Showing posts with label SYARIFAH NURUL SORFINA. Show all posts
Showing posts with label SYARIFAH NURUL SORFINA. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

KEM ANAK SOLEH - ANJURAN HIKMAH




sofea dah cuba daftar . Alhamdulillah. dapat anak join nanti. harap dia suka.

tapi untuk kumpulan ke-2.

semoga dapat ilmu yang berguna.


PERHATIAN:
PENDAFTARAN UNTUK KEM ANAK SOLEH PADA 22 -23 NOVEMBER SUDAH DITUTUP

PENDAFTARAN SETERUSNYA ADALAH UNTUK KEM ANAK SOLEH KUMPULAN KE 2 PADA 26 - 27 NOVEMBER 2014

HARAP MAKLUM



Friday, August 1, 2014

SYARIFAH IN DA HOUS



Syarifah ooo syarifah...
srikandi ummi
buah hati ummi
tempat gaduh ummi




Jannah yang reti meniarap....


kakak sulung Syarifah Nurul Sorfina. tolong jaga adik-adik. jangan congek. jangan malas. jangan lambat. buat kerja jangan lambat.




jannah lagi. yang dah reti nak bermain. yang dah reti nak ikut berjalan . yang dah reti nak makan.....


sayang srikandi srikandi ummi.....

Monday, June 23, 2014

ANAK-ANAK TAK SIHAT



minggu lepas sorfina demam. thaqif demam dan sakit perut. Allahhuakbar.
selasa sofea kerja half day. afternoon leave. pergi tolong parents berniaga kat stadium negeri. ada match bola sepak. lepas selesai kerja. dan solat zohor. sofea gerak ke rumah parents. jam 1500 petang terus pergi stadium. masa tu hujan dah nak lebat. tolong prepare barang jualan. tetiba hujan lebat diselangi angin kuat dan kilat..

sampai kan khemah untuk jual hampir tumbang..nasib baik sekejap je. kalau tak hancur lah..lepas asar cuaca kembali baik. prepare semuanya. sofea sampai jam 2330 malam kat stadium . lepas tu balik ke rumah . anak-anak memang kat rumah je. suami tak pergi.

balik tu anak-anak macam tak sihat. badan panas membahang. bagi ubat demam.

paginya sofea kena ambil emergency leave. cuti satu hari je. anak-anak demam. takut lah baby jannah jangkit sekali. susah sofea nanti. cuti tahunan tak banyak tinggal. kena simpan untuk apa2 hal nanti.

anak demam bagi ubat. makan bubur nasi.
sampai hari jumaat. demam dah kebah . cuma si thaqif asyik sakit perut. bawak pg jumpa doktor. doktor kata semua ok. yang peliknya asal makan nasi dia muntah. tapi bawak pergi bombay cafe . makan roti canai. ok pulak..hadoiiiii..anak-anak....



Monday, June 9, 2014

SELAMAT HARI LAHIR PUTERIKU







Allah selamatkan kamu !
Allah selamatkan kamu!
Allah panjangkan umur Syarifah Nurul Sorfina .....


semalam ada majlis kecil-kecilan buat puteri sulungku. ulangtahun kelahirannya yang ke-6 tahun. lahir pada  8 jun 2008 jam 0202 petang hari ahad. cuaca pada masa itu hujan lebat membasahi bumi. semoga begitulah curahan rezeki , hidayah serta keberkatan Allah kurniakan kepadamu puteriku.

semalam 8 jun 2014. hari ahad . majlis bermula selepas solat isyak. jemputan dikalangan adik-beradik sofea serta mak dan bapak. tambahan adik-beradik emak mertua. dibuat di rumah mertua sahaja.

nampak gayanya tak dapat nak post gambar masa majlis. sebabnya camera Nikon milik abang sofea rosak dikerjakan oleh adiknya. lens kamera beralih arah. terus camera tidak dpt nak di "on balik..wahhhh...sedih nya hati.

nanti-nanti lah akan sofea updatekan...

semoga anak ummi terus membesar dan menjadi anak yang solehah. baik kesihatan nya...

ummi sayang anak-anak ummi...




Wednesday, April 17, 2013

USAHA BAGI ANAK TINGGALKAN " PACIFIER "





Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

sekarang ni sofea nak kongsi sedikit lah berkenaan pacifier atau puting atau bahasa sarawaknya PEPET...kedua-dua anak sofea adalah pengguna setia pacifier ni. dari kecil lagi. cuma berbeza jenis. kalau si kakak suka pagai mana-mana jenis je. tapi si adik suka jenis olive.

kalau tak silap si kakak dah berjaya dipujuk untuk buang terus kegemaran mengguna pepet. dalam tahun ni jugak rasanya. tak tahu atas sebab apa. yang sofea mampu ingat. dia sendiri buang pepet dalam bakul sampah. sofea cakap dan pesan. kalau dah buang tak boleh ambil balik. kotor. dia cakap ok. dan dah besar. ok. sofea bagi masa 2 jam. 1 hari . 1 minggu. 1 bulan. dan Alhamdulillah. walaupun kekadang dia terminta. tapi dia sedar yang dia tak perlukan lagi. Alhamdulillah.

cuma si adik sekarang masih proses percubaan untuk dia membuang tabiat me 'mepet' itu. hahahha..ye lah. budak laki-laki ni payah sikit. dia sekarang suka gigit pepet samapi berlubang jadinya. jadi mudah terdedah dengan kekotoran . kenalah sofea belikan yang baru. pernah sofea cuba bagi pepet yang sofea dah potong pendek. dia tak nak. nasib baik sofea ada belikan yang baru. doa sofea agar cepat dia buangkan tabiat tu.

Thursday, April 11, 2013

SORFINA PULAK YANG DEMAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang singgah dan yang baca my blog ,

01042013 - isnin. 3 hari lepas. sofea turun kerja macam biasa. sampai je ofis. terus prepare kerja dan check orders. huhu. dan teringat nak komplen pasal internet. lepas kol. diorang check. dan discon. so, heran. diorang suggest pergi kedai. dan sofea pun decide pergi kedai. dan selesai di recon balik. masalah x update. tu je. tapi masalah lah bagi sofea. as a customer kan. so so so lah. yang penting internet dah ok.

cerita atas tu intro je. lepas setel semua. balik ke rumah. sofea memang dah tahu sorfina demam panas. sebab masa nak setelkan pasal billing. singgah rumah ambil bil dan suami nak temankan sofea. masa tu sorfina dah berselimut. bergegar-gegar badannya. akibat sejuk walaupun badan panas.

petang tu bawak pergi klinik bustari dekat taman sukma. doktor periksa temp.wahh 40 darjah. tinggi . jadi doktor bagi ubat untuk kurangkan panas. ubat dimasukkan kedalam dubur. doktor jugak pesan. jangan diselimut. sentiasa lap seluruh badan dengan kain basah. pelajaran tu.

now , dah 4 hari. demam sorfina belum kebah. malam tu jugak. dalam jam 0100 pagi. sofea dan suami  bawak sorfina pergi hospital umum sarawak. emergency. MA check masih jugak 40 darjah. so kena tahan dekat wad kuning.  dalam jam 0400 pagi baru dibenarkan balik. cuma tempt. turun setakat 39.6 je. semoga sorfina kembali sihat.


*** dugaan bila mana anak demam. bila anak sakit. macam-macam olah. sedih pun ada...
semoga cepat sihat nak..

Wednesday, April 3, 2013

AMALANKU BUAT ANAK-ANAK


setiap malam. kalau ada kesempatan. akan ku cuba bisikkan nasihat-nasihat. kata-kata sayang. doa. harapan. buat anak-anak ummi.

semoga anak-anak ummi dalam rahmat Ilahi. agar dalam redha NYA. sentiasa jaga perilakunya.

ummi memang garang sayang. ummi kalau boleh ...seboleh-bolehnya ummi tidak mahu berkasar dengan anak-anak ummi. tapiiii...hanya ALLAH yang tahu. betapa hati ini. mendambakan kasih sayang. ehhh salah. ummi nak beri kasih sayang tumpuan buat anak-anak ummi. namun apakan daya. ummi terhad. dan kalian akan faham jua nanti.

namun ummi tetap mencuba sehabis baik untuk jadi seorang ummi yang SABAR dengan kerenah kalian.

kerna....ANAK itu CERMIN diri UMMI......

semoga amaln ummi akan Allah makbulkan.



Thursday, March 28, 2013

HASIL TANGAN SORFINA


semalam sofea dan famili. pergi jenjalan kat Emart di matang. lepas solat maghrib. kami gerak ke sana. dalam 10 minit sampai. kami pergi Century untuk cari beg sekolah sorfina. sebab beg yang lama dah rosak zip. kat Century tak ada beg. stok habis. jadi belikan dia rumah barbie.

lepas tu kena cari kat KK Store. tak ada jugak. yang banyak beg sekolah budak sekolah rendah dan menengah. kami jalan-jalan p emart. jalan terus ke Super Save. tak ada jugak beg. belikan pulak mainan untuk Thaqif. lori je. sofea beli beg kecil untuk alat make-up. yang simpel dimple je. ( bila dah sampai rumah..alamak besar lah beg tu ) tak sesuey lah. kena beli beg make-up lagi sesuai kot.

lepas bayar. keluar dari super save. jenjalan dalam emart. cari punya cari. jumpa lah beg sekolah princess. 1/2 prise. dapat rm 14.95 sahaja. ok lah tu . jadi sorfina dah puas hati. tahqif dah buat hal. kena gerak pergi kedai makan. kami decide pergi kubah je. D,Benteng...

di sini lah sorfina tulis A dan tulis nama sendiri. dan yang lucunya dia lukis kartun dia dan abahnya.

jommm...inilah hasil nya


sendiri tulis sendiri tanda betul..


menceritakan sorfina kena marah


lukisan yang sama

** kekadang seronok sangat bila kita boleh rapat dan selami jiwa anak-anak ni.
** semoga Allah sentiasa memimpin hati-hati kami...

nanti cerita kisah d'Benteng

Thursday, March 7, 2013

KLINIK OH KLINIK

pagi-pagi dah pergi bawak anak ke klinik. anak sofea yang sulung. kena batuk dan selesema. jadi bila dah kena batuk. melarat lah ke lelah or asma. memula pergi klinik area taman sukma je, klinik bustari. tapi doktor pulak tak ada. jadi sesi napping tak boleh dibuat tanpa doktor.

sebelum tu bawa anak-anak pergi sarapan dulu. sebenarnya tak nak bawak si abang thaqif. tapi dia dah siap-siap bangun. jadi kenalah kemas dia jugekkk. bawa pergi sarapan dekat jugak. tempat feveret. bombay cafe. tak pernah kan sofea letak gambar kan. nanti lah sofea sharekan. lupa jugak nak tangkap gambar.

sarapan pagi dengan nescafe tarik , nescafe O dan milo suam. roti kosong. makan , minum dan bayar. selesai. lepas tu suami tanya, nape tak check kat klinik bustari. sofea cakap biasa notis bagitau doktor memang pagi2 tak ada. so, sofea cakap. kita cuba tanya untuk napping je. sampai kat klinik. tanya kat misi di kaunter. tak leh nak napping tanpa doktor. ok. so so so je...

terus pergi klinik yang biasa sofea bawak anak-anak. doktor tu pun dah biasa dengan kami. senang dirujuk. pergi klinik ibukota petra jaya. register. kali ni doktor dayang tak ada. bapa doktor je yang ada. so , tunggu giliran. selang 10 minit, ada sorang misi tanya. anak lelah ke. aa a a  ...lelah. kalau macam tu. pergi lah napping dulu. terus napping.

masa menunggu turn tu, alkisahnya si abang thaqif cedera di kaki. sebab ada somebody masuk klinik. tak hati2 bukak pintu. biasa kalau sesapa lah buka pintu klinik. berjaga-jagalah. budak-budak ni suka main balik pintu. masa org tu bukak pintu. mainterjah je. bukak pintu. anak sofea masih kat belakang. tak menyempat nak ambik. dia nangis. tengok hujung ibu jari berdarah. nangis jap. berhenti. sofea lap dengan kain. masa si kakak dalam bilik rawatan. nurse sapu dengan ubat. dan balut.

somebody tu, rupanya sofea ingat-ingat lupa. rupanya orangnya setengah alam. huhuhu. tak betul. patutlah cakap pun macam orang tak betul. rupa-rupanya masa borak dengan suami. dia main bedal je cakap. minta maaf pun tidak. hmmmm...naaaaaaasib badannnnnn...



masa napping - sofizan.bgs



kaki Thaqif aka Torres 9 selesai dibalut - sofizan.bgs



Thaqif aka Torres - sofizan.bgs
...bila anak batuk. kena bagi ubat.
...hati-hati dengan keadaan dan orang sekeliling

pesanan masyarakat dari sofea..kehekehekeheh

Wednesday, February 27, 2013

PENGALAMAN MENGANDUNG VERS.1

petang-petang begini, ditambah dengan hujan lebat. mengingatkan sofea masa mula-mula disahkan mengandung anak pertama. dan pengalaman bersalin dan berpantang buat kali pertama. selepas diakadnikahkan pada 25.05.2007 hari jumaat di Majlis Islam Sarawak. akhirnya sofea sah bergelar isteri buat sang suami.


PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK PERTAMA

sofea nak cerita pengalaman di mana sofea mengalami tempoh mengandung. perasaan memula disahkan mengandung. rasanya 4 bulan selepas berkahwin. sofea disahkan mengandung dalam bulan 9 / 2007. masa tu sofea sakit nak kencing. kiranya kencing tak lawas leee. akibat tak tahan sakit. pergi klinik. doktor check ada jangkitan kuman. bagi antibiotik dan dinasihatkan minum banyak air kosong. sekurang-kurangnya 3 liter sehari.sofea minum dan makan ubat. berehat. selepas seminggu. sofea buat ujian mengandung. sebab sofea pun dah lambat. Alhamdulillah, sofea sah mengandung. nak confirm lagi. sofea pergi klinik lagi. sah jugak. jadi kena register dekat klinik ibu dan anak-anak di RPR baru.

pemeriksaan biasa dari minggu ke-4 hingga minggu ke-28. kedatangan dalam sekali sebulan. ubat seperti asid folic , vitamin dan macam-macam lah. pemeriksaan bayi. keadaan susu kita. bengkak ke tidak. berlaku pengeluaran air susu ke tidak? ada alahan tak.macam-macam akan misi tanya. minggu ke-29 hingga minggu ke-32 , kedatangan 2 kali seminggu. dan minggu ke-33 hingga ke-40. kedatangan sekali seminggu hingga kita dah bersalin. kalau EDD belum beranak lagi, terus ke hospital.

sofea dari mula mengandung hingga nak bersalin memang kuat makan. masa belum kahwin. berat sofea dalam 50 kg - 52 kg. mengandung 9 bulan 10 hari. berat naik oiiii. dalam 80 kg +++...mak aiii..naik mendadak. dah lah susah nak turunkan. macam pe - mau je...jalan macam gergasi. hikhikhik

makan kuat. kaki jalan. kalau dok rumah. macam-macam. sakitlah ..peninglah. kalau suami ajak keluar cepat pulak sihat. dah lah tu , kalau suami tak nak keluar jalan-jalan sedih lahhh. proses mengandung bagi sofea amat seronok. yelah makan je apa yang nak dimakan. sebab sofea tak ada alahan apa-apa. morning sickness pun tidak. bantai je makanan. masa ngandung anak pertama ni. tak ada yang special makanan.selain itu, banyak amal ibadah dapat dibuat. Alhamdulillah. sofea dapat khatam Al-Quran 30 juzuk. tafsir je. tak khatam-khatam lagi. insha Allah kalau ngandung kali ketiga nanti.


Ps: kelahiran puteri pertama ummi Syarifah Nurul Sorfina. terima kasih sayang

Thursday, January 3, 2013

DOA UNTUK DAIE-DAIEKU


~DOA SEORANG IBU BUAT DAIE2KU`~



SYED THAQIF HASHIM


SYARIFAH NURUL SORFINA


Anak-anak ummi....

dengarlah kata hati Ummi kepada Rabb yang menguasai semesta alam,yang menitipkan amanah untuk Ummi galasi dengan penuh tanggungjawab,pengharapan dan ketakutan....kepada Dia yang satu....moga Umii sentiasa diberi kekuatan dalam mendidik kamu semua,Ummi juga punyai kelemahan kerana yang Maha Sempurna ada disana....maka Ummi pohonkan kesempurnaan dariNya....untuk Ummi semai,bajai,dan sirami kehidupan kamu semua dengan ketakwaan agar kamu semua akan menjadi Daie-daie yang berjiwa Murabbi....dunia dan akhirat.Amin!


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)


kredit : Ukhti Marina Ali

Friday, December 28, 2012

SEKOLAH OH SEKOLAH

semalam 27.12.2012 hari khamis jam 0900 pagi hingga 1200 tgh hari semua ibu bapa perlu membuat pendaftaran persekolahan anak-anak. bagi tadika kawasan perumahan sofea lah.

ada 2 hari tempoh pendaftaran. sofea pergi semalam. sebab ofis sekarang staf semua cuti. yang tinggal sofea dan sorang colic . yang sama department lah.

ok lah kita cerita pasal pendaftaran. sofea dah sampai kat sekolah dalam jam 0920 pagi. 5 minit je dari rumah. tak jauh sangat. bawa anak jugak. sebabnya..untuk memberi dia semangat ke sekolah.

masa tu baru 2 pasangan ibu bapa dan anak yang datang. jadi sofea dapat giliran yang ke tiga. bila sampai giliran sofea. cikgu tu bagi surat tawaran kemasukan tadika untuk sofea baca dan faham. lepas tu cikgu tu terangkan pasal yuran yang perlu dibayar.

sorfina hanya perlukan baju sukan baru dan baju sekolah khas jumaat baru. sebab cikgu cakap untuk tahun ni baju khas jumaat kaler kelabu. sebelum ni ungu. jadi kena beli. unutk baju seragam sekolah masih berkeadaan baik. jadi tak perlu beli. keseluruhan bayaran sebanyak RM 90.00. selesai dibayar.

sesi persekolah akan bermula 02012013 hari rabu. kelas bermula bagi sesi pagi. jam 0730 pagi hingga 1200 tghhari.  tahun lepas sorfina sekolah untuk sesi petang.


selamat bersekolah puteri ummi...

Friday, August 24, 2012

TITIPAN DARI UMMI - SYARIFAH NURUL SORFINA

 4 tahun - 08.06.2008

lagu khas buat puteri-puteri Ummi dan semua..............


Puteri Ku Sayang ( Hijjaz )

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


p/s ; doa Ummi sentiasa mengiringi setiap detik nafasmu. peliharalah diri dengan solat dan ilmu Allah..Sayangggggggggggg puteri ummi

Wednesday, June 8, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUTERI



KEK BIRTHDAY

08062011 - ulangtahun ke-3 untuk anakanda sofia yang sulung.
Syarifah Nurul Sorfina. 3 tahun lalu ummi lahirkan dirimu sekitar jam 2.02 ptg.hari Ahad. hujan lebat. perit nya dalam melahirkan mu amat ummi ingati.

pengalaman mengandung;
disahkan sekitar sebulan di dalam kandungan. ummi paling suka makan yang masam-masam. dan ummi sememangnya teramat berselera selalunya. apa saja yang terhidang akan ummi makan. tp tetap ada kecualinya. ummi kurang gemar makan masakan yang dikari.

pengalaman bersalin;
ummi dijangka bersalin pada 3.6.2008. tapi diberi tempoh selama 10 hari.sekiranya melebihi 10 hari.akan dipaksa bersalin.al-hamdulillah ummi mula rasa sakit pada 6.6.08 .ummi di tahan selama sehari. ini kerana bukaan rahim ummi belum sampai 5 cm.jadi ummi bermalam di hospital.sepanjang malam berada di hospital, ummi tidak dapat melelapkan mata.kerna sakitnya Allah jualah yang tahu. lebih-lebih lagi ,memandangkan ummi belum punya pengalaman bersalin.jam 10 pagi ummi ditempatkan di labour room.nurse dan doktor silih berganti dalam memeriksa kondisi bayi dan ummi.jam 1402 pm ummi akhirnya selamat melahirkan dirimu.Al-hamdulillah..


hadiah kek di beri oleh adik mak mertua sofia(usu)..wajah gembira sorfina.....


dan ummi dan abah mendoakan agar anakanda sentiasa di dalam keredhaan dan keberkatanNya.sorfina next year pergi school k.

Monday, May 30, 2011

DAEIKU YANG PERTAMA

anak pertama sofia. kelahiran taklah mudah. sebabnya sofia belum punya pengalaman bersalin. heeeeee...masa sofia kandungkan sorfina ,tak ada alahan...cuma kuat MAKAN, sampai sofia dapat gelaran 'pey mow' , big teddy bear, gergasi...almaklumlah berat sofia sampai 80kg...huh..payah jugak sofia nak turunkan berat badan..sofia namakan anak pertama ni syarifah nurul sorfina.sorfina dilahirkan pada tarikh 8.6.2008...lebih dari due date yg doktor bagi..tapi adalah normal bagi kelahiran pertama...dilahirkan secara normal. berat dalam 3.5 kg..sungguh masa nak bersalin tu sakitnya Allah saja yang tahu...tapi bila anak dah keluar Allahhuakbar...Maha Suci Allah..kebesaran Nyaseluruh alam..
sekarang sorfina dah 2 tahun 5 bulan 1 hari ? jam ? minit ? saat....heheheh
dialah ratu hati kami...( sofia n suami lah )
gemar tengok kartun..upin ipin, tom and jerry...dan paling payah nak tidur malam..kalau nak tidur buat drama swasta dulu...ngeeee
moga Allah melindungi kami sefamili.....

Monday, May 23, 2011

DOA DARI UMMI BUAT DAIE2 KU

Buat puteri dan putera ummi.ummi minta maaf.ummi banyak buat salah.ummi alpa.ummi cuai.ummi dah buat sedaya upaya.ummi tak kuat.ummi lemah.ummi dah tak ada jalan lagi.cuma yang tinggal hanya doa.ummi mohon pada puteri dan putera ummi.tolong doakan ummi ya.kadang-kadang ummi kecewa,sedih,geram kerana diri ummi ini.ummi selalu tertanya-tanya.kenapa?mengapa?bagaimana?macam mana?ummi nak selesaikannya.ummi dah bauta pelbagai cara nak atasinya.tolonglah ummi ini.ummi betul-betul tertekan.salah ummi jugak.tapi...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...