Dan yang paling penting, ialah persediaan mental. Ibu-ibu perlu banyak membaca dan membaca. Apapun, penyusuan ibu adalah antara detik indah yang bahagia lagi mebahagiakan.. Laluinya dengan tenang dan gembira! 


#sofealuvbreastfeeding

Wednesday, April 24, 2013

LEPAS BATUK..KEPENINGAN PULA...




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

selepas kena batuk. sekarang kepala terasa pening sesangat. nak kata demam. rasanya tidaklah. rasa pusing-pusing je. ubat dah makan. pening kepala je tak hilang-hilang.

sekarang sambil makan ubat. makan madu. sofea amalkan selawat syifa'. semoga cepat lah sembuh sepenuhnya. anak-anak pun batuk juga. adik ipar pun batuk dan demam. semoga kami seisi keluarga sihat kembali.


pstt ----- doakan kami ya. semoga doa-doa kalian Allah makbulkan

Monday, October 8, 2012

PRODUK KESIHATAN - SHAKLEE

kredit by google



kredit dari Mommyiskandar

bercerita pasal produk ni. sofea pada mulanya nak cari produk untuk berpantang nanti. itupun lama lagi lah. cari punya cari. terjumpa blog berkenaan produk ini iaitu produk SHAKLEE. ( blog Farah - mommyiskandar.com)..silalah jenguk..bagi sesiapa yang berminat nak cuba produk kesihatan ini..

sofea baca dari mula entry samapi yang terkini..itu pun siap buat buku lagi..nak bagi ingat setiap produk dan kelebihannya..sesuai ke tidak dengan sofea. sebab sofea ni banyaaakkkkk sangat sakit yang belum diketahui puncanya..heheheh. jadi sofea cuba satu persatu produk SHAKLEE dengan menge'list'kan tahap keseriusan sakit yang sofea hidapi dan bergantung pada budget. Jadi produk pertama yang sofea cuba adalah seperti ini.

bagi diri sofea. sofea dah cuba vitamin E

kredit dr google
kelebihannya nanti sofea ceritakan. sofea sekarang nak jadi ahli shaklee. insya Allah dalam masa terdekat bergantung pada rezki lah.. selain vit E, sofea cuba ini. iaitu ESP


kredit by google
ini jugak akan sofea ceritakan nanti. serta ini Mela Shakes. sesuai untuk anak-anak


kredit by google

dan sofea ada sarankan untuk adik ipar yang dah bersalin untuk beli set berpantang SHAKLEE. ikut budget dia beli yang trial punya..

SET BERPANTANG 
  p/s nanti kita sambung cerita lagi

Tuesday, January 10, 2012

TEH HIJAU


Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:
  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan
Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:
Nutrien Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.
Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurunkan berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA

Thursday, May 19, 2011

INFO SIHAT - KANAK-KANAK MUNTAH

Muntah
Apa itu muntah?
Muntah adalah apabila sesuatu bahan dalam perut keluar melalui mulut secara spontan. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius.
Vomiting




Apakah jenis-jenis muntah?
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
  • Possetting (jeluak) Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
  • Reflux (muntah meleleh) Reflux adalah apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja. Keadaan biasa bagi bayi.
  • Projectile vomiting (muntah memancut) Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Apakah sebab-sebab muntah?
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
  • Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ???stomach flu???
  • Keracunan makanan
  • Mabuk perjalanan
  • Terlebih makan
Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:
  • Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
  • Kecederaan / hantukan pada otak
  • Ketumbuhan dalam otak
  • Usus tersumbat
  • Jangkitan salur kencing
  • Bengkak pada appendiks
  • Diabetis ketoacidosis
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penting yang lain?
Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dihidrasi (penyahidratan) berlaku .
Keadaan ini terjadi apabila apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dihidrasi di ketegorikan seperti berikut:
Dihidrasi ringan ke sederhana
  • Mulut / lidah kering
  • Bibir pecah
  • Tiada / kurang air mata semasa menangis
  • Gelisah
  • Tidak membuang air kecil dalam tempoh 4 – 6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut)
  • Ubun-uban di kepala bayi menjadi cengkung
Dihidrasi yang teruk
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
  • Kulit kering, berkedut
  • Tidak bermaya, letih dan tidak aktif
  • Enggan makan
  • Mata cengkung
  • Susah bernafas
  • Denyutan nadi lemah dan cepat
  • Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk
Tanda-tanda bahaya
Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan yang lebih bahaya
  • Muntah yang memancut terutama pada kanak-kanak berumur kurang satu bulan
  • Demam suhu > 38??C
  • Muntah yang mengandungi darah
  • Muntah cecair berwarna hijau
  • Muntah selepas berlaku kecederaan kepada kepala
  • Bingung, mengantuk / lali
  • Sakit kuat di bahagian perut
  • Kembung perut
  • Muntah yang berterusan dan sukar untuk makan
Apakah komplikasi akibat muntah?
Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dihidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas. Lain-lain komplikasi termasuk:
  • Organ tidak berfungsi seperti kegagalan fungsi gingal.
  • Kecederaan pada kerongkong disebabkan oleh muntah yang berulang
Bagaimana muntah boleh dirawat?
Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dihidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :
  • Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dalam jumlah yang kecil dan kerap-berikan 2 ke 3 sudu kecil setiap 15 ke 20 minit
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
  • Jangan beri air kosong atau ORS berperisa
  • Jika bayi menyusu susu formula, selepas 6 – 8 jam bayi tidak lagi muntah mulakan menyusu bayi anda.
  • Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, susui bayi anda 5 – 10 minit jarak masa setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa
Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun
  • Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dengan jumlah yang sadikit dan kerap – berikan 3 sudu teh larutan garam rehaidrasi (ORS) setiap 15 hingga 20 minit
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
  • Jangan berikan air kosong
  • Garam rehaidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.
  • Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.
Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun
  • Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit dan kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 hingga 20 minit
  • Garam rehaidrasi (ORS) berperisa atau minuman isotonik tidak berkabonat boleh diberikan.
  • Sekiranya anak anda boleh menerima larutan garam rehaidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa. (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur berikan sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur dan mee).
  • Jangan memaksa anak anda makan
  • Selepas 24 jam tidak muntah beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.
Perhatian.
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:
  • Anak anda muntah secara berterusan dan enggan makan
  • Anak anda mempunyai mana-mana tanda bahaya yang dinyatakan
Bolehkah muntah dicegah?
Muntah sukar dicegah sekiranya disebabkan oleh jangkitan atau penyakit-penyakit yang lebih teruk. Tetapi terdapat langkah yang boleh digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan dan jeluak.
Untuk mengurangkan mabuk perjalanan
  • Jangan beri terlalu banyak minuman ringan/berkarbonat dan gula-gula kepada anak anda semasa dalam perjalanan
  • Dudukan anak anda didalam kenderan dengan mengadap ke hadapan dan gunakan penghadang pada cermin sisi bagi mengelakkan pandangan keluar.
Untuk mengurangkan jeluak
  • Jangan berikan makan terlalu banyak pada setiap kali makan. Hanya berikan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  • Dudukan bayi anda secara menegak dan sendawakannya selama 20 minit selepas setiap kali makan/minum.
  • Elakkan menimang bayi atau mendudukan bayi anda ke kerusi bayi selepas makan/minum.
  • Apabila menidurkan bayi anda, pastikan kepala bayi berada dikedudukan yang lebih tinggi daripada kakinya.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...