Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, September 4, 2018

SUMBER FB : KEK LAPIS PAN BORNEO







assalamualaikum semua. lama dah sofhia tak bersiaran di blog ini. masa mencemburui. dan sumber untuk bercerita juga agak kosong.

hari ini 04092018 selasa, saya cuba lah nak bercerita sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi sepanjang 2 tahun menyepi. penulisan pun agak mendatar sahaja.

ok lah. untuk permulaan , saya nak kongsikan sedikit resepi-resepi dari sumber FB yang saya save untuk rujukan akan datang. rasanya baik saya letak kat blog. memudahkan saya untuk rujuk nanti.

bagi reader-reader yang nak mencuba. dipersilakan. semoga pemilik resepi ini sentiasa Allah murah dan luaskan rezeki beliau.

Saturday, June 13, 2015

RESEPI : KEK COKLAT KEJU KUKUS




Kek Coklat Keju Kukus
bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :
1. 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
2. 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - menggunakan mentega jenama Farmcows.
4. 3 biji telur gred B
5. 220g gula kastor
6. 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
7. 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
1. 600g krim keju (pada suhu bilik)
2. 1 biji telur gred B
3. 120g gula kastor
4. 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
5. 4 sudu makan tepung gandum
Cara membuat :
A). Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
B). Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
C). Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang...
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.
 Selamat mencuba..& Sila share 
resepi : dayangjack

 kredit to owner

Friday, June 12, 2015

RESEPI : KEK COKLAT LAPIS CHEESE 1




KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE...MUDAH DAN SEDAP!..
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE 
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA 
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana.
Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

kredit to owner

Thursday, June 11, 2015

RESEPI : KEK JANTUNG PISANG




KEK JANTUNG PISANG (kek goreng)
1 mangkuk tepung gandum * jika guna tepung kek x perlu letak B.powder
1 sudu baking powder
8 biji telur ayam
1 ketul buttercup
1 sudu kecil vanilla
1 cawan gula
pukul buttercup bersama 1 cawan gula hingga kembang
ayak tepung gandum bersama baking powder.
masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati
panaskan kuali bersaiz paling kecil kemudian masukkan adunan 1 sudu ditengah kuali masaklah sehingga kekuningan.
angkat keluar adunan yang telah masak kemudian masukkan 1 sudu lagi adunan dan letakkan ditengah kuali. bila nampak yang adunan kedua tapi hampir masak, kemudian masukkan semula adunan pertama(yang dikeluarkan tadi) letakkan di atas adunan
** buatlah adunan ini sehingga habis dengan cara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua tadi.(ANGKAT DAN LAPISKAN SEMULA)
(jika ada adunan yang x rata di sekeliling tepinya.. jangan susah hati.. setiap kali letak adunan tolakkan adunan ke dalam dengan sudip agar ia nampak bulat ** perhatian: x perlu di terbalikkan adunan kek hanya teruskan melapis hingga habis dan kek akan menjadi besar dan tebal)



KREDIT OT OWNER 

Wednesday, June 10, 2015

RESEPI : KEK KEJU JEPUN




Kek Keju Jepun
Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing


Tuesday, June 9, 2015

RESEPI : KEK LAPIS CHEESE SEDAP




KEK LAPIS CHEESE SEDAP 

Bahan-bahannya:

20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:

1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.

2) Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

3) Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

4) Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.

5) Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.

6) Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong

Monday, June 8, 2015

RESEPI : KEK LAPIS EVERGREEN



Kek Lapis Evergreen Kukus
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)
Lapisan Hijau
10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi 
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)
Lapisan Putih :
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi 
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
Cara-cara
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. 
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"
Selamat Mencuba!



KREDIT : OWNER

Sunday, June 7, 2015

RESEPI : KEK SPAN KEJU



Kek Span Keju

160 gm krim keju
25 gm mentega
120 gm susu segar
40 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
¼ sudu teh garam
100 gm gula kaster

Lenser dan alas tin empatsegi berukuran 23 cm. Bungkus bahagian luarnya dengan foil
Satukan 3 bahan pertama dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan. Pukul hingga pekat. Angkat.
Masukkan 2 bahan seterusnya, kacau rata. Campurkan kuning telur dan pukul sebati.
Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur dan garam hingga kembang.
Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul hingga separuh kental (soft peak).
Tuangkan adunan ke dalam tin. Letak tin dalam bekas besar berisi air mendidih.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 C selama 50 minit. Keluarkan kek daripada tin, biar sejuk atas redai.


Untuk mendapatkan putih telur yg sempurna :

1. Bilas mangkuk & pemutar elektrik dgn air panas (utk hilangkn kesan mentega / minyak).

2. Lap kering & biar sejuk seketika.

3. Keluarkan telur dari peti sejuk (supaya mudah diasingkan) TETAPI perlu biarkan seketika selepas diasingkan untuk suhu telur kembali ke suhu bilik.

4. Pukul perlahan supaya putih telur dan garam berbuih halus.

5. Pukul sederhana semasa memasukkan gula. Pastikan gula sebati sebelum masukkan baki gula.

6. SOFT PEAK (separuh kental) adalah tahap bilamana kita angkat pemutar elektrik, puncak putih telur berbentuk melengkung.

7. STIFF PEAK (kental) adalah bila kita angkat pemutar elektrik, puncak putih telur berbentuk lurus ke atas.


8. Kaupbalik putih telur ke dalam adunan dgn spatula plastik secara perlahan-lahan, supaya udara kekal untuk menggebukan kek.

Saturday, June 6, 2015

RESEPI : KERABU IKAN BILIS




KERABU IKAN BILIS
Bahan
Ikan bilis - digoreng
1 biji lemon atau 6 biji limau kasturi - ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya
Bahan hiris:
1 biji bawang kuning
5 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
1 batang bunga kantan
6 biji cili padi
3 batang serai
Cara membuatnya:
1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan2 yang dihiris. Kacau rata. Siappppppp...


Thursday, June 4, 2015

RESEPI : KUIH MAKMUR




Kuih makmur

Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi
B
500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar
200g gula kaster
C
200g susu tepung
250g gula aising

Cara2:
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.

2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.

4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.


Tuesday, June 2, 2015

RESEPI : MEE BANDUNG



Mee Bandung

Bahan-Bahan: 
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara: 
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan.
Anda mungkin juga meminati:


Monday, June 1, 2015

RESEPI : Mee Bandung Bujang



Mee Bandung Bujang
Resepi: Che CT

Bahan-bahannya:
2 peket perencah Mee Bandung Adabi
600 ml air (3 cawan)
300 gm daging lembut - direbus empuk 
300 gm dada ayam - potong kiub dan cuci bersih toskan
200 ml air rebusan daging (1 cawan)
10 ekor udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekor sahaja
2 keping tauhu - di goreng, kemudian di hiris 
2 biji telur
300 gm mee kuning (atau 1 peket) - cuci dan toskan
Sedikit garam dan gula.
Hirisan lada hijau - hiasan
Belahan limau kasturi - hiasan
Hirisan daun sup/bawang - hiasan

Cara-cara :
1. Masukkan air dan air rebusan daging serta rempah Mee Bandung Adabi kedalam periuk. Kacau sebentar.
2. Masukkan ayam yang dipotong kiub tadi. Tunggu hingga mendidih dan ayam empuk.
3. Apa bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur kedalam periuk. Masukkan sekali daging yang dihiris dan juga udang.
4. Bila telur dan udang telah masak, tambahkan sedikit garam dan gula. Perasakan.
5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebentar selama 1-2 minit. Matikan api.
6. Hidangkan dan taburkan daun sup/ bawang, tauhu goreng, lada hijau dan limau kasturi. 

7. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba..


kredit : owner

Saturday, May 30, 2015

RESEPI : MEE UDANG




MEE UDANG...
Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. 
Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah ye...
Selamat Mencuba...


Friday, May 29, 2015

RESEPI : PANDAN SLICE CHEESE CAKE




PANDAN SLICE CHEESE CAKE
Jom share resepi  
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
-potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
-kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
-masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
-asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
-didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
-akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.
-glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
-bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
-hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.


Wednesday, May 27, 2015

RESEPI : POPIA KENTANG




Popia Kentang

Resipi : Che CT

Bahan inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk - dibuang kulit dan dilecek halus
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
3 keping daging ayam burger - suhu bilik dan cincang kasar
3 tangkai daun sup - dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging buger yang dicincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api dan gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. Goreng dengan api sederhana panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
6. Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.




Sos Popia :
5 biji cili merah - belah dua buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka 
Secubit garam
gula secukupnya
sedikit air masak - untuk blend

Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender dan kisar halus
2. Boleh juga jika ingin dimasak atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
3. Letak sedikit garam dan gula sesedap rasa, kacau sebentar dan angkat.
4. Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.


kredit : to owner. by search google


Monday, May 25, 2015

RESEPI : AISKRIM MEAL SHAKE & VANILA




RESEPI AISKRIM MEAL SHAKE & VANILA 

Bahan-bahan :
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat (jika tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya :

Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :

1 sudu esp
1 sudu mealshake
8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)

Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.

Dah siap, dan boleh dikeraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 dan seisi keluarga..

*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo

selamat mencuba!!!

Sunday, May 24, 2015

RESEPI : AYAM GORENG SHEILA RUSLY



Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah
 
Resepi Sheila Rusly 
Hari ni nak kongsi resepi ayam kfc home made yang sangat mudah.
Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya!


Saturday, May 23, 2015

RESEPI : BAKSO




Resepi Bakso

•             Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)(Aku guna mee kuning)
•             Taugeh
•             Kobis dihiris halus
•             *UTK BEBOLA
•             400 gm daging cincang
•             2 biji bawang merah diracik halus
•             2 biji bawang putih diracik halus
•             2 sb telur (1/2 biji)
•             1 sk tepung ubi / tepung jagung
•             sedikit serbuk lada sulah n garam
•             *UTK KUAH
•             3 biji bawang merah dihiris
•             * 3 ulas bawang putih
•             *1/2 inci halia
•             *1sk lada sulah biji
•             1 batang serai diketuk
•             1 sb pati daging / pati ayam
•             sedikit serbuk lada sulah
•             garam n perasa
•             Aku add juga rmpah 4sekawan,hihi..

*Utk sambal kicap:aku blend cili padi +kicap ABC+Sos Pedas BERkicap Agromas..



Cara-cara
1.            UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
2.            Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
3.            UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
4.            Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
5.            Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....


Friday, May 22, 2015

RESEPI : BEBOLA BAKSO



resepi bebola bakso

400gm daging-dicincang atau dijadikan paste
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecik lada sulah
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung gandum
1 biji putih telur
garam secukup rasa

cara menyediakannya

1.campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati
2.dalam periuk pula..rebus air bila air dah mendidih bulat2kan doh tadi dan masuk kat dalam air menddih..rebus sehingga timbul dan boleh di angkat..

resepi sup bakso
1 biji biji buah pala}diblender
1 inci lengkuas}diblender
1 inci halia}diblender
1 biji bawang besar}diblender
3 ulas bawang putih}diblender
11/2 sudu lada putih-ditumbuk halus}diblender
1 tangkai kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
2 bji buah pelaga
2 paket perencah atau ciub pati lembu
1 kepal lemak daging
daun sup dan daun bawang
1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
1 sudu makan meegi secukup rasa
minyak untuk menumis

cara menyediakannya
1.panaskan minyak dan tums bahan blender dan kulit kayu mans,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
2.kemudian masukkan lemak daging dan biar sehingga masak..
3.tuangkan air dan biar mendidih selama 5 minit
4.masukkan daun sup dan daun bawang,gula,garam dan meggi secukup rasa dan biar mendidih selama 2 minit..ampa rasa dulu taw..bg secukup rasa..kalu kurang boleh tambah garam atau meegi cukup rasa okey
5.masukkan bebola bakso tadi dan biar mendidih selama 2-3 minit dan boleh tutup api...

bahan-bahan sampingan..
1 paket bihun-dicelur
1 paket mee kuning dicelur
1 batang karrot-di hiris halus
kubis-dihiris halus
bawang goreng
dan daun sup dan daun bawang

resepi sambal bakso
3-4 tangkai cili merah
4-5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sos cili
dan kicap hans ABC 

cara menyediakannya

1,semua bahan direbus(cili merah,cili padi,bawnag besar,bawang putih) dan ditoskan..
2.blander bahan rebus tadi sehingga lumat dan letak dalam 1 bekas
3, bila nak makan baru campur dengan sos cili dan kicap manis



Thursday, May 21, 2015

RESEPI : SEMPERIT SUSU MANIS




Bahan:

125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:


1.            Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
2.            Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
3.            Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
4.            Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
5.            Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

NOTE:

1.            Ku guna susu  pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
2.            Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
3.            Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
4.            Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..


LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...