Showing posts with label INFO AGAMA. Show all posts
Showing posts with label INFO AGAMA. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

AMAL ZIKIR UNTUK KEMURAHAN REZEKI






selain Solat. kita di suruh melakukan amalan-amalan sunat. malah berzikir juga amat disarankan dalam menambah amalan kita. untuk memohon agar dimurahkan rezeki. perbanyakkanlah zikir.

Tuesday, July 7, 2015

JAGA ALLAH , ALLAH AKAN JAGA KITA







di zaman ini , agak sukar untuk menjaga anak. tetapi bukanlah alasan untuk kita tidak mencuba menjaga anak mengikut syariat Islam. dugaan kita adalah teknologi. tetapi tanpa teknologi agak sukar kehidupan dilalui. di sekolah sahaja teknologi bermula. apatah diluar dan sekeliling kita.

moga-moga kita sentiasa mengajar anak , diri sendiri taat kepada Allah. kuncinya TAAT.

Monday, July 6, 2015

WAHAI ANAK JOM FASIH BICARA






untuk amalan kita. para ibu , para bapa. yang inginkan anak-anak kita fasih berbicara. boleh dicuba doa ini. untuk diamalkan kepada anak.

Sunday, July 5, 2015

ZIKIR : AMALAN TERBAIK UNTUK KEHIDUPAN






sekadar ingatan buat diriku. setiap perbuatan , setiap perlakuan. pastinya untuk diri , suami , anak-anak dan famili. memasak pun ada zikir yang sesuai untuk diamalkan. moga-moga usaha kita yang kecil ini, mampu melahirkan sebuah famili yang hidup berlandaskan syariat dan sunnah Rasulullah.

Saturday, July 4, 2015

DOA : UNTUK ANAK , SUAMI DAN DIRI










kedegilan seseorang tidak sama. malah semuanya berpusat kepada hati seseorang. ada yang boleh menerima terus teguran. ada yang tidak. sampai satu tahap. kita berasa kecewa sesangat.

ini untuk amalan anda dan peringatan kepada saya. in shaa Allah berguna kepada kita kelak.

Wednesday, June 3, 2015

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
Jangan lupa tekan Share !!


Thursday, May 28, 2015

SAKIT KEPALA / MIGRAIN : AMALAKAN DOA INI




Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala 

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
 6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali) 

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Tuesday, May 26, 2015

RAWATAN SLIP DISC : AMALKAN DOA




Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Qaff ayat 16 hingga 45.
2. Surah Mukminun ayat 60 hingga 80.
3. Surah Shod ayat 34 hingga 61.
4. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28.
5. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60.

Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.

Selain dari amalan ayat-ayat al-Quran, kami juga menggunakan teknik menekan di tempat-tempat tulang belakang yang bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."


Penutup

Dalam pengalaman kami merawat pesakit slipped disc, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari fizikal dan spiritual. Dari segi fizikal ramai yang memakai tongkat atau dengan berkerusi roda bila kali pertama datang berubat dan dengan kuasa dan izinNya ramai yang boleh berjalan tanpa memakai tongkat atau berkerusi roda setelah beberapa kali mendapat rawatan. Ada yang cepat sembuh dan ada yang lambat. Terpulang kepada yang Maha Esa untuk menyembuhkanNya kerana sebagai manusia kita perlu berikhtiar. Walaupun ada yang masih rasa sakit, tapi jiwa lebih tenang dan redho.

Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu’ anhu, bahawa, “Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah ‘azza wa jalla." (HR. Muslim) InsyaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anda yang mempunyai masalah cakera slipped disc ini.

Thursday, May 14, 2015

MURAHKAN REZEKI KAMI : SOLAT DHUHA DULU



Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.   
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 
3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~


Wednesday, April 29, 2015

PUASA RAMADHAN - TAMBAHAN ILMU






puasa ramadhan . lama lagi kan? tapi , hutang puasa sudah bayar ke belum . cepat-cepat lah membayarnya. kalau banyak nanti , tak larat nak membayarnya.

kat atas tu sekilas pandang mengenai puasa ramadhan. untuk ulang tayang kepada kita yang pelupa ni kan.
saya juga macam kamu jugak. jom baca dan faham.

Saturday, January 31, 2015

TERATAK SOFIZAN - AJAR ANAK MENGAJI




teratak sofizan - ajar anak mengaji


niat dihati nak ajar anak mengaji. tapi masih dalam on off tu. sekejap mengajar. sekejap tidak. jadi, kena jugak menghantar ke kelas mengaji. nanti kalau dirumah. kita boleh ajarkan lagi.

sini sofea share tips nak ajar anak-anak mengaji. dedulu sofea belajar mengaji dengan bapak.senang sikit.


Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Dini
1. Bayi (0-2 tahun)
-Bacakan Al Qur'an dari surat Al fatihah
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, sore, malam)
-Tiap 1 waktu satu surat diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan metode yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2
2. Diatas 2 tahun
-Metode sama denga teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, mis dari 5 hari menjadi 7 hari
-Sering dengarkan murattal
3. Diatas 4 tahun
-Mulai atur konsentrasi dan waktu untuk menghafal serius
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya semagat selalu terjaga
-Waktumenghafal 3-4x perhari
BC dari Ustdz Ahmad Al Hafidz
Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin




semoga dapat jadi panduan untuk kita 

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...