Showing posts with label SYED THAQIF HASHIM. Show all posts
Showing posts with label SYED THAQIF HASHIM. Show all posts

Monday, June 23, 2014

ANAK-ANAK TAK SIHAT



minggu lepas sorfina demam. thaqif demam dan sakit perut. Allahhuakbar.
selasa sofea kerja half day. afternoon leave. pergi tolong parents berniaga kat stadium negeri. ada match bola sepak. lepas selesai kerja. dan solat zohor. sofea gerak ke rumah parents. jam 1500 petang terus pergi stadium. masa tu hujan dah nak lebat. tolong prepare barang jualan. tetiba hujan lebat diselangi angin kuat dan kilat..

sampai kan khemah untuk jual hampir tumbang..nasib baik sekejap je. kalau tak hancur lah..lepas asar cuaca kembali baik. prepare semuanya. sofea sampai jam 2330 malam kat stadium . lepas tu balik ke rumah . anak-anak memang kat rumah je. suami tak pergi.

balik tu anak-anak macam tak sihat. badan panas membahang. bagi ubat demam.

paginya sofea kena ambil emergency leave. cuti satu hari je. anak-anak demam. takut lah baby jannah jangkit sekali. susah sofea nanti. cuti tahunan tak banyak tinggal. kena simpan untuk apa2 hal nanti.

anak demam bagi ubat. makan bubur nasi.
sampai hari jumaat. demam dah kebah . cuma si thaqif asyik sakit perut. bawak pg jumpa doktor. doktor kata semua ok. yang peliknya asal makan nasi dia muntah. tapi bawak pergi bombay cafe . makan roti canai. ok pulak..hadoiiiii..anak-anak....



Monday, July 29, 2013

29.7.2013 - SYED THAQIF HASHIM DAH 3 TAHUN




Alhamdulillah. dah 3 tahun anak ummi. semoga Allah lindungimu. semoga menjadi anak yang soleh.


STH



STH



STH - 1 hari



STH

tidak lama lagi punya adik. semoga jadi abang yang baik.

Wednesday, April 17, 2013

USAHA BAGI ANAK TINGGALKAN " PACIFIER "





Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

sekarang ni sofea nak kongsi sedikit lah berkenaan pacifier atau puting atau bahasa sarawaknya PEPET...kedua-dua anak sofea adalah pengguna setia pacifier ni. dari kecil lagi. cuma berbeza jenis. kalau si kakak suka pagai mana-mana jenis je. tapi si adik suka jenis olive.

kalau tak silap si kakak dah berjaya dipujuk untuk buang terus kegemaran mengguna pepet. dalam tahun ni jugak rasanya. tak tahu atas sebab apa. yang sofea mampu ingat. dia sendiri buang pepet dalam bakul sampah. sofea cakap dan pesan. kalau dah buang tak boleh ambil balik. kotor. dia cakap ok. dan dah besar. ok. sofea bagi masa 2 jam. 1 hari . 1 minggu. 1 bulan. dan Alhamdulillah. walaupun kekadang dia terminta. tapi dia sedar yang dia tak perlukan lagi. Alhamdulillah.

cuma si adik sekarang masih proses percubaan untuk dia membuang tabiat me 'mepet' itu. hahahha..ye lah. budak laki-laki ni payah sikit. dia sekarang suka gigit pepet samapi berlubang jadinya. jadi mudah terdedah dengan kekotoran . kenalah sofea belikan yang baru. pernah sofea cuba bagi pepet yang sofea dah potong pendek. dia tak nak. nasib baik sofea ada belikan yang baru. doa sofea agar cepat dia buangkan tabiat tu.

Friday, April 5, 2013

THAQIF DEMAM


semalam sofea kena ambil emergency leave. sebab Thaqif masih belum sihat sepenuhnya. masih berak cair, kurang selera makan, ada ulser dan tidak nyenyak tidur. kesian betul anak ummi. semoga cepat sembuh ya nak.

jadi paginya. sebelum nak pergi bawak dia pergi klinik. sofea kemas diri. lepas tu kejutkan si kakak. mandi. pergi sekolah. selesai kemas si kakak. si adik pulak bangun. adeyyyyy...nak tak nak. kemas kan dia jugak bentar. tukar pampers. tukar baju. sebelum tu beri mandi.

si kakak tanya. nape adik ikut. sofea jawab, lepas hantar kakak. nanti hantar adik balik rumah. hehehhehe..kalau tak dia nak ikut jugak.

lepas hantar si kakak ke sekolah. kami balik rumah dulu. yelah . kan masih jam 0800 pagi. klinik pun belum buka tauuuu. so, balik rumah. adeyyyyy...rumah terkunci le..pintu rumah. lupa bawak kunci. nak tak nak kena panggil mak mertua. tolong bukakan. hehehhe....

jadi, sofea suruh thaqif tengok kartun. sambil tu pujuk dia. sapu minyak hangat kat perut. dan sofea kena masakkan bubur nasi. bagi dia makan sekejap. sebelum bawak pergi klinik. selesai masak bubur nasi dan sup telur. bagi dia makan. tak banyak. hmmmm

kesian tengok dia. bimbang dalam hati. takut dia hidrasi. betul ke???
dalam jam 0930 pagi. sofea ajak adik ipar. temankan. sebab nak kena pergi bank jugak lepas pergi klinik. urgent.

pergi klinik ibukota petra jaya. hehehhe klinik feveret sebab ada doktor feveret. hehehhe...doktor ni dah kenal sangat. dia check dari baby lagi...so , senang...nasib baik hidrasi masih dalam terkawal. kalau tak kena refer speta umum. tak sanggup nak tengok anak kena cucuk-cucuk...huhuhuh..

semoga anak-anak ummi sihat-sihat belaka. semoga anak-anak ummi Allah beri kelebihan selera makan....

Wednesday, April 3, 2013

AMALANKU BUAT ANAK-ANAK


setiap malam. kalau ada kesempatan. akan ku cuba bisikkan nasihat-nasihat. kata-kata sayang. doa. harapan. buat anak-anak ummi.

semoga anak-anak ummi dalam rahmat Ilahi. agar dalam redha NYA. sentiasa jaga perilakunya.

ummi memang garang sayang. ummi kalau boleh ...seboleh-bolehnya ummi tidak mahu berkasar dengan anak-anak ummi. tapiiii...hanya ALLAH yang tahu. betapa hati ini. mendambakan kasih sayang. ehhh salah. ummi nak beri kasih sayang tumpuan buat anak-anak ummi. namun apakan daya. ummi terhad. dan kalian akan faham jua nanti.

namun ummi tetap mencuba sehabis baik untuk jadi seorang ummi yang SABAR dengan kerenah kalian.

kerna....ANAK itu CERMIN diri UMMI......

semoga amaln ummi akan Allah makbulkan.



Thursday, March 7, 2013

KLINIK OH KLINIK

pagi-pagi dah pergi bawak anak ke klinik. anak sofea yang sulung. kena batuk dan selesema. jadi bila dah kena batuk. melarat lah ke lelah or asma. memula pergi klinik area taman sukma je, klinik bustari. tapi doktor pulak tak ada. jadi sesi napping tak boleh dibuat tanpa doktor.

sebelum tu bawa anak-anak pergi sarapan dulu. sebenarnya tak nak bawak si abang thaqif. tapi dia dah siap-siap bangun. jadi kenalah kemas dia jugekkk. bawa pergi sarapan dekat jugak. tempat feveret. bombay cafe. tak pernah kan sofea letak gambar kan. nanti lah sofea sharekan. lupa jugak nak tangkap gambar.

sarapan pagi dengan nescafe tarik , nescafe O dan milo suam. roti kosong. makan , minum dan bayar. selesai. lepas tu suami tanya, nape tak check kat klinik bustari. sofea cakap biasa notis bagitau doktor memang pagi2 tak ada. so, sofea cakap. kita cuba tanya untuk napping je. sampai kat klinik. tanya kat misi di kaunter. tak leh nak napping tanpa doktor. ok. so so so je...

terus pergi klinik yang biasa sofea bawak anak-anak. doktor tu pun dah biasa dengan kami. senang dirujuk. pergi klinik ibukota petra jaya. register. kali ni doktor dayang tak ada. bapa doktor je yang ada. so , tunggu giliran. selang 10 minit, ada sorang misi tanya. anak lelah ke. aa a a  ...lelah. kalau macam tu. pergi lah napping dulu. terus napping.

masa menunggu turn tu, alkisahnya si abang thaqif cedera di kaki. sebab ada somebody masuk klinik. tak hati2 bukak pintu. biasa kalau sesapa lah buka pintu klinik. berjaga-jagalah. budak-budak ni suka main balik pintu. masa org tu bukak pintu. mainterjah je. bukak pintu. anak sofea masih kat belakang. tak menyempat nak ambik. dia nangis. tengok hujung ibu jari berdarah. nangis jap. berhenti. sofea lap dengan kain. masa si kakak dalam bilik rawatan. nurse sapu dengan ubat. dan balut.

somebody tu, rupanya sofea ingat-ingat lupa. rupanya orangnya setengah alam. huhuhu. tak betul. patutlah cakap pun macam orang tak betul. rupa-rupanya masa borak dengan suami. dia main bedal je cakap. minta maaf pun tidak. hmmmm...naaaaaaasib badannnnnn...



masa napping - sofizan.bgs



kaki Thaqif aka Torres 9 selesai dibalut - sofizan.bgs



Thaqif aka Torres - sofizan.bgs
...bila anak batuk. kena bagi ubat.
...hati-hati dengan keadaan dan orang sekeliling

pesanan masyarakat dari sofea..kehekehekeheh

Tuesday, March 5, 2013

PENGALAMAN MENGANDUNG VER.2

sambung cerita yang lepas pasal kisah mengandung ni. bukan apa, sofea sekadar nak berkongsi pengalaman untuk mommies kat luar sana mahupun yang sudi datang jengah ini sofea punya blog. so so so..sebelum ni dah share yang pertama. ye lah kan. setiap anak lain-lain corak pembawaan.

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

mengandung anak kedua.lebih kurang lah dengan yang pertama. cuma ada kisah misteri sebelum diri disahkan mengandung. kira-kira dalam seminggu sebelum tahu diri sofea mengandung. sofea terhidu bau kambing panggang yang teramat harum dan dekat baunya. yang peliknya sofea ni bukan reti pun nak makan daging kambing. pe pulak tak reti kan. masuk dalam mulut terus kunyah. heheheh itu orang kate. bukan tak reti macam tu yang sofea maksudkan. sofea punya anak tekak tak lalu nak makan daging kambing.

Al-kisahnya. sepanjang seminggu lah bau kambing panggang menghantui diri sofea. sofea diam-diamkan sahaja. sampai sofea tak tahan bau nya. sofea tanya suami. dia ada tak terhidu bau kambing panggang. suami cakap tak ada. tanya orang rumah. pun cakap tak ada. ya Allah. sofea riso jugak. aleh-aleh. hari isnin kalau tak silap. sofea nak turun kerja paginya. tapi kena pulak kencing tak lawas. rasa berat nak kencing, tapi air kencing tak banyak mana pun. mesti ada sesuatu ni. sofea ajak suami pergi klinik. sofea check air kencing dan pregnant test sekali. jawapannya +ve. Alhamdulillah  ujian air kencing pulak kena jangkitan kuman.. 1 day sick leave. 

kali ni pregnant ada masalah pendarahan. tak banyak. doktor cakap baby belum kuat. so kena banyak rehat. jangan buat kerja banyak sangat. so bermalas-malasan lah sofea. setelah reda. sofea kembali kerja seperti biasa. dan tak lupa jugak, sofea tunaikan impian makan daging kambing panggang. mintak tolong adik ipar. Ain. jadi dia tolong perapkan dan panggang. erkkk..sedap...

itulah sebab sampai sekarang tekak yang dulunya tak dapat terima daging kambing. sekarang dah jadi penggemar daging kambing. salah satu makanan kesukaan Rasulullah.

yang lain. tak ada. sofea 2 kali pregnant , kuat makan. berat badan naik mencanak . cakap banyak pun tak guna. makan tak kira masa. asal ada duit ke makanan lah jawabnya. heheh.

lagi-lagi. asal nak turun kerja. kena singgah bombay cafe . pekena teh tarik dan roti cheese. tetiap hari. terlepas pun bila budet tak cukup.

sampai lah sofea dah nak bersalin. makan dulu. banyak. nasi sampai 3 pinggan. makan time lunch . tambah-tambah waktu kursus. huhuhuhu....

amalan-amalan ketika mengandung dan hingga bersalin. minum air zam-zam. rajin baca surah-surah untuk ibu mengandung. kalau boleh tafsir sekali. Alhamdulillah. selesai

selamatlah bersalin.

p/s : Syed Thaqif Hashim my son....terima kasih sayang

Thursday, January 3, 2013

DOA UNTUK DAIE-DAIEKU


~DOA SEORANG IBU BUAT DAIE2KU`~



SYED THAQIF HASHIM


SYARIFAH NURUL SORFINA


Anak-anak ummi....

dengarlah kata hati Ummi kepada Rabb yang menguasai semesta alam,yang menitipkan amanah untuk Ummi galasi dengan penuh tanggungjawab,pengharapan dan ketakutan....kepada Dia yang satu....moga Umii sentiasa diberi kekuatan dalam mendidik kamu semua,Ummi juga punyai kelemahan kerana yang Maha Sempurna ada disana....maka Ummi pohonkan kesempurnaan dariNya....untuk Ummi semai,bajai,dan sirami kehidupan kamu semua dengan ketakwaan agar kamu semua akan menjadi Daie-daie yang berjiwa Murabbi....dunia dan akhirat.Amin!


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)


kredit : Ukhti Marina Ali

Thursday, September 13, 2012

DAIEKU - SYED THAQIF HASHIM


SYED THAQIF HASHIM


Sekarang dah 2 tahun 1 bulan lebih  gitu..nak belajar bercakap.satu2 word keluar dari mulut dia. kadang2 lucu jugakalah dengan budak ni. manja sesangat. paling suka tengok boboboi, barbie ( ini terikut kakak nya), upin ipin dan tom n jerry.

budak2 kalau tak suka kartun, payah jugak. kita nak buat kerja pun payah. yelah nak kena layan dia. beli mainan sekejap je main. tak pernah nak memain lelame.

sekarang suka bangun awal pagi..siap sofea gelar dia. Alarm subuh or Morning person.. belum subuh pun dah siap bangunkan org rumah..adekk adekkk..apa2 pun ummi tetap sayang ...qiamulllail lah ummi ngko ni..kalau qiamullali ini tidak giam - mu - lalai kan..

adek ummi rindu jugak kalau pepagi ngko tak buat bising..hehehe..tapi tu lah kesian mak mertua ummi..hehehe...paham2 lah ye...

sofea ni jenis yang senang nak tidur..asal ada peluang menidor jak kerja sofea ni...apa2 pun nak kena ikhtiar jugak..macam mana lah nak bagi jangan mudah sangat tidur..


P/s -----ummi sayang semua anak-anak ummi

Friday, August 24, 2012

TITIPAN DARI UMMI - SYED THAQIF HASHIM

2 tahun - 29.07.2010

wahai anak ummi, tiada lagu khusus untuk mu sayang. hanya doa ummi dan abah agar dirimu mampu menjadi anak yang soleh. peliharalah solat. kerna dari solat itu kita mampu menjaga keperibadian kita sebagai muslim atau muslimah yang soleh dan solehah.

wahai putera ummi. semoga dirimu membesar sentiasa dalam lindungan ALLAH. senyumanmu manis.tingkah laku mu . adakal kenakalanmu menduga tembok kesabaran ummi. akan tetapi semoga Allah melindungi kita sayangggg...doakan ummi agar sentiasa sihat dan dapat melihatmu membesar...


p/s: unik anak ini..semua org dia panggil dengan ada huruf 'A' di hadapan

Monday, May 30, 2011

DAIE NO 2

thaqif anak kedua...

alhamdulillah sepasang dah anak kami..kekeke...rezki yang Allah berikan...sama jugak pengalaman dalam mengandungkan thaqif. cuma kali ni sofia terlebih suka makan kari..pengalaman paling best dan mungkin kebetulan..sebelum sofia dapat tahu sofia pregnant..yg menghairankan sofia..sofia nak sesangat mkn daging kambing(macam mengidam)...daging kambing bakar..bakar sendiri lagik...sofia pergi beli daging kambing yang fresh..sofia minta tolong adik suami (ain) tolong panggangkan..selesai dipanggang sofia dengan tak sabarnya,sofia ambil sehiris daging dan makan...dan selang sebulan sofia disahkan mengandung..sofia suka makan yang manis2..yang masam2 sofia kurang suka..minuman pun yang jenis air panas dan suam-suam..kurang suka minuman yg sejuk..macam2 lah...
anak kedua sofia,sofia lahirkan pada 29.7.2010 jam 0620 ptg...


pengalaman ;
pada 29.7.10 hari khamis,sofia masih berkursus.kerana kursus yang sofia hadiri dalam 3 hari..jadi hari khamis tu hari terakhir kursus.tapi dari malamnya perut sofia memang memulas dan sakit.cuma tak ada tanda2 nak bersalin.sofia tak lepas baca doa taubat.dan surah2 dan ayat2 yang mudah sofia baca.
nak dijadikan cerita.paginya sofia tetap nak pergi kursus tu.sbb tggl satu hari je lagi nak dptkan sijil.so,sofia pun drive lah sendiri nak pergi kelas tu.tempat kursus tak jauh ,itu sebab sofia gagahkan diri nak pergi jugak.spjg dalam kelas sofia selalu ulangalik pergi toilet.sbb selalu sangat rasa nak buang air kecil.tp tetap tak ada tanda.cuma tu lah perut selalu sakit.tiba waktu lunch,sofia fikir2.nak balik ke tidak.takut jugak nanti beranak dalam kelas.jadi sofia buat keputusan balik lah kerumah dan sofia kemaskan fail dan barang2.apa2 hal nanati ada jugak orang tua tengokkan sofia.sebelum balik tu,sofia capai hajat makan dulu..yelah kan sayang lah makanan yang free tu..walaupun sofia dah mula rasa sakit sesangat....nak duduk berdiri semuanya salah...lepas makan tgh hari dgn tawakal kepada Allah sofia drive pulang kerumah.kawan2 masa kursus tu ada jugak nak tolong hantar.tapi sofia tolak dengan sopan.sbb rumah tak jauh(rumah mertua).insyaAllah dapat drive dan selamat sampai.nak djdkan cerita... famili mertua sofia nak pegi mall..rezki lah jumpa kat simpang..diaorang tanya kenapa balik.sebab 2 hari sebelum tu sofia malas nak balik tengah hari.tapi pada hari tersebut sofia tetiba je balik.sofia cakap sofia sakit perut tp belum ada tanda..so diaorg cancel pg..sampai rumah sofia rileks kejap...lepas tu sofia gagahkan diri tunai solat zuhur...sofia solat cara org sakit..tak mampu dah nak berdiri..sofia solat cara duduk..selesai solat..sofia baring lagi...tarik nafas dalam2..sofia lepas nafas..(dalam hati doa taubat tak lepas)huhuhuhu..sakit ni..sofia keluar bilik..duduk kat ruang tamu..jalan pun sofia dah tak berdaya ..sofia baring kat kerusi pjg..mak mertua srh kol hubby..sofia kol hubby..sofia cakap tgh sakit..hubby tny  perlu x balit..sofia jwb rasanya xperlu lah..sbb belum ada tanda pun..tapi selang 1/2 jam hubby sofia dh dpn rumah...ngeeeee...hubby sofia minum dan makan dulu sbb katanya lapar..then...( sebelum hubby sofia datang adik lelaki hubby datang dulu ) mayb naluri seorg emak...mak mertua sofia sarankan pegilah hospital takut2 nanti beranak..sofia pun fikir jap..ikut lah bkn rugi pun..sofia pun kemas2kan barang yang patut. sofia,suami,anak sulung,adik ipar, mak mertua..kami pun pglah kehospital..parking kat luar..sofia tetap gagahkan diri untuk berjalan. sebab orang tua cakap.berjalan boleh mudahkan kita bersalin..dari tempat parking ke hospita jauh lah jugak...sbb parking dalam kawasan hospital dah penuh..jadi sofia sarankan hubby parking kan kat luar.parking berbayar.hah..nanti sambung lagi...........

Monday, May 23, 2011

DOA DARI UMMI BUAT DAIE2 KU

Buat puteri dan putera ummi.ummi minta maaf.ummi banyak buat salah.ummi alpa.ummi cuai.ummi dah buat sedaya upaya.ummi tak kuat.ummi lemah.ummi dah tak ada jalan lagi.cuma yang tinggal hanya doa.ummi mohon pada puteri dan putera ummi.tolong doakan ummi ya.kadang-kadang ummi kecewa,sedih,geram kerana diri ummi ini.ummi selalu tertanya-tanya.kenapa?mengapa?bagaimana?macam mana?ummi nak selesaikannya.ummi dah bauta pelbagai cara nak atasinya.tolonglah ummi ini.ummi betul-betul tertekan.salah ummi jugak.tapi...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...