Tuesday, January 15, 2013

TANDA-TANDA KEHAMILAN - versi 1

Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini.

hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti ada yang nak tahu kan, tanda-tanda kita hamil. jadi , sofea ingin sharekan bersama tanda-tanda kehamilan. terutama bagi yang merancang untuk hamil serta  yang belum ada rezeki untuk hamil.

di bawah ini sofea tuliskan sebahagian ilmu pengetahuan sofea. sofea pun masih study mudy lagi. waima dah ada anak 2. heheheh

tanda-tanda hamil


1. Perubahan ketara pada mood
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.

3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.

4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.

5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.

6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.

8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.

9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.

10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.

11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.

12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.


buat masa ini. sofea masih dalam tempoh merancang. diharap nanti sofea dapat merasa lagi salah satu tanda kehamilan ini.

kekadang lambat datang bulan pun, belum tentu tandanya kita hamil. itu sebab pentingnya pregnancy kit dalam simpanan. dan setiap wanita berbeza pengalaman dan pembawaannya.

kredit ilmu : www.mamamurai.com

25 comments:

  1. sy nk Tanya... sejak kebelakangan ini sy selalu mengalami keletihan yg melampau..buat kerja sikit, letih mengalahkan kerja 9 jam...payudara rasa sakit sikit2, perut sakit mcm nk dtg period..tp yg menjd kemusykilan, sy lewat period..lebih seminggu...hari ni sy try buat p.test, naik 2 line..Line C - terang manakala Line T - agar pudar sikit. sy belom pergi berjumpa dgn doktor...Adakah itu tanda sy pregnant?

    ReplyDelete
  2. boleh test seminggu lagi. kalau ikut tanda-tanda puan, seperti simpton2 mengandung. insha Allah.

    ReplyDelete
  3. Adik ipar saya ada cuba test.satu line terang.n satu lagi kabur...sy dulu masa test mcm tu jugak..g cek doktor sah kata ngandung...dia sakit pinggang..sakit payudara..jadi lalu makan..n satu lagi keluar cecair coklat...adakah dia ngandung....


    ReplyDelete
  4. Angah , kalau ikut tanda2 macam tu . memang pregnant. sofea pregnant no 2 dulu. ada jugak bleeding. 1 minggu . tapi doktor suruh rehat. ambik masa seminggu untuk test lagi

    ReplyDelete
  5. Kalau dah check p.test 3 kali result negatif,tapi period blm dtg?

    ReplyDelete
  6. tggu lagi seminggu. macam saya jugak. dan berdoalah.

    ReplyDelete
  7. sy ada tanda2 kehamilan tp blom buat test lg.. mcm awal sgt pulak nk buat test.. lately sy kerap rasa tekak payau.. ada sesetgh bau bleh wat sy rasa loya.. kerap buang air kecil & sembelit.. sakit kt bahagian bwh ari2.. & yg plg x tahan sensitif yg teramatlah dasyat.. kdg2 xde ape2 jd pun sy rasa sedih tetibe.. huhu

    ReplyDelete
  8. anony...pergilah buat checkup. tahniah kalau hamil

    ReplyDelete
  9. Salam, sy huda, sy nk tau la, ade ke kemungkinan seseorang mengandung tp xde keluar ape2 bleeding. Tp tanda2 tu ade..belum cek lg, tp just nk tau jek
    ..terima kasih

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam.
    tak faham soalan. mengandung? tp xde bleeding.
    biasanya kalau mengandung. +ve. in case ada bleeding sedikit atau banyak. kena refer dengan doc. mcm kes saya dulu. doc beri rehat seminggu. sbb kandungan belum kuat lagi.

    terima kasih

    ReplyDelete
  11. hm,xpham la kdang2 tu,sye bru2 ni period lwat 3ary,sblom ni normal je,pas2 mlm 2 kua stompok drah coklat,xda lendir ap pon,ingt peyed,esok 2 xkua pape pon,dua hari gk xda pape,tup2 kua peyed. .dlm 3ary gk,xbyk. .pastu dlm 3 ari pas2 xkua pape,ingt hbs peyed dh,sye pon bsma suami la. .ish la. .blh plak kua stompok drh,knpa ye?xbrani nk g check,

    ReplyDelete
  12. Ano;
    baik pergi check. mayb hormon tak stabil. kalau boleh dalam tempoh 15 hari. tengok darah tu betul2 bersih ke tidak. kalau lebih 15 hari. mayb darah sakit. pergi lah jumpa doktor dan bidan .

    ReplyDelete
  13. Salam .sy nak tanya ,saya ad buat test pgnt naik 2 line tpi y satu lg kabur.tpi period belum tiba lg.adkah tanda pgnt @ tanda nk dtg period cmfius.

    ReplyDelete
  14. Salam sy nk tya.sy ada bt test pgnt naik 2 line tpi y satu 2 kabur.tpi period sy 2 hari lg akan dtg.adkah 2 tanda pgnt @ nk dtg period.i vry comfius.

    ReplyDelete
  15. Siti Aisyah;
    sebolehnya tunggu tempoh period dulu. kalau lambat seminggu boleh lah bt test lagi. sebab sofea buat test pun banyak kali. selepas period bulan pertama. selang masa kesuburan. dan sebelum tarikh period setrusnya. sofea test lagi. insya Allah. ada rezeki buat siti.

    ReplyDelete
  16. salam sy nk tnya, sy dh lewat period nk dkt 3minggu, dh try wat upt test dh 3kali tp still -ve. tp sy selalu pening kepala, kerap buang air kecil dan kdg2 sakit di bhgn bwh ari2. adakah sy pregnant or hormon x stabil?

    ReplyDelete
  17. salamm..saya nk tnya..dh 4ari sakit pinggang bdn tiba2 jea dmam.,kejap naik pnas.kejap kebah,,perut rase kram..hari2 loya,,pale kdg2 pening,,tp upt ngtif,sy ada 1 prob,,sy baru 8bln operet cyst..xtau nk buat apa

    ReplyDelete
  18. assalammualiakum sis..cam ne erk,bln nh lwt 4ari dtg period..sye ingt normal bg org bwu kawin..ade jgk separuh tnda2 cam yg sis bg 2..mgu lps trase skt sanat kat bhgn bawah perut..sebelah kiri btl2 bawah perut kiri,so sye pn buat upt mmg ade 2 line tp grsn bwh 2 warnanye x merah cam yg ats.sebab grsn 2 x merah sye pn wt kptsn nk wat upt mgu dpn,,tp dsebabkn x thn sakit..mlm td sye wat grsn ade stu jerk..mgnkn sebab upt jns murah,,atau ade benda yg x kene..papepn nk g kinik jgk lusa nk check..law ade alhamdulilah..thx sis..

    ReplyDelete
  19. Anony;
    mun rasa sakit berlarutan dan ada tanda-tanda mcm kat atas ya. beter refer dengan doktor.
    semoga Allah murahkan rezeki dgn kitak

    ReplyDelete
  20. sy adriana, nk bertanya... baru2 ni payudara kerap sakit.. nak2 lg apabila tersentuh... nyeri... dan dlm mggu ni ad darah seakan coklat keluar bila bersama suami... adakah ini tanda2 awal kehamilan??

    ReplyDelete
  21. tanda-tanda prengnat. kalau lambat period. kalau payudara bengkak. mungkin salah satu tanda period jugak. buat upt test. atau jumpa dengan doktor.

    terima kasih

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sis sya nk tnye saya dah 2 minggu sakit payudara bengkak n sensitif sagt , kerap rase lelah n penat , loya n muntah pada mknan yg sya suke nasi pon dah xleh mkn ,pening berpanjangan dah sminggu lebih ,tibe2 je rase nk nngis hati gelisah sgt , bdan xselese..smlm kuar tompok cokelat , ari ni ade sikit due peyek lagi 2 ari .. adakah sya prenen ?/

    ReplyDelete
  23. Nak tnye klu pyed dh lewat and then tiba2 ade kluar putih btompok2 bnyk cm susu..knpe ye?bdan lemas smcm je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Law period dh lewt 3 minggu..pas tu kua darah wrne coklat..pas tu sakit kt ari-ari.adkh hamil?

      Delete
  24. Nk tnye.law period dh lewt 3 minggu.pas 2 kua darah wrne coklat..pas 2 sakit kt ari-ari.adakh hamil?

    ReplyDelete

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...