Showing posts with label INFO BAYI. Show all posts
Showing posts with label INFO BAYI. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

OMEGA SHAKLEE : UNTUK ANDA DAN ANAK ANDA




Anak cerdik Dengan Omega. Ibu slim dengan OMEGA.


Omega mengandungi DHA dan EPA . Bagus untuk perkembangan otak.

Ibu mengandung dan menyusu digalakkan mengambil omega supaya anak dapat khasiat minyak ikan ini. Siapalah yang tak nak anak yang cerdik pandai kan? malah ibu menyusu dan mengandung boleh mengawal pemakanan .

Omega boleh diambil oleh ibu hamil seawal trisemester kedua kandungan. selain bagus untuk perkembangan IQ bayi anda. Ia juga dapat membantu ibu supaya berat badan tak naik mendadak.


Omega Guard

RP : RM  145.00

harga TERBAIK dari saya untuk anda. KONSULTANSI percuma untuk CUSTOMER saya sahaja.

Whatsapp sofea @ 013.829.0985
Whatsapp sofea @ 013.829.0985
Whatsapp sofea @ 013.829.0985

Sunday, September 14, 2014

BAWANG PUTIH UNTUK ANAK ANDA




sebagai parents, mesti kita bimbang dan risau. bila anak-anak kena selesema , demam dan batuk. lagi-lagi yang demam tu. anak kecil kita. yang umurnya di bawah 1 tahun.

ok . kat sini sofea nak kongsi satu petua. untuk diamalkan. semoga berjaya.

Khasiat bawang putih ;


  • anak - anak batuk dan selesema ? jom cuba petua ini.
  • minyak bawang putih  ;

  1. ambil seulas bawang putih.
  2. jangan dikupas kulitnya
  3. panggang atas dapur hingga masak dan hitam kulitnya. ( cucuk dengan garpu )
  4. lenyekkan.
  5. campur dengan minyak zaitun atau minyak kelapa.
  6. sapu di dada , tengah belakang dan tapak kaki.

insha Allah anak akan kembali sembuh. semoga mencuba....




#sayajualSHAKLEE
#SID908472
#call/WA0138290985

Monday, September 8, 2014

JANGAN BERI BOTOL SUSU DI AWAL KELAHIRAN




~ Tips Penyusuan 

Antara punca kegagalan ibu-ibu muda dalam penyusuan ialah memberikan botol susu seawal kelahiran.

Penerimaan botol, menyebabkan bayi keliru puting, seterusnya menolak untuk menyusu secara terus pada payudara ibu.


Jadi, elakkan penggunaan botol pada minggu-minggu pertama kelahiran, dan enjoy saat-saat indah penyusuan anda bersama si manja..

Monday, May 13, 2013

KIRAAN WAKTU SUBUR 1




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Kali ini sofea nak kongsi sedikit ilmu. cara kira waktu ovulasi. kiranya waktu persenyawaan berlaku. sofea sebenarnya tidaklah mahir sangat. tapi, bila dah 2 anak ni. baru tergerak hati nak belajar mengira waktu subur. sebelum ni. tak terfikir pun. jadi, untuk nak ambik senang sofea guna kalkulator ovulasi yang dah tersedia di majalah Pa & Ma online. so , kita cuma klik je. akan keluar kalkulatornya.

seperti ini ;




masukkan kitaran haid anda. biasanya 28 hari. selepas itu , isi tarikh hari pertama pada kali terakhir haid. dan klik kira button. akan dapat tarikh ovulasi.



jadi tarikh ovulasi sofea ( waktu subur ) seperti dalam kiraan.

cara ni agak mudah. nanti sofea kongsi pulak cara yang lain.


sofea tengah belajar mengira. anak dah 2 baru ada hati nak kira-mengira ni...

Wednesday, April 24, 2013

INSIDE PREGNANCY : LABOR AND BIRTH


Assalmualaikum dan salam sejahtera..

sofea nak kongsikan sikit pasal proses kelahiran bayi. sila-silah klik video link kat bawah ni.

atau boleh terus ke website ini --- http://www.babycenter.com


selamat menonton ;                http://bcove.me/jq8v5xur

Tuesday, August 14, 2012

Persiapan untuk Bayi - Ahli Baru - Bakal Tiba

persiapan barangan bayi
huhuhu..tajuk entry macamlah sofea yang mengandung. Ada niat ke arah itu. Tapi, kena hold-on dulu ek..utamakan yang perlu dulu..insya Allah selepas menduduki rumah baru nanti..doakan sofea k.

dalam beberapa hari lagi,insya Allah kalau dah janjiNYA. adik suami bakal melahirkan anaknya yang pertama. jantina belum lagi diketahui. Tidak kira apa saja jantina, doa kupanjatkan agar semuanya Allah permudahkan. Tahun 2012 ini, mertuaku bakal menimang cucu sebanyak 3 orang. iaitu dari adik suami ku yang pertama, adik ipar suamiku dan adik perempuan suamiku yang baru saja berkahwin tahun ini jugak. Suami sofea ni banyak adik perempuan. suami sofea pulak yang sulung. yang bongsu lelaki. 5 perempuan 3 lelaki. adik lelaki no 3 dah kahwen dan bakal menimang cahaya mata yang ke-4. yang baru kawen tu no 5.rezeki , bunting pelamin.

Al-hamdulillah..huhuhu jeles pun ado. ( tp takpe,ALLAH MAHA PEMURAH )..nak diceritakan kalau dulu sofea akan sediakan barang-barang untuk ahli baru seperti ;

baju
sarung tangan/kaki
topi/pentup kepala
pampers / kain lampin
tisu basah / spray
kain bedung / kain balut
minyak telon/minyak rempah/minyak hangat ( untuk elak bayi kembung perut )
set tilam
selimut bayi

untuk ibunya nanti sofea cerita kemudian k. sofea ada ambil gambar barang2 untuk bayi.



kain lampin ANAKKU - tahan jenis kainnya


pampers pakai buang

tisu basah

set ANAKKU - lotion,mandian,powder,

baju dan sarung tangan kaki


p/s : ada banyak lagi barang-barang bayi yang kita kena beli. lebih-lebih lagi yang baru punya anak.

Wednesday, August 3, 2011

Mengepam pastikan stok susu mencukupi


RAMAI ibu mengakui cabaran paling besar selepas melahirkan anak apabila terpaksa menyambung kerja dan pada masa sama, menyusukan bayi mereka.
>>Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Ada di antaranya mempunyai semangat tinggi ingin menyusukan anak secara eksklusif, tetapi akhirnya terpaksa menyerah kalah lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai teknik penyimpanan susu ibu, ada juga terpaksa mencampurkannya dengan susu formula kerana kekurangan susu.

Bagi Nurul Zafifah Mohd Sahri, 30, kejayaan menyusukan dua anak Muhammad Dhia’ul Hafeez Diauddin, 3, secara eksklusif selama dua tahun tiga bulan adalah pengalaman paling berharga. Apa yang menguatkan semangatnya adalah dorongan daripada suami, Diauddin Mustajid, 32, yang meminta supaya dia menyusukan anak sepenuhnya sejak mengandungkan Hafeez lagi.
“Ketika mengandungkan anak pertama saya langsung tidak terfikir untuk menyusukan bayi sepenuhnya, tetapi apabila suami meminta supayamemberikan susu ibu kepada anak, saya terus mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang susuibu.com mengenai penyusuan dan penyimpanan susu ibu,” katanya.

Menurutnya, cabaran menyusukan anak bermula apabila dia mula bekerja dan tidak membuat simpanan susu yang banyak.

“Apabila bekerja saya hanya mampu mengumpul 10 botol saja dan ini memberi sedikit tekanan kerana perlu mengepam setiap hari bagi memastikan Hafeez mendapatkan susu ibu sepenuhnya apabila dihantar ke rumah pengasuh,” ujarnya.

Walaupun mengalami kekurangan susu, dia tidak berputus asa dan mencuba semua petua untuk memperbanyakkan susu seperti makan lobak putih, halba, pegaga dan multivitamin bagi menambah pengeluaran susu.

“Saya memperhebatkan aktiviti mengepam bukan saja di tempat kerja malah di rumah. Setiap tiga jam iaitu pada jam 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi, saya mengepam susu bagi memastikan stok susu mencukupi. Alhamdulillah akhirnya dengan kesabaran dan tawakal kepada Allah saya dapat menyusukan Hafeez sepenuhnya,” katanya.

Berbeza dengan kelahiran anak kedua, Zahratul Sofea, Zafifah sudah membuat persediaan lengkap dengan membuat simpanan susu pada hari keempat kelahiran. Walaupun menyusu secara terus, dia tetap mengepam apabila anak tidur dan hasilnya pada hari pertama bekerja dia dapat mengumpul 40 botol stok susu yang disimpan di tempat simpanan sejuk beku.

Apabila mula bekerja, Zafifah meneruskan aktiviti mengepam di tempat kerja iaitu setiap tiga jam sekali. Lebih memudahkannya apabila ketuanya sangat memahami dan memberikan masa selama 15 hingga 20 minit untuk mengepam susu. Malah terdapat sebuah bilik yang dikhaskan untuk mengepam susu.

“Sekali pam saya memperoleh enam hingga lapan auns bersamaan 237 mililiter susu dan jumlah ini boleh diminum sebanyak dua kali,” katanya yang menyimpan susu di dalam beg sejuk beku sebelum dipindahkan ke dalam peti sejuk di rumah.

Untuk susu yang disimpan di dalam peti sejuk khas sejuk beku boleh tahan enam bulan, susu di dalam peti sejuk dua pintu tahan tiga bulan manakala satu pintu selama dua minggu saja.

Bagi memudahkannya mengenal pasti susu yang perlu dibawa ke rumah pengasuh, Zafifah membuat label pada setiap susu yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan menulis di dalam buku.

“Saya membekalkan empat botol susu yang sudah dicairkan setiap hari ke rumah pengasuh bersama dengan alat pemanas. Ini bagi memudahkan pengasuh memberikan susu kepada Sofea apabila tiba waktunya. Tidak ramai pengasuh yang mahu mengendalikan proses memberikan susu ibu kepada anak jagaan mereka kerana berasa ia remeh dan menyusahkan.

“Oleh sebab itu saya perlu menerangkan kepada pengasuh dan memberikan peralatan lengkap supaya tidak menyusahkan mereka,” jelasnya yang juga Kaunselor Laktasi, Kaunselor Rakan Penyusuan Bayi Malaysia (MBPC).

Setakat ini, Zafifah tidak perlu risau kerana dia mempunyai simpanan susu ibu sebanyak 225 botol iaitu 1,043 auns bersamaan 30,845 mililiter susu yang cukup untuk keperluan Sofea sehingga dia mencecah setahun lebih. Tambah pula pada masa sekarang, Sofea sudah mula makan dan ini tidak merisaukan dirinya.

Namun begitu, Zafifah masih menjalankan rutin harian mengepam seperti biasa. Ini kerana dia percaya pada teknik penawaran dan permintaan yang bermaksud semakin banyak ibu mengepam bermakna semakin banyak susu dapat dihasilkan.

Jika ramai ibu bimbang dengan kehadiran Ramadan kerana akan mengalami kekurangan susu, tidak Zafifah kerana susunya lebih banyak daripada hari biasa. Ini kerana dia menyediakan makanan seimbang ketika berbuka dan bersahur serta memperbanyakkan minum susu dan makan kurma.

“Ketika Ramadan badan memerlukan lebih banyak air untuk menghasilkan pengeluaran susu. Justeru ketika berbuka dan bersahur, saya banyakkan minum air suam dan panas malah langsung tidak minum minuman berais.

“Saya juga makan makanan berkhasiat yang boleh memperbanyakkan susu. Di antara �waktu berbuka sehingga ber�sahur saya akan pastikan makan roti, biskut atau makan kurma bagi memastikan bertenaga keesokan hari,” katanya yang menjalankan aktiviti mengepam seperti biasa sepanjang Ramadan.

Apa yang penting, setiap ibu harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Sekiranya mereka mempunyai matlamat untuk menyusukan anak sepenuhnya pasti setiap ibu akan berusaha untuk mencapai matlamat itu. Ini kerana penyusuan susu ibu mempunyai banyak faedah selain mengeratkan kasih sayang, anak yang disusukan sepenuhnya akan lebih bijak dan mempunyai antibodi yang kuat.
sumber:harian metro

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...