Wednesday, May 28, 2014

LAGI KES DERA KANAK-KANAK



baru tadi sofea baca kisah kes dera kanak-kanak.

tajuk besar " Kanak-kanak lelaki 6 tahun didera sampai mati oleh ibu "


sampainya hati pukul anak sampai mati. anak tu anugerah dari Allah untuk kita. kita yang mencorakkan mereka. dah penat kita kandungkan serta melahirkannya. takkan lah tergamak nak bunuh. kalau pukul-pukul manja taklah sampai mati budak tu.

sofea peringatkan diri. sofea jugak baran orangnya. anak-anak ni. kalau nakal sampai tak hengat. tapi tu lah. zaman sofea dulu. nakal-nakal memang kena tibai oleh emak . tali pinggang , rotan. itupun memang salah sendiri kan.

budak 6 tahun . masa mereka untuk kenal erti dunia. masih tercari-cari nikmat hidup sebagai kanak-kanak. sofea memang garang dengan anak-anak. kalau degil sofea bising membebel. tak dengar jugak. sofea cubit . tak dengar jugak sofea pukul. tapi sofea harap janganlah selalu. bagi sofea, anak-anak usia 6 tahun ke bawah. masih perlukan bimbingan dan kasih sayang. perhatian lebih kepada anak kecil yang masih bayi.

sofea ada anak 6 tahun , 4 tahun dan 3 bulan.
 ya!!!! anak-anak memang pelbagai perangai, ragam,nakal, macam-macam lah.

peringatan lagi lagi lagi untuk diri sofea. anak nangis sofea takkan rapatkan diri. sebab anak sulung sofea kalau nangis tak reti nak berhenti. lain peel anak kedua. sofea tak nak rapat sebab sofea tak boleh nak rapat.
harap sofea mampu mendidik anak-anak sofea. menjaga mereka. dan pastinya menyangi mereka.


jangan pukul anak lebih had !!!
jangan marah anak lebih had !!!
kawal amarah !!!!
istighfar kalau amarah meninggi !!!

CHOICE SUPER MALL DAN E-MART MATANG



hari ni sofea nak cerita sikit pasal tabiat shopping sofea kalau tiba payday time. sebelum shoping, sofea akan setel yang penting dulu. bila dah setel. mulalah nak list apa yang patut dibeli. kalau ada tambahan kena bagi star. shopping keperluan rumah. dari barang anak-anak , makanan , hinggalah barang dapur. sofea ada 2 pilihan tempat feveret nak shopping. choice super mall dekat jalan sultan tengah. dan e-mart di matang.

kalau choice super mall. sofea suka sebab parking tak susah, barang senang nak carik. cuma agak %$#*&^ harga barangnya. kalau emart parking halahaiiiii. kalau time sale. memang crowded. tapi matang ni banyak choice kedainya. boleh siap beli makanan basah kat luar.


shopping barang anak-anak seperti pampers , susu , roti , makanan lain.

shopping barang-barang lain jugak.

bila dah selesai menyopping ni. ikut budget, barulah lega. kekadang ada jugak terlebih budget. ni dah nak masuk bulan ramadhan. semoga tak terus over budget.

OAT CHOCO



semalam secara tak langsung. adik sofea beli oat choco yang sofea memang tengah cari. banyak post dalam fb bagitahu sedap. sebenarnya bukan dalam list yang sofea suruh beli. sofea suruh adik beli popia dan susu sumex. tup tup dia belikan oat choco ni. lepas satu kepayahan sofea nak mencari nya.





Oat chocolate choco - twin fish


  • whole grain goodness
  • balance cholesterol naturally
  • rich in fiber






BISNES SHAKLEE DI TAMAN SUKMA DAN KUCHING



Assalamualaikum semua. sofea nak share sikit pasal bisnes Shaklee ni. sofea dah mula terlibat sejak 2012 kalau tak silap. sekarang sofea kiranya nak aktif balik. ye lah. setiap bisnes nak kena ada modal. selain modal , kena beli produk buat ready stock. lepas tu nak kena promote lagi.

rasanya sofea kena mula balik dari zero. tak pe. kenalah slow-slow. sofea nak carik pelanggan yang nak beli produk. target pelanggan. lepas tu nak ajak jadi ahli. kalau dah jadi ahli , senang. diorang boleh beli terus dengan harga ahli.

perancangan kena dari mula lah. dari A dulu.


  1. modal
  2. beli produk untuk ready stock
  3. kena cari target ( customer )
  4. kena cari ahli
  5. buat promosi di FB page
  6. buat banner / flyers
  7. usaha usaha usaha
ok lah harapan sofea. semoga berjaya. " ada gula adalah semut "

berminat nak jadi ahli Shaklee?

nak order produk Shaklee dan konsultansi percuma ?

boleh lah hubungi sofea atau add fb akaun Sofea Jali atau like my FB page Ummi sya-eid




terima kasih

6 PCS SET KNIFE KITCHEN KING



hari ini sofea nak share pasal set pisau dapur. kitchen king brand. sofea jual. kalau nak boleh call sofea 0138290985.

ready stok !!!!


ready stock


warna ungu


warna merah


wajah hadapan


warna hijau

description ;


  • tajam
  • corak yang menarik
  • anti bacteria coating
  • stainless steel ( heavy duty )
  • ceramic coating ( pengupas buah )
  • didatangkan dengan kotak
  • sesuai dijadikan hadiah dan kegunaan harian
  • 3 warna pilihan --- merah / hijau / ungu

Monday, May 26, 2014

3 BERADIK SYA-EID



semalam tak ke mana-mana. sebab, sofea malas nak keluar. tambahan pulak kena kemas rumah my parents. hukhuk macam tongkang pecah. since my parents masih kat sebuyau. dari jam 0700 pagi. bangkit dari tempat tidur. hinggalah ke tengah hari. baru lah dapat rehat.

sapu sampah, lap lantai , cuci pinggan mangkuk , cuci kain baju , sidai baju , masak. wahhhhh very de penat mak. suami yang tolong jagakan anak-anak dulu. selang tu sediakan nescafe utk beliau minum. dan sediakan apa lauk yang ada untuk santapan. sofea hanya minum dan cuit-cuti sedikit makanan. after zohor suami ikut kawan dia. rezeki dapat beli ikan parek 15 kg = rm 50.00.

tajuk lain cerita lain..hehehe biasalah tu. intro sikit. 3 beradik yang macam-macam ragam. hari sebelumnya sofea pergi bawak dioarang jenjalan sekejap. lepas tu pergi MJC batu kawa ada clearence stock dekat one stop . 30% to 50%. borong beli barang mainan. baru main dah banyak yang hilang. masing-masing dengan rencah rasanya. al-jannah masuk bulan jun dah 4 bulan..ada 2 bulan lagi. nanti ummi masak bubur sedap-sedap k. dan pastinya yang berkhasiat, insha Allah nanti leh kongsi untuk pembaca.  harap-harap ada pembaca lah ye...


3 beradik sya-eid . anak-anak ummi yang sentiasa ummi sayangi...


syarifah malaiqa jannah 3 bulan++



semoga bahagia till jannah


abang sayang adik


semoga sofea terus diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menjaga, mendidik, memberi ilmu duni dan akhirat untuk anak-anak ummi ini. ummi perlu juga SABAR.....

Friday, May 23, 2014

APA KEUTAMAAN ANDA



hari ni macam fening je...ye lah. keperluan bercanggah. luah mati emak telan mati bapak...huaaaa...tapi bila fikir balik. kena tenang dulu. jangan bagi diri stresss. insha Allah. mohon bantuan dari Allah. agar semuanya mudah.

mak dan bapak pergi berniaga di kampung sebuyau. hari ini hingga ahad. ada regata. jadinya. mereka berdua sahaja yang uruskan niaga. nak jual itu. nak buat ini. haiiii kasihan lah. sofea pulak dah ada program sendiri. dari malam tadi dok pikir, mcm mana lah nak tolong parents ni.

so, pagi tadi call adik. jadi ke adik bongsu nak pergi sebuyau. dia cakap jadi. sofea tanya. guna apa? guna van tambang. tanya adik, ko dapat ke pergi kalau esok. dapat. tapi rumah kosong lah. aiiiyoooo. payah lah kalau tinggal rumah kosong lelama. buka leh caya org keliling. baru 2-3 hari lepas coldman bapak hilang. sadisss betul..adik bongsu nak pergi hari ini. adik pulak hanya dapat pergi sabtu. rondeng punya rondeng. adik mintak tolong kawan dia. cover di. okay. done. keputusannya. adik dan adik bongsu pergi. nak kena teman adik. sebab tolong jaga anak adik. adik kena drive sendiri. baru je tadi gerak. semoga selamat sampai.

adik lelaki tak dapat cuti. kalau tukar shift dia dapat. apa-apa je lah. yang sofea tahu. sofea kena jenguk rumah. memastikan semuanya dalam lindungan Allah...susah hati lah...

keutaman di sini adalah program sendiri. yang hanya Allah saja yang tahu....hehehehehe..

thank Allah....tolong jaga rumah my parents...susah hati ini....

CONTENG ...JANGAN TAK MENCONTENG



tempoh berpantang lalu. pengalaman sofea yang pertama kali dalam hidup..hahaha. menyusukan anak. jangan terkejut. walaupun dah beranak 3. inilah kali pertama sofea berjaya susukan anak. anak sulung dan kedua. sofia pernah usahakan. tapi , kekuatan tidak ada. maksud sofea. kesakitan yang dihidap lebih hazab dari memikirkan untuk menyusu anak.

lain-lain pengalaman setiap ibu yang bersalin. ada yang mudah dan ada jugak yang payah. sakit tetap sakit. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa sofea. untuk julung kalinya. sofea mampu lakukannya. itupun atas usaha , doa dan tawakal dari sofea , suami dan famili.

usaha untuk pelajari cara menyusu bayi dengan betul. usaha nak bagi air susu meriah. berbalik pasal conteng tu. al-kisahnya mengenai penyusuan bayi. bak kata orang sarawak. pa coba nyonteng. macam yalah bunyi nya. jadi, sofea mintak tolong mak sedara suami yang memang ada kat rumah famili. "nyonteng: my "B".
adalah doa beliau guna. Alhamdulillah. berkat doa. lancar air susu turun. hari tu ada jugak mengurut nya. takut urat tersimpul or tersumbat.

selain tu jugak, sofea banyak minum air. makan makanan yang boleh hasilkan susu. serta sofea jugak ambil supplement. terutama set penyusuan Shaklee. berkesan. yang penting konsisten makan supplement. dan jangan kurang minum air kosong.

itulah ceritanya pasala conteng menconteng ni....kalau ada sesapa berminat nak try set penyusuan tu. boleh add fb atau like my page....

Thursday, May 22, 2014

TANAMERA LAGI...



sofea hari tu guna set bersalin Tanamera. mesra dan mudah untuk diguna.






SET TROPIKA UNTUK BAYI ANDA



hari ni sofea nak kongsi pasal set lengkap penjagaan bayi. hari tu sofea ada beli satu set untuk kelengkapan bayi. terutama untuk kembung perut dan ekzema. sofea beli set tropika. ada 4 item dalam satu set tu.


1. krim telon herba 


-Krim ini dirumus dengan ramuan minyak kayu putih halia dan herba tropika dapat membantu melegakan perut kembung dan perut berangin bayi (colics) .
Keistimewaan Krim ini :
*Krim ini tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
*krim mudah meresap serta tidak meleleh @ melekit bila disapu berbanding minyak telon lain
*krim telon herba juga berfungsi mengurangkan masalah batuk dan selsema (sapu krim pada dada dan belakang si manja untuk menghilankan kahak atau phlegm seta bunyi "wheezing"
*sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema
*krim ini HANYA mengandungi bahan-bahan herba tropika yang HALAL dan SUCI serta TIADA unsur ALKOHOLatau seumpamanya 
- 50 g
- RM 39.90 ( SM ) / RM 42.00 ( SS )


2 . minyak kelapa dara - blackcurrent flavour




3. minyak kelapa dara - lavender



Ruam lampin, ruam panas, ruam susu, eczema serta masalah alahan kulit bayi kini boleh dirawat dengan sempurna menggunakan produk Tropika .


4. sabun tropika - lavender





Mandian dan minyak dari bahan asli (natural) utk si manja. Sesuai untuk kulit ekzema, ruam lampin, ruam panas, kulit kepala berkuping (cradle cap), penyakit radang kulit, kulit sensitif serta melebat dan menyihatkan rambut. Sesuai untuk seisi keluarga.


set asas tropika...


sesuai sangat. sofea sudah habis gunakannya. untuk minyak kelapa dara. bagus untuk sapuan pada badan bayi. untuk urut bayi. dan boleh mencegah ruam lampin...selamat mencuba bagi mami-mami yang masih tercari-cari produk yang sesuai tu.

Wednesday, May 21, 2014

100 HARI SUDAHHHHHH



semalam dah genap 100 hari...ehemehem....

diharap semua perancangan berjaya.....

menghitung hariiii

60 HARI



60 hari rasanya. sofea balik rumah parents. berambeh . sebab cuti 3 bulan kan. jadi sofea ambil peluang. nasib lah Jannah tak buat olah. tidur kat bilik belakang.

huhu...sofea train diri sendiri. urus anak-anak, urus rumah , urus suami. huihh..boleh tahan penat. mandikan jannah. hantar dan ambik anak dari sekolah. memasak. mengemas ( yang ni jarang ) , mencuci...

boleh lah tahan penat. harap-harap semuanya dalam kawalan. macam-macam keranah anak. sabar or tak sabar lagi. kena kuatkan iman. kalau tak huhuhuh..sedih lah...malas nak cakap

TEMPOH BERPANTANG



sofea berpantang dalam 45 hari. makanan utama makan nasi , sayur sawi , sayur lobak putih , ikan bilis goreng halia , sup ikan haruan , roti dan air kopi 3 in 1.

makanan lain sofea tak berani nak makan. buah-buahan hanya prune yang sofea makan. ubat untuk dalam pantang. sofea guna set bersalin shaklee dan set bersalin tanamera. semuanya berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. senang nak makan dan guna.

urut semasa dalam pantang. adik ipar yang urut. urusan beri mandi Jannah. adik ipar juga buat. kekadang mak mertua atau mak sedara suami. berbedung,bertungku.

lepas ni nak bersauna. urut pulang hari dah dibuat cukup 45 hari.


pesanan ;

makan ostematrix 4 biji sebelum tidur
kuat minum air kosong
makan zinc agar luka cepat sembuh

DI WAD



selepas bersalin dan semuanya selesai diperiksa. sofea dibawa ke tingkat 5. dalam pagi tu jugak lah. dalam keadaan mamai2. kena pulak nurse carik bed kosong. sebab pihak hospital dah tukar kod untuk letak pesakit. sofea pun dah lupa lah. sofea tukar katil. dan baby pun masih tidur. memang masa ni. sofea betul2 dah tak larat. sakit, ngantuk...nak bawak baby pun. sofea takut...takut jatuh dari tangan...biarlah baby selamat dalam katil dia...


Peringatan untuk diri-sendiri!!!!

kalau ada rezeki melahirkan anak lagi. kena berpesan dengan suami. pasang stokin tangan dan kaki untuk anak. dan paling penting bawak bantal dan tilam bayi. agar bayi rasa selamat dan selesa. hospital kan sejuk...part ni lah sofea terkilan sangat. betul-betul sofea tidak larat nak angkat...


suami dan mak mertua sediakan keperluan sofea. lepas tu dah kena balik ke rumah. kesian kan. sofea sampai ke pagi baru sedar dan segar. itu pun ubat masih kuat. baby kena minum . nurse beri susu. sofea kena check balik. sebelum balik. nasib baik semuanya ok. baby pun ok. balik dalam jam 5 petang.

kali ini sofea berpantang di rumah mertua. adik ipar yang jaga. maslah paling besar nak hadapi masa berpantang. adalah sukar buang air besar. huhuhu..menangis tak keruan dibuatnya. tapi, ianya sebahagian dalam rencah hidup.

tempoh 45 hari berpantang. Jannah tak banyak kerenah. syukur, tahu ummi nya memang sik larat. cuma ada masanya kakak dan abangnya banyak kerenah. ya Allah peliharalah anak-anak ku.

minggu pertama, makan sedikit2 . berlaukkan nasi dan sayur lobak putih dan ikan bilis goreng halia. lepas tu suami cari ikan haruan. pancing sendiri. masak sup haruan.

menu berpantang semuanya sama. sampailah dah habis pantang. sekarang dah nak 3 bulan. kenalah kawal makan. hehehehh

SYARIFAH MALAIQA JANNAH



Alhamdulillah. hampir 3 bulan sudah usianya. dah mula main buih2. macam nak tumbuh gigi. kuat benar menyusu.


syarifah malaiqa jannah

SYARIFAH MALAIQA JANNAH BINTI SYED MUHAMAD HAFIZAN
10.02.2014
0130 PAGI

9 bulan 10 hari dalam kandungan. Allah takdirkan dilahirkan di pagi hari. mula 7 malam sofea dah diarah pergi ke labour room. sofea dah berada di hospital pada 8 feb 2014. awal check-in. sebab dah due. seperti biasa. kena check jantung baby, ve dan segala bagai. ve masih 1 cm. nampak gayanya belum ada tanda nak bersalin. sabtu dan ahad berkampung di hospital. kawan-kawan dalam wad bersilih ganti. sofea dah tak keruan tunggu masa nak bersalin.

9 feb jam 7 malam barulah di bawa ke wad bersalin. terus diarah tukar baju khas untuk bersalin. doktor check tekanan darah, check jantung bayi dan tak lepas ve. 2 cm. lamanya bukaan kali ini. tangan kanan dicucuk untuk isi air rasanya atau ubat untuk beranak. doktor pecahkan ketuban dalam jam 1000 or 11 malam. banyak iar ketuban tumpah. samapi nurse tukar banyak kali kain atas tilam. lepas tu doktor bagi tau akan naikkan dos. dan tanya sofea nak ke ubat tahan sakit. sofea memula cakap tak nak. takut tidur. doktor cakap tak apa , mmg perlu tdo. sebab lama lagi. kira2 8 jam. huishhhh lama lagi lah nak menanggung sakit.

lepas kena ubat tahan sakit. memang terus mamai. suami memang dah bersama dalam bilik bersalin. so, dia nak kena balik. sebab lama lagi kan. jadi bagi dia balik. rasanya tak lama. selang 2 jam sofea dah bersalin dengan selamatnya. sofea call suami pun dalam keadaan mamai sangat-sangat.

nampak baby pun samar2. lepas baby kena mandi. sofea diurus terus oleh doktor. mcm-mcm ada. lucu ada, geram ada,sakit lagi lah. tapi perasaan bahagia yang paling tinggi. dapat jugak lahirkan zuriat buat kali ke-3 dengan pengalaman yang berbeza. subhanallah.

lepas semua selesai. suami datang. anak pun dah dalam pelukan......rehat >>>>>>>>>>>>

SAKIT LAGI GIGI...TERUS CABUT



selang minggu lepas. sofea dah kena serang sakit gigi. gigi berlubang. tinggal separuh lagi. semalaman kena tahan sakit. terus sofea makan pil tahan sakit. jadinya, sofea decide nak cabut gigi keesokan harinya.

lepas hantar anak ke sekolah. terus pergi Klinik Hanipah. kawasan petra jaya. sofea suka pergi ke klinik ni. sebab doktornya lembut je. tak kasar. tup2 dah dicabut gigi.

kali ni kena serang sakit gigi lagi. haishhh. banyaknya gigi berlubang ni. kalau asyik sakit. memang kena cabut lagi. tak tahan tanggung derita. boleh ganggu emosi. harap2 masih dalam kawalan lah

KEMBALI BERTUGAS



Assalamualaikum kalian semua. hari ni sofea dah mula bertugas. selepas bercuti 3 bulan . itupun ada 6 hari sofea dikehendaki bertugas untuk mengganti staf yang bercuti. nampak gayanya sofea tengah pening kepala ni. ye lah dah lama kepala ni fikir kerja rumah je. sekarang nak kena refresh balik.

hari pertama turun kerja. ingatkan awal bangun. rupanya lewat jam 6 pagi baru tersedar. haishhh. kemalasan melanda. mengantuk . bangun pagi selang 2 jam susukan si Jannah. macam biasa. bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi. lepas tu sediakan minuman suami dan bekalan untuk anak.

si jannah awal-awal pagi dah bangun...hehehe...hari ni ummi pergi kerja ya sayang. malam baru kita jumpa...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...