Showing posts with label SYARIFAH MALAIQA JANNAH. Show all posts
Showing posts with label SYARIFAH MALAIQA JANNAH. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

9 BULAN - SYARIFAH MALAIQA JANNAH




10.11.2014 jannah dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah. terima kasih Allah. semoga membesar dengan jayanya. sihat hendaknya.

dah mula berjalan sebelum masuk 9 bulan lagi. kira-kira 2 minggu sebelum 9 bulan. cepat nya ko nak pandai yer dik. iyelah. jannah nak main kejar-kejar dengan kaka dan abangnya. semangat tinggi.


jannah meniti meja

jannah oo jannah

nak naik tangga

heheh..usaha
 semoga anak - anak ummi dalam lindungan Ilahi

Tuesday, September 9, 2014

SET KEHAMILAN SHAKLEE TERBAIKKKKK




Sepanjang kehamilan yang lepas, sekali pun saya tak pernah ambil asid folic dan obimin dari klinik. 

Bila bagitau doctor saya amalkan vitamin Shaklee, doktor cakap "okaylah kalau macam tu, so tak perlu bagi ubat untuk u ya.."

Dan setiap kali check up pun memang doctor dah maklum. Tak perlu bagi ubat atau vitamin lain, hanya check up je..

Alhamdulillah, Syarifah Malaiqa Jannah membesar dengan sihat, lahir pun sihat dan yang paling geram kulitnya sangat gebu. 

Sampai semua orang akan tanya, ni hasil makan Shaklee ke?

Jika anda sedang mengandung dan berminat berasa bertenaga, tak ada kejang kaki, kurang sakit pinggang dan kulit anak cantik, jom la ambil set kehamilan Shaklee.

Memang berbaloi . semua nya atas ketentuan Allah.

nak mencuba...call / whatsapp 0138290985




Friday, August 1, 2014

SYARIFAH IN DA HOUS



Syarifah ooo syarifah...
srikandi ummi
buah hati ummi
tempat gaduh ummi




Jannah yang reti meniarap....


kakak sulung Syarifah Nurul Sorfina. tolong jaga adik-adik. jangan congek. jangan malas. jangan lambat. buat kerja jangan lambat.




jannah lagi. yang dah reti nak bermain. yang dah reti nak ikut berjalan . yang dah reti nak makan.....


sayang srikandi srikandi ummi.....

Saturday, July 19, 2014

JANNAH DAH 5 BULAN



10.7.2014 jannah dah 5 bulan. dapat injection ubat dari misi kat klinik. nangis sebab kena tahan. lepas cucuk. ok. diam..nasib baik tak demam.

Al-Jannah 


Al-Jannah
 sekarang dah nak belajar duduk. duduk timun kata org tua-tua. sayang jannah.

tak berapa sihat ni. maaf lah ye. kalau entry ni cakap-cakap kosong je...

Monday, June 23, 2014

ANAK-ANAK TAK SIHAT



minggu lepas sorfina demam. thaqif demam dan sakit perut. Allahhuakbar.
selasa sofea kerja half day. afternoon leave. pergi tolong parents berniaga kat stadium negeri. ada match bola sepak. lepas selesai kerja. dan solat zohor. sofea gerak ke rumah parents. jam 1500 petang terus pergi stadium. masa tu hujan dah nak lebat. tolong prepare barang jualan. tetiba hujan lebat diselangi angin kuat dan kilat..

sampai kan khemah untuk jual hampir tumbang..nasib baik sekejap je. kalau tak hancur lah..lepas asar cuaca kembali baik. prepare semuanya. sofea sampai jam 2330 malam kat stadium . lepas tu balik ke rumah . anak-anak memang kat rumah je. suami tak pergi.

balik tu anak-anak macam tak sihat. badan panas membahang. bagi ubat demam.

paginya sofea kena ambil emergency leave. cuti satu hari je. anak-anak demam. takut lah baby jannah jangkit sekali. susah sofea nanti. cuti tahunan tak banyak tinggal. kena simpan untuk apa2 hal nanti.

anak demam bagi ubat. makan bubur nasi.
sampai hari jumaat. demam dah kebah . cuma si thaqif asyik sakit perut. bawak pg jumpa doktor. doktor kata semua ok. yang peliknya asal makan nasi dia muntah. tapi bawak pergi bombay cafe . makan roti canai. ok pulak..hadoiiiii..anak-anak....



Tuesday, June 10, 2014

SYARIFAH MALAIQA JANNAH - 4 BULAN



tengah nak berguling-guling

syarifah malaiqa jannah

S.M.J

S.M.J

S.M.J

hari ni Jannah dah 4 bulan. esok ada temujanji klinik untuk 4 bulan. diharap semuanya ok. ada 2 bulan lagi. sofea akan prepare makanan pertama untuk dia. masih dalam usaha menuntut ilmu dalam penyediaan makanan bayi. insha Allah berjaya.

masih menyusu badan dan campur dengan susu formula. perkembangan terkini jannah. sedang belajar meniarap dan duduk...

Thursday, May 22, 2014

SET TROPIKA UNTUK BAYI ANDA



hari ni sofea nak kongsi pasal set lengkap penjagaan bayi. hari tu sofea ada beli satu set untuk kelengkapan bayi. terutama untuk kembung perut dan ekzema. sofea beli set tropika. ada 4 item dalam satu set tu.


1. krim telon herba 


-Krim ini dirumus dengan ramuan minyak kayu putih halia dan herba tropika dapat membantu melegakan perut kembung dan perut berangin bayi (colics) .
Keistimewaan Krim ini :
*Krim ini tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
*krim mudah meresap serta tidak meleleh @ melekit bila disapu berbanding minyak telon lain
*krim telon herba juga berfungsi mengurangkan masalah batuk dan selsema (sapu krim pada dada dan belakang si manja untuk menghilankan kahak atau phlegm seta bunyi "wheezing"
*sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema
*krim ini HANYA mengandungi bahan-bahan herba tropika yang HALAL dan SUCI serta TIADA unsur ALKOHOLatau seumpamanya 
- 50 g
- RM 39.90 ( SM ) / RM 42.00 ( SS )


2 . minyak kelapa dara - blackcurrent flavour




3. minyak kelapa dara - lavender



Ruam lampin, ruam panas, ruam susu, eczema serta masalah alahan kulit bayi kini boleh dirawat dengan sempurna menggunakan produk Tropika .


4. sabun tropika - lavender





Mandian dan minyak dari bahan asli (natural) utk si manja. Sesuai untuk kulit ekzema, ruam lampin, ruam panas, kulit kepala berkuping (cradle cap), penyakit radang kulit, kulit sensitif serta melebat dan menyihatkan rambut. Sesuai untuk seisi keluarga.


set asas tropika...


sesuai sangat. sofea sudah habis gunakannya. untuk minyak kelapa dara. bagus untuk sapuan pada badan bayi. untuk urut bayi. dan boleh mencegah ruam lampin...selamat mencuba bagi mami-mami yang masih tercari-cari produk yang sesuai tu.

Wednesday, May 21, 2014

100 HARI SUDAHHHHHH



semalam dah genap 100 hari...ehemehem....

diharap semua perancangan berjaya.....

menghitung hariiii

60 HARI



60 hari rasanya. sofea balik rumah parents. berambeh . sebab cuti 3 bulan kan. jadi sofea ambil peluang. nasib lah Jannah tak buat olah. tidur kat bilik belakang.

huhu...sofea train diri sendiri. urus anak-anak, urus rumah , urus suami. huihh..boleh tahan penat. mandikan jannah. hantar dan ambik anak dari sekolah. memasak. mengemas ( yang ni jarang ) , mencuci...

boleh lah tahan penat. harap-harap semuanya dalam kawalan. macam-macam keranah anak. sabar or tak sabar lagi. kena kuatkan iman. kalau tak huhuhuh..sedih lah...malas nak cakap

TEMPOH BERPANTANG



sofea berpantang dalam 45 hari. makanan utama makan nasi , sayur sawi , sayur lobak putih , ikan bilis goreng halia , sup ikan haruan , roti dan air kopi 3 in 1.

makanan lain sofea tak berani nak makan. buah-buahan hanya prune yang sofea makan. ubat untuk dalam pantang. sofea guna set bersalin shaklee dan set bersalin tanamera. semuanya berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. senang nak makan dan guna.

urut semasa dalam pantang. adik ipar yang urut. urusan beri mandi Jannah. adik ipar juga buat. kekadang mak mertua atau mak sedara suami. berbedung,bertungku.

lepas ni nak bersauna. urut pulang hari dah dibuat cukup 45 hari.


pesanan ;

makan ostematrix 4 biji sebelum tidur
kuat minum air kosong
makan zinc agar luka cepat sembuh

DI WAD



selepas bersalin dan semuanya selesai diperiksa. sofea dibawa ke tingkat 5. dalam pagi tu jugak lah. dalam keadaan mamai2. kena pulak nurse carik bed kosong. sebab pihak hospital dah tukar kod untuk letak pesakit. sofea pun dah lupa lah. sofea tukar katil. dan baby pun masih tidur. memang masa ni. sofea betul2 dah tak larat. sakit, ngantuk...nak bawak baby pun. sofea takut...takut jatuh dari tangan...biarlah baby selamat dalam katil dia...


Peringatan untuk diri-sendiri!!!!

kalau ada rezeki melahirkan anak lagi. kena berpesan dengan suami. pasang stokin tangan dan kaki untuk anak. dan paling penting bawak bantal dan tilam bayi. agar bayi rasa selamat dan selesa. hospital kan sejuk...part ni lah sofea terkilan sangat. betul-betul sofea tidak larat nak angkat...


suami dan mak mertua sediakan keperluan sofea. lepas tu dah kena balik ke rumah. kesian kan. sofea sampai ke pagi baru sedar dan segar. itu pun ubat masih kuat. baby kena minum . nurse beri susu. sofea kena check balik. sebelum balik. nasib baik semuanya ok. baby pun ok. balik dalam jam 5 petang.

kali ini sofea berpantang di rumah mertua. adik ipar yang jaga. maslah paling besar nak hadapi masa berpantang. adalah sukar buang air besar. huhuhu..menangis tak keruan dibuatnya. tapi, ianya sebahagian dalam rencah hidup.

tempoh 45 hari berpantang. Jannah tak banyak kerenah. syukur, tahu ummi nya memang sik larat. cuma ada masanya kakak dan abangnya banyak kerenah. ya Allah peliharalah anak-anak ku.

minggu pertama, makan sedikit2 . berlaukkan nasi dan sayur lobak putih dan ikan bilis goreng halia. lepas tu suami cari ikan haruan. pancing sendiri. masak sup haruan.

menu berpantang semuanya sama. sampailah dah habis pantang. sekarang dah nak 3 bulan. kenalah kawal makan. hehehehh

SYARIFAH MALAIQA JANNAH



Alhamdulillah. hampir 3 bulan sudah usianya. dah mula main buih2. macam nak tumbuh gigi. kuat benar menyusu.


syarifah malaiqa jannah

SYARIFAH MALAIQA JANNAH BINTI SYED MUHAMAD HAFIZAN
10.02.2014
0130 PAGI

9 bulan 10 hari dalam kandungan. Allah takdirkan dilahirkan di pagi hari. mula 7 malam sofea dah diarah pergi ke labour room. sofea dah berada di hospital pada 8 feb 2014. awal check-in. sebab dah due. seperti biasa. kena check jantung baby, ve dan segala bagai. ve masih 1 cm. nampak gayanya belum ada tanda nak bersalin. sabtu dan ahad berkampung di hospital. kawan-kawan dalam wad bersilih ganti. sofea dah tak keruan tunggu masa nak bersalin.

9 feb jam 7 malam barulah di bawa ke wad bersalin. terus diarah tukar baju khas untuk bersalin. doktor check tekanan darah, check jantung bayi dan tak lepas ve. 2 cm. lamanya bukaan kali ini. tangan kanan dicucuk untuk isi air rasanya atau ubat untuk beranak. doktor pecahkan ketuban dalam jam 1000 or 11 malam. banyak iar ketuban tumpah. samapi nurse tukar banyak kali kain atas tilam. lepas tu doktor bagi tau akan naikkan dos. dan tanya sofea nak ke ubat tahan sakit. sofea memula cakap tak nak. takut tidur. doktor cakap tak apa , mmg perlu tdo. sebab lama lagi. kira2 8 jam. huishhhh lama lagi lah nak menanggung sakit.

lepas kena ubat tahan sakit. memang terus mamai. suami memang dah bersama dalam bilik bersalin. so, dia nak kena balik. sebab lama lagi kan. jadi bagi dia balik. rasanya tak lama. selang 2 jam sofea dah bersalin dengan selamatnya. sofea call suami pun dalam keadaan mamai sangat-sangat.

nampak baby pun samar2. lepas baby kena mandi. sofea diurus terus oleh doktor. mcm-mcm ada. lucu ada, geram ada,sakit lagi lah. tapi perasaan bahagia yang paling tinggi. dapat jugak lahirkan zuriat buat kali ke-3 dengan pengalaman yang berbeza. subhanallah.

lepas semua selesai. suami datang. anak pun dah dalam pelukan......rehat >>>>>>>>>>>>

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...