Wednesday, August 3, 2022

JADIKAN CUCI TANGAN SEBAGAI KEBIASAAN.

 





KEBERSIHAN TANGAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL


Semasa sihat dan afiat, kita biasanya dapat mempertahankan diri daripada kuman dan jangkitan. Salah satu

caranya ialah mempunyai kulit yang sihat dan utuh (tidak luka).


Apabila tidak sihat misalnya selepas pembedahan, kemampuan kita untuk melawan jangkitan adalah lemah.


Jangkitan di hospital boleh mengakibatkan:

 penyakit

 penginapan lebih lama di hospital

 pemulihan yang lambat

 tambahan stres bagi semua yang terbabit.


Setiap kali melawat pesakit di hospital amat penting untuk anda membasuh tangan, biar pun tangan kelihatan bersih.


Botol cecair pencuci tangan harus disediakan di semua kawasan penjagaan pesakit dan kawasan lalu lintas sibuk

di hospital.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...